Saturday, April 23, 2011

Pelumba pelapis bukti wibawa

Posted on March 30, 2010, Tuesday

Eznol menangi dua acara bawah 17 tahun di kejohanan basikal kriterium Masja

KUCHING: Skuad berbasikal Sarawak terbayang kilauan emas menjelang Sukan Malaysia (Sukma XIII) di Melaka Jun depan ketika beberapa pelumba muda membuktikan kehebatan masing-masing pada kejohanan basikal Kriterium Masja 2010 di sini Ahad lalu.


BERSEDIA: Para pelumba tempatan mempersiapkan diri sebelum bersaing dalam perlumbaan.
Pelumba muda berusia 16 tahun, Eznol Hafi z Azemi merupakan pelumba Sarawak paling menonjol pada kejohanan itu apabila merangkul dua kejuaraan iaitu acara lelaki 17 tahun ke bawah ‘mountain bike’ (MTB) dan lelaki 17 tahun ke bawah ‘road bike’.

Eznol yang baru sahaja tersenarai ke dalam skuad basikal Sarawak untuk temasya Sukma kali ini mengungguli acara terbabit dengan catatan masa 14:03 minit, sekali gus menyingkirkan empat pencabar lain.

Tempat kedua bagi acara terbabit dimenangi Izat Zharif Zambri (NSB) manakala Tan Al Afiq Tan Meili (NSB) di tempat ketiga. Tempat keempat dan kelima masingmasing dimenangi pelumba kembar, Awang Adibbin Awang Suffi an dan Awang Addin Awang Suffi an (Hornbill Arif).

Ketua jurulatih skuad basikal Sukma Sarawak, Dzulkipli Hassan berkata kewibawaan Ezrol menjuarai acara itu merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk terus mencapai kecemerlangan.

“Saya berkeyakinan tinggi Ezrol (Hafiz) mampu mara lebih jauh jika beliau terus meningkatkan latihan serta keupayaannya dalam menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya ditemui Utusan Borneo di sini kelmarin.

Menurut Dzulkipli, selain Ezrol, seorang lagi pelumba muka baru yang menonjolkan kewibawaannya dalam kejohanan itu ialah Addy Ammin Shahriman.

Addy menduduki tempat ketiga dalam acara lelaki terbuka (road bike) di belakang rakan sepasukannya, Wong Tak Fuk yang merangkul naib juara. Johan bagi acara itu dimenangi pelumba Viking, Syamsul Ali Hamdan dengan mengumpul 24 mata.

Walau bagaimanapun, seorang lagi pelumba skuad Sukma Sarawak iaitu Khairul Ibrahim hanya berpuas hati menduduki tempat keempat dan pelumba tempatan, Ahmad Joyo meraih tempat kelima.

Sementara pelumba kebangsaan, Junaidah Juss tidak menghadapi banyak rintangan untuk bergelar juara apabila mengungguli acara MTB bagi bahagian wanita.

Junaidah yang menerima cabaran sengit daripada empat pelumba lain, mencatat masa terpantas 11:27 minit sekali gus menjuarai acara kegemarannya itu. Tempat kedua dimenangi Norismiza Azeman, manakala tempat ketiga pula disandang Nur Azrenna Ahmad Jumry.

Di samping itu, Junaidah yang baru sahaja merangkul pingat perak pada kejohanan kebangsaan di Pahang minggu lalu turut mengungguli acara ‘road bike’ dengan mengumpul 14 mata. Tempat kedua dimenangi rakan sepasukannya, Imah Acnesia Paulus dengan hanya mengumpul enam mata.

“Dengan persembahan hebat semua pelumba skuad Sukma Sarawak pada kejohanan ini, saya yakin mereka mampu melakukan yang terbaik pada Sukma di Melaka kelak.

“Malah saya bersaya yakin skuad basikal kita mampu membuktikan kecemerlangan mereka pada kejohanan kebangsaan ‘mountain bike’ Terbuka Johor pada 10 dan 11 April ini,” kata Dzulkipli dengan penuh yakin.

http://www.theborneopost.com/?p=20506

No comments:

Post a Comment