Wednesday, November 28, 2012

30 Atlet Pelapis Naik Taraf Ke Program Elit

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) --

Usaha Majlis Sukan Negara (MSN) mencungkil bakat muda untuk diserap sebagai atlet kebangsaan membuahkan hasil apabila 30 atlet pelapis negara mengesahkan tempat dalam status elit, sekaligus mewakili Malaysia pada kejohanan tempatan dan antarabangsa tahun ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN Jefri Ngadirin berkata usaha memilih 30 atlet berkenaan dibuat sejak Januari hingga bulan ini, menerusi pelbagai program latihan dan kem bakat atlet pelapis negara.

"Kita sentiasa menilai prestasi atlet pelapis ini melalui kejohanan, latihan dan kem sukan yang diadakan untuk pelbagai peringkat umur supaya dapat mencungkil atlet harapan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tujuh atlet terbabit adalah daripada sukan angkat berat, pelayaran (6), berbasikal (5), menembak (3), masing-masing dua dalam sukan akuatik (terjun), wushu dan tenpin boling serta masing-masing seorang menerusi karate, wushu dan tinju.

Jefri berkata pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat kerana proses pemilihan dan penilaian terhadap atlet pelapis negara untuk diserap dalam program elit sedang berjalan sehingga hujung tahun ini.

-- BERNAMA

Sunday, November 25, 2012

Cungkil bakat pelayar

Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my

MAJORITI peserta Klinik Pengenalan Bakat Sukan Pelayaran anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) di Pusat Maritim Putrajaya semalam mempunyai prestasi amat cemerlang dan boleh diangkat sebagai atlet negara pada masa depan.

Mereka yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu didapati mempunyai kebolehan tinggi dalam sukan itu terutama daripada tiga aspek utama iaitu fizikal, kognitif pemikiran dan mental serta tahap kecergasan dan keyakinan tinggi.


Pegawai dan penyelaras Program Pelayaran Putrajaya, Megat Fairuz Khairuddin berkata, klinik itu sebahagian daripada usaha mencungkil bakat baru sukan air terutama sukan perahu layar, kenu dan mendayung.

"Kami yakin ramai bakat baru ada di Putrajaya dan kami percaya sekolah adalah sumber untuk melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.


"Seramai 32 peserta menghadiri klinik ini dan mereka dibimbing jurulatih peringkat kebangsaan dan atlet negara sepanjang sesi berlangsung. "Kami akan menilai prestasi mereka dan 15 daripada mereka akan dipilih untuk menyertai program sukan pelayaran bermula tahun depan.


"Saya percaya daripada 15 peserta berpotensi yang dipilih, akan ada yang mampu mengharumkan nama negara pada masa depan," katanya.

Tuesday, November 13, 2012

Dua Pelumba Pelapis Terengganu Terpilih Sertai Kem Pelapis Negara

November 12, 2012 14:31 PM
Dua Pelumba Pelapis Terengganu Terpilih Sertai Kem Pelapis Negara


KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) bangga setelah dua orang lagi pelumba pelapis basikal Terengganu terpilih menyertai kem pelapis negara di Ipoh bermula 22-28 Nov ini.

Ahmad Najib Ismail dan Mohd Shahrir Azman yang masing-masing berumur 15 tahun ini akan diuji untuk diserapkan ke skuad pelapis negara.

Jurulatihnya, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan nyata berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh anak didiknya walaupun baru sembilan bulan aktif menyertai sukan berbasikal ini.

Menurutnya kedua-dua pelumba ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka sepanjang menyertai kejohanan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kita akui kedua pelumba ini masih muda dan baru namun mereka mempunyai potensi yang besar untuk terus maju," katanya.

-- BERNAMA

Saturday, October 13, 2012

Sofian waiting on news about becoming World Cycling Centre trainee

Saturday October 13, 2012

PETALING JAYA: Junior cyclist Sofian Nabil Omar Bakri is on the verge of becoming a trainee at the World Cycling Centre (WCC) in Aigle, Switzerland.

The 19-year-old Terengganu lad is still awaiting news on the WCC scholarship. If accepted, he will be the second Malaysian rider to enter the prestigious centre after Josiah Ng.

Josiah enjoyed an 18-month stint at Aigle from 2002 and has clearly benefited from the world-class programme there.

"This is just great for me. I think it is an opportunity that no one should miss out on if they want to be better cyclists," said Sofian.

Sofian is slated to start his days at the WCC in March, where it will last for six months.

Unlike Josiah, Sofian has built his resume through either road or track endurance events which he will focus on in Aigle.

Unchallenged in the SportExcel Junior Circuit in recent years, Sofian bagged the National Grand Prix junior title last year.

He also went on to win the silver medal in the points race in the Track Asia Cup in Kuala Lumpur last year, a feat he achieved despite being down with fever.

At the recent Sukma (Malaysia Games) in Pahang in July, Sofian grabbed three gold medals in the criterium, mass start and team time trials with Terengganu.

"The WCC has produced a lot of cyclists of real calibre and I'll be proud to say that I am a product of WCC one day," he said.

"The level of exposure you get and the experts who surround you will turn you into a good rider."

As Sofian waits to spend his time training in Aigle, the immediate task for him starts with the Track Asia Cup in Tehran from Oct 20-22.

Malaysia will be sending a group of young riders – Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Zulhilmie Afif Ahmad Zamri, Mohd Fakhruddin Daud, Mohd Faiz Izzudin Omar and Wan Syazwan Afiq – to compete in track endurance events.

Sofian will take part in the team pursuit, madison and points race

Tuesday, October 9, 2012

Young Malek confident he can justify selection

By Shamshul Fitri
PETALING JAYA: Track cyclist Malek Marcus McCrone is ready to step up to the plate after being promoted to the elite squad after years in the junior ranks. The 18-year-old Selangor lad earned his spot in the elite squad recently after a decent performance in the World Junior Track Cycling Championships in Invercargill, New Zealand, in August. Ummi Hamimah Mohamad too has been promoted to the women’s elite squad, joining the likes of Fatehah Mustapa and Ju Pha Som Net. Promoted: Malek Marcus McCrone (right and inset) plans to further his studies in Australia next year. “It is a big opportunity for me and one that is important to my future in cycling. For me to learn and really do well, I need to experience the kind of training the elite cyclists go through and do a lot of races,” said Malek, who in Invercargill, finished 17th in the men’s 1km time trial clocking 1:07.848 and ninth in the keirin. But that was enough for national head coach John Beasley to promote him to be in the same ranks as Azizulhasni Awang and Josiah Ng in line with their ambitious plans for the 2016 Olympics in Rio. “The elite squad’s training regime is quite different,” said Malek, who got the chance to train in Melbourne prior the junior meet. “Plus, I will pursue my studies in Australia next year.’ Malek will be featuring in the Track World Cup in Cali, Colombia, starting on Thursday until the weekend. He will compete in the 1km time trial, keirin and sprint events. “I don’t have any lofty targets there because competition will be very stiff. What I want is to experience competition at a higher level,” he said.

Monday, October 8, 2012

Amira cipta rekod baru kebangsaan

Amira cipta rekod baru kebangsaan KUALA LUMPUR - Atlet lompat kijang wanita, Noor Amira Mohamad Nafiah menjadi perhatian pada hari pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan Ke-88 di sini, semalam apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dengan lompatan 13.90 meter. Kejayaan Noor Amira yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengatasi rekod lama 13.74m milik atlet kebangsaan, Ngew Sin Mei pada 2004. Kata Noor Amira, rekod baru tersebut adalah sasarannya peribadinya yang berjaya direalisasikan sebelum berakhir musim 2012. "Saya memang tak jangka mampu memperbaharui rekod baharu kebangsaan dan ini semua adalah hasil sokongan daripada semua pihak selama ini. "Bagi saya catatan tersebut masih boleh diperbaharui lagi kerana pada saingan hari ini (semalam) saya tidak mempamerkan prestasi 100 peratus," katanya kepada pemberita pada kejohanan tersebut di MSN, Bukit Jalil, di sini, semalam. Pada saingan lompat kijang wanita akhir semalam, Noor Amira berjaya mengetepikan cabaran atlet Sarawak, Kee Siew Lian yang meraih pingat perak dengan catatan 11.83m manakala Merry Gabali dari Sabah sekadar pulang dengan pingat gangsa (11.29m). Malah, kemenangan Noor Amira itu juga membolehkan ATM menguasai kutipan pingat dengan 10 pingat emas daripada 23 acara yang dipertandingkan pada hari pertama kejohanan tersebut. Sementara itu, turut menjadi perhatian semalam ialah dua atlet pecut ATM, Mohd. Noor Imran AA. Hadi dan S. Komalan Shally yang mengungguli acara 100m lelaki dan wanita. Mohd. Noor Imran meraih emas pertama 100m lelaki pada musim ini melalui catatan masa 10.61 saat pada kejohanan semalam selepas berehat panjang sejak Sukan SEA di Indonesia tahun lalu. Komalan terpaksa bekerja keras untuk memenangi acara 100m wanita dengan catatan masa 12.08s menewaskan pencabar dari Iran, Maryam Toosi yang meraih pingat perak. Hari ini bakal berlangsung 18 lagi acara akhir termasuk 200m dan 4x400m kategori lelaki dan wanita pada kejohanan yang turut disertai Singapura, Taiwan, Kuwait, Thailand, Hong Kong, Iran dan Brunei Darussalam. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121007/su_03/Amira-cipta-rekod-baru-kebangsaan#ixzz28feL7LOt © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, August 29, 2012

Rhythmic gymnasts not ambitious enough, says Petrina

29/08/2012

By ASHREENA PILLAI


PETALING JAYA: The lack of passion and drive is the reason why Malaysia’s rhythmic gymnasts are unable to make the grade at the highest level.

Malaysian Gymnastics Federation (MGF) elite and back-up squad co-ordinator Petrina Low said the current team have the talent but lack the ambition to make a breakthrough.


She was disappointed that no Malaysian made it to the recent Olympics in London although some of her charges have showcased their brilliance in the Commonwealth Games and Youth Olympics.

“When we go for competitions, our girls are always praised for their beauty and elegance. I wish they would show more desire and passion for their sport as well,” said Petrina.

The philosophy of the sport is simple – no pain, no gain – as behind the bright smiles, sparkling leotards and dazzling routines are months of training, sacrifices and sheer hard work.

“As an athlete – especially a gymnast – you need to have the drive and self-motivation to achieve success. Discipline, effort and determination are also very important. You can’t train for two to three hours a week and expect to be good. Gymnasts must train with the apparatus every day to get the right feel and ease of execution,” Petrina said.

Having been part of the national rhythmic gymnastics set-up since the mid 80s, Petrina is determined to see the sport rise from doldrums.

“We have a talented group of girls capable of making it to the highest level. It’s just a matter of whether they want to or not.

“I hope they realise they have the potential to be great gymnasts and aspire to do so because they can,” she said.

The MGF will be using the two major events in 2014 – the Asian Games and Youth Olympics – to identify the candidates who can qualify for the 2016 Olympics in Rio de Janeiro.

Those in the running are Amy Kwan Dict Weng (pic) and Lee Wan Nin, both 17, Wong Poh San, 16, Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany, 15, as well as 13-year-old juniors Olivia Tai Qing Tong, Sha­sangari Siva­neswary Nagarajan and Shak Yuki.

Pulang kosong

27/08/2012

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

KONTINJEN berbasikal negara yang menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Remaja 2012 di Invercagill, New Zealand menamatkan saingan lima hari tanpa sebarang pingat sekali gus gagal mengulangi pencapaian 2010 apabila skuad negara membawa pulang satu pingat gangsa menerusi Adiq Husainie Othman.

Bagaimanapun saingan hari terakhir semalam menyaksikan pelumba wanita negara, Ummi Hamimah Mohamad berjaya memecahkan rekod peribadi dalam dua acara itu pecut individu dan juga 500m ujian masa wanita. Atlet kelahiran Terengganu yang membantu skuad Terengganu memenangi dua pingat emas di Sukan Malaysia Pahang itu menduduki ranking ke-10 daripada 15 pelumba yang bertanding dalam acara 500 ujian masa selepas melakarkan 37.727s.


Acara itu di ungguli pelumba Russia, Daria Shmeleva yang menewaskan pelumba Belanda, Elis Ligtlee manakala gangsa milik Lidia Pluzhnikova. Ummi berkata, dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi biarpun gagal memberikan pingat namun misi memecahkan rekod peribadi berjaya dilunaskan.

“Tamat sudah apa yang difokus dalam tempoh enam bulan ini. Saya gembira kerana berjaya melakarkan pencapaian peribadi terbaik saya. Apa yang penting sekarang ini saya perlu terus kekal fokus dan tidak sesekali putus asa untuk bergelar pelumba terbaik negara. “Ini adalah masanya untuk saya pulang ke kampung halaman dan berhari raya bersama keluarga selepas 1 Syawal yang lalu saya terpaksa memberi fokus untuk pertandingan ini,” katanya yang menduduki tempat ke-11 dalam acara keirin, semalam.


Sementara itu seorang lagi wakil negara, Malek Marcus McCrone yang turun beraksi dalam acara keirin menamatkan saingan di kedudukan ke-10 daripada 28 pelumba selepas gagal menempatkan diri dalam acara akhir. Malek menduduki tempat ketiga dalam penentuan tempat ke-7 hingga ke-12.

Monday, August 20, 2012

Kita masih ketinggalan’

19/08/2012
Kita masih ketinggalan'
Oleh NOR HAIRULNIZAM WAHID
hairulnizam@hmetro.com.my

DI sebalik kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong membawa pulang pingat perak dan gangsa buat negara di Sukan Olimpik London yang baru saja berakhir, ternyata masih jauh untuk kita mengejar kehebatan jagoan dunia apatah lagi dengan kejutan demi kejutan dilakar setiap hari sepanjang temasya itu.

Nama seperti Ye Shiwen dan Ruta Meilutyte membuka mata pemerhati sukan dunia bukan saja dengan usia yang masih muda malah keupayaan mereka yang luar biasa turut memberi bayangan betapa negara luar semakin galak mempertaruhkan atlet muda untuk bertanding di pentas antarabangsa.


Begitupun dalam konteks negara, tiada istilah 'jaguh segera' untuk misi melahirkan atlet yang mampu berdiri sebaris jagoan dunia tetapi sebaliknya perlukan perancangan teliti dan berkala.

Malah tempoh empat tahun selepas London untuk ke Sukan Olimpik Rio menurut Pengarah Cawangan Atlet Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin belum mencukupi untuk melahirkan atlet berstatus bintang, memandangkan tidak semua sukan mempunyai atlet yang benar-benar bersedia ke tahap itu.


Meskipun tugas memilih atlet ke Olimpik menjadi tanggungjawab Cawangan Elit tapi menurutnya usaha perlu dilakukan mulai sekarang untuk membekal atlet yang mampu menjadi barisan kedua dalam menjayakan misi negara.


Dalam kesungguhan mencari emas pertama Olimpik yang gagal dilunaskan Chong Wei, tumpuan segera terarah kepada Zulfadli Zulkifli untuk menggalas tugas itu di Rio serta atlet lain yang pastinya akan diberi perhatian oleh MSN.



Setakat ini menurutnya, atlet berbasikal pelapis iaitu Malek Marcuss Maccrone, Muhd Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad kini menjalani latihan di Melbourne bersama atlet elit dan dipersiapkan dengan beberapa kejohanan, terkini Kejohanan Trek Remaja UCI di New Zealand, 22-26 Ogos ini.


Beliau juga turut lega apabila Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong baru-baru ini memaklumkan kehadiran 12 atlet pelapis yang yang mampu menjadi sandaran berikutnya dalam sukan terjun selepas Pandelela. "Mereka mungkin memerlukan hingga lapan tahun untuk tampil sebagai atlet matang dan mampu mencabar atlet luar negara.

"Setidak-tidaknya menerusi program pelapis yang diwujudkan, kita mampu membentuk mereka untuk menyertai temasya seawal Sukan Sea," katanya.


Jika itu menjadi perkiraan, atlet seperti Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muhamad Zubair Mohammad dari sukan menembak serta atlet angkat berat Mohd Hafifi Mansor yang juga graduan program pelapis dilihat berpeluang untuk menyerlah di Rio empat tahun lagi.


Ternyata program yang dimulakan MSN sejak 2008 semakin menepati objektif melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili negara ke temasya sukan berprestij dari Sukan Sea, Komanwel, Asia hingga ke Olimpik.


Menurutnya sepanjang tahun ini seramai 32 atlet pelapis sudah diserapkan dalam skuad elit negara.


"Atlet seperti Ayuni dan Zubair sudah mula menunjukkan peningkatan dan kita harap mereka akan mencapai tahap kemuncak di Sukan Olimpik Rio," katanya.

Sunday, August 12, 2012

Pelapis negara dicabar pamer belang

12/08/2012


Pelapis negara dicabar pamer belang

MUHAMMAD FIRDAUS (depan) diberi kepercayaan menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand bermula 22 hingga 26 Ogos ini.

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mahu tiga pelumba pelapis negara menunjukkan prestasi cemerlang pada Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand bermula 22 hingga 26 Ogos ini.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, tiga pelumba terbabit ialah Malek Marcus Mccrone, Muhammad Firdaus Suardi dan Ummi Hamimah Mohamad.

"Mereka kini berada di Melbourne, Australia bagi menjalani latihan. Kejohanan itu juga adalah penampilan sulung mereka dan kami (PKBM) berharap mereka mempelajari sesuatu ketika beraksi di sana.

"Saya yakin mereka sudah bersiap sedia untuk menguji tahap kayuhan mereka walaupun tidak dapat bersama-sama keluarga di saat kita di sini menyambut Aidilfitri," kata Naim semalam.

Naim berkata, beliau mahu ketiga-tiga pelumba pelapis itu menggunakan peluang dan pengalaman berlatih di Melbourne untuk menghasilkan kejayaan seperti pelumba elit, Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Fatehah Mustapha.

"Kami tidak letak sasaran tinggi kepada mereka. Saya yakin ini adalah peluang mereka untuk menguji prestasi kayuhan dengan pelumba remaja lain yang bertaraf antarabangsa.

"Bagi saya, mereka (pelumba) mempunyai personaliti dari aspek fizikal badan yang tegap terutama Malek, jadi saya percaya jika mereka menggunakan pengalaman di sana sebaik-baiknya, mereka akan lebih kompetitif," katanya.

Kejohanan itu akan diadakan di Velodrom ILT, Invercargill dan dijangka disertai 400 pelumba dari lebih 30 negara.

Ketiga-tiga pelumba negara dijadualkan berlepas ke New Zealand, Sabtu depan.

Thursday, July 19, 2012

MSN bangga pencapaian pelapis

19/07/2012
Utusan

MSN bangga pencapaian pelapis

KUANTAN - Majlis Sukan Negara (MSN) berpuas hati dengan pencapaian
1,707 atlet di bawah program Pelapis yang menghasilkan 105 pingat
emas, 107 perak dan 122 gangsa untuk kontinjen negeri masing-masing
sepanjang temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV Pahang yang menutup
tirainya semalam.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Zolkples Embong, jumlah atlet itu
merangkumi 140 Pelapis Kebangsaan, 102 Pelapis Serantau dan 1,253
Pelapis Negeri yang menyertai 17 daripada 24 jenis sukan yang
dipertandingkan.

"Berbanding temasya Melaka dua tahun lalu, penyertaan atlet di bawah
program Pelapis meningkat sebanyak 14 peratus iaitu berbanding 1,502
orang pada 2010.

"Namun peningkatan jumlah atlet Pelapis kesemua peringkat itu juga
datang bersama peningkatan dari segi prestasi yang menyaksikan 105
emas berjaya diraih mereka, berbanding 87 pada temasya lalu.

"Di samping itu, 13 rekod Sukma (oleh atlet Pelapis) turut berjaya
dipecahkan menerusi sukan menembak, renang dan olahraga berbanding
hanya lima rekod di Melaka.

"Pencapaian sepatutnya lebih bagus, tapi kita perlu ambil kira bahawa
beberapa atlet Pelapis yang masih layak bertanding dari segi umur
tetapi telah diserap ke dalam program Elit seperti Khairul Anuar
Mohamed, Haziq Kamaruddin, Nurul Syafiqah Hashim (memanah) dan Adiq
Hussaini (berbasikal)," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menyentuh mengenai prestasi keseluruhan pula, Zolkples tidak terlalu
gusar dengan kekurangan bilangan rekod temasya yang berjaya dipecahkan
jika dibandingkan dengan temasya Melaka.

Ia mencatatkan penurunan hampir 50 peratus, iaitu daripada 67 rekod
kepada 33 pada temasya kali ini, namun Zolkples percaya ia berikutan
perubahan had umur atlet bertanding dari bawah 23 kepada bawah 21.

"Di sebalik jumlah rekod yang berkurangan, Alhamdullilah ada juga tiga
rekod kebangsaan iaitu melalui Abdul Mubin Rahim dalam clean & jerk
bawah 77kg dan Freancy Titus dalam snatch bawah 58kg, selain perenang
Ian James Barr yang berjaya memecahkan rekod sendiri dalam 200m
rampaian individu," ujarnya.

Penembak emas Pahang sumbang insentif kepada sekolah

19/07/2012
Utusan

Penembak emas Pahang sumbang insentif kepada sekolah

KUANTAN - Penembak Pahang, Aina Zahiran, 18, yang merangkul lima
pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV baru-baru ini
menyumbangkan sebahagian wang insentif yang diterimanya kepada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ubai, dekat
sini.

Pada majlis yang diadakan di sekolah tersebut semalam, Aina
menyerahkan sumbangan RM2,000 kepada Yang Dipertua PIBG SK Ubai, Mohd.
Sulihi Zainal sambil disaksikan Guru Besar, Azhar Jamil dan murid
sekolah berkenaan.

Menurut penembak pelapis kebangsaan itu, dia sudah memasang hajat
tersebut sebelum temasya Sukma bermula lagi dan pemilihan sekolah
tersebut tidak dipengaruhi sesiapa dan hanya terlintas di fikirannya.

"Saya juga berharap adik-adik di sini belajar bersungguh-sungguh dan
bagi yang meminati sukan, ia harus seimbang antara sukan dan akademik.

"Tiada beza antara budak kampung dan bandar, sesiapa saja boleh
berjaya jika fokus dan tidak berputus asa," katanya ketika ditemui
pemberita semalam.

Anak kedua daripada empat adik-beradik itu juga percaya dan berpegang
pada prinsip rezeki tidak akan hilang jika sentiasa bersyukur.

Dalam temasya Sukma XV, Aina merangkul emas menerusi acara air rifle
10meter berpasukan, 50m air rifle individu dan berpasukan serta 50m
rifle prone individu dan berpasukan, sekali gus memperbaiki pencapaian
di Melaka (2010) yang menyaksikan dia membawa pulang empat emas untuk
Pahang.

Aina, yang kini menduduki Pra-U dan menjalani latihan di Sekolah Sukan
Bukit Jalil di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Sabki Mohd.
memberitahu, tumpuannya kini ialah untuk menghadapi satu kejohanan di
Australia pada Januari depan.

Sementara itu, Mohd. Sulihi berkata, beliau bersyukur dan berbangga
dengan pemilihan PIBG sekolah tersebut oleh penembak terbabit.

Menurutnya, ia juga menjadi dorongan buat murid sekolah itu untuk
berusaha mencontohi Aina yang juga berjaya mengharumkan nama Pahang
dalam sukan itu.

Dalam pada itu, bapa Aina yang turut hadir pada majlis tersebut,
Zahiran Abdul Rahim, 48, memberitahu, keluarganya menyokong penuh niat
murni Aina untuk membantu sekolah berkenaan.

"Saya juga berharap selepas ini lebih ramai remaja membabitkan diri
dalam sukan kerana sukan juga memberikan ruang kerjaya dan masa depan
namun ia perlu diseimbangkan dengan akademik," katanya.

Thursday, June 14, 2012

Yu Tian shows that studies and sports can go hand in hand

Yu Tian shows that studies and sports can go hand in hand
By AFTAR SINGH




KUALA LUMPUR: Chuah Yu Tian proved that one can excel in studies and sports.

The 19-year-old scored nine A’s to become Bukit Jalil Sports School’s top student in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) last year.

And on Tuesday, she capped her debut in the 15th Asian Junior Athletics Championships, which ended in Colombo, Sri Lanka, by winning the silver medal in the girls’ pole vault event.

China’s Xu Huiqin broke the eight year-old Asian junior record by clearing 4.25m en-route to winning the gold.

The previous record of 4.20m was set by China’s Zhao Yingying in Ipoh in 2004. Yu Tian took the silver with a 3.40m vault while the bronze went to Taiwan’s Liu Yu Yao (3.20m).


Well done: BJSS teacher S. Yogeswari congratulating (from right) Chuah Yu Tian, Tan Hsi Theng and Kuck Sea Theng after they received their SPM examination results last year.
Yu Tian, who is doing her pre-university studies at BJSS, said that she never expected to win a medal in the Under-19 meet.

“It was my first Asian junior meet and I am happy with my effort which is my best this year.

“Winning the silver augurs well for me to further improve my efforts to win a medal in Sukma (Malaysian Games) in Kuantan next month,” said Yu Tian, who won the silver in the Thailand Sports Schools meet in Bangkok in 2010.

Malaysia also won two bronze medals in the four-day meet in Sri Lanka.

Mohd Fahme Zam Zam won the bronze medal in the boy’s pole vault event with a height of 4.20m.

Fahme and Sri Lankan’s M. H. I. Sandaruwan were tied at the same height but the Malaysian won on count back.

China’s Zhang Mei soar to a height of 5.35m to bag the gold while Fuji Daiki of Japan took the silver on 4.80m.

The second bronze was bagged by high jumper S. Navinraj. The Malaysian and three others – Barsham Muamer Aissam of Qatar, Kazakhstan’s Dergachew Yuriy and Taiwan’s Hsiang Chun Hsien – all cleared the same height of 2.16m.

The Qatari and Kazakhstan bagged the gold and silver respectively on count back while the other two athletes were offered bronzes.

Two other athletes Mohd Ajmal Aiman Mat Hassan and Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki, who were supposed to win medals in the meet, however, returned empty handed.

Ajmal, despite clocking a personal best of 13.99 in the boys’ 110m hurdles, only finished fourth while Noor Shahidatun, who has a personal best of 12.99m in the girls’ triple jump, only managed 12.54m in Colombo to finish fourth.

Wednesday, May 23, 2012

Kejutan Olivia

23.05.2012
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

OLIVIA Tai Qing Tong umpama pencetus harapan baru arena sukan gimrama apabila berjaya menduduki ranking 10 terbaik kategori remaja pada pentas akhir Siri Piala Dunia di Tashkent, Uzbekistan yang berakhir, kelmarin.

Meskipun tidak meraih sebarang pingat, atlet cilik yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13, bulan lalu disifatkan berada di landasan tepat untuk menyerlah di temasya utama akan datang khususnya di Olimpik Remaja (YOG) 2014.


Pada kejohanan antarabangsa remaja yang turut dinamakan ‘Happy Caravan’ itu, Olivia menduduki tangga keenam dan kelapan acara gelung dengan catatan 25.125 mata serta bola (24.9).

“Olivia digilap untuk beraksi di Olimpik Remaja 2014 dan dengan kejayaan menduduki 10 tempat terbaik kategori remaja dalam acara bertaraf dunia seperti ini, dia seolah-olah memberi bayangan mampu menyumbang pingat di temasya bertaraf dunia.


Ketua jurulatih negara, Elena Kholodova bangga dengan kejayaannya hingga menganggap Olivia berpotensi menjadi gimnas elit yang berkaliber sekiranya kekal konsisten.


“Ini kerana pada awal usia 13 tahun, Olivia sudah mampu berdiri seiring dengan 10 gimnas terbaik dunia dan menaikkan lagi nama Malaysia di peringkat remaja,” kata Penyelaras Hal Ehwal Atlet Gimrama Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Petrina Low yang turut mengiringi Olivia ke Tashkent.

Olivia diberi kepercayaan ke Tashkent selepas berjaya membuktikan kewibawaan dalam kategori berpasukan bersama Shak Yuki dan N Shasangari Sivaneswary dengan menduduki tangga ke-15 daripada 35 negara pada Siri Kedua di Pesaro, Itali, bulan lalu.


Siri Piala Dunia yang membabitkan empat saingan itu bermula di Kiev, Ukraine sebelum ke Itali dan Corbeil Assones, Perancis (11-13 Mei). Saingan terakhir berlangsung di Tashkent, Uzbekistan (15-20 Mei). Kejohanan berprestij itu membariskan gimnas berstatus dunia dari 40 negara, antaranya Russia, China, Azerbaijan, Austria, Argentina, Belarus, Uzbekistan, United Kingdom, Ukraine, Sepanyol, Slovenia, Kazakhstan, Cyprus dan Perancis.

Wednesday, March 14, 2012

Three Sukma riders to join elite track cycling squad

13.03.2012
By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: Three riders who shone at the Malaysia Games (Sukma) in Kuala Lumpur last year — Mohd Fattah Amri Zaid, Mohd Arfy Qhairant Amran and Ju Pha Somnet — have been recruited into the elite track cycling squad currently based in Melbourne.

The trio earned the nod of head coach John Beasley to join London Oly­mpic bound cyclists Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Mohd Edrus Yunos and Fatehah Mustapa in the elite squad.

With Azizul and Josiah focusing on the keirin leading up to the Olympics, Beasley is likely to opt for Fattah and Arfy to combine with Edrus in the team sprint.

Malaysia are virtually out of the running for the team sprint event at the Olympics as they are far behind China and Japan in the world rankings. But it is the right time to build a new squad for the future.

Only the top two nations from Asia will qualify for the Olympics in the various sprint disciplines, compared to three in Beijing previously.

"The addition of Fattah, Arfy and Ju Pha is part of our long term planning for the next Commonwealth and Asian Games in 2014 and the Olympics in 2016.

"It takes six to eight years to groom a world class rider, They need to put on some muscles and it takes three to four years to do that.

"We teach them the craft of racing and, hopefully, they will be ready to complement the seniors in a few years," said Beasley, adding that the juniors are doing what Azizul and Fatehah went through.

Azizul has emerged as Asia's best sprinter with two World Cham­pion­ships silver medals and an Asian Games gold since joining the elite squad in 2007.

Fatehah, who joined around the same time, reached the World Cham­pionships keirin final in Holland last year and basked in the glory of becoming the first Malaysian woman cyclist gold medallist at the Asian Cham­pion­ships in Kuala Lumpur in February.

"Fatehah has blossomed into a good rider and has grown in confidence after winning the gold at the Asian championships. I expect more good things from her," said Beasley.

The Melbourne training base will also welcome the trio of Ummi Hami­mah Mohamad, Malek Marcus Mac­crone and Mohd Firdaus Suardi, who will train with the elite cyclists until August before heading for the World Junior Track Championships in Inver­car­­gill, New Zealand, from Aug 22-26.

Saturday, March 3, 2012

Tiga pelapis galas cabaran Remaja Dunia

Metro
3/3/2012

Pelapis galas cabaran Remaja Dunia


TIGA atlet pelapis berbasikal negara menggalas cabaran negara pada Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand, Ogos ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, tiga atlet itu ialah Ummi Hamimah Mohamad, Muhamad Firdaus Suahrdi dan Malek Marcus McCrone.


Kejohanan remaja itu diadakan di Velodrom ILT, Invercargill dari 22 hingga 26 Ogos dan dijangka disertai 400 pelumba dari lebih 30 negara.

Sementara itu, Jefri berkata seramai 22 atlet pelapis kebangsaan di naik taraf sebagai atlet elit berikutan pencapaian cemerlang di beberapa kejohanan sepanjang tahun lalu.


"Mereka mula diserap ke kelompok elit mulai bulan lalu dan tempat mereka di unit pelapis akan diisi atlet pelapis negeri," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Daripada jumlah 22 atlet itu, tujuh adalah dari sukan angkat berat, tiga masing-masing dari acara berbasikal dan menembak, dua masing-masing dari acara wushu, boling, terjun, sukan layar dan satu dari acara karate (kata).

Thursday, February 23, 2012

71 gimnas ikuti kem pemilihan

22/02/2012
71 gimnas ikuti kem pemilihan


BUAT julung kali, 71 gimnas lelaki mengikuti kem pemilihan dan penilaian sukan gimnastik di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, ini kali pertama pihaknya menganjurkan program seumpama itu bagi mencungkil bakat baru gimnas lelaki dari Pusat Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan.


Beliau berkata, kem latihan yang berakhir esok mendapat sambutan menggalakkan dan berharap ia dijadikan program tahunan MSN. “Selain sesi penilaian, atlet juga mengikuti beberapa aktiviti lain termasuk program latihan dikendali bekas jurulatih kebangsaan China, Gao Jian yang juga panel penilai," katanya.

Jefri berkata, pihaknya turut mengadakan sesi pemilihan bagi gimnas elit dan pelapis kebangsaan.


“Saya harap usaha ini dapat mengatasi masalah kekurangan gimnas lelaki berusia antara 10 dan 12 tahun,” katanya.


Beliau berkata, kem itu antara program persiapan atlet negara bagi menghadapi Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Sea Singapura 2015. Gimnas lelaki negara, Mohd Irwan Miskob pernah merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 namun beliau gagal meraih sebarang pingat pada Sukan Sea Indonesia, November lalu.

Tuesday, February 21, 2012

Adiq’s lone medal the saving grace for Malaysia in road cycling

The Star
20/02/2012
By SHAMSHUL FITRI


PETALING JAYA: Malaysia ended the Asian cycling championships road racing with just a silver medal, won by Mohd Adiq Husainie Othman in the men's Under-23 event.

It was definitely a better performance than last year in Thailand where the contingent came home with their tail between their legs after failing to win a single medal from the road events.

However, it has to be noted that there was no Under-23 category last year and Adiq, who is plying his trade with Asian professional continental team Champion System, was a favourite to reach the podium in the race.

National junior riders at the meet generally lacked the tactical acumen to read the race and position themselves in a good spot to counter any attacks from the peloton.

In the men's junior race, the team's strategy went up in smoke after Malek Marcus McCrone, sprinter for the team, crashed out with four laps to go in the 115.2km event.

Coach Soud Hussain had predicted a bunched finish and Malek was their ace in the hole for the final surge.

A number of breakaways took place, but no Malaysian riders were among them.

And it was the riders in the final breakaway group that finished ahead of the peloton, albeit with just a four-second advantage.

In the women's junior race, Noor Azian Maslin Sazali went on a solo breakaway as early as in the second lap of the 76.8km race. But as the peloton increased their pace to catch Azian, her team-mates failed to play an active role in the chase.

The focus of riders and coaches was also subject to question in the dismal performance of the team. Prior to the men's elite time trial, coach Syed Mohd Husaini Syed Mazlan indicated that Mohd Fauzan Ahmad Lutfi would not give his best so as to save himself for the Le Tour de Langkawi which starts on Feb 24.

As a result, Fauzan finished in ninth place, almost four minutes behind winner Eugen Wacker of Kyrgyzstan. Surprisingly, Fauzan was a minute down from Tuguldur Tuulkhangai of Mongolia who finished fifth.

In a race against time with no tactics involved, it was a pity that Malaysia conceded defeat even before the race. And yet, he was satisfied with his performance.

In the men's junior time trial, a blunder by team officials put paid to Ahmad Firdaus Abdul Karim performance.

Prior to the race, Firdaus took his bike out from the holding area after he went for a bike check, meaning that he had to undergo a check once again before the start.

But the team officials overlooked the matter and when Firdaus took to the ramp for the start, race commissaires pulled his bike down for the mandatory check while the clock was already ticking for him.

He finished seventh in 35:46.003 after losing a minute due to the slipup, which otherwise would have produced a medal.

Saturday, February 18, 2012

Malaysia finally clinch a road racing medal

Star
18/02/2012
By SHAMSHUL FITRI

PUTRAJAYA: Malaysia finally won their first road racing medal in the Asian Cycling Championships, thanks to Mohamed Adiq Husainie Othman.

It was only a silver but there were smiles all around in the Malaysian camp as Adiq finished just half a bike's length behind gold medallist Tomohiro Kinoshita of Japan in the 128km race in the men's Under-23 category. Iranian Arvin Moazemi took the bronze. All three clocked 3'02:05.

"I was actually expecting a gold in the race.


Close fight: Japan's Kinoshita Tomohiro (left) celebrates after crossing the finish line ahead of Malaysia's Mohd Adiq Hussainie Othman (centre) and Iranian Arvin Moazemi in the 128km event at Putrajaya yesterday. — S.S. KANESAN/The Star
"But I just had nothing left in the tank in the last 300 sprint to the finish," said Adiq, a silver medallist in the same event in the junior category in Indonesia in 2009.

Adiq paid tribute to his team-mates – Ahmad Fakhrullah Alias, Mohd Aulhilmie Afif Ahmad Zamri and Nik Mohd Azwan Zulkiflie – for helping him end Malaysia's drought.

"I owe them a lot of thanks. I couldn't have done it without them," said Adiq.

In the women's elite race, Masziyaton Mohd Radzi was the best Malaysian finisher in 14th spot in 3'16:49.

Taiwan's Hsiao Mei Yu took the gold while Gu Sung-eun of South Korea bagged the silver. Thailand's Jutathip Maneephan settled for the bronze. All three also clocked 3'16:49.

Results:

Men's Under-23 (128km): 1. Tomohiro Kinoshita (Jpn) 3'02:05, 2. Mohd Adiq Husainie Othman (Mas), 3. Arvin Moazemi (Iri) all same time; Selected: 10. Ahmad Fakhrullah Alias (Mas) 3'04:03, 29. Mohd Zulihilmie Afif Ahmad Zamri (Mas), Nik Mohd Azwan Zulkiflie (Mas) all same time.

Women's elite (115.2km): 1. Hsiao Mei Yu (Tpe) 3'16:49, 2. Gu Sung-eun (Kor), 3. Jutatip Maneephan (Tha) all same time; Selected: 14. Masziyaton Mohd Radzi (Mas) 3'16:49, 24. Suryani Mohd (Mas) same time, 36. Mardiana Mohd Radzi (Mas) 15 seconds behind, 38. Muslihah Salim (Mas) 23.

Harun: Karim ordered me to tell six sprinters to skip dope test

Star
18/02/2012

KUALA LUMPUR: Former national chief coach Harun Rasheed revealed yesterday that Malaysian Athletic Union (MAU) deputy president Datuk Karim Ibrahim had instructed him to tell six sprinters not to submit their urine samples to the National Sports Institute (NSI) in May last year.

Harun dropped the bombshell during an interview in a sports programme on TV.

"Karim instructed me to tell the six sprinters not to go for the doping test. I told him that it was a big offence to skip the test," said Harun.

"But Karim insisted that I follow his instruction and not to reveal it to the media."

The six sprinters involved are Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Siti Fatimah Mohamed, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling, Nurul Sarah Abdul Kadir and Noor Imran Hadi.

Harun, who resigned from the MAU on Nov 17 last year, added that Karim wanted the six sprinters to go for a training-cum-competition stint in Bulgaria.

"However, Siti, Zubaidah and Yi Ling declined to go to Bulgaria after skipping the dope test."

Harun said he also questioned a Bulgarian doctor what kind of vitamins he was giving to relay runner Mohd Yunus Lasaleh but he refused to answer.

"Karim also sent letters to all state associations to tarnish my image.

"I was sad with what was going on in MAU and tendered my resignation after the Indonesia SEA Games.

"However, I was suspended for one year as MAU found me guilty of asking the six sprinters to skip the dope test.

"But it was Karim who instructed me to tell the sprinters not to go."

Wednesday, February 15, 2012

Firdaus pays heavy price thanks to officials’ blunder

By SHAMSUL FITRI
PUTRAJAYA: A blunder by team officials saw junior rider Ahmad Firdaus Abdul Karim lose out on a medal in the individual time-trial event at the Asian Cycling championships in Putrajaya.
Firdaus, who was the 12th rider to start for the 25.6km time-trial yesterday, had his bike scrutinised by commissaires before he went for a warm-up session.
Instead of leaving his bike in the waiting area, he took it out for the ride, a move which meant his bike was again checked just before the race.
And he started almost a minute after his countdown to finish in sixth place in 35:46.003.
In full bloom: Vietnam’s Thi Bich Nhien Truong en route to a bronze medal in the junior time trial event at Putrajaya yesterday. — S.S. KANESAN / The Star
Leung Chun Wing of Hong Kong won the gold medal in 33:44.846 while Japan’s Hiroki Nishimura took the silver in 34:23.912. Robert Gaineyev of Kazakhstan settled for the bronze in 35:18.322.
“The incident disrupted my focus as this is the first time I’m competing in the Asian championships,” said the 18-year-old Firdaus.
“I panicked when I had my bike pulled away and I lost precious time there.”
National coach Graham Seers said they should have put Firdaus on another bike for his warm-up instead of the race bike.
“He could take the race bike for warm-up but it needs to be checked again before he goes onto the ramp,” said Seers.
Masziyaton Mohd Radzi, who was a replacement for the injured Mariana Mohamad in the women’s elite 25.6km event, finished in seventh spot in 40:08.759.
South Korea’s Na Ah-reum took the gold medal in 35:15.944 while Japan’s Minami Uwano came in second with 36:41.153. Wang Chui of China took the bronze in 37:01.792.
Mariana was injured during a selection trial two weeks ago in Putrajaya. She broke her left arm and injured her right knee after being hit by a car.
In the women’s junior 12.8km event, scratch (track event) silver medallist Noor Azian Maslin Sazali finished fourth in19:47.440.
Meanwhile, Malaysian National Cycling Federation (MNCF) president Abu Samah Abdul Wahab has defended the decision to drop sprinter Anuar Manan from the road race which will be held on Feb 18.
Abu Samah said Anuar should train regularly with the rest of the national team for the 180km race in Putrajaya for the coach to gauge his current form.
“I know he is a professional and has his own training programme, but Adiq (Hussainie Othman), who is also in the same professional team (Champion System) came to train with the rest ... so why can’t he?” said Abu Samah.
Anuar, the only Malaysian thus far to win a stage in the Le Tour de Langkawi (LTdL) in 2010, was dropped on Monday ahead of Saturday’s race and the team management replaced him with Terengganu Pro-Asia’s Mohd Harrif Salleh.
Abu Samah believes Harrif is a capable replacement despite not training with the national team.
“Even though Harrif has not trained with the team, the coach (Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan) was kept abreast of his progress as he is training with his team in Chiangrai,” said Abu Samah.
The three other riders in the national team are Amir Mustafa Rusli, Akmal Amrun and Mohd Zamri Salleh.

Firdaus terlepas raih pingat

UTUSAN/Mohd Najib Mohd Nor
PUTRAJAYA - Pelumba remaja lelaki lebuh raya, Ahmad Firdaus Abdul Karim terlepas untuk meraih pingat dalam acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di sini selepas melakukan kesilapan ketika di garis permulaan.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan prestasinya terutama sekali selepas melakukan kesilapan pada permulaan perlumbaan dan hanya menduduki tempat keenam dengan catatan masa 35 minit 46.630 saat.
"Silap pada permulaan tersebut menyebabkan saya menghabiskan masa selama seminit sebelum berlepas, jika tidak mungkin saya mampu untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa atau perak," katanya kepada media selepas tamat perlumbaan, semalam.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Leung Chun Wing dari Hong Kong (33:44.846s), manakala tempat kedua dimenangi Hiroki Nashimura dari Jepun yang melakukan masa 34:23.912s dan Robert Gaineyev dari Kazakhstan meraih gangsa (35:18.322s).
Jelasnya, akibat kesilapan tersebut dia menjadi panik dan berlumba dalam keadaan yang tidak selesa, menyebabkan masa catatannya agak ketinggalan berbanding pelumba yang memenangi pingat serta beberapa pelumba yang berada lebih baik dari kedudukannya.
"Ini akan menjadi pengajaran buat saya, mungkin kerana pertama kali menyertai kejohanan ini. Saya akan cuba menebusnya pada perlumbaan lebuh raya," kata pelumba berusia 18 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah itu.
Punca kelewatan Ahmad Firdaus itu dikatakan kerana selepas melakukan pemeriksaan basikal, dia sepatutnya perlu meninggalkan basikalnya di tempat permulaan bagaimanapun dia tidak berbuat demikian menyebabkannya terpaksa melakukan pemeriksaan buat kali kedua.
Sementara itu, jurulatihnya, Graham Seers mengakui bahawa telah melakukan kesilapan dan tidak memberi nasihat kepada Ahmad Firdaus tentang apa yang sepatutnya dia buat sebelum memulakan perlumbaan.
"Ini adalah kesilapan kami sendiri, sepatutnya selepas menghantar basikal untuk diperiksa, Ahmad Firdaus perlu melakukan sesi memanas badan dengan basikal lain apabila sudah bersedia barulah ke garisan permulaan," katanya.

Tuesday, February 14, 2012

Yunus admits taking drugs but blames it on MAU deputy president

By AFTAR SINGH
starsport@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: Relay runner Mohd Yunus Lasaleh, who failed a dope test after winning gold at the Indonesia SEA Games, has made a stunning admission: he was on banned drugs which a top Malaysian Athletic Union official told him to take.

Yunus and several coaches and athletes said in a sworn statement that MAU deputy president Datuk Karim Ibrahim had arranged for a Bulgarian doctor to provide him with “pills that could help me win gold at the SEA Games”.

Yunus, together with P. Yuvaraaj, Schwan Ahmad Rosely and S. Kannathasan, did not qualify on merit for the biennial Games but surprised everyone by winning the gold in the men's 4x400m in Palembang.

Yunus, 23, subsequently failed the dope test. He now faces a lengthy ban from the sport and the quartet will have to return their medals.

In the sworn statement, the Sabahan claimed Karim had contacted him while he was training in Miri in September and told him to meet a Bulgarian doctor who could help boost his performance.

“The doctor and coach Vasco, also from Bulgaria, were in Miri. The doctor gave me five or six pills during training. He told me they were vitamins.

“Karim also told me to take the pills, which he said were very expensive. I was also given injections two or three times a week. The doctor informed me that they were B complex shots for recovery after training.

“Karim asked me not to tell anyone, including coach K. Jayabalan, about the pills. However, I fell ill after receiving two injections and could not train for a few days. I told coach Jayabalan about the injections and he was angry with me,” he said.

The team then moved their training base to Brunei.

“There, the doctor continued to give me the pills and injections,” said Yunus.

“This continued until Nov 1 when we were told that we would not be going to the Games,” said Yunus.

However, the relay quartet were later informed that they would be competing in the Games after all. They left for Palembang on Nov 12 and returned as heroes three days later without receiving their gold medals.

Karim, meanwhile, is also alleged to have told six sprinters not to provide the urine samples for doping tests as requested by the National Sports Institute last year May.

They are Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir, Siti Fatimah Mohamed, Siti Zubaidah Abadi, Yee Yi Ling and Noor Imran Hadi.

Forty-two national athletes and 16 coaches handed the memorandum to MAU president Datuk Seri Shahidan Kassim at the National Sports Council in Bukit Jalil yesterday, demanding that Karim be removed as deputy president.

Shahidan said later: “I haven't read it and I can't arbitrarily remove any official. There are rules and procedures to be followed.”

Calls by StarSport to Karim went unanswered.

Monday, February 13, 2012

Late move costs Ummi dearly in junior keirin final

The Star
13/02/2012


Rookie rider Ummi Hamimah made her move too late and saw the gold slip away in the women's junior keirin final.

The 17-year-old Ummi stayed inside the leading pack until the derny (motorised bicycle) moved away and the two Koreans – Kim Sola and Oh Hyeon-ji quickly stormed to the front.

Ummi did manage to beat Hyeon-ji but the gap between the other Korean proved too far and she eventually settled for a second silver medal.

Ummi, making her debut in the Asian meet, had taken silver in the sprint on Friday and was also part of the team sprint bronze medal combination alongside Lauretta Eva Adrian.

Any ordinary cyclist would have been satisfied but a clear- headed Ummi, who was only a reserve in the squad for the Asian meet in Korat last year, felt otherwise.

"I did not win two silvers, I lost two golds. "My strategy did not work as I was bunched inside the group. It's harder as I am racing alone while Taiwan and South Korea had two riders in the final. They can adopt better strategies and decide who goes for the attack," said Ummi, who like top sprinter Azizulhasni Awang, comes from Dungun.

Malaysia thus ended their campaign in the junior ranks without a gold medal this time.

The other silver medal came from Noor Azian Maslin in the women's junior scratch.

Historic moment

By REPORTS BY ARNAZ M. KHAIRUL
arnaz@nstp.com.my | 0 comments


FATEHAH Mustapa created history as the first Malaysian woman to be crowned Asian champion on a day that saw Malaysia regain their dominance of the keirin in the Asian Cycling Championships at the Kuala Lumpur Velodrome.

The final day of track events yesterday also saw Josiah Ng lead a one-two finish for Malaysia in the men's keirin final, when the 32-year-old finished ahead of compatriot Azizulhasni Awang.
In the junior women's keirin final, rising star Ummi Hamimah Mohamad wrapped up her second silver medal and finished her debut in the Asian meet with two silver medals and a bronze.

The women's keirin was always going to see Fatehah needing to pull out something extra with China featuring two riders in Xu Yulei and Shi Jingjing, and Hong Kong's hot favourite Lee Wai Sze backed up by Diao Xiaojuan.

"I just followed (head coach) John Beasley's instructions. I knew that I should not expand too much energy early on so that I could put everything into a final sprint," said Fatehah, 22.

After the derny released the free-for-all, Fatehah played it calm, staying close to Wai Sze, who went full gas for the finish line with more than half a lap to go with the Malaysian staying tight on her rear wheel.

As the race approached the final bend it seemed like the powerful Wai Sze had done enough to fend off Fatehah, but when they hit the home straight for the final dash the Malaysian found another gear and blasted past, sending a packed velodrome into ecstatic celebrations.

Wai Sze was a spent force as she put everything into the chase and was overtaken by Yulei at the finish line. The Hong Kong star had to settle for bronze this time, after easily beating Fatehah in the 200m sprint final.

Fatehah registered not just the country's first Asian Championships gold in a women's event, but her best personal achievement outside of the regional Sea Games.

"It feels great to have this piece of history because I've never been able to win a gold medal at this level. The past few years were disappointing as I didn't even win a medal in the keirin, so this puts all of that behind me," said Fatehah.

This performance had Beasley reminding Fatehah of the potential he has seen in her all along.

"I've always said that she can win Olympic gold, so this is a great step for her. For her to win here must give her the confidence. Now, we'll look at the World Cup in London and the World Championships where I hope she will step it further," said Beasley.

The home crowd were again sent into wild celebrations as Josiah led Azizul across the finish line after the duo worked their way around the Japanese pair of Yuddai Nitta and Kazunari Watanabe in the men's keirin final, with China's Zhang Lei surprisingly a non-entity throughout the race.

Josiah registered his first Asian title, while Azizul, who was the centre of attention, wasn't disappointed with having to settle for his second silver medal after losing out to Watanabe in the 200m sprint final on Friday.

Sportsman of the Year Azizul said he was still recovering his form and was happy with the outcome of this Asian Championships as he builds towards the World Championships in Melbourne in April and the London Olympics after that.

"There's still a long way to go to get to my best form, but this was a good outing. I was feeling good here and there was no more problems with my injury," said Azizul.

"This result shows we're dominating the keirin at this level again. Now we're looking at the World Cup and Olympics, where I hope to be at my best form."

Ummi Hamimah again earned praise for her gritty performance in the junior women's keirin final, only just losing out to South Korea's Kim Sola, who she had also lost to in the 200m sprint final on Friday.

"I feel more like I've lost two gold medals, rather than winning two silver medals. Today (yesterday) I left it till too late to make my move and lost out on the gold medal which I wanted so badly," said Ummi Hamimah, 17.

The national team ended the track campaign with three gold, six silver and six bronze medals. The road events begin in Putrajaya tomorrow.


Read more: Historic moment - Racing - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/racing/historic-moment-1.45859#ixzz1lZmyXwzh

Ummi realisasi satu pingat kategori remaja

DARIPADA tiga wakil negara yang beraksi dalam acara akhir keirin di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) kategori remaja, hanya Ummi Hamimah Mohamad merealisasikan satu pingat buat kem negara.

Susuk tubuhnya yang kecil jika dibandingkan dengan pelumba Korea, dua pelumba Taiwan dan seorang dari Hong Kong tidak menghalangnya daripada menyumbang pingat buat negara.

Bagaimanapun Ummi terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Korea, Kim Sola yang merangkul emas manakala gangsa diraih rakan senegaranya, Oh Hyeon Ji.

Biarpun kecewa kerana kehilangan dua emas iaitu dalam acara keirin dan pecut, Ummi mengakui apa yang ditempuhinya di ACC kali ini pengalaman berharga.

“Memang sedih, tapi saya berpuas hati dengan apa yang dicapai kali ini. Mungkin kerana saya seorang saja wakil negara, maka agak sukar untuk saya merancang strategi. “Dua pelumba Korea itu memang dari mula lagi sudah mengawal perlumbaan. Saya pula sering dihimpit tapi itu tidak menghalang saya. Saya hanya mengikut saja dan tiba masanya barulah saya membuat pecutan,” katanya yang menunggu peluang untuk menjalani latihan di luar negara.

Sementara itu, dalam kategori remaja keirin lelaki, dua wakil negara Muhammad Fauzan Nor Azman dan Malek Marcus McCrone gagal menggunakan kesempatan terluang apabila gagal merangkul sebarang pingat.

Acara itu dimenangi pelumba Jepun, Ryohei Taniguchi dan Hiroto Shimizu yang masing-masing meraih emas dan perak, manakala gangsa milik Wang Ji Hyeon dari Korea Selatan.


Kem remaja negara yang membawa pulang tiga perak dan empat gangsa, gagal mengulangi pencapaian di Korat tahun lalu apabila mereka memenangi satu emas, enam perak dan satu gangsa.

Fatehah akhiri penantian lima tahun

PINGAT emas yang diperoleh dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke-32 pasti meninggalkan memori indah buat Fatehah Mustapa kerana berjaya menamatkan penantian lima tahun.

Ratu pecut negara itu berjaya mencelah di selekoh terakhir untuk menewaskan pelumba China, Xu Yulei yang merangkul perak dan pelumba Hong Kong, Lee Wei Sze, gangsa.


Fatehah melengkapkan saingan di Kejohanan ACC yang menutup tirai di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur, semalam, dengan membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa.

“Ini hadiah untuk John (Beasley) dan semua. Mereka memberikan saya semangat luar biasa hari ini untuk membuat kayuhan terbaik bagi merangkul emas pertama saya di ACC.


“Saya cukup gembira dan sangat berpuas hati. Sudah tiga tahun saya tidak menang emas keirin, asyik dapat perak dan gangsa. Emas ini cukup bermakna buat saya,” katanya yang kali terakhir merangkul perak acara keirin di ACC Nara, Jepun pada 2008.


Berusia 23 tahun, Fatehah memulakan kayuhan mengikut apa yang dirancang Beasley dan tuah terus mengiringinya apabila diundi pada permulaan saingan untuk berada di belakang Wei Sze yang juga pilihan untuk memenangi acara itu.

“Saya gembira kerana diundi di belakang Wei Sze. Memang itu yang saya sasarkan. Saya hanya perlu berada di belakangnya dan biar dia yang buat kerja terlebih dulu.


“Ketika itu, Wei Sze pula sentiasa memerhatikan Yulei, jadi memang satu kelebihan kepada saya apabila Wei Sze lebih banyak bekerja. “Apabila mendengar loceng dibunyikan, saya menggunakan sepenuh tenaga untuk membuat kayuhan terbaik dan bersyukur apa yang dirancang menjadi kenyataan,” katanya.

Kemenangan itu memberikan kelebihan yang cukup selesa buat pelumba kelahiran Terengganu itu melayakkan diri ke Sukan Olimpik London.


Dia kini berada di kedudukan kedua Asia di belakang pelumba China, Guo Shuang, meninggalkan Wei Sze di tempat ketiga dengan jurang mata yang jauh.

Penyudah bergaya

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my


PENAMAT satu dua acara keirin pada hari terakhir Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Cheras dianggap satu penyudahan yang cukup simbolik buat pelumba negara, Josiah Ng.

Pelumba yang baru menyambut ulang tahun ke-31 pada 2 Februari lalu menyifatkan kemenangan itu sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya, apatah lagi dia tidak pernah menyumbang sebarang pingat di ACC sebelum ini.

“Lebih baik lambat daripada langsung tidak pernah meraih apa-apa. Saya cukup gembira dengan kemenangan ini. Ia memberi banyak makna buat saya. “Tidak kiralah siapa menang dalam perlumbaan itu, sama ada saya atau Azizul(hasni Awang), yang pasti kami akan gembira atas kejayaan masing-masing. Kami berdua begitu rapat, seperti adik dan abang. Bersaing sesama sendiri dalam dunia basikal dan banyak kongsi waktu gembira bersama.

“Saya pasti jika saya menang, dia gembira dan jika dia menang, saya juga gembira. Penamat satu dua, membuktikan penguasaan kita dalam acara keirin sejak dari Sukan Komanwel,” kata pelumba kelahiran Filipina itu.


Josiah melepasi garisan penamat dengan catatan 10.985 saat untuk mengatasi Azizul yang memenangi perak dan Yudai Nitta dari Jepun, gangsa. Josiah berkata, jika dulu Azizul menjadikan dirinya sebagai idola, tapi hari ini sebaliknya apabila Azizul pula yang menjadi sumber inspirasi kepadanya.


Azizul dianggap sebagai pencetus fenomena baru dalam dunia berbasikal dan Josiah menyifatkan apa yang diperolehnya ketika ini adalah kerana didorong beberapa faktor.

“Kita mempunyai satu pasukan kuat. Kehadiran Azizul memberi kehidupan kedua kepada saya dan tidak lupa kepada isteri saya, Kim Ong yang sentiasa menyokong di saat saya susah dan senang,” katanya.


Bagi Azizul, biarpun sekadar menduduki tempat kedua dan gagal menebus kekecewaan dalam acara pecut, Azizul tetap gembira kerana pingat emas masih lagi menjadi milik negara.

Mengulas mengenai strateginya, Azizul berkata, dia tidak sempat mencari posisi terbaik apabila dikepung dan dihalang pelumba Jepun.


“Saya tak kisah biarpun nombor tiga, sebab saya tengok Josiah sudah berada di depan. “Tapi saya tetap cuba mempamerkan kayuhan terbaik untuk membuktikan dominasi Malaysia dalam acara keirin,” katanya.


Selepas menamatkan saingan dalam acara trek, Malaysia setakat ini berada di tempat ketiga keseluruhan dengan tiga emas, tiga perak dan dua gangsa, manakala Hong Kong mendahului dengan 5-3-4 dan China, 4-2-2.


Kejohanan Berbasikal Asia dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia akan diteruskan dengan acara perlumbaan lebuh raya yang akan bermula esok.

'Emas ini untuk Beasley'

Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2012/02/13

PELUMBA negara (dari kiri), Ummi Hamimah, Josiah, Fatehah dan Azizulhasni bersama pingat yang dimenangi pada hari terakhir ACC 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, semalam.
Fatehah cipta bangga muncul pemenang skuad negara hari terakhir ACC 2012

"SAYA hadiahkan pingat emas ini untuk jurulatih (John Beasley)," kata Fatehah Mustapa yang mencipta bangga muncul pemenang untuk skuad negara pada hari terakhir acara trek di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, semalam.
Jelas detik kecewa pada acara pecut dapat ditebus semula apabila dia melakar sejarah selaku pelumba elit wanita pertama negara menghadiahkan emas dalam acara keirin dan akur Beasley banyak membantu cabarannya.
“Pada selekoh akhir tadi, saya rasa betul-betul bersemangat apa lagi dengan kehadiran ramai penonton dan keluarga yang menyokong,” kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Pingat perak acara dimenangi Xu Yulei dari China dan Lee Wai Sze dari Hong Kong mendapat gangsa.

Fatehah yang akan terbang ke London bersama pelumba elit lain ke Piala Dunia malam ini berkata dia bagaimanapun tidak boleh terlalu yakin kerana semua negara akan turut bertanding pada siri akhir Piala Dunia itu.

“Sasaran saya yang pertama biarlah masuk ke final dulu. Selepas itu barusaya akan fikirkan strategi seterusnya,” katanya yang mengumpul keseluruhan satu emas, satu perak dan satu gangsa pada ACC kali ini.
Sementara itu, pelumba remaja wanita, Ummi Hamimah Mohamad berjaya mengatasi masalah senggugut yang dihadapinya untuk memperoleh pingat perak dalam acara keirin remaja wanita.

Pada hari terakhir acara trek ACC dipertandingkan semalam, skuad negara berpuas hati di tempat kelima keseluruhan pungutan pingat dengan tiga emas, enam perak dan enam gangsa sementara Hong Kong mendahului kedudukan (10 emas, enam perak dan empat gangsa).

Saturday, February 11, 2012

Wushu uji muka baru di Macau

11/02/2012
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

JURULATIH wushu kebangsaan, Yoong Thong Foong menetapkan Kejohanan Remaja Dunia, di Macau sebagai medan ujian untuk muka baru membuktikan kemampuan.

Katanya, tanpa aksi di Olimpik dan hanya dua kejohanan utama tahun ini memberi ruang buatnya menumpukan lebih perhatian kepada muka baru dan pelapis bagi persediaan Kejohanan Dunia tahun depan.


"Kejohanan Remaja Dunia berlangsung September ini. Meskipun jurang waktu masih panjang, atlet baru perlu memulakan latihan intensif dari sekarang.

"Sememangnya, 2012 mungkin menjadikan nama sukan wushu agak kelam kerana kurang kejohanan tapi kami akan gunakan peluang itu untuk melahirkan seberapa ramai bakat baru yang boleh," katanya.


Sepanjang 2012, wushu hanya menyertai tiga saingan utama, Kejohanan Utama Wushu Dunia di Shanghai, Julai ini, Kejohanan Wushu Asia yang turut diadakan Shanghai pada Ogos sebelum ke Macau, September. "Meskipun kurang kejohanan, kita akan beraksi sepanjang 2012. Penting untuk kita menyerlah di tiga saingan ini kerana sekiranya atlet berjaya meraih gelaran, ranking Malaysia di peringkat dunia akan naik lagi," katanya sambil menambah atlet elit akan dihantar menjalani latihan dua fasa di Guangzhou dan Fuzhou, Chi na, bermula bulan depan.


Terkini, dua pelapis wushu negara, Tai Cheau Xuen (gambar) dan Kevan Cheah Peng Heng dinaikkan taraf ke skuad elit dan akan mengiringi ratu wushu negara, Chai Fong Ying, Diana Bong, Ng Shin Yii, Loh Jack Chang dan Lee Yang ke China.

Cetek pengalaman punca pelumba remaja putih mata

Harian Metro
11.02.2012

SKUAD remaja negara menyumbangkan satu pingat perak dan dua gangsa pada saingan hari ketiga Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun episod berbeza dialami skuad remaja berbanding dengan barisan senior apabila cetek pengalaman menjadi faktor menyekat mereka menempah nama sebagai jaguh remaja Asia di laman sendiri.


Malaysia hampir menyumbang satu emas, namun kesilapan Ummi Hamimah Mohamad dalam acara pecut mengakibatkan terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua.

Dia yang gagal mengawal kekecewaan hingga mengalirkan air mata selepas tewas perlumbaan itu mengaku kesilapan taktikal punca kegagalannya pada penyertaan pertama di ACC.


"Saya tersilap taktik. Pada pusingan pertama saya gunakan gear berat. Saya bangkit di perlumbaan kedua untuk mengikat kedudukan. Ketika perlumbaan penentuan, saya sekali lagi tersilap taktik, jurulatih saya (Suod Hussain) sudah memberi tahu apa yang sepatutnya saya buat tapi mungkin kerana terlalu gemuruh saya tidak dapat berfikir menyebabkan saya hilang kawalan," katanya.


Ummi, 18, tewas kepada An Hyeji dari Korea manakala gangsa dimenangi Kim Sola juga dari Korea yang menewaskan Eva Lauretta Adrian.


Sementara itu, dua gangsa disumbang pasukan pecut lelaki yang dibarisi Muhmmad Fauzan Nor Azman, Malek Marcus Mccrone dan Muhammad Asri Suraizi Mat Riadzi dan Eva dalam acara 500 ujian masa.

Ummi feels she has let nation down for not winning gold

The Star
11/02/2012

"I'm sorry Malaysia."

That's all national junior track cyclist Ummi Hamimah Mohamad (pic) could say after failing to deliver the gold medal in the women's junior sprint event yesterday.

Ummi lost her first bout against South Korea's An Hye-ji but won the second to force a decider in the fight for gold.

But Malaysia's dream of bagging a first ever gold in the women's sprint was shattered when Hye-ji got the better of Ummi in the final showdown.

The 18-year-old Ummi said her poor jugdment let her down in the decider.

"I lost the first match because I was using a smaller cog at the back and I lost some power at the home straight," said Ummi, who was in tears.

"After changing to a bigger cog, I managed to win the second match to force the decider. But I then made the mistake of allowing the Korean rider to dictate the pace."

Ummi's win in the second match left the 100-odd local crowd in the stands – including her mother, Rozita Chik, who came all the way from Terengganu – holding their breath for gold.

Even more so as elite riders Azizulhasni Awang and Fatehah Mustapa, and Ummi's fellow junior rider, Lauretta Eva Adrian, had already lost 0-2 to their opponents.

"I feel I have let the nation down for not winning the gold. I must try to get it right in the keirin tomorrow," said Ummi.

Prior to the sprint events, Lauretta bagged the bronze in the 500m time trial with a time of 39.996. Taiwan's Cheng Yu-hsiu took the gold in 38.588 while Hyeji earned the silver in 39.196.

In the men's junior team sprint, the local trio of Malek Marcus McCrone, Mohd Fauzan Nor Azman and Mohd Asri Suraizi had to settle for the bronze in 1:07.890.

Japan took the gold in 1:05.411 and South Korea the silver in 1:06.862.

Friday, February 10, 2012

Muhammad Edrus wins first gold for M’sia

Posted on February 10, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: Muhammad Edrus Md Yunos brings the glitter of gold to Malaysia at the ongoing 32nd Asian Cycling championship (ACC) and the 19th Asian Junior Cycling Championship at the Cheras Velodrom, here.
Muhammad Edrus clocked the fastest time of one minute and 06.647 seconds in the 1km men’s elite time trial event ahead of closest rival Mahmoud Parash of Iran with a mere 0.439s time difference.
“I’ve not expected this because it’s been quite sometime I’ve not raced in the 1km event. This gold medal is a bonus for me because I’ve not set any target for the event. My coach John Beasley has set the target of a medal of any colour,” he said.
The presence of national cyclist Mohd Rizal Tisin spurred him to race hard, he said.
Meanwhile, national track cyclist Fatehah Mustapa won the bronze in the 500m time trial event with 36.394s. Lee Wai Sze of Hong Kong won the event with a time of 35.320s, while the silver went to Xu Yulei of China with a time of 35.962s.
Fatehah said she was happy for the victory.
“I was racing well after at the starting gate but slowed down as the race reached its first quarter.”— Bernama.

Edrus sambar emas pertama

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Edrus Yunus (tengah) bersama pemenang pingat perak dari Iran, Mahmoud Parash (kiri) dan pemenang gangsa Wu Lok Chun dari Hong Kong di atas podium pada ACC 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Hari kedua Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 disinari dengan kejayaan emas pertama negara menerusi Edrus Yunus dalam acara satu kilometer ujian masa individu semalam di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.

Kejayaan pelumba berpangkalan di Melbourne itu mengulangi pencapaian Rizal Tisin yang turut memenangi emas acara yang sama di Korat, tahun lepas.

Edrus mencatat masa satu minit 6.547 saat, mengetepikan pelumba Iran, Mahmoud Parash (1:06.986s) manakala gangsa diraih Wu Lok Chun dari Hong Kong (1:07.862s).

Menurut Edrus, sebelum perlumbaan dia berasa agak penat kerana bertarung dalam saingan repacharges pecut yang diganjak pada awal pagi semalam akibat hujan kelmarin.

"Bagaimanapun selepas perlumbaan tersebut saya mendapatkan urutan dan fikir untuk beraksi sebaik mungkin walaupun masih kepenatan, ternyata ia membuahkan hasil dengan memenangi emas," katanya selepas tamat perlumbaan semalam.

Jelasnya, dia amat terkejut kerana memenangi emas selepas sudah lama tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut kerana ia bukanlah berada dalam sasarannya.

"Saya hanya meletakkan sasaran untuk memenangi pingat tanpa mengira warna tetapi saya berjaya meraih emas, mungkin kerana tidak ada tekanan yang menyebabkan saya mampu meraih kejayaan ini.

"Ketiadaan pelumba China, Zhang Miao mungkin memberi ruang terbuka buat saya untuk meraih emas, ketika acara ini kurang mendapat tumpuan kerana tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik 2012 London," katanya.

Di sebalik kemenangan tersebut Edrus juga boleh dianggap sebagai bidan terjun kerana sepatutnya acara itu diwakili oleh Rizal namun atas sebab kerja, peluang diberikan kepadanya.

"Selepas John (Beasley) membuat keputusan seminggu sebelum acara ini bahawa saya akan mengambil bahagian dalam acara ini jadi saya bersedia untuk melakukan yang terbaik hasilnya saya berjaya meraih emas," katanya.

Azizulhasni, Fatehah ke final

KUALA LUMPUR - Pelumba trek sensasi negara, Azizulhasni Awang cemerlang di laman sendiri apabila berjaya mara ke saingan akhir pecut Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Turut cemerlang ialah pelumba wanita, Fatehah Mustapa yang juga berjaya menempatkan diri ke akhir ini menandakan bahawa sekurang-kurangnya dua pingat perak berada dalam genggaman hari ini.

Azizulhasni yang juga dikenali sebagai The Pocketrocketman melakukan kejutan selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010, Zhang Lei pada peringkat separuh akhir dan akan bertemu pelumba Jepun, Kazunari Watanabe di peringkat akhir.

"Saya memang gembira sangat, sebenarnya saya diletakkan 40 peratus sahaja untuk memenangi perlumbaan ini selebihnya adalah milik Zhang Lei, kerana peringkat kelayakan dia mencatat masa kedua terpantas dan dia merupakan pakar dalam kategori ini," katanya ketika ditemui media semalam.

Jelasnya, dia hanya mahu berlumba sahaja dalam acara tersebut kerana lebih memikirkan perlumbaan keirin, bagaimanapun tanpa disangka prestasinya meningkat dari masa ke semasa.

"Antara faktor utama saya boleh beraksi dengan baik mungkin kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri dan sudah lama tidak beraksi di trek ini, malah John Beasley (ketua jurulatih) juga terkejut dengan prestasi saya.

"Saya hanya mensasarkan memenangi pingat tetapi tidak sangka mampu mara sehingga ke akhir, jadi saya cuba buat yang terbaik esok (hari ini)," kata Azizulhasni yang tidak sangka bertemu Watanabe sedangkan kedua-duanya bertukar pendapat sebelum saingan suku akhir.

Sementara itu, Fatehah yang memenangi pingat gangsa pada awal pagi dalam saingan 500 meter ujian masa, mara ke akhir selepas menumbangkan pelumba Jepun, Kayono Maeda di separuh akhir.

Fatehah akan bertemu dengan pemenang pingat emas acara 500 meter ujian masa, Lee Wai Sze dari Hong Kong dan ia merupakan kali pertama pelumba kelahiran Terengganu itu mara ke saingan akhir ACC.

Dua bekas pelapis sertai latihan ke China

Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

DUA pelapis wushu negara, Tai Cheau Xuen dan Kevan Cheah Peng Heng kini diberi kepercayaan ke skuad elit selepas cemerlang meraih pingat emas di Sukan Sea Indonesia, tahun lalu.

Jurulatih kebangsaan, Yoong Thong Foong berkata, selain mempamerkan aksi konsisten di medan latihan, kepercayaan itu disandarkan kepada Cheau Xuen dan Kevan selepas meraih pingat emas disiplin Nandau dan Nangun.


“Dengan kedua-duanya kini dinaikkan taraf ke skuad elit, saya optimis skuad elit makin kukuh dengan dua muka baru yang hebat dan berbakat besar.

“Justeru, Cheau Xuen dan Kevan akan turut dihantar menjalani latihan bersama skuad elit di China pertengahan bulan depan,” katanya selepas sesi latihan, semalam.


Mengulas lanjut, ketiadaan Cheau Xuen dan Kevan, skuad pelapis kini hanya dibarisi lima atlet dan pihaknya akan mencari muka baru dalam masa terdekat.


“Kami sudah memilih enam atlet baru tapi mereka masih dipantau. Hanya yang terbaik akan dipilih berdasarkan prestasi di Sukan Malaysia (Sukma).


“Disebabkan wushu tidak tersenarai ke Olimpik 2012, kami miliki lebih masa untuk menilai serta membimbing ramai muka baru untuk diserap ke skuad pelapis,” katanya.

Kayuhan emas pertama

Oleh Aida Adilah Mat
aida@metro.com.my

BIARPUN hanya sebagai pelumba bidang terjun yang dipilih di saat akhir, Muhammad Edrus Md Yunos tetap mempamerkan kayuhan mantap untuk bangkit menutup kritikan terhadapnya apabila menghadiahkan emas pertama negara di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), semalam.

Berpangkalan di Melbourne, Edrus bertekad memberikan yang terbaik biarpun masih kepenatan kerana terpaksa menempuh pusingan repecharge pada sesi sebelah pagi dalam acara pecut.

Edrus merekodkan 0.439s lebih pantas untuk menghadiahkan emas acara 1 kilometer ujian masa sekali gus mengatasi naib juara dari Iran, Mahmoud Parash yang mencatatkan 1:06.986s dan Wu Lok Chun dari Hong Kong, 1:07.862s.

“Gembira dan terkejut sebab sudah lama saya tidak menyertai acara ini tapi mungkin tiada tekanan dan sokongan daripada kawan serta penyokong meniup semangat saya untuk melakukan yang terbaik.

“Ketiadaan jaguh China seperti Zhang Miao dan pelumba Jepun yang tidak memberikan tumpuan dalam acara ini kerana ia tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik memberi kelebihan buat saya menyumbangkan pingat pertama negara,” katanya yang merekodkan 1:06.547s untuk memperbaiki catatan terbaik miliknya di velodrom terbuka.

Kejohanan yang memasuki hari kedua di velodrom Cheras, Kuala Lumpur turut menyaksikan pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa terlebih dulu menghadiahkan pingat gangsa dalam acara 500m ujian masa wanita elit.

Edrus gah lakar kejutan

Oleh Jumiati Rosly

BIARPUN namanya kurang mendapat tumpuan berbanding pelumba basikal elit lain yang berlatih di Melbourne, Muhammad Edrus Md Yunos berjaya membuktikan kemampuan meraih pingat emas buat negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, semalam.

Disenaraikan dalam program ‘Road To London’, Edrus merangkul emas dalam acara 1 kilometer ujian masa elit lelaki dengan merakamkan catatan peribadi terbaik 1 minit 06.547 saat sementara pelumba Iran, Mahmoud Parash di tempat kedua (1:06.986s) dan pelumba Hong Kong, Wu Lok Chun meraih gangsa (1:07.862s).
“Saya hanya fikir mahu membuat yang terbaik walaupun turut berlumba dalam acara pecut. Saya juga terkejut dapat memenangi emas kerana memang sudah lama tidak berlumba dalam acara 1km ujian masa.
“Sebelum ini sasaran saya hanya meraih pingat dan mungkin kemenangan hari ini juga disebabkan tidak ada tekanan sebelum berlumba,” katanya.

Edrus, 25, berkata sokongan penyokong tempatan dan rakan, terutama Rizal Tisin yang meraih emas pada acara itu tahun lalu banyak memberi semangat untuk melakukan yang terbaik ditambah lagi dengan ketiadaan pelumba pilihan seperti pelumba China, Zhang Miao.

“Mungkin kebanyakan pelumba tidak menyertai acara ini memandangkan acara ini tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik London dan mereka memberi fokus pada acara yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik,” katanya.

Terdahulu, Fatehah Mustapa meraih gangsa dalam acara 500m ujian masa elit wanita dengan merakam 36.394s dalam acara yang dimenangi pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze yang mencatatkan 35.320s manakala tempat kedua dimenangi Xu Yulei dari China (35.962s).
“Hari ini rasa semangat saya lain sikit apabila badan terasa lebih segar. Walaupun tidak dapat mengatasi masa terbaik saya - 36.1s, jurulatih John Beasley berpuas hati dengan persembahan saya apabila dapat mengekalkan momentum kemenangan gangsa tahun lalu,” katanya.

Budding track cyclist Azian rides on her luck to bag silver

Budding track cyclist Azian rides on her luck to bag silver
10.02.2012


Budding track cyclist Nor Azian Maslin Sazali rode on her luck in her Asian Cycling Championships debut to bag the silver medal in the women’s junior scratch race at the Cheras Velodrome.

In the 5km race yesterday, Sabah-born Azian was caught by surprise by eventual gold medallist Pang Yao of Hong Kong who jumped clear with four laps to go for victory.

“I was targeting the bronze medal for the race because this is the first time I am racing in the Asian meet and I don’ t know where I stand,” said the 17-year-old.

“I tried to follow South Korean rider (Sola Kim) but she eventually dropped behind. Then as soon as the Hong Kong rider jumped with four laps to go, I gave chase but she was too good.”

Azian, who started racing mountain bikes in Sabah, was clearly ecstatic with her achievement despite carrying the rookie tag.

“I have a lot more years to compete in the junior ranks and I hope to better my achievement today,” she said.

Meanwhile, in the women’s junior sprint, Ummi Hamimah Mohamad is on course to create history after qualifying for the final against Hyeji An of South Korea today.

No Malaysian woman has ever won a gold medal, whether in the elite or junior ranks, in the Asian Championships.

“This is a big deal for me and I hope I can live up to the expectations,” said the 18-year-old Ummi.

Ummi snatched a comprehensive 2-0 victory over Sola Kim of South Korea the semi-finals. Hyeji An defeated Malaysia’s Laureta Eva Adrian 2-0 to set up the showdown.

“I am really chuffed with my win in the semi-final as I didn’t compete in the sprint event in the Asia Track Cup in December.

“I have full respect for (An) because she defeated Lauretta in the semi-final. But I will discuss my strategy for tomorrow with my coaches to ensure that I can win the gold medal,” said the Terengganu-born Ummi.

In the men’s junior scratch race, Mohd Firdaus Suardi contributed a bronze medal for Malaysia. Takuya Takashi of Japan took the gold while Setthawut Yordsuwan of Thailand settled for the silver medal.

Utusan - Pocketrocketman ke suku akhir pecut - Khamis, 9 Februari 2012

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Azizulhasni Awang mendengar arahan jurulatihnya John Beasley sebelum beraksi dalam acara pecut pada ACC 2012 di Velodrom Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR - Jaguh basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang tidak menghadapi masalah untuk menempatkan diri ke saingan suku akhir acara pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Kehebatan Azizulhasni atau digelar The Pocketrocketman gagal dikekang oleh pelumba Iran, Ahmad Asgherpourdarabi dalam perlumbaan pusingan pertama dan menempah ke suku akhir bertemu jaguh dari Jepun, Kazunari Watanabe dari Jepun hari ini.

Menurut Azizulhasni, dia tidak menyangka dapat mencatat masa 10.3 saat pada peringkat kelayakan yang dijalankan pada sebelah pagi tatkala prestasinya masih belum mantap sepenuhnya.

"Saya masih belum menganggap kayuhan saya berada pada tahap terbaik dengan menyangka saya akan hanya mencatat dalam lingkungan 10.5s tetapi pada peringkat kelayakan saya mampu mencatat 10.3s," katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, masih banyak yang perlu diperbaikinya menjelang saingan suku akhir hari ini dan dia berazam mahu melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya meraih pingat.

"Watanabe bukan calang-calang pelumba. Saya tewas kepadanya pada kejohanan yang sama dua tahun lalu di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan saya gagal mara ke saingan akhir dalam acara ini.

"Saya belum merasakan mampu memberi yang terbaik tetapi beraksi di tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri, mungkin akan memberi semangat yang luar biasa buat saya," katanya.

Ditanya mengenai bila kali terakhir dia beraksi di velodrom tersebut, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata ia adalah pada 2006 pada kejohanan yang sama sekali gus mengimbau kembali kenangannya.

"Saya mahu mengekalkan momentum ini, saya puas hati dapat menempatkan diri ke suku akhir, saya perlu yakin dengan diri sendiri untuk mara ke peringkat akhir," kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Turut mara ke suku akhir pecut adalah Fatehah Mustapa bagi kategori wanita elit, pelumba yang berpengkalan di Melbourne itu juga akan mengambil bahagian dalam acara 500 meter ujian masa.

Dua lagi pelumba negara, yang beraksi dalam pecut elit Muhamad Edrus Yunus dan Ju Pha Som Net tersekat di peringkat repercharges.

Thursday, February 9, 2012

Sinar - Edrus raih pingat emas pertama Malaysia

KUALA LUMPUR - Selepas hambar tanpa sebarang kilauan pingat pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 semalam, Muhammad Edrus Md Yunos memberi keceriaan kepada skuad negara hari ini.

Pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Muhammad Edrus mencatat masa terpantas acara 1km ujian masa lelaki elit dengan catatan 1 minit 06.647 saat.

Beliau berjaya mengatasi saingan terdekat, Mahmoud Parash dari Iran dengan hanya perbezaan 0.439s.

"Saya tidak menyangka yang saya boleh meraih pingat emas. Sudah lama saya tidak bertanding dalam acara 1km ini. Kejayaan pingat emas ini boleh dikatakan sebagai bonus kepada saya.

"Sebelum bertanding pun saya tidak letak sebarang sasaran dan hanya mahu melakukan yang terbaik. Jurulatih saya, John Beasley sasar pingat sebarang warna," katanya.

Menurut Muhammad Edrus, memandangkan sudah lama tidak beraksi dalam acara 1km, kehadiran jaguh kebangsaan dan juga Asia dalam acara itu Mohd Rizal Tisin banyak memberi semangat kepadanya.

Ketiadaan pelumba China, Zhang Miao dan Jepun, Kazuhiro Mori sedikit sebanyak membantu beliau untuk memenangi pingat.

Sementara itu, skuad berbasikal trek negara turut meraih pingat gangsa melalui Fatehah Mustapa dalam acara 500m ujian masa dengan catatan masa 36.394s.

Acara itu dimenangi pelumba dari Hong Kong, Lee Wai Sze dengan masa 35.320s, manakala pingat perak menjadi milik Xu Yulei dari China dengan masa 35.962s.

"Pencapaian hari ini baik juga. Saya dapat mengekalkan pingat gangsa yang saya menang semasa di Korat (Thailand) tahun lepas. Pada perlumbaan hari ini, saya berlepas dari 'gate' pemula dengan baik tetapi kira-kira suku perlumbaan, kayuhan saya menjadi sedikit perlahan," katanya.

Fatehah seterusnya akan memberi tumpuan kepada peringkat suku akhir acara pecut pada sebelah petang. - Bernama

Silap strategi punca terlepas dua pingat

SKUAD berbasikal remaja negara yang turun beraksi di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) terlepas peluang keemasan untuk membawa pulang dua pingat pada saingan hari pertama di Velodrom Cheras, semalam.

Pelumba remaja yang turun dalam acara kejar mengejar individu lelaki menerusi Muhammad Firdaus Suardi dan pelumba wanita, Noor Azian Maslin Sazali hampir menghadiahkan dua pingat gangsa namun percaturan strategi yang salah mengakibatkan mereka terpaksa berputih mata.


Jurulatih skuad remaja, Soud Hussain berkata, dua pelumba itu berada dalam posisi terbaik untuk mendapatkan pingat namun permulaan yang terlalu berhati-hati menyebabkan mereka tertinggal jauh.

“Dua pelumba itu memang disasarkan pingat tapi mereka tersalah strategi menyebabkan mereka terlepas peluang. Mereka seharusnya mendapatkan kelajuan maksimum sebelum bertenang dan perlu melihat arahan daripada saya tapi ketika menyedari arahan itu semuanya sudah terlambat,” katanya.


Hari ini skuad remaja negara mempertaruhkan empat pelumba untuk membawa pulang pingat dalam acara kejar-mengejar berpasukan. Mereka membabitkan Muhammad Firdaus, Mohd Firdaus Abdul Karim, Mohd Faiz Ibrahim dan Loh Gi Meng.


Begitupun, skuad negara bakal berdepan cabaran sengit daripada Hong Kong, Korea dan China selain Iran yang turut menyenaraikan pelumba terbaik.

Berita Harian - Emas buat peminat

Oleh Jumiati Rosly

KEMBALI berkayuh semula di tanah air selepas enam tahun, jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang yakin pingat acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 dapat dihadiahkan buat peminat tempatan yang sentiasa menyokongnya.

“Walaupun saya belum kembali ke prestasi sebelum kecederaan, saya bersemangat dapat berlumba di sini dengan adanya penyokong tempatan walaupun masih bergegar ketika berkayuh akibat permukaan velodrom yang tidak rata.
“Saya jangkakan hanya mencatatkan 10.5 saat namun gembira apabila dapat merekodkan 10.39 saat dalam pusingan kelayakan tadi,” katanya.
Azizul melangkah ke pusingan suku akhir hari ini untuk bertemu seteru utama dari Jepun, Kazunari Watanabe yang mengalahkannya pada pertemuan terakhir mereka di ACC 2010 di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.

“Saya sudah banyak kali bertemu Watanabe dan selalunya saya berlumba dengan dia di final, jadi pusingan suku akhir esok (hari ini) seakan-akan final buat saya. Dia mungkin mempunyai kelebihan pengalaman berbanding saya tetapi saya mempunyai kelebihan daripada segi taktikal,” katanya.

Perlumbaan hari pertama semalam menyaksikan tidak ada sebarang pingat dihasilkan pelumba elit yang bertanding dalam final kejar mengejar individu lelaki dan wanita serta perlumbaan mata wanita.

Seorang lagi pelumba program Road To London, Fatehah Mustapa turut melangkah ke pusingan suku akhir pecut wanita elit, hari ini.

Utusan - Pocketrocketman ke suku akhir pecut

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Azizulhasni Awang mendengar arahan jurulatihnya John Beasley sebelum beraksi dalam acara pecut pada ACC 2012 di Velodrom Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR - Jaguh basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang tidak menghadapi masalah untuk menempatkan diri ke saingan suku akhir acara pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Kehebatan Azizulhasni atau digelar The Pocketrocketman gagal dikekang oleh pelumba Iran, Ahmad Asgherpourdarabi dalam perlumbaan pusingan pertama dan menempah ke suku akhir bertemu jaguh dari Jepun, Kazunari Watanabe dari Jepun hari ini.

Menurut Azizulhasni, dia tidak menyangka dapat mencatat masa 10.3 saat pada peringkat kelayakan yang dijalankan pada sebelah pagi tatkala prestasinya masih belum mantap sepenuhnya.

"Saya masih belum menganggap kayuhan saya berada pada tahap terbaik dengan menyangka saya akan hanya mencatat dalam lingkungan 10.5s tetapi pada peringkat kelayakan saya mampu mencatat 10.3s," katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, masih banyak yang perlu diperbaikinya menjelang saingan suku akhir hari ini dan dia berazam mahu melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya meraih pingat.

"Watanabe bukan calang-calang pelumba. Saya tewas kepadanya pada kejohanan yang sama dua tahun lalu di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan saya gagal mara ke saingan akhir dalam acara ini.

"Saya belum merasakan mampu memberi yang terbaik tetapi beraksi di tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri, mungkin akan memberi semangat yang luar biasa buat saya," katanya.

Ditanya mengenai bila kali terakhir dia beraksi di velodrom tersebut, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata ia adalah pada 2006 pada kejohanan yang sama sekali gus mengimbau kembali kenangannya.

"Saya mahu mengekalkan momentum ini, saya puas hati dapat menempatkan diri ke suku akhir, saya perlu yakin dengan diri sendiri untuk mara ke peringkat akhir," kata pelumba berusia 23 tahun itu.

Turut mara ke suku akhir pecut adalah Fatehah Mustapa bagi kategori wanita elit, pelumba yang berpengkalan di Melbourne itu juga akan mengambil bahagian dalam acara 500 meter ujian masa.

Dua lagi pelumba negara, yang beraksi dalam pecut elit Muhamad Edrus Yunus dan Ju Pha Som Net tersekat di peringkat repercharges.

Harian Metro - Azizul, Fatehah mantap

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

BARISAN pelumba Road To London, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa tidak berdepan masalah mara ke suku akhir acara pecut pada saingan hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), semalam.

Terkejut dengan catatan masa dilakar pada pusingan kelayakan yang berlangsung di sebelah pagi, Azizul kini berada dalam momentum terbaik membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat. Azizul melakar 10.39s pada kelayakan, satu pencapaian luar jangkaan berdasarkan tahap prestasi semasanya.

“Saya tidak sangka dapat melakarkan catatan itu. Ia satu petanda baik kerana pada mulanya saya hanya mensasarkan 10.5s,” katanya. Kemenangan itu membolehkan Azizul yang menewaskan pelumba Iran, Ahmad Asgharpourdarabi menempah tiket ke suku akhir menentang pelumba Jepun, Kazunari Watanabe.

Mengulas pertemuan menentang jaguh Jepun itu, Azizul menganggap perlumbaan itu sama seperti perlumbaan akhir berdasarkan rekod pertemuan mereka.

“Saya sering bertemu Watanabe. Ia pasti sengit. Saya perlu lebih fokus dan tidak boleh main-main. Jika boleh saya mahu mara ke penentuan 1-2. Selepas enam tahun tidak berlumba di Malaysia, saya mahu memberi yang terbaik di depan penyokong sendiri,” katanya.

Kali terakhir dua pelumba itu bertemu di ACC, Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UEA) dua tahun lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Watanabe yang kini berusia 28 tahun berbanding Azizul, 23.

Monday, February 6, 2012

Pelumba remaja sandaran negara di ACC

Oleh Jumiati Rosly
2012/02/06

DENGAN saingan lebih sengit dalam kategori elit, sandaran pungutan pingat diletakkan kepada pelumba remaja pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 yang akan bermula Rabu ini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata saingan acara trek ACC 2012 elit yang akan diadakan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras itu adalah antara yang paling sengit dengan pelumba China sebagai pencabar utama.

"Perancangan kita memang mahu Azizulhasni (Awang) mencapai prestasi memuncak di Olimpik nanti kerana walaupun dia berlumba di tempat sendiri, dia sebenarnya lebih sesuai berkayuh di permukaan trek kayu.

"Peluang pelumba kita masih ada kepada Josiah (Ng) yang akan turun hanya dalam acara keirin dan Fatehah (Mustapa)," katanya mengenai skuad elit yang mengumpul satu emas, satu perak dan empat gangsa pada ACC 2011.

Dengan pencapaian pelumba remaja yang cemerlang pada ACC lalu di Korat dengan satu emas, enam perak dan satu gangsa, Naim berkata kecemerlangan itu diharap dapat diteruskan pada kali ini dengan beberapa nama seperti Lauretta Eva Adrian, Ummi Hamimah Mohamad serta Malek Marcus McCrone menjadi taruhan.

"Biarpun ramai daripada pelumba remaja tidak menjalani latihan yang cukup kerana baru saja menamatkan Sijili Pelajaran Malaysia (SPM), saya yakin mereka dapat menyamai kutipan pingat tahun lalu atau lebih," katanya.