2011/03/31
BEKAS jaguh pecut Indonesia, Mardi Lestari akan mengiringi lima atlit olahraga dari Medan ke Malaysia untuk menjalani latihan persiapan menyertai dua kejohanan di negara republik itu.
Atlit acara larian jarak sederhana dan jauh itu menjalani latihan bersama atlit pelapis Malaysia di fasiliti Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.
Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin memberitahu program penempatan atlit dari Medan itu adalah hasil kerjasama antara MSN dan Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI).
Mardi pada zaman gemilang pernah bergelar ‘'manusia terpantas Asia’' selepas mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan.
Beliau juga meraih pingat emas dalam acara sama di tiga edisi Sukan SEA, bermula dari temasya di Kuala Lumpur (1989), Manila (1991) dan Singapura (1993).
Jefri berkata atlit berkenaan akan menyertai kejohanan olahraga Wilayah Sumatera Jun ini dan Pekan Olahraga Nasional, tahun depan.
“Mungkin sebelum hujung tahun ini, Cawangan Pelapis berharap dapat berkongsi pengalaman dengan Mardi untuk melatih pelapis atlit olahraga Malaysia,” katanya.
assalamulaikum..slmt ptg,,mcam mna ingin memohon msuk pelapis sukan negara..bolh kew sy thu..
ReplyDeletenak bersukan atau nak kerja?? nak bersukan boleh berhubungan dengan USPTN kami di negeri. link ada di dalam blog pelapis.
ReplyDeletenak kerja kena hantar permohonan ke Bahagian Pengurusan MSN