Saturday, April 23, 2011

Malaysia pertaruh atlet pelapis

23 April 2011

MAJLIS Sukan Negara (MSN) bercadang untuk menghantar atlet pelapis bagi menyertai temasya Sukan SEA XXVI di Indonesia bermula 11 hingga 25 November depan.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, keputu- san itu mungkin dibuat selepas pihak penganjur menolak rayuan Malaysia dan negara lain seperti Singapura dan Laos untuk menyenaraikan beberapa acara utama termasuk biliard dan snuker serta bola sepak wanita.

Beliau berkata, tindakan pengguguran beberapa acara yang menjadi kekuatan barisan atlet negara menyebabkan kontinjen Malaysia kehilangan sandaran banyak pingat emas.

"Buat apa kita menghabiskan masa dan peruntukan kewangan yang besar untuk menghantar atlet elit sedangkan ian tidak menda- tangkan faedah yang besar kepada mereka.

"Oleh yang demikian, lebih baik jika kita hantar atlet pelapis dan pembangunan ke sana bagi tujuan pendedahan."

Zolkples berkata demikian pada majlis sambutan ke-40 penubuhan MSN di Bukit Jalil semalam.

Beliau berkata, pihak penganjur tidak sepatutnya mementingkan diri dengan menyenaraikan acara yang boleh mereka kuasai dan menggugurkan acara wajib temasya dwitahunan tersebut.

"Penyertaan Sukan SEA hanya melibatkan jumlah negara yang kecil berbanding dengan kejohanan lain.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan menjejaskan program pembangunan atlet di rantau ini," katanya.


SKUAD badminton negara mempertaruhkan barisan pemain elit pada Sukan SEA XXV di Vientiane, Laos dua tahun lalu. - Gambar hiasan

Jumaat lepas, mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Bali memutuskan untuk menolak rayuan Malaysia agar penganjur menyenaraikan kembali 60 acara yang sebelum ini digugurkan.

Zolkples berkata, sebagai contoh, Indonesia hanya menawarkan satu acara bagi berbasikal trek dan memperbanyakkan acara lebuh raya yang menjadi kekuatan pelumba negara tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata, Malaysia akan tetap menghantar atlet elit bagi sukan tertentu yang tidak mempunyai kejohanan kompetitif tahun ini.

Katanya, sebilangan besar daripada atlet elit negara akan memberi tumpuan kepada kejohanan yang melibatkan kelayakan ke Sukan Olimpik 2012 di London.

No comments:

Post a Comment