Saturday, April 23, 2011

Karnival Sukan Pelapis Kebangsaan di Kedah

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR: Seramai 2,000 orang melibatkan pegawai dan atlet berkampung di Kedah sempena Karnival Sukan Pelapis Kebangsaan Sesi Satu 2010 yang diadakan dari 21 hingga 25 April 2010.

Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Tuan Syed Khairol Anuar Syed Abidin, carnival yang diadakan itu melibatkan lapan jenis sukan iaitu menembak yang diadakan di Lapang Sasar Pokok Sena, gimrama (Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah) dan olahraga di Stadium Darul Aman.

“Manakala ping pong diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa II; memanah, tinju dan sepaktakraw (Stadium Sultan Abdul Halim) serta pencak silat (Dewan Dato’ Syed Omar Alor Setar),” katanya.

Beliau menjelaskan, karnival yang pertama kali diadakan itu membariskan pelapis berumur 21 tahun ke bawah dan penyertaan adalah membabitkan semua negeri.

“Tujuan utama karnival sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk mewakili negara pada masa hadapan di samping memberi peluang kepada atlet-atlet untuk bertanding pada peringkat kebangsaan serta mewakili negeri-negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Melaka atau pada SUKMA 2012 di Pahang,” ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib akan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara sepaktakraw di Stadium Sultan Abdul Halim pada 25 April 2010, jam 3 petang.

Bagi acara ping pong, penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran, menembak (Pegawai Daerah Pokok Sena), olahraga (Pengarah Belia dan Sukan), memanah (YB. Johari Abdullah) dan gimrama (Pengarah Unit Sukan Pelapis Sukan Negara).

http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=696&catid=75:arkib&Itemid=197

No comments:

Post a Comment