KUALA LUMPUR (2 Jun 2011) - Saingan trek berbasikal Sukan Malaysia Ke-XIV yang bermula Sabtu ini di Velodrom Kuala Lumpur menjanjikan pertembungan sengit membabitkan para pelumba pelapis negara, sekiranya prestasi dalam kejohonan sebelum ini dijadikan ukuran.
Selepas mengharungi kejohanan 'pemanas badan' di Velodrom Kuala Lumpur minggu lepas, pelumba remaja dan negeri bawah 21 tahun yang lahir daripada pelbagai program sejak beberapa tahun lepas, berpeluang mencuri perhatian sepanjang berlangsungnya acara berkenaan di venue sama dari 4 hingga 7 Jun ini.
Ini kali pertama Sukan Malaysia menampilkan aksi berbasikal trek di Velodrom kerana pada Sukan Malaysia lepas, saingan trek dipertandingkan di jalanraya biasa lantaran ketiadaan velodrom di negeri-negeri yang menjadi tuan rumah.
Menurut KetuaTeknikal Delegat acara berbasikal trek Sukan Malaysia XIV, Maniam Manikkam, saingan akan disertai 13 negeri. Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang tidak menghantar skuad.
Saingan dalam acara pecut, keirin, perlumbaan mata serta kejar mengejar individu dan berpasukan antara acara kemuncak di Velodrom, yang bakal menyaksikan pertembungan nama-nama besar dari kalangan skuad pelapis kebangsaan.
Pada kejohanan Lumba Basikal Trek Kuala Lumpur di sini minggu lepas, Selangor membayangkan penguasaan pada Sukan Malaysia kali ini dengan mengungguli pungutan pingat (5emas, 4 perak dan tiga gangsa) diikuti Perlis (3-1-0), Sabah (2-1-0), Kedah(1-4-2), Johor (1-3-3) dan Pahang 1-1-2.
Perhatian pasti tertumpu kepada barisan pelumba remaja seperti Jupha Somnet, Lauretta Eva Adrian selain Mohd Arfy QhairatAmran, Mohd Fatah Amri Zahid dan Afiq Huznie Othman, bukan sahaja membantu negeri masing-masing dalam pungutan pingat, tetapi lebih penting ialah catatan peribadi terbaik sebelum menghadapi beberapa kejohanan besar.
Antaranya termasuk Kejohanan Remaja Dunia di Moscow pada Ogos dan Sukan SEA di Indonesia pada Disember.
Saingan peribadi“sahabat dan seteru” antara pelumba Perlis Jupha Somnet dan Lauretta Eva Adrian(Sabah) pastinya menjanjikan pertembungan menarik.
“Setakat ini,kesemua persiapan berjalan lancar dan tidak ada masalah besar. Keadaan velodromjuga baik, dan harapan kami ialah agar cuaca baik sepanjang kejohanan dariSabtu hingga Selasa depan,” kata Maniam.
Berbasikal trekmerupakan antara sukan yang menawarkan paling paling banyak pingat dengan 16 pingat emasdalam tempoh empat hari saingan. Keseluruhannya, seramai 150 pelumbalelaki dan wanita bakal beraksi.
Acara dipertandingkan: Perlumbaan Scratch, Kejar Mengejar(Individu & Berpasukan), Pecut (Individu dan Berpasukan), Perlumbaan Mata,1km Ujian Masa, 500m Ujian Masa (Wanita), Keirin.
No comments:
Post a Comment