Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my
MESKIPUN gagal dalam misi- nya untuk membawa pulang lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, pelumba basikal Perlis, Ju Pha Som Net masih ada sebab untuk mendabik dada.
Malah tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa pelumba pelapis wanita kebangsaan itu kini layak digelar ratu basikal trek negara.
Pada temasya Sukma kali ini, Jhu Pha tampil dengan prestasi menakjubkan apabila membawa pulang empat pingat emas secara keseluruhannya sepanjang empat hari acara tersebut dipertandingkan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.
“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya pada Sukma kali ini tetapi tidak dinafikan yang saya sedikit kecewa kerana gagal meraih pingat emas kelima.
“Namun yang paling penting, saya berjaya melepasi sasaran tiga pingat emas yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya semalam.
Pada hari terakhir semalam, hasrat Jhu Pha untuk merangkul dua lagi pingat emas tidak kesampaian selepas sekadar berpuas hati dengan satu kilau- an pingat emas sahaja.
Jhu Pha pada awalnya dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk merangkul dua pingat emas semalam selepas berjaya mengungguli acara 500 meter ujian masa wanita dengan catatan 39. 519 saat.
Namun rentak kecemerlangan tersebut gagal diteruskan selepas sekadar berpuas hati dengan pingat perak dalam acara keirin wanita dengan catatan 15.075 saat.
Pingat emas dalam acara tersebut dimenangi pelumba Terengganu, Ummi Hamimah Mohamad dengan catatan 15.025 saat, manakala Nurul Sakinah Abdul Karim meraih pingat gangsa (15. 281 saat).
“Pada perlumbaan tadi (semalam), saya tidak mampu untuk mengejar Ummi lagi. Jadi saya kekalkan rentak kayuhan saya dan akhirnya memenangi pingat perak,” jelas Jhu Pha.
Sebelum itu, Jhu Pha meme- nangi tiga lagi pingat emas menerusi acara empat kilometer individu kejar-mengejar, individu pecut dan scratch.
Dengan kejayaan membawa pulang empat pingat emas tersebut, Jhu Pha kini disebut-sebut sebagai calon untuk dinobatkan selaku Olahragawati Sukma ke-14.
No comments:
Post a Comment