Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my
PELUMBA Terengganu, Ummi Hamimah (kiri) dan Zahraa yang berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.
SELEPAS tiga hari acara berbasikal trek berlangsung di Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, Terengganu dan Perlis terus menambah koleksi pingat emas dalam beberapa acara yang dipertandingkan di Velo- drom Kuala Lumpur, Cheras.
Semalam, Terengganu berjaya meraih dua pingat emas dalam acara perlumbaan mata lelaki dan pecut berpasukan wanita, manakala Perlis unggul dalam acara individu tiga kilometer kejar-mengejar wanita dan individu pecut wanita.
Terengganu memulakan hari cemerlang dengan gandingan mantap pelumba wanita, Ummi Hamimah Mohamad dan Zahraa Anua- war yang berjaya meraih emas dalam acara pecut berpasukan wanita dengan catatan masa 51.699s.
Perak menjadi milik pasukan Selangor melalui gandingan Farini Shawati Mohd. Adnan dan Nurul Ahmar Badeuzzaman selepas mencatat masa 52.319s, manakala gangsa diraih Kedah hasil gandi- ngan Aishah Puteh dan Nurjeha Iwani Ruslan (54.615s).
Pingat emas kedua Terengganu semalam disumbangkan oleh Yusrizal Usoff dalam perlumbaan mata lelaki apabila berjaya mengumpul 61 mata, mengetepikan caba- ran pelumba Johor, Muhammad Asyraf Misnan yang meraih perak dengan mengumpul 45 mata, manakala gangsa milik seorang lagi pelumba Terengganu, Mohammad Saufi Mat Senan (41 mata).
Perlis pula berjaya menambah dua pingat emas melalui pelumba wanita sensasi, Ju Pha Som Net yang memenangi acara tiga kilo- meter individu kejar mengejar dengan catatan masa 4:16.727s, menewaskan pelumba Selangor Nurul Ahmar (4:23.521s), manakala gangsa milik Nurul Nadia dari Pahang (4:23.521s).
Ju Pha menambah emas kedua menerusi acara pecut individu wanita selepas menewaskan Lauretta Eva Adrian dari Sabah dalam saingan akhir dengan memenangi kedua-dua pusingan perlumbaan.
Turut mencuri tumpuan semalam ialah seorang lagi pelumba ke- bangsaan, Mohd. Fattah Amri Zaid dari Kedah yang memenangi pingat emas dalam acara pecut invidu lelaki mengalahkanMuhammad Fakhruddin Daud dari Johor.
Pingat gangsa pula menjadi milik Muhd. Arfy Qhairant Amran dari Melaka.
Pelumba kebangsaan, Ahmad Fakrullah Alias dari Pahang meraih emas acara empat kilometer kejar-mengejar individu dengan catatan masa 5: 08.849s, manakala Wan Syazwan Afiq Wan Shahril Anwar (Wilayah Persekutuan) pingat perak selepas mencatat 5:11.250s dan pingat gangsa milik Muhammad Faiz Izzudin Omar (Selangor) 5:13.551s.
Sementara itu, dalam acara pecut berpasukan, pingat emas berjaya diraih Selangor melalui trio, Hamdan Hamidun, Malek Marcus Mcrone dan Muhammad Elmi Jumari dengan masa 1:07.390s.
Mereka berjaya mengetepikan pasukan Pahang yang diketuai Ahmad Fakrullah Alias, bersama
Ahmad Azhar Arshad dan Muhamad Aim Mohamad Fauzi yang sekadar meraih perak selepas mencatat masa 1:08.883s.
Gangsa milik Terengganu dengan catatan masa 1:07.024s, menerusi barisan pelumba Mohammad Saufi Mat Senang, Muhammad Faiz Syarifuddin Abd. Kadir dan Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri.
No comments:
Post a Comment