Muhammad Ajmal Aiman atlet pelapis yang mampu menyaingi kehebatan atlet senior.
KUALA LUMPUR - Jurulatih pelapis acara 110 meter berpagar, Ishtiaq Mubarak yakin anak didiknya Muhammad Ajmal Aiman Mat Hassan mampu menyinar pada masa akan datang.
Keyakinan Ishtiaq itu bersandarkan kepada prestasi semasa yang dipamerkan oleh Ajmal sepanjang berada di bawah bimbingannya.
Katanya, Ajmal juga sudah berupaya menyaingi atlet-atlet senior dalam acara 110m lari berpagar ketika Kejohanan GP Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia siri 1 baru-baru ini.
''Sungguhpun tidak memperoleh kemenangan pada kejohanan tersebut, prestasi yang dipamerkan membuatkan saya yakin Ajmal mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan olahraga.
''Apa yang perlu dilakukan kini oleh atlet tersebut adalah mengekalkan prestasi selain cuba melonjakkan prestasi yang sedia ada ke tahap yang lebih tinggi,'' kata Ishtiaq ketika ditemui Utusan Malaysia di trek latihan Majlis Sukan Malaysia (MSN).
Pada tahun lalu, Ajmal telah menunjukkan keupayaan sebenar apabila cemerlang dalam pertandingan yang disertai.
Antara kejayaan yang dilakar oleh Ajmal pada tahun lalu ialah, pingat gangsa dalam Kejohanan Olahraga Asian All Stars di Delhi.
Pada Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) yang berlangsung di Bukit Jalil, atlet kelahiran Terengganu itu berjaya memperoleh pingat emas dalam acara 110m lari berpagar.
No comments:
Post a Comment