KUALA
LUMPUR 25 Jun Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia
(MOM) yang dijadual berlangsung tahun hadapan akan ditangguhkan hingga
Jun 2018 untuk tidak mengganggu persediaan menghadapi Sukan SEA 2017 dan
Sukan Komanwel 2018 diteruskan.
Keputusan itu dipersetujui 32
badan sukan kebangsaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan MOM yang
berlangsung di Wisma MOM, di sini hari ini.
Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, pemilihan jawatankuasa baharu yang seharusnya dilakukan pada Jun 2017 akan diadakan selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.
“Tarikh asal pemilihan adalah terlalu hampir dengan Sukan SEA yang akan berlangsung pada bulan Ogos dan sekiranya pemilihan dibuat, kami akan mendapat presiden serta ahli lembaga baharu kira-kira enam minggu sebelum temasya itu berlangsung, jelas sekali perkara itu tidak munasabah.
“Selain itu, kami juga sedang menilai untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan sedia ada termasuk mengadakan pemilihan setiap empat tahun sekali dengan pemilihan akan dilakukan setahun selepas Sukan Olimpik berlangsung selain menilai tempoh maksimum memegang sesuatu jawatan, had usia dan beberapa kriteria khusus untuk ahli jawatankuasa yang bakal dipilih.
“Ini antara lain bertujuan membolehkan MOM bergerak selari dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta Majlis Olimpik kebangsaan lain,” katanya.
Dalam pada itu Tunku Imran menegaskan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 18 tahun lalu dan akan mengosongkannya pada Jun 2018.
“Tidak, saya pernah menyatakan bahawa ini adalah penggal terakhir saya dan pada 2018 saya akan mencapai usia 70 tahun, cukup sudah tempoh perkhidmatan saya,” katanya.
Mengulas mengenai cadangan penganjuran serentak Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN, Tunku Imran berkata, keputusan mengenainya akan dibuat pada 14 Julai ini semasa mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).
“Banyak penjimatan boleh dilakukan sekiranya majlis perasmian dan penutup dijalankan serentak. Saya tiada sebarang bantahan sekiranya boleh dilakukan tanpa menjejaskan penganjuran Sukan SEA.
“Selaku Presiden SEAGF, saya mahu sukan ini menjadi fokus utama dan perkara ini harus dihormati dengan fokus utama harus diberikan kepada Sukan SEA yang dianjurkan setiap dua tahun sekali yang menampilkan kehebatan sukan di rantau ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/pemilihan-jawatankuasa-mom-ditangguh-ke-jun-2018-1.346996#sthash.mscMHTYl.dpufPresiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, pemilihan jawatankuasa baharu yang seharusnya dilakukan pada Jun 2017 akan diadakan selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung di Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.
“Tarikh asal pemilihan adalah terlalu hampir dengan Sukan SEA yang akan berlangsung pada bulan Ogos dan sekiranya pemilihan dibuat, kami akan mendapat presiden serta ahli lembaga baharu kira-kira enam minggu sebelum temasya itu berlangsung, jelas sekali perkara itu tidak munasabah.
“Selain itu, kami juga sedang menilai untuk membuat pindaan terhadap perlembagaan sedia ada termasuk mengadakan pemilihan setiap empat tahun sekali dengan pemilihan akan dilakukan setahun selepas Sukan Olimpik berlangsung selain menilai tempoh maksimum memegang sesuatu jawatan, had usia dan beberapa kriteria khusus untuk ahli jawatankuasa yang bakal dipilih.
“Ini antara lain bertujuan membolehkan MOM bergerak selari dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta Majlis Olimpik kebangsaan lain,” katanya.
Dalam pada itu Tunku Imran menegaskan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 18 tahun lalu dan akan mengosongkannya pada Jun 2018.
“Tidak, saya pernah menyatakan bahawa ini adalah penggal terakhir saya dan pada 2018 saya akan mencapai usia 70 tahun, cukup sudah tempoh perkhidmatan saya,” katanya.
Mengulas mengenai cadangan penganjuran serentak Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN, Tunku Imran berkata, keputusan mengenainya akan dibuat pada 14 Julai ini semasa mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).
“Banyak penjimatan boleh dilakukan sekiranya majlis perasmian dan penutup dijalankan serentak. Saya tiada sebarang bantahan sekiranya boleh dilakukan tanpa menjejaskan penganjuran Sukan SEA.
“Selaku Presiden SEAGF, saya mahu sukan ini menjadi fokus utama dan perkara ini harus dihormati dengan fokus utama harus diberikan kepada Sukan SEA yang dianjurkan setiap dua tahun sekali yang menampilkan kehebatan sukan di rantau ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment