Posted on April 9, 2011, Saturday
SYABAS: Arrolfylnn menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus semalam. Turut kelihatan ialah Linda (kanan) dan Ahmad Suhaimi (dua kanan).
SIBU: Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sentiasa komited dan serius dalam hal ehwal pembangunan sukan di negeri ini.
Penolong Pengarah MSNS Zon Selatan, Linda Ling berkata Sarawak merupakan sebuah negeri yang cukup besar dan memerlukan usaha serta komitmen daripada semua pihak dalam melahirkan barisan atlet pelapis berwibawa.
“Atas sebab itu, kita merangka pelbagai program termasuk menganjurkan kursus intensif kepada para jurulatih,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan kursus sains sukan tahap I (Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan) anjuran MSNS di sini semalam.
Menyentuh tentang kursus yang dianjurkan, Linda menjelaskan ia adalah sebahagian daripada rancangan MSNS bagi mempercepatkan usaha negeri ini dalam melahirkan ramai atlet-atlet baru yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,
“Kita juga mahu melahirkan ramai atlet yang berkualiti dan mampu bersaing dalam mana-mana kejohanan yang dipertandingkan di seluruh negara,” ujar beliau dengan penuh yakin.
Sementara itu, penyelaras kursus Ahmad Suhaimi Yakub berkata jurulatih-jurulatih tempatan amat digalakkan menyertai kursus sedemikian. Ini kerana, jurulatih tempatan lebih memahami kehendak dan keperluan para atlet.
Dalam pada itu, seramai 55 orang peserta menghadiri kursus berkenaan yang dianjurkan selama lima hari di sebuah hotel di sini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pengarah MSN Zon Tengah, Arrolfylnn Elvis Slie.
http://www.theborneopost.com/?p=117477
No comments:
Post a Comment