Jumaat April 22, 2011
LANGKAWI: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) meminta Majlis Sukan Negara (MSN) agar menimbang semula cadangan mengugurkan Kelas Optimist daripada Program Pelapis Kebangsaan.
Pengurus Besar MYA Mohd Afendy Abdullah berkata pengguguran itu tidak adilbagi pelayar yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang di persada dunia.
"Malah mereka akan muncul cemerlang sekali lagi pada Kejohanan Dunia danSukan Sea 2011," katanya, Jumaat.
Beliau berkata daripada sebuah pasukan yang berada di tangga ke-200 pada satu ketika, pelayar negara kini muncul antara yang terbaik di dunia termasuk empat dalam kumpulan 10 terbaik.
Katanya jika Kelas Optimist digugurkan, pelayar nombor satu negara Ahmad Shukri Aziz yang juga juara dunia lelaki 2010 dan Mohd Faizal Norizan yang merupakan johan lelaki Asia 2010 akan terjejas.
"Jika pelayar ini disingkirkan, pada masa akan datang kita tidak ada pasukanpelapis yang lebih mantap," katanya.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment