Thursday, November 24, 2011

CYCLING: Million ringgit failure

CYCLING: Million ringgit failure

By Arnaz M. Khairul
arnaz@nstp.com.my | 0 comments


MNCF president promises road programme review

The track cyclists won seven gold, two silver and one bronze while mountain biker Masziyaton Mohd Radzi contributed a silver.
1 / 1

An estimated total of RM10 million has been wasted on the national road cycling programme under the Malaysian National Cycling Federation (MNCF) since 2007, going by the results in road events in the 26th Sea Games in Indonesia.

The results in road events, where Malaysia were once the Sea Games powerhouse, reached all-time lows with embarrassing results, particularly in the men's team time trial where Malaysia's elite riders finished sixth, even behind the likes of Singapore and Vietnam.


Whatever the track squad did after that, while celebrated, failed to hide the fact that the road programme is going down the drain, no thanks to immense bickering within the MNCF, where certain parties prefer maintaining control over budgets drawn from the Sports Ministry.


There was no doubting the capabilities of the national track cycling programmes, with a mix of elite riders like Fatehah Mustapa and Edrus Yunos and some promising back-up riders under the Pelapis programme.


Fatehah delivered three gold medals -- women's 200m sprint, 500m time trial and the women's team sprint with Jupha Somnet.


Reject Harrif Salleh, recalled just two weeks prior to the Games, proved a point when he took gold in the men's scratch race and then combined with Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli and Akmal Amrun to keep the team pursuit gold medal in Malaysian hands for the third straight Games.


Aptly, all but one of Malaysia's seven gold, three silver and one bronze medal came from the Rawamangun Velodrome, with Masziyaton Mohd Radzi's women's cross-country mountain bike silver medal the odd one out.


The performance at the Rawamangun Velodrome, where Malaysia swept all but three gold medals on offer, just went to show even the Pelapis programme was on the rise, with Malaysia in a class of their own at Sea Games level.


The multi-million ringgit road programme, however, was an embarrassment even compared to the ill-funded BMX team who were making their Sea Games debut with Mohd Aim Mohd Fauzi and Masziyaton both coming within striking distance of medals in their respective finals.


The BMX team, aiming to make an impact in the hope of gaining support towards building a programme aimed at the Olympics, at least went home with their pride intact, showing promise of better things to come.


Not only did expected medals not come from the road events, the results were humiliating in certain events and MNCF president Abu Samah Wahab, charting the fortunes of the road programme personally, was visibly lost for words.


"I have to get a review from the coach (Graham Seers) and we will conduct a post mortem after this. In the road race, we knew we had to bring climbers and we were counting on the trio of Adiq Husainie Othman, Shahrul Mat Amin and Ng Yong Li to be up front, fighting for medals," said Abu Samah.


"On the day, only Yong Li performed and finished fourth. We don't know what happened. Adiq had suffered food poisoning and he wasn't able to perform, while Shahrul got dropped early.


"We know there needs to be change, but we'll review it first, whether we need to change the training regime or not. I personally had asked the team to train in Indonesia on the road race routes, they could have done that for three months, but there were people against it."


The road team conducted a reconnaissance mission at the road events venues in Subang three months before the Games, then spent time at a centralised training camp in Chiangmai, Thailand before moving to Ipoh when floods struck northern Thailand.


They were, arguably, the best prepared of the entire cycling squad, without any budget constraints. Abu Samah said national head coach John Beasley will also be consulted over a possible revamp.


Read more: CYCLING: Million ringgit failure - Racing - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/racing/cycling-million-ringgit-failure-1.10198#ixzz1eaVJI3Zk

Friday, November 11, 2011

KOM senarai kuartert 4x400m lelaki

11.11.11

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan untuk menyenaraikan kuartert 4x400m lelaki negara ke Sukan Sea Indonesia di saat akhir ketika majoriti atlet olahraga negara sudah tiba di Palembang, semalam.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan olahraga, Rajemah Sheikh Ahmad dengan urusan tiket kini diusahakan secepat mungkin bagi membolehkan kuartet P Yuvaraaj, S Kannathasan, Muhammad Yunus Lasaleh dan M Partiban terbang ke Palembang.


Acara 4x400m itu dijadual berlangsung 14 November dan Rajemah berkata, penyenaraian semula barisan pelari itu bermakna kuartet itu peluang memperbaiki pencapaian pingat perak yang dicapai dua tahun lalu di Laos.

"Keputusan menghantar atlet dalam acara itu diputuskan pada saat akhir dan ia disahkan Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim," katanya.


Rajemah berkata, biarpun majoriti pelari kuartet itu baru, peluang merangkul pingat bukan mustahil dan mereka dilihat mampu mengulangi pencapaian pingat emas pada 2007.


"Semua negara berpeluang merangkul emas. Atlet kita juga memilik peluang yang sama. Mereka sebelum ini sudah menjalani latihan bersama," katanya.

Sengaja diada-adakan’

2011/11/11

MASALAH sekatan terhadap peluru skuad menembak negara yang tidak dibenarkan 'terbang' bersama mereka ke Palembang, mungkin sengaja diada-adakan bagi menjejaskan tumpuan dan peluang penembak negara.

Ini berikutan kontingen negara lain tidak menghadapi masalah serupa membawa bersama peluru menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan mereka.
"Kontinjen menembak negara lain tidak hadapi masalah seperti kita, kerana mereka gunakan khidmat kargo syarikat penerbangan kebangsaan mereka, walaupun sebahagian turut menggunakan khidmat penerbangan rasmi, Garuda Indonesia dari Jakarta ke Palembang," kata pengurus pasukan, Muzli Mustakim ketika ditemui semasa sesi latihan skuad negara semalam.
Skuad menembak negara tidak dapat terbang ke Palembang bersama peluru berikutan kerenah pihak penerbangan Garuda Indonesia yang mahukan surat daripada kilang pembuat peluru bagi membolehkannya dibawa terbang bersama mereka.

Ekoran itu, semalam skuad menembak negara terpaksa mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM1,500 bagi membeli 600 butir peluru .32 dan .22 untuk latihan.

Muzli berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sudah cuba mendapatkan surat daripada kilang pengeluar peluru terbabit dan sekiranya usaha itu gagal, kontinjen menembak negara dijangka terpaksa membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk membeli peluru bagi kegunaan sepanjang temasya termasuk untuk pertandingan.

"Kita pernah berdepan masalah seperti ini ketika Sukan SEA Vietnam 2003. Waktu itu kita juga gunakan penerbangan rasmi Vietnam Airlines dan kemudian terpaksa membuat penghantaran senapang menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS)," katanya

Jenazah pegawai MSN selamat dikebumi di Alor Setar malam tadi

2011/11/11

ALOR SETAR: Jenazah Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Harun Osman, 51, yang meninggal dunia di Palembang, Indonesia dua hari lalu, selamat dikebumikan di sini, malam tadi.

Jenazah Harun tiba di rumah ibunya di Jalan Sultanah, di sini, kira-kira 7 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari kira-kira 45 minit selepas tiba.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Salim, 50, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berumur sembilan hingga 23 tahun.
Harun meninggal dunia selepas tiba-tiba pengsan dipercayai akibat serangan jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara ke Sukan SEA di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II di Palembang pada jam 5 petang (6 petang waktu Malaysia), Rabu lalu.

Ketika ditemui pemberita, Khadijah berkata keputusan untuk mengebumikan jenazah suaminya di sini bagi memudahkan dia dan anak-anaknya melawat kubur arwah nanti dan menurutnya mereka akan berpindah ke Perlis selepas ini.

Katanya, dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya langsung tidak menelefonnya selepas berlepas ke Palembang Isnin lalu.

"Apabila berada di luar negara sebelum ini selalunya dia akan telefon atau sekurang-kurangnya SMS kepada saya tetapi kali ini tidak," katanya.
Dengan nada sayu, Khadijah berkata dia menerima panggilan telefon daripada pegawai MSN memaklumkan suaminya meninggal dunia pada waktu Maghrib. - BERNAMA

Thursday, November 10, 2011

Pegawai MSN meninggal dunia ketika bertugas di Palembang

2011/11/10

PALEMBANG: Kontinjen negara di Sukan SEA Indonesia, khususnya di Palembang, dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Allahyarham Harun Osman adalah pegawai Belia dan Sukan MSN.
Beliau meninggal dunia ketika menyambut ketibaan atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II, di sini.

Allahyarham dikatakan sedang berbual dengan beberapa rakan semasa menunggu ketibaan atlet dan tiba-tiba pengsan kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Beliau kemudian diberikan bantuan awal oleh pasukan perubatan penganjur temasya itu.

Ketua Kontinjen Malaysia di Palembang, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali, berkata Harun kemudian dibawa ke Hospital R S Myria dan disahkan meninggal dunia pada 6 petang waktu tempatan.

"Harun dipercayai mengalami serangan jantung. Pada awalnya iaitu pada sebelah pagi, dia (Allahyarham) mengadu sakit di bahagian dada," katanya.

Jenazah Harun akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur sejurus selesai bedah siasat.

Di JAKARTA, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata sepanjang pengetahuannya, ini adalah kali pertama berlaku kematian yang membabitkan anggota sekretariat kontinjen Malaysia dalam temasya sukan.

"Kematian Allahyarham mendukacitakan bagi semua anggota kontinjen Malaysia yang berada di Palembang dan Jakarta. Namun, takdir menentukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zolkples berkata, pegawai MSN yang berada di Palembang memaklumkan bahawa Allahyarham kelihatan sihat sebelum ke Indonesia.

"Cuma pagi tadi, Allahyarham mengadu sakit di bahagian dada tetapi berkeras mahu meneruskan tugasnya untuk menjemput atlet negara yang tiba ke Palembang petang tadi," katanya. - BERNAMA

NSC official Harun dies

NATIONAL Sports Council (NSC) official Harun Osman, serving as a liaison officer for the Malaysian contingent, died in Palembang yesterday.
Harun was arranging transportation for the national athletes at the Sultan Badaruddin II Airport despite having complained of chest pains earlier in the day. 

Malaysia's deputy Chef-de-Mission Datuk Syed Mustaffa Syed Ali said Harun decided to continue with his duties despite the discomfort.


Harun collapsed at about 5pm (Indonesian time) and was taken to the R.S. Myria Hospital but doctors pronounced him dead about 6pm. 

Harun's remains will be flown back today.

Wednesday, November 9, 2011

Atlet sukan layar pindah-randah

9.11.11

KOS penginapan yang tinggi mungkin antara punca atlet sukan layar negara enggan menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohammad yang dihubungi berkata, insiden tersebut menjadi masalah utama yang bukan sahaja melibatkan atlet negara, malah kebanyakan atlet dari negara lain apabila mereka tiba di negara tuan rumah sebelum 9 November.

"Pihak kami telah membantu mereka menyediakan tempat penginapan atas biayaan sendiri, namun mereka enggan tinggal di situ," jelas Naim.

Untuk itu, atlet terpaksa 'berpindah-randah' di beberapa hotel sebelum mendapat penginapan rasmi yang hanya disediakan selepas 9 November.

Menurut Naim, ia hanya bersifat sementara dan antara punca setiap pasukan berselerak di hotel sekitar di Jakarta kerana penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kelaziman yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum ini.

Monday, November 7, 2011

Zulfadli, Nelson-Ee Yi wira negara

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/11/07


NELSON (kanan)-Ee Yi ukir nama negara di pentas dunia apabila muncul juara beregu lelaki Remaja Dunia di Taiwan, semalam.
Lakar kejayaan berganda, muncul juara badminton remaja dunia di Taiwan

MALAYSIA melakar kejayaan berganda di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, semalam apabila Zulfadli Zulkifli dan Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi menghadiahkan negara pingat kejuaraan acara perseorangan dan beregu lelaki.
Zulfadli, 18, yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia di Lucknow, India Julai lalu, melakar satu lagi sejarah baru apabila muncul pemain pertama negara memenangi gelaran perseorangan lelaki remaja dunia selepas menewaskan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen.
Pemain kelab profesional KLRC itu yang juga pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun diheret bertarung dalam tiga set terlebih dulu sebelum mencatat kemenangan dengan keputusan 21-18, 9-21, 21-19 dalam masa 50 minit.

“Saya amat gembira dan kejuaraan ini cukup manis untuk menamatkan kempen terakhir saya bagi kejohanan remaja dunia,” kata Zulfadli yang mulanya sekadar mensasarkan kemaraan ke final kejohanan itu.

“Atas kertas, semua orang ramalkan dia (Axelsen) bakal menang berdasarkan ranking dan kedudukannya selaku pilihan utama, namun saya fokus dengan permainan sendiri dan berusaha mencari kemenangan. Alhamdulillah, saya berjaya.”

Zulfadli adalah pemain negara ketiga layak ke final kejohanan selepas Yeoh Kay Bin pada 1998 dan Iskandar Zulkarnain Zainanuddin pada 2009, yang hanya sekadar muncul naib juara selepas masing-masing tewas kepada pemain China, Chen Gan dan Tian Houwei.
Kemenangan semalam juga adalah kejayaan kali kedua Zulfadli menewaskan Axelsen dalam dua pertemuan antara mereka setakat ini selepas menewaskan lawannya itu pada satu kejohanan badminton remaja di Sweden pada 2005.

Sementara itu, Nelson-Ee Yi yang juga naib juara beregu lelaki tahun lalu memastikan kejuaraan selepas menewaskan pemain tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dengan keputusan 21-17, 21-17 dalam masa hanya 37 minit, sekali gus mengekalkan dominasi negara dalam acara itu sejak 2008.

Malaysia memenangi kejuaraan beregu lelaki kejohanan itu di Pune, India pada 2008 menerusi Mak Hee Chun-Teo Kok Siang, manakala Yao Han-Chooi Kah Ming menjuarainya di Alor Setar pada 2009, diikuti Yao Han-Hong Kheng yang memenanginya di Mexico City tahun lalu.

KEPUTUSAN FINAL

PERSEORANGAN LELAKI
Zulfadli Zulkifli (MAS) mn Viktor Axelsen (DEN) 21-18, 9-21, 21-19

BEREGU LELAKI
Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi (MAS) mn Po Jui Huang/Chia Yu Lin (TPE) 21-17, 21-17

PERSEORANGAN WANITA
Inthanon Ratchanok (THA) mn Purwaningtyas Elisabeth (INA) 21-6, 18-21, 21-13

Beregu wanita
Lee So Hee/Shin Seung Chan (KOR) mn Shella Devi Aulia/Anggia Shitta Awanda (INA) 21-16, 13-21, 21-9

BEREGU CAMPURAN
Alfian Eko Prasetya/Gloria Emanuelle Widjaja (INA) mn Ronald Alexander/Nuraidah Tiara Rosalia (INA) 12-21, 21-17, 25-23

World junior champ aims to take over mantle of national No. 1

7.11.11

By RAJES PAUL

PETALING JAYA: Zulfadli Zulkifli stood tall in Taipei as tears of joy rolled down his cheeks yesterday. He had, after all, just conquered the world.

The 18-year-old Zulfadli had made history again as the first Malaysian to win the boys' singles crown at the world junior badminton championships. He had, in April, been the first Malaysian to win the Asian junior crown in Lucknow, India.

And he pulled off the feat in style yesterday, beating the heavy favourite and defending champion Viktor Axelsen of Denmark 21-18, 9-21, 21-19 in an enthralling 51-minute contest.

Buoyed by the win, Zulfadli declared that he was on course to take over the mantle of national and world No. 1 from compatriot Lee Chong Wei when he calls it a day.

It was double joy for Malaysia when Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi successfully dumped local hopefuls and Asian junior champions Huang Po-jui-Lin Chia-yu 21-17, 21-17 to emerge as the country's seventh boys' doubles winners in the tournament's 19-year history.

The focus was, however, all on Zulfadli as he had pulled off a feat that many - especially from the Badminton Association of Malaysia (BAM) banner - had failed to do before.

The player from professional club KLRC now has the world at his feet. The challenge Zulfadli faces is making that quantum leap to the senior level and take Malaysian badminton to even greater heights.

"The joy was indescribable. The sense of achievement in finally winning the world title was sheer ecstasy," a jubilant Zulfadli said in a telephone interview from Taipei.

"I just cried after beating Viktor and went to hug my father, Zulkifli, who is also my coach. It was the perfect ending to my last tournament as a junior player. "2011 has been a lucky year for me. If you read it backwards it's my birthday as I was born on the 11th day of February, which is 02," he said, letting out a hearty laugh.

It was Zulfadli's self-belief, perseverance and single-mindedness to succeed that led him to his historic achievement.

"I never doubted my chance against Viktor although he has improved by leaps and bounds," he said.

The Malaysian got off superbly to an 8-1 lead and managed to hold off a late comeback from Axelsen to win the opener 21-18.

The young Dane, who had blown away former world and Olympic champion Taufik Hidayat of Indonesia in the Denmark Open two weeks ago, turned the tide to force a rubber and looked good to defend his crown after taking a 13-9 lead in the decider.

"I simply refused to cave in. I had worked too hard to give it up. And this was my third and last world junior tournament so I wasn't prepared to lose. I pushed myself and managed to level at 17-17. I knew I had him then and pressed on to take the match," said Zulfadli.

"The senior game will be challenging but I will be ready for it. I am confident that I can take over from Chong Wei one day.

"I am currently ranked 207th in the world. I want to make it to the top 100 by end of next year.

"I thank everybody who helped me realise my dream, especially my family members who are my number one supporters.

"I must also acknowledge the NSC (National Sports Council), NSI (National Sports Institute), KLBA (KL Badminton Association) and my sponsors KLRC and Forza.

"I am grateful to KLRC for giving me the early exposure in international tournaments as that really helped raise my game," added Zulfadli, who returns home today to surely a hero's welcome.

He deserves it.

Final results

BOYS
Singles: Zulfadli Zulkifli (Mas) bt Viktor Axelsen (Den) 21-18, 9-21, 21-19.
Doubles: Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi (Mas) bt Huang Po-jui-Lin Chia-yu (Tpe) 21-17, 21-17

GIRLS
Singles: Inthanon Ratchanok (Tha) bt Purwaningtyas Elisabeth (Ina) 21-6, 18-21, 21-13.
Doubles: Lee So-hee-Shin Seung-chan (Kor) bt Shella Devi Aulia-Anggia Shitta Awanda (Ina) 21-16, 13-21, 21-9.
Mixed doubles: Alfian Eko Prasetya-Gloria Emanuelle Widjaja (Ina) bt Ronald Alexander-Nuraidah Tiara Rosalia (Ina) 12-21, 21-17, 25-23.

Tuesday, November 1, 2011

Sedia hadapi kemungkinan

1/11/11
Oleh Hamdan Saaid dan Aziman Rosdi
sukan@hmetro.com.my

“HARUS bersedia hadapi segala kemungkinan” itulah amanat terakhir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada kontinjen atlet negara yang akan beraksi pada temasya Sukan Sea Indonesia, bulan depan.

Zolkples berharap 608 atlet daripada 38 jenis sukan yang disertai kontinjen negara pada temasya dwitahunan itu tidak mempedulikan sebarang masalah, sama ada daripada segi penganjuran, jadual perlawanan, logistik dan masalah seumpamanya.


“Saya harap ia tidak dijadikan sebagai alasan kenapa kita tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada temasya nanti,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Atlet Fasa Akhir Sukan Sea Ke-26 di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan atlet negara sepanjang tahun ini antaranya Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Jacqueline Sijore (bowling) seharusnya dijadikan rangsangan di kalangan atlet untuk memberikan persembahan terbaik mereka pada temasya kali ini.


“Ada di kalangan atlet negara sudah berpengalaman bertanding di peringkat lebih tinggi antaranya Sukan Asia dan Sukan Komanwel dan mereka patut menghasilkan persembahan terbaik.


“Masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku dan ia patut dijadikan pengajaran oleh atlet supaya lebih bersedia.


“Sukan Sea diharap menjadi pelengkap kepada pelbagai kejayaan yang kita capai sepanjang tahun ini,” katanya.

'Jangan tewas sebelum berjuang'

1/11/11
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ZOLKPLES beramah mesra dengan atlet-atlet negara pada Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zol- kples Embong mengingatkan kesemua atlet negara supaya sentiasa bersedia dengan pelbagai isu yang mungkin terpaksa dihadapi mereka sepanjang temasya Sukan SEA kali ke-26 di Indonesia yang bakal membuka ti- rainya 11 November ini.

Menurut Zolkples, laporan negatif media Indonesia yang meragui kemampuan negara itu selaku penganjur harus diterima secara positif oleh kesemua atlet, sekali gus bersedia dari segi mental dan fizikal.

Meskipun mengakui kontinjen negara bakal berdepan masalah seperti pengangkutan logistik, penginapan dan kawalan kese- lamatan, ia sepatutnya tidak dijadikan alasan buat atlet negara mengaku kalah sebe- lum berjuang.

"Saya akui, perkara-perkara berbangkit lantaran kewibawaan tuan rumah yang dilihat tidak bersedia, sedikit sebanyak merunsingkan atlet.

"Namun pada masa sama, saya percaya atlet negara sudah bersedia menghadapi du- gaan itu, sekali gus mengharumkan nama negara. Justeru, janganlah kita mengaku kalah sebelum berjuang," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya semalam.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar; Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Indonesia, Datuk Naim Mohamad dan timbalannya, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali.

Kira-kira 200 atlet mula melaporkan diri semalam, dan mereka akan 'berkampung' di IOI Resort sehingga 5 November ini sebe- lum berlepas ke Indonesia.

Lebih 800 atlet dan pegawai akan mewakili negara pada temasya itu nanti.

Selain Jakarta, Indonesia juga akan meng- adakan beberapa venue pertandingan di Palembang dalam temasya yang akan berakhir pada 25 November itu.

Mengulas lanjut kata Zolkples, masalah berbangkit itu juga bukan satu masalah be- sar lantaran majoriti atlet yang mewakili negara ketika ini cukup berpengalaman mengharungi pentas lebih besar seperti te- masya Olimpik dan Sukan Komanwel.

"Saya juga telah memohon bantuan dari- pada Polis Diraja Malaysia supaya menyediakan beberapa anggota bagi membantu menjaga keselamatan atlet kita sepanjang berada di sana," katanya.

Skuad remaja juara dunia

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2011/11/01


Zulfadli Zulkifli
SKUAD badminton remaja negara diketuai pemain kelab profesional KLRC, Zulfadli Zulkifli terpaksa bertarung selama 2 jam 20 minit sebelum berjaya melakar sejarah menjuarai Kejohanan Remaja Dunia Piala Suhandinata buat julung kali di Taiwan, semalam.

Selepas juara tujuh kali, China tidak mengambil bahagian, mereka membuktikan status selaku pilihan pertama dengan menumbangkan juara 2006, Korea Selatan 3-0 sekali gus memperbaiki pencapaian terbaik muncul naib juara pada 2009.
Seperti empat perlawanan sebelum ini, Zulfadli yang juga juara remaja Asia menjadi pembakar semangat pasukan apabila membutirkan mata pertama.

Walaupun tewas set pertama 17-21, tetapi Zulfadli bangkit pada set kedua apabila menang 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum berjaya menumbangkan Lee Hong Je 21-14 dalam tempoh 49 minit.

“Kejayaan menjuarai acara berpasukan sambil mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan yang diharungi, pasti menjadi tonik terbaik untuk saya memburu kejuaraan berganda dalam acara perseorangan yang bermula Rabu ini,” katanya dihubungi semalam.

Pemain perseorangan wanita, Sonia Cheah memberi mata kedua menewaskan Kim Hyo Min 25-23, 21-12 sebelum gandingan Nelson Wei Keat Heg-Teo Ee Yi bangkit daripada kekalahan sert pertama 16-21 untuk menewaskan Choi Sol Kyu-Jun Bong Chan 21-18, 21-12.