ARKIB : 05/02/2011
KUALA LUMPUR - Seramai tujuh atlet pelapis kebangsaan akan dinaik taraf menjadi atlet elit berikutan kejayaan cemerlang mereka di beberapa kejohanan di sepanjang tahun lepas.
Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, empat daripada tujuh atlet tersebut dari acara renang dan tiga lagi, masing-masing dari sukan karate, menembak dan pelayaran.
"Mereka akan dinaik taraf bermula Mac ini dan tempat mereka akan diisi oleh atlet dari pelapis negeri dan pelapis serantau," katanya, semalam.
Tujuh atlet tersebut ialah Chi Chia Kian, Boey Weng Teng, Evon Heng Kor dan Andrew Loh (renang), Kam Kah Sam (karate), Nurrahimin Abd Halim (menembak) dan Ahmad Latif Khan (pelayaran).
Jefri berkata, atlet pelapis kebangsaan akan menyertai dua temasya terbesar bagi tahun ini iaitu Sukan Remaja Komanwel ke-empat di Isle of Man dari 1-13 September dan Sukan SEA ke-26 di Indonesia dari 11-25 November.
Katanya, penyertaan di pada sukan Remaja Komanwel tertakluk kepada persetujuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana penghantaran atlet ke gelanggang yang terletak di Eropah itu memerlukan perbelanjaan besar.
"Pada edisi ke-3 Sukan Remaja Komanwel di Pune, India pada 2008, Malaysia mendapat dua pingat perak, setiap satu dari acara badminton dan angkat berat," katanya.
Cawangan Pelapis juga dijangka menghantar 10 hingga 15 atlet pelapis ke Sukan SEA Indonesia. - Bernama
No comments:
Post a Comment