Sunday, June 12, 2011

19 rekod baru

Oleh NAZRI ABU BAKAR
sukan@hmetro.com.my

SEBANYAK 19 rekod olahraga lebur di Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) sepanjang acara berkenaan berlangsung selama 3 hari di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Apa yang menarik, kredibiliti atlet berkenaan nyata menjadi aset bernilai buat semua kontinjen bersaing sebagai medan persediaan untuk sukan olahraga Universiti Asean dan dunia selain mewakili negara di pentas kebangsaan dan antarabangsa.


Atlet Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Nik Norzilawatie Nik Wil nyata begitu menyerlah sepanjang kejohanan selepas berjaya memecah dua rekod kejohanan.

Rekod pertama yang berjaya diciptanya adalah dalam acara 800m dengan kepantasan 2:27:19s dan mencatat 5:08s dalam acara 1,500m.


Manakala Mohd Azhar Ismail dari Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) juga berjaya memecah dua rekod kejohanan yang dicipta dalam 100m ketika saringan menerusi catatan 10:72 mengatasi rekod lama 10:82 serta 200m dengan kepantasan 21:80 mengatasi rekod 22:06.


Pembabitan 'The Thinking Athletes' pada Edisi ke-4 itu turut menyaksikan rekod baru menerusi atlet MSSM termasuk Elena Goh Ling 3,000m jalan kaki (16:30:34), Mohd Hakimi Ismail dalam lompat kijang (15:72m) dan Mohd Baihaqi dalam acara 400m lari berpagar 52:94s.

Atlet lain termasuk P Yuvaraaj dari Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) dalam acara 800m (1:58.05s) dan atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) J Karthik dalam acara 3,000m berhalangan (9.32.44s).


Penguasaan penuh atlet MSSM dalam acara pecut turut disahkan di kejohanan ini selepas rekod baru dicipta dalam acara 4X100m wanita (4:08.10s) dan 4X100m lelaki (3:18.54s).

Pengerusi teknik pertandingan, Azman Mohd Alwy berkata, bagi pecahan rekod menyaksikan MSSM berjaya memecahkan sebanyak 13 rekod, MASUM (3), MASKOM 2 dan MSPM (1).


Manakala MSSM unggul dengan 27 emas 18 perak dan 5 gangsa , diikuti MSPM 5 emas, 6 perak dan 7 gangsa.


MASUM pula 3 emas, 3 perak dan 10 gangsa, MASKOM 2 emas 2 perak dan 2 gangsa , MSSIPGM pula dengan 9 perak dan 7 gangsa.

No comments:

Post a Comment