Tuesday, May 31, 2011

Melaka beri insentif wang tunai

Oleh Badrul Hizar Ab Jabar

2011/05/31

Atlit SUKMA raih emas terima RM3,000, berpasukan terima RM5,000

KERAJAAN Melaka akan memberikan insentif berupa wang tunai kepada semua atlit negeri itu yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XIV Kuala Lumpur, bermula Khamis hingga 12 Jun ini.

Atlit individu yang memenangi pingat emas, bakal menerima ganjaran RM3,000, manakala perak dan gangsa masing-masing RM2,000 dan RM1,000 sementara atlit berpasukan menerima habuan RM5,000 tapi hanya untuk kilauan emas.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada majlis penyerahan bendera kontinjen negeri kepada chef-de-mission Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.
“Kerajaan negeri menaruh harapan tinggi kepada semua atlit yang mewakili Melaka pada temasya SUKMA kali ini. Justeru, kita berharap menerusi insentif ini, setiap atlit dapat meningkatkan prestasi untuk meraih pingat nanti,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Ong Tai Chu.
Pada temasya SUKMA Kuala Lumpur ini, kontinjen Melaka diwakili seramai 301 atlit termasuk 72 pegawai dan jurulatih dengan sasaran lapan emas, dua perak dan 17 gangsa.

Mohd Ali berkata, kerajaan negeri tidak mensasarkan pungutan pingat yang tinggi seperti SUKMA Melaka XIII ketika menjadi tuan rumah tahun lalu kerana tidak mahu memberi tekanan kepada atlit dan jurulatih.
“Apa yang penting adalah semangat kesukanan tinggi dalam mengharumkan nama negeri, di samping mengelak daripada terjebak dalam sebarang masalah disiplin di kalangan atlit,” katanya sambil menyerahkan wang pendahuluan RM50,000 kepada Tai Chu sebagai elaun atlit bertanding.

Monday, May 30, 2011

Riders resort to drastic measures

NST
30 May 2011
By Arnaz M. Khairul

IN an example of true dedication to their sport, the Pahang Malaysia Games track cycling team are writing a stirring but sad chapter at the Kuala Lumpur Velodrome.

Just let the security guards know that you have come to visit the teenagers who are making the Kuala Lumpur Velodrome's carpark their temporary campsite and the gates will be promptly opened, allowing you to enter and visit the team preparing for the Malaysia Games that begin on Saturday.


The seven riders will have to endure a week of really tough conditions but they don't seem to mind.

Apparently, no budget was allocated for the Pahang team to prepare for the Malaysia Games. Because of financial constraints, they decided to camp out and bear their own food costs.

The cyclists, who pitched their tents since Saturday, are camping out at the carpark until the Games athletes' village in Bangi is open on Thursday.


Surprisingly, they are not complaining about their situation. But the riders hope that some eyes "will be opened" as they focus on winning two gold medals at the Games.

Team manager Mohd Asri Abdul Mubin, who with coach Aminudin Sulaiman, are camping out with the team, said: "We are not blaming anybody for this, nor are we angry at anybody. I'm here with the coach simply because under these circumstances, we just had to listen to the riders.

"The team received four new track bicycles worth RM5,000 each for them to compete in the Malaysia Games, but there wasn't a budget allocated for them to come and train at the velodrome."


One of the cyclists, Ahmad Azhar Arshad, said the team had decided to take matters into their own hands when they were not sent to two meets that would have served as a proper buildup for the Games.

"We asked why we were not sent for the third round of the SportExcel National Junior Circuit and the Kuala Lumpur Open last week. The answer from the Pahang Sports Council was that there wasn't a budget allocated.

"With the Malaysia Games coming up and no preparation whatsoever, we were all not ready to just sit down and accept the situation. We know our team are capable of meeting the targeted two gold medals, but we need to prepare. So, we told the team manager and coach that since nothing was being done, we were going to take the bicycles and travel to Kuala Lumpur by bus, so that we could train at the velodrome."

The other six cyclists, Mohd Saifullah Jamal Alias, Mohd Faris Affendy, Mohd Faris Jamlus, Mohd Safrizal Syamsul Kamal, Mohd Fahmi Farhan Fuad and Mohd Yazrul Hisham say they have no problem with the arrangement and claim they bear no grudge against the state sports council.

Their two other teammates -- Mohd Aim Mohd Fauzi and Ahmad Fakhrullah Alias -- are lucky to be under the National Sports Council Pelapis programme and as such, are housed at the council's hostel in Bukit Jalil.

"We need to train if we're going to win the gold medals and we can't bring the velodrome to Kuantan... so we have to be here by any means. That is all we want.

"Of course it is sad that we can't even afford cheap accommodation, but if this has to be the only way, then so be it," said Ahmad Azhar.

Read more: Riders resort to drastic measures http://www.nst.com.my/nst/articles/43CAMPING/Article#ixzz1NndRBkKg

Career ending injury sets him out to train back-up squad’s sprint cyclists


The Star
30 May 2011
By LIM TEIK HUAT


KUALA LUMPUR: Injuries forced track cyclist Junaidi Nasir to give up his Olympic dream and go into retirement. But he has not severed ties with the sport.

Junaidi, who was previously with the likes of Azizulhasni Awang and Josiah Ng in the national training base in Melbourne, has turned to coaching and is now committed to helping young talent realise their goals.

The 27-year-old Junaidi came down with a back injury four months before he was supposed to go for the 2008 Beijing Olympics and had to undergo surgery.


Work cut out: Junaidi Nasir says the back-up squad does not have enough sprinters.
He braved the long road to recovery after surgery and was back on the saddle again. Then, Junaidi suffered a slipped disc while doing gym training last year and was subsequently ruled out of the Commonwealth Games and Asiad.

“I was told that I had to go for another operation and that was when I knew that my days as a cyclist were over,” he said.

“I have not gone for the second operation and I have a numb feeling on one part of my lower back and right leg. I can’t go jogging at the moment.

“But I don’t feel as bad as when I suffered the first injury. Then, I cried after the doctor told me to rest for some time.

“I was very sad as I knew I had to let go of my place in the Olympic team sprint. Just imagine, four years of hard work to get the team to qualify for the first time and I had to give up my place.”

After he suffered the second injury, Junaidi made up his mind to apply for a coaching job.

“I was offered to remain in Melbourne as a coach to help John (Beasley) with the elite squad,” he said.

“However, I decided to come back to help the back-up sprint squad. We currently do not have enough sprinters and we do not even have a third man for the team sprint as Rizal Tisin is now doing BMX.

“The pressure is the same whether in elite or back-up, so I think I can fit in. I am also learning at the same time.”

Junaidi spent six years in the training base in Melbourne and was part of the first Malaysian team sprint combination to win a gold medal in the 2005 Manila SEA Games.

Together with another local track coach, Soud Hussin, Junaidi have worked with the back-up cyclists for the last few weeks.

“The cyclists will be representing their respective states for Sukma (Malaysia Games) later this week,” he said.

“They will be going all out to fight for gold as the states are offering good incentives. We are happy to do our job preparing them. After all, the ultimate goal is still for them to ride for the country.”

Friday, May 27, 2011

Son Fakhruddin aims to honour his father by winning Sukma gold medal

Star 27 May 2011
By LIM TEIK HUAT

KUALA LUMPUR: Celebrated Malaysian cyclist Daud Ibrahim would have loved to see his son Fakhruddin be as good as he was at the prime of his career.

But sadly, Daud passed away in a road accident in Johor last November when his car was rammed from behind by a lorry.


Target set: Fakhruddin will be competing in five events at Sukma but he will be concentrating on the sprints to win gold.
Daud's record as a gold medallist for Malaysia since the 1970 Bangkok Asian Games was only ended by Azizulhasni Awang in Guangzhou last year.

And Fakhruddin wants to honour the memory of his late father by bagging his first Sukma gold medal for Johor in track cycling next week.

Thursday, May 26, 2011

Selangor jagoan trek KL

Pelumba Sabah, Lauretta Eva cipta kejutan raih 2 emas


Oleh Mohd Fitrie Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/26

SELANGOR terbukti pasukan yang perlu diberi perhatian apabila mengungguli Kejohanan Lumba Basikal Trek Terbuka Kuala Lumpur 2011 di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras, semalam dengan keseluruhan lima emas, empat perak dan tiga gangsa.

Jumlah itu mengatasi pencabar terdekat Perlis yang mengumpul tiga emas dan satu perak, termasuk emas Jupha Som Net dalam acara pecut 200 meter.

Pada kejohanan tiga hari yang menjadi medan pemanas badan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur, 2-12 Jun ini, Mohd Elmi Jumari mengutip emas terakhir Selangor dalam acara 1 kilometer ujian masa dengan catatan seminit 15.013 saat.

Namun pelumba Sabah, Lauretta Eva Adrian mencipta kejutan tersendiri apabila merangkul dua emas pada hari terakhir semalam melalui acara 500 meter ujian masa wanita dan keirin dengan menewaskan pelumba lebih berpengalaman Perlis, Jupha Som Net.

Emas keirin lelaki dimenangi pelumba Kedah, Mohd Fatah Amri Zaid dengan catatan 46.259s, Mohd Elmi dan Mohd Arfy Qhairant Amran (Melaka).

Terdahulu, acara 20km perlumbaan mata wanita Bawah 21, pelumba Johor, Nurul Sakinah Abd Karim memenangi emas apabila mengumpul 44 mata, mengatasi pesaingnya Mardiana Mohd Radzi (Kedah) dan Nur Farah Ain Amran (Selangor).

Ahmad Fallanie Ali (Wilayah Persekutuan) memenangi perlumbaan mata terbuka 49 mata walaupun dicabar hebat Ahmad Fakhrullah Alias (Pahang) dan Mohd Shahrul Mat Amin (Terengganu).

Mohd Arfy pula membantu Melaka memenangi emas negeri itu apabila memenangi acara 200 meter pecut dan dua gangsa acara 1km ujian masa dan keirin.

Dua emas Lauretta Eva semalam membantu Sabah di tangga ketiga keseluruhan dengan dua emas dan satu perak, diikuti Kedah ( 1-4-2), Johor (1-3-3), Pahang (1-1-2), Melaka (1-1-2), Negeri Sembilan (1-0-0), Wilayah Persekutuan (1-0-0), Kelantan (0-1-0), Terengganu (0-0-3) dan Sarawak (0-0-1).

Tuesday, May 24, 2011

Mohd Faizal dan Nurul Izzatul raih kejayaan di Hong Kong

Selasa Oktober 6, 2009

SEPANG: Pelayar cilik negara "The Little Tiger" sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila Mohd Faizal Norizan muncul juara keseluruhan kategori bawah 15 tahun pada Kejohanan Perahu Layar Optimist Kebangsaan Hong Kong 2009.

Selain gelaran itu, pelayar muda berusia 13 tahun itu turut berjaya mengatasi saingan daripada pelayar lain untuk merangkul gelaran Optimist Divisyen A.

Jurulatih Shahril Abdul Razak menyifatkan pencapaian skuad pelapis negara itu sebagai membanggakan selepas mencapai kejayaan pada Kejohanan Dunia 2009 di Brazil Ogos lalu.

"Secara keseluruhan skuad pelapis telah mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan secara berterusan," katanya ketika ditemui sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, hari ini.

Pada kejohanan di Hong Kong dari 30 Sept hingga 5 Okt itu, Malaysia menghantar lapan pelayar bawah 15 tahun yang terdiri masing-masing empat lelaki dan perempuan.

Selain Mohd Faizal, Nurul Izzatul Akmar Ruzaimi turut cemerlang dengan mengungguli kategori Optimist Remaja Perempuan.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang, Langkawi, itu turut meraih kedudukan keempat dalam kategori Optimist Keseluruhan.

"Pada awal perlumbaan, yakin saya mampu melakukan yang terbaik tetapi apabila turun ke laut saya mula gementar. Keadaan ombak ketika itu agak kuat juga tapi bila angin mula reda, saya mula mengorak langkah untuk memimpin perlumbaan sehingga tamat saingan," kata Mohd Faizal.

"Saingan terkuat datang daripada rakan sepasukan dan peserta tuan rumah. Sasaran saya kini ialah untuk melakukan yang terbaik di Kejohanan IODA Asia di Langkawi Disember ini," katanya.

Kesemua pelayar kembali ke Langkawi hari ini dan akan memulakan latihan persediaan bagi menghadapi Kejohanan Asia IODA di Langkawi dari 12 hingga 20 Disember ini.BERNAMA

Mini Olimpik: Nurul Farhana buat kejutan pecah 2 rekod kebangsaan

Selasa Ogos 4, 2009

KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan Nurul Farhana Johari membuat kejutan hari ini apabila berjaya memperbaharui serentak dua rekod kebangsaan bagi keduadua acara angkat berat kategori 69kg wanita pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Beliau berjaya merangkul pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 81kg bagi acara Snatch dan 101kg dalam acara Clean & Jerk.

Nurul Farhana, 21, sebelum ini mencipta rekod kebangsaan bagi acara dan kategori yang sama ketika beraksi di Kejohanan Dunia Teluk Danga Bay di Johor Bharu pada 2008.

Katanya, beliau tidak menyangka akan neraih kejayaan hari ini kerana menurutnya beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

"Walaupun masih lagi cedera di bahagian pinggang dan lutut, saya kuatkan semangat untuk melakukan angkatan yang terbaik hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nurul Farhana berkata, selepas ini beliau akan memberikan tumpuan penuh kepada persiapan bagi menghadapi Temasya Sukan SEA di Loas pada awal Disember ini.

"Di Loas nanti saya tidak berani membuat sebarang sasaran warna pingat kerana ini adalah kali pertama saya diberi kepercayaan untuk menyertai temasya dwi tahunan itu," katanya.

Bagi kategori 58kg wanita pula, pingat emas bagi acara Snatch menjadi milik atlet pelapis, Fatin Atiqah Osman apabila beliau berjaya mengangkat beban 64kg, manakala pingat emas bagi acara clear & jerk menjadi milik Nurul Ismayanti Rizuan apabila berjaya membuat angkatan 84kg.

Manakala bagi kategori 63kg wanita, pingat emas acara Snatch menjadi milik atlet pelapis Nurkhasidah Abd Halim apabila beliau berjaya membuat angkatan 61kg dan pingat emas bagi acara Clear & Jerk pula menjadi milik Khairani Mohd Malek dengan angkatan 85kg.

Sementara itu Abdul Mubin Abdul Rahman berjaya menyapu bersih dua pingat emas dalam kedua-dua acara bagi kategori 85kg lelaki.

Abdul Mubin memperolehi dua pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 130kg bagi acara Snatch dan 163kg bagi acara Clean & Jerk.

Pingat emas bagi keduadua acara kategori 77kg pula menjadi milik atlet elit Zulkifli Che Ros dengan angkatan beban 127kg bagi acara Snatch dan 155kg bagi acara Clean & Jerk.

KEPUTUSAN (ANGKAT BERAT)

KATEGORI 69KG WANITA

SNATCH

Emas : Nurul Farhana Johari

Perak : Yuslinda Md Isa Tia

Gangsa : Intan Ayuni Abdullah

Clean & Jerk

Emas : Nurul Farhana Johari

Perak : Intan Ayuni Abdullah

Gangsa : Yuslinda Md Isa Tia

KATEGORI 63KG WANITA

SNATCH

Emas : Nurkhasidah Abd Halim

Perak : Norhasliza Sabani

Gangsa : Khairani Mohd Malek

Clean & Jerk

Emas : Khairani Mohd Malek

Perak : Norhasliza Sabani

Gangsa : Nurkhasidah Abd Halim

KATEGORI 58KG WANITA

SNATCH

Emas : Fatin Atiqah Osman

Perak : Nurul Ismayanti

Gangsa : Elyonica Matin

Clean & Jerk

Emas : Nurul Ismayanti Rizuan

Perak : Elyonica Matin

Gangsa : Fatin Atiqah Osman

KATEGORI 85KG LELAKI

SNATCH

Emas : Abdul Mubin Abdul Rahman

Perak : Muhammad Hidayat Hamidon

Gangsa : Ben Belon

Clean & Jerk

Emas : Abdul Mubin Abdul Rahman

Perak : Muhammad Hidayat Hamidon

Gangsa : Ben Belon

KATEGORI 77KG LELAKI

SNATCH

Emas : Zulkifli Che Ros

Perak : Mohd Azaruddin Nordin

Gangsa : Jonathan Patrick

Clean & Jerk

Emas : Zulkifli Che Ros

Perak : Jonathan Patrick

Gangsa : Mohd Azaruddin Nordin

BERNAMA

Sukma: Tiga Zul Dominasi Acara 50 Meter Compound Lelaki

Ahad Jun 13, 2010

MELAKA: Tiga pemanah yang bernama Zul mendominasi kategori 50 meter compound lelaki di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) di sini hari ini.

Mereka ialah Zulkifli Mohamed Yusof dari Perak yang memenangi pingat emas, Zulfadhli Ruslan dari Pulau Pinang (perak) dan Zul Hilmi Abdul Hamid dari Perak (gangsa).

Zulkifli mencipta rekod kejohanan setelah memungut 340 mata mengatasi rekod lama 333 mata yang dibuat Mohd Khairuddin Ashah dari Sarawak pada Sukma ke-12 di Terengganu.

Enam lagi rekod baru dicipta hari ini dalam ketegori 50 meter recurve lelaki, 50 meter recurve wanita, 50 meter compound wanita, 30 meter recurve lelaki, 30 meter compound lelaki dan 30 meter compound wanita.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kebolehan memecah rekod memberi harapan baru kepada program ke Olimpik London kementerian tersebut terutama dalam acara memanah.

"Lebih 10 rekod baru dicipta dalam masa dua hari acara memanah diadakan. Ini menunjukkan sukan memanah sedang berkembang maju di negara ini dan pelapis-pelapis kita dari sukan ini juga nampaknya sudah dapat menyaingi atlit-atlit elit," katanya semasa meninjau pertandingan yang berlangsung. - BERNAMA

Bilangan Jurulatih Asing Akan Dikurangkan

Selasa Disember 1, 2009

SHAH ALAM: Bilangan jurulatih asing akan dikurangkan sedikit demi sedikit setelah jurulatih tempatan memperkasakan diri dengan ilmu dan pengalaman dalam bidang mereka, kata Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBs) Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh.

Katanya ketika ini terdapat 99 jurulatih luar negara berbanding sejumlah 211 jurulatih sepenuh masa tempatan.

"Kepakaran asing adakalanya diperlukan untuk memastikan atlet negara mencapai prestasi optimum mereka tetapi kebergantungan terhadap mereka perlu dikurangkan," katanya semasa merasmikan Persidangan Sains Kejurulatihan Kebangsaan 2009 di sini hari ini.

Pada sidang media kemudian, Mohd Yasin berkata setakat ini MSN telah menggajikan 43 jurulatih asing, kebanyakannya dari China dan negara-negara bekas Soviet Union untuk program latihan atlet elit manakala yang lain untuk program atlet pelapis.

Menurut beliau, ketika ini terdapat beberapa jurulatih negara yang dilamar oleh negara luar untuk mendapatkan kepakaran mereka.

"Ia secara tidak langsung memberi pengiktirafan tentang kewibawaan jurulatih kita," katanya.

Tahun ini, katanya seramai 1,064 jurulatih telah menduduki Kursus Sains Sukan manakala sejumlah 1,113 orang lagi menjalani Kursus Sains Kejurulatihan Sukan Spesifik.

Persidangan selama tiga hari bermula hari ini adalah anjuran Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Australia-Malaysia.

Ia disertai 250 peserta terdiri daripada jurulatih kebangsaan cawangan elit pelapis dan paralimpik MSN, wakilwakil daripada Institut Sukan Negara (ISN), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, pegawaipegawai Majlis Sukan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta instruktur sains sukan dari LKK.

Pada majlis itu juga, Mohd Yasin turut melancarkan buku Modul Sains Sukan yang diterbitkan oleh LKK. BERNAMA

Nurrahimin Tekad Mahu Lakar Kejayaan

Selasa September 7, 2010

KUALA LUMPUR: Penembak kebangsaan Nurrahimin Abdul Halim, yang bakal beraksi buat julung kalinya di Sukan Komanwel di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou, berazam menjadikan kedua-dua temasya itu sebagai medan mengukir nama di pentas antarabangsa.

Pemenang tiga pingat emas dan satu perak pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka Jun lepas itu berada dalam skuad pelapis, sebelum dinaikkan ke skuad elit.

"Saya rasa bangga dengan pengiktirafan itu kerana selepas empat tahun menjadi atlet pelapis, usaha saya selama ini tidak sia-sia, saya juga berasa sangat teruja apabila layak beraksi ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Pada Sukan Komanwel nanti saya mesasarkan satu pingat tanpa mengira warna, begitu juga dengan Sukan Asia," katanya, Selasa.

Nurrahimin berkata dia menjangka saingan hebat dari penembak India di Sukan Komanwel dan penembak China di Sukan Asia memandangkan kedua-dua negara itu mempunyai penembak yang hebat.

Sukan Komanwel akan berlangsung di New Delhi, India dari 3-14 Oktober, manakala Sukan Asia di Guangzhou, China dari 12 hingga 27 November. Selain dua temasya besar itu, Nurrahimin juga terpaksa membahagikan jadual masanya sebaik mungkin untuk tidak menyisihkan kepentingan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya November ini.

"Peperiksaan SPM diadakan pada hujung tarikh berlangsungnya Sukan Asia. Saya masih sempat untuk mendudukinya," katanya.

Kejayaan penembak muda yang turut meraih satu pingat perak pada Sukan SEA di Laos tahun lepas diakui oleh setiausaha eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan (NSAM), Mejar Jasni Shaari yang menyifatkan Nurrahimin sebagai berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam mengharumkan nama negara.

"Dia merupakan penembak termuda dalam skuad elit NSAM tetapi keupayaannya setaraf penembak senior. Sebab itulah NSAM menghantarnya ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia walaupun dia mungkin sedikit kekurangan dari segi pengalaman," katanya.- BERNAMA

Kerenah urusetia cacatkan Sukma Kedah

Isnin Jun 05, 2006


Ulasan ALOR STAR: Sukan Malaysia (Sukma) ke-11 yang berlangsung sejak dua minggu lepas akhirnya melabuhkan tirainya semalam di sebalik beberapa kontroversi yang mampu mencacatkan hasrat tuan rumah, Kedah menjadi penganjur terbaik.

Juara, Selangor bukan sahaja mempertahankan gelaran tetapi berjaya memenangi temasya dua tahun sekali itu sebanyak enam kali berturut-turut sejak 1996.

Selangor berjaya memperoleh 629 mata daripada kutipan 53 pingat emas, 44 perak dan 56 gangsa diikuti Sarawak di tempat kedua dengan 507 mata (36 emas, 42 perak, 55 gangsa) dan Pulau Pinang di tangga ketiga dengan mengumpul 480 mata (36 emas, 40 perak, 52 gangsa).

Tuan rumah menduduki tangga keenam di belakang Perak dan Pahang, dengan mengumpul 407 mata (30 emas, 34 perak, 37 gangsa).

Beberapa kontroversi timbul di sepanjang temasya itu, antaranya mutu pengadilan dalam acara kombat subjektif seperti wushu dikatakan menyebelahi tuan rumah, isu penyertaan bertindih yang melibatkan atlit renang Linvern Lim yang berasal dari Negeri Sembilan tetapi mewakili Kedah serta seorang atlit didapati positif menggunakan dadah terlarang.

Melihat kepada pencapaian sepanjang 12 hari temasya itu berlangsung di enam daerah di Kedah, hanya dua rekod kebangsaan berjaya diperbaharui, kedua-duanya dalam acara renang yang diadakan di Kompleks Akuatik Gunung Keriang.

Ratu renang Negeri Sembilan, Lew Yih Wey yang berjaya merangkul sembilan pingat emas memecah rekod kebangsaan pertama dalam temasya itu apabila mencatat masa dua minit 18 saat dalam acara 200m gaya Kuak Lentang, yang juga rekod baru Sukma.

Raja Azlina Izzah Raja Shahrom dari Selangor kemudian memperbaharui catatan rekod kebangsaan yang juga rekod baru temasya dalam acara 50m gaya Kuak Dada dengan masa 34.47 saat.

Skuad menembak Pahang pula berjaya menyamai rekod kebangsaan bagi kategori 50m SB Sports Rifle 3 position wanita dengan 1,678 mata.

Sebanyak 40 rekod baru Sukma juga berjaya diperbaharui iaitu angkat berat (12), menembak (10), renang (9) dan olahraga (9).

Pada Sukma di Negeri Sembilan, sebanyak sembilan rekod kebangsaan diperbaharui, tujuh dalam acara renang dan dua dalam olahraga, sementara 42 rekod temasya diperbaharui.

Melihat kepada pencapaian di Kedah yang merosot jika dibandingkan dengan di Negeri Sembilan, timbul tanda tanya adakah Malaysia kini menghadapi masalah untuk mencari pelapis berpotensi untuk mengambil alih tempat skuad senior negara?

Atau negeri lebih mementingkan kuantiti pingat yang dimenangi tanpa mempedulikan kualiti pelapis yang mampu dilahir, dengan menghantar kontinjen teramai untuk meraih seberapa banyak pingat bagi membolehkan mereka menjadi juara keseluruhan temasya.

Kementerian Belia dan Sukan yang menyedari masalah itu mahukan atlit-atlit yang menyertai Sukma di masa depan wajib melalui penapisan terlebih dahulu bagi memastikan standard mereka, dengan terlebih dahulu menyertai temasya sukan antara daerah yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Sudah sewajarnya setiap negeri yang diberi peluang menjadi tuan rumah temasya dua tahun sekali itu berhasrat menjadi penganjur terbaik.

Begitu juga dengan Kedah. Namun, sekretariat Sukma Kedah perlu belajar lebih banyak lagi, jika berpeluang untuk menganjurkan temasya sebesar atau lebih besar daripada Sukma.

Kedah seharusnya akur bahawa Sukma bukan hak negeri yang menganjurkannya.

Walaupun setiap tempat pertandingan dipenuhi penonton tempatan, masih ada peminat sukan dari 15 negeri lain yang mahu mengikuti dan mengetahui perkembangan kontinjen masing-masing.

Di sinilah peranan media massa yang cuba memberikan liputan terbaik bagi temasya itu.

Namun, pihak media telah dibiar dalam kecelaruan sejak seawal minggu pertama Sukma berlangsung, dengan jadual pertandingan yang tidak tersusun dan sering berubah-ubah tanpa sebarang notis awal dan tiada kemudahan penghantaran berita di tempat yang kecil dan agak jauh dari pusat media utama di bangunan Bina Darul Aman Berhad (BDB) di sini.

Sebagai contoh, venue bagi acara wushu di Kompleks Sukan Kriss di Gurun, kira-kira 50km dari Alor Star tidak dilengkapi sebarang kemudahan untuk menghantar berita.

Sekretariat venue di Gurun pula memberitahu, salinan keputusan hanya boleh diambil di BDB, 45 minit berkereta dari Kompleks Sukan Kriss.

Di sebalik kerumitan itu, ada di kalangan anggota Exco kerajaan negeri yang secara sinis mengatakan pihak media tidak perlu ke pusat kecil di venue lain kerana pusat media di BDB sudah mencukupi terutamanya dengan adanya laman web rasmi Sukma yang mampu menyalurkan maklumat terkini.

"Jelas anggota Exco terbabit kurang arif dan faham keperluan media. Jika mahu membuat liputan dari laman web sahaja, tidak perlulah kami berkampung di Kedah sepanjang dua minggu berlangsungnya Sukma."

Tuan rumah Sukma ke-12, Terengganu mempunyai masa dua tahun lagi untuk menganjurkan temasya di negeri yang menggunakan maskot ikan bernama 'Nemo'.

Tidak perlulah Nemo melaungkan mahu menjadi penganjur kelas satu jika karenah sekretariatnya kelak hanya sekadar kelas ketiga. BERNAMA

Enam Pelayar Dipilih Sertai Latihan Di New Zealand

Isnin Februari 1, 2010

LANGKAWI: Enam pelayar elit dan pelapis kebangsaan dipilih menjalani latihan selama sebulan di Auckland New Zealand mulai esok dalam persiapan Malaysia menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China November ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, mereka ialah Ku Anas Ku Zainal, Muhammad Hafizuddin Mazelan, Kharulneesa Mohd Afendy, Norashikin Mohd Sayed, Razman Mat Ali dan Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri.

"Latihan itu akan dikendalikan jurulatih MYA, Andrew Brown dari New Zealand dan sebagai pendedahan pelayar terbabit juga akan menyertai kejohanan kebangsaan New Zealand," katanya.

New Zealand dipilih sebagai pusat latihan perahu layar kedua dalam persiapan Malaysia menghadapi Sukan Asia 2010. Pusat latihan utama ialah di kompleks sukan perahu layar kebangsaan di Langkawi.

Mengenai pencapaian skuad pelayar elit dan pelapis kebangsaan yang mewakili MYA/MSN pada KFC Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 ketujuh yang berakhir di sini malam tadi, Mohd Afendy berkata, kejayaan mereka membanggakan kerana hampir keseluruhan acara dikuasai pelayar itu.

MYA/MSN meraih kejuaraan bagi acara Laser Standard menerusi Kharulnizam Mohd Afendy, Mohd Amirul Shafiq (acara Byte CII), gandingan Ku Anas Ku Zainal dan Muhammad Hafizuddin Mazelan (Internasional 420), Razman Mat Ali/Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri (International 470), Ahmad Latif Khan (Optimist) dan Kharulneesa Mohd Afendy/Norashikin Mohd Sayed (International 420 (wanita).

Seramai 200 pelayar menyertai kejohanan itu termasuk dari Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, India, Belgium, Iran, Sepanyol dan Hong Kong.

Regata Perdana Langkawi 2010 anjuran Persatuan Perahu Layar Kedah merupakan sirkit kebangsaan pembuka tirai MYA. Sirkit kedua akan berlangsung di Pulau Pinang pada akhir Februari ini. - BERNAMA

Peninju Muda Semakin Menyerlah

Jumaat Mei 21, 2010

KUALA LUMPUR: Setelah berjaya memenangi dua pingat emas di Sukan Sea di Laos tahun lepas, peninju-peninju kebangsaan terus mempamerkan peningkatan di peringkat antarabangsa.

Terbaru peninju kebangsaan memenangi tiga pingat emas dan satu perak di Kejohanan Tinju Jemputan Antarabangsa Acheh di Indonesia yang berlangsung awal bulan ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Tinju Amatur Malaysia Mejar (B) Maulud Othman berkata peninju terbabit adalah Mohd Fuad Riduan (kategori 48 kg), Mohd Hafiz Arqam (60 kg) dan Mohd Khir Azlan Azmi (64kg).

"Biarpun kejohanan ini hanya melibatkan dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia, kejayaan yang diperoleh membuktikan bahawa peninju muda kita mempunyai potensi ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada Bernama hari ini.

Maulud berkata beliau merasa bangga dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh barisan peninju muda biarpun mereka masih baru dalam dunia tinju.

"PTAM harap semangat sedemikian dapat terus dikekalkan dalam diri setiap peninju muda kerana dua peninju muda dari skuad pelapis akan dipilih untuk menggalas cabaran ke Sukan Komanwel di India pada Oktober nanti," katanya.

Maulud berkata PTAM bercadang menghantar enam peninju yang terdiri daripada empat peninju elit dan dua peninju dari skuad pelapis.

"Antara peninju yang dicadangkan oleh PTAM ke Sukan Komanwel ialah pemenang pingat emas di Sukan Sea Laos iaitu Mohd Farkhan Mohd Haron dan Fairus Azwan Abdullah. Namun demikian keputusan akhir bakal dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia," katanya.

Dua Pelumba Junior Sahut Cabaran Di Itali


KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memilih dua pelumba muda dari skuad pelapis negara untuk menyertai Kejohanan Lumba Basikal Remaja Dunia di Montichiari, Itali pada awal Ogos nanti.

Pengurus sukan pelapis kebangsaan, Azrain Mohamed Yusof berkata Mohd Arfy Qhairant Amran dan Mohd Fattah Amri Zaid dipilih berdasarkan kejayaan cemerlang mereka sepanjang tahun ini.

"Kejohanan ini merupakan sebagai satu pendedahan buat pelumba muda negara kerana mereka memerlukan pendedahan yang secukupnya diperingkat dunia sebelum layak bergelar atlet elit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Azrain berkata oleh kerana penyertaan ini adalah sebagai pendedahan awal kepada Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri, MSN tidak meletakkan sebarang sandaran pingat kepada mereka namun sekiranya memenangi sebarang pingat ia adalah satu bonus.

"Ini adalah bukan penampilan kali pertama mereka ke kejohanan luar negara, saya fikir mereka tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti," katanya.

Beliau yakin Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri tidak akan menghadapi masalah besar beraksi pada bulan Ramadan kerana MSN akan berkerjasama dengan Insitut Sukan Negara (ISN) dalam memilih pemakanan yang sesuai untuk mereka.

"Keputusaan MSN untuk menghantar Mohd Arfy dan Mohd Fattah Amri dibuat berdasarkan persetujuan ketua jurulatih basikal kebangsaan, John Beasley," katanya.

Sementara itu, Mohd Arfy berkata beliau gembira kerana diberi peluang untuk beraksi dijohanan itu dan berazam untuk melakukan yang terbaik.

"Sebagai seorang pelumba pelapis, masih banyak perkara lagi perlu saya pelajari sebelum ke kejohanan bertaraf dunia.

"Namun, saya akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada latihan persiapan selama lebih kurang dua bulan ini agar mampu buktikan sesuatu di Itali nanti," katanya.

Sebelum ini, MSN pernah menghantar dua pelumba remaja iaitu Muhammad Zulhilmie Afif dan Adiq Husaini Muhd Othman beraksi pada kejohanan yang sama di Moscow, Russia tahun lepas.

Adiq Husaini memenangi pingat gangsa bagi acara scratch 10 kilometer (30 pusingan) pada kejohanan itu. - BERNAMA

Malaysia Raih Satu Emas Kejohanan Sukan Layar Di China


Pelayar Malaysia bergambar pada hari keenam Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Shanwei, Guangdong, China, Isnin (29 Mac 2010). Malaysia meraih satu pingat emas menerusi gandingan pelayar pelapis kebangsaan, Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed. Mereka sekaligus berjaya mengungguli kelas International 420 (wanita). -Foto BERNAMA


LANGKAWI:
Gandingan pelayar pelapis kebangsaan, Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed memenangi pingat emas apabila mengungguli kelas International 420 (wanita) pada hari keenam Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Shanwei, Guangdong, China.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia Mohd Afendy Abdullah berkata tiupan angin kencang antara 16 hingga 18 knot dengan keadaan ombak yang tidak berubah setinggi dua hingga tiga meter, memberi kelebihan kepada pelayar negara.Gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizuddin Mazelan pula berjaya merampas kedudukan tangga kedua terbaik keseluruhan kelas International 420 (lelaki) dan peluang mereka untuk memenangi pingat perak adalah cerah, katanya menerusi email kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata Malaysia turut berpeluang memenangi beberapa pingat lagi melalui pelayarnya yang sedang bertarung seperti pelayar elit, Mohd Romzi Mohamad (kelas Laser Radial), Mohamad Farhan dan Ahmaf Latif Khan (kelas Optimist).Pada perlumbaan semalam, pelayar pelapis kebangsaan Ahmad Latif Khan memintas rakan sepasukannya untuk menduduki tangga kedua kelas Optimist lelaki manakala Mohamad Farhan ketiga. Pelayar tuan rumah Zhang Xiao mempunyai peluang cerah menggondol emas.Dalam kelas Optimist wanita, Nurul Izzatul Akmal berada pada tangga kelima dan Nur Liyana Mohd Latif di tangga keenam. Pelayar Thailand Nappakao masih mendahulu kelas itu. - BERNAMA

Mohd Shahrul Ungguli Sirkit Ketiga Berbasikal GP Kebangsaan

Sabtu April 23, 2011

MELAKA: Pelumba handalan negara Mohd Shahrul Mat Amin dari pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) menjuarai sirkit ketiga Kejohanan Berbasikal Grand Prix Kebangsaan 2011.

Mohd Shahrul mencatat masa 4 jam 00 minit 55.281 saat dalam perlumbaan tujuh pusingan sejauh 156km bermula di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, di sini.

Ketika ditemu bual Bernama, Mohd Shahrul ternyata gembira dengan pencapaiannya dan berharap kemenangan itu dapat menguatkan lagi semangat pelumba pasukan TSG yang baru ditubuhkan Disember tahun lepas.

Mohd Shahrul bertindak bijak pada 40km terakhir dengan melakukan pecahan daripada kumpulan utama sebelum pelumba Angkatan Tentera Malaysia, Mohd Zambri Salleh mengejar Mohd Shahrul dan bersaing pada lima kilometer terakhir.

Mohd Zambri terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 4'00:57.67s dan Mohamad Aim Mohamad Fauzi mewakili Pahang meraih tempat ketiga dengan masa 4'04:25.516s pada perlumbaan yang disertai 83 pelumba itu.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba handalan negara Anuar Manan dari pasukan TSG hanya mampu menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 4'07:21.22s.

Kategori wanita menyaksikan "permata baru" berbasikal negara Jupha Somnet yang memenangi enam pingat pada Kejohanan Asia 2011 di Korat, Thailand, Februari lepas, mengungguli kategori itu dengan catatan masa 3'18:58s.

"Saya baru pertama kali menyertai kategori elit, sebelum ini saya dalam kategori remaja. Saya amat gembira menang pada penampilan pertama kategori ini," katanya.

Perlumbaan empat pusingan sejauh 104km itu disertai 43 pelumba dan menyaksikan pertarungan sengit 12 pelumba apabila kesemua pelumba itu mencatat masa yang sama.

Strategi pelumba pertama mengambil selekoh terakhir dan memecut pada saat akhir memberikan kemenangan kepada Jupha yang mewakili pasukan pelapis kebangsaan menerusi keputusan "photo-finish".

Jupha menewaskan seorang lagi rakan sepasukan Mariana Mohamad yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan pelumba berpengalaman MasziyatonMohd Radzi mewakili Kedah di tempat ketiga.

Seorang lagi pelumba pasukan pelapis kebangsaan Sofian Nabil Omar Mohd Bakri meraih tempat pertama dalam kategori remaja lelaki dengan catatan masa 2'42:54.005s.

"Bukan mudah untuk saya memenangi kategori ini kerana terpaksa bersaing sengit dengan dua lagi pelumba yang cukup saya kenali, beza masa antara kami bertiga pun tidak sampai satu saat," katanya dalam perlumbaan yang disertai 128 pelumba itu.

Tempat kedua di raih pelumba daripada Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Mohamad Al Azani Zainal dengan masa 2'42:54.05s dan seorang lagi pelumba pelapis kebangsaan Hamdan Hamidun di tempat ketiga dengan masa 2'42:54.151s.

Pelumba berbakat negara Mohd Afiq Huznie Othman yang mewakili Terengganu bagaimanapun hanya mampu berada di tempat ke-14 dengan mencatat masa 2'49:2.074s pada perlumbaan empat pusingan sejauh 104km itu.

Persaingan sengit antara pelumba hari ini dijangka berulang pada kejohanan Piala Ketua Menteri yang akan berlangsung esok dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijadual melepaskan pelumba pada kejohanan itu. - BERNAMA

Azizulhasni Tidak Diturunkan, Bagi Peluang Pelumba Pelapis

Jumaat Jun 25, 2010

KUALA LUMPUR: Pelumba kebangsaan Mohd Azizulhasni Awang tidak akan diturunkan pada kejohanan Piala Trek Asia 2010 pusingan Malaysia yang bermula hari ini hingga Ahad ini di Velodrome Cheras di sini.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad berkata keputusan itu diambil untuk memberi peluang kepada pelumba pelapis termasuk Mohd Syamil Baharom, Junaidi Mohd Nasir dan Akmal Amrun menguji keupayaan mereka berlumba dengan pelumpa handalan dari Jepun dan Korea Selatan.

"Kita tidak boleh mengharapkan Azizul sahaja. Kita ada enam hingga tujuh pelumba yang boleh kita asah, yang boleh diharap untuk membawa pulang pingat emas pertama di Olimpik," katanya selepas perasmian kejohanan itu oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.Beliau berkata selain Mohd Azizulhasni, Mohd Hafiz Suffian, Mohd Rizal Tisin dan pelumba wanita Fatehah Mustapha juga tidak akan diturunkan.

"Fatehah tidak diturunkan kerana beliau baru menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) selepas Sukma (Sukan Malaysia) baru-baru ini.

"Beliau tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa acara selama sebulan," katanya.

Lapan negara iaitu Uzbezkistan, Iran, Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Thailand dan Malaysia akan berentap dalam acara tahunan itu yang telah diadakan sejak 2003.

Pada pusingan pertama di Velodrome Hakodate, Hokkaido, Jepun dua minggu lepas, pasukan negara berjaya meraih dua emas, dua perak dan dua gangsa dalam kejohanan itu termasuk Mohd Azizulhasni yang memenangi acara keirin. - BERNAMA

PTAM Hantar Lima Petinju ke Sukan Arafura

Jumaat Mei 6, 2011

KUALA LUMPUR: Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) akan menghantar lima peninju untuk beraksi di temasya Sukan Arafura yang akan berlangsung di Darwin, Australia Sabtu ini sebagai medan pemanas badan sebelum ke Sukan SEA di Indonesia November ini.

Setiausaha Kehormat PTAM Maulud Othman berkata kejohanan tersebut akan disertai empat peninju elit dan seorang peninju pelapis.

"Hasil perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), kita telah bersetujuuntuk menambah seorang lagi peninju dari skuad pelapis.

"Selain empat peninju elit itu, PTAM telah memilih seorang peninju pelapis iaitu Mohd Sabri Khamis yang akan mengambil bahagian dalam kategori 50kg untuk digilap bakat kerana beliau berpotensi dalam prospek pingat," katanya.

Maulud berkata Mohd Farhan Mohd Haron yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Laos dalam kategori 69kg akan mengetuai barisan peninju negara di samping tiga lagi peninju elit iaitu Mohd Fuad Redzuan (kategori 49kg), Mohd Fairuz Azwan Abdullah (kategori 75kg) dan Mohd Khir Azlan Azli (kategori 64kg). "Kita mensasarkan kesemua mereka mendapat pingat tanpa warna dalam setiap kategori kerana saingan dalam acara tinju di temasya itu agak sengit," katanya.

Seramai 17 atlet Malaysia di bawah kendalian MSN, 12 daripadanya atletparalimpik, akan menyertai temasya Arafura yang akan berlangsung sehingga 14Mei.-BERNAMA

Skuad Pelapis Menang Dua Emas

Ahad Jun 27, 2010

KUALA LUMPUR: Pelumba pelapis negara mempamerkan aksi cemerlang apabila merangkul dua pingat emas pada hari pembukaan pusingan kedua Kejohanan Piala Trek Asia 2010 di Veldrome Cheras di sini semalam.

Pelumba muda, Mohd Fattah Amri Zaid berjaya meraih pingat emas bagi acara pecut lelaki junior setelah menewaskan pelumba Iran, Seyed Reza Jebraielilagan dengan catatan terbaik 11.99 saat.

Pingat emas kedua negara disumbangkan oleh trio Mohd Fattah, Muhd Mustaqim Abdul Kadir dan Muhd Arfy Qhairant dalam acara pecut berpasukan lelaki junior dengan menewaskan trio Iran dengan catatan masa satu minit 6.24 saat.

Kecemerlangan meraih emas itu bagaimanapun gagal diteruskan oleh pelumba muda Muhd Hazmer Azeman yang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa bagi acara satu kilometer ujian masa di mana pelumba Thailand, Satjakul Sianylam meraih pingat emas dan pelumba Iran, Ali Morshedloo mendapat pingat perak.

Pingat gangsa kedua negara pula disumbangkan oleh trio kebangsaan yang dibarisi oleh Junaidi Mohd Nasir, Mohd Harrif Salleh dan Muhamad Syanil Baharum.

Trio negara mencatatkan masa 1 minit 4.3043 saat di mana trio Iran dan Jepun memperolehi pingat emas dan perak.

Perlumbaan yang sepatutnya dimulakan kelmarin terpaksa ditunda ke semalam ekoran cuaca hujan.

Sebelum ini, pada saingan pusingan pertama di Hokkaido, Jepun, dua minggu lepas, pasukan negara berjaya meraih dua emas, dua perak dan dua gangsa termasuk kejayaan Mohd Azizulhasni dalam acara keirin. - BERNAMA

Pelapis Boling Padang Galas Cabaran Negara

Ahad November 21, 2010

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pemain pelapis negara akan menggalas cabaran di Kejohanan Boling Padang Sime Darby Asia Pasifik Merdeka di Stadium Tertutup Bayuemas Boling Padang, Klang, Selangor bermula Isnin hingga 26 November.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemain baru negara diharap dapat memberikan tentangan sengit kepada beberapa pasukan ternama luar negara dalam arena boling padang seperti Australia dan Filipina.

"Kita tidak menurunkan pemain elit negara pada kali ini kerana mereka telahpun beraksi dalam temasya Sukan Komanwel di New Delhi bulan lepas. Kita ingin memberi laluan kepada pemain baru menimba ilmu dan memberi pendedahan beraksi bersama pemain luar negara," katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Boling Padang di Bukit Kiara, Ahad.

Pasukan lelaki dibarisi Mohd Hizlee Rais, Mohd Azwan Suhaimi, Zulhilmie Ridzuan, Salahuddun Razali dan Mohd Syahmil Syazwan manakala wanita terdiri daripada Nor Shafeeqah Yahya, Emma Firyana Saroji, Maisarah Aminludin, Nor Zafirah Md Nor dan Norehawati Daud.

Ahmad Sarji berkata kejohanan itu akan dijalankan mengikut format Pusingan Robin, dengan dua pasukan teratas bertemu pada perlawanan akhir.

Pada kejohanan itu, seramai 30 peserta dari 11 negara iaitu Malaysia, Australia, Brunei, China, Fiji, Hong Kong, India, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian.

Ahmad Sarji berkata penyertaan bagi setiap kejohanan itu, yang diasaskan sejak 2006, tidak menghampakan kerana sering mendapat penyertaan lebih 10 pasukan dari luar negara walaupun ketika ini Sukan Asia di Guangzhou, China sedang berlangsung.

Yayasan Sime Darby merupakan penaja utama Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik Merdeka untuk empat edisi lepas.

Bagi tahun ini, Ahmad Sarji berkata hadiah wang tunai bernilai US$32,000 (RM99,680) akan diberikan kepada pemenang tiga kategori berlainan iaitu kategori individu lelaki, wanita dan beregu campuran.

"Setiap pemenang tempat pertama dalam kategori individu lelaki dan wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai US$5,000 (RM15,575) manakala tempat kedua sebanyak US$2,500 (RM7,787) dan dua pemenang dipilih dalam tempat ketiga akan mendapat US$1,000 (RM3,115)," katanya.

Bagi kategori beregu campuran, juara akan membawa pulang US$7,000 (RM21,805)manakala naib juara akan pulang dengan US$3,000 (RM9,345) dan dua pemenang di tempat ketiga akan mendapat US$1,500 (RM4,672).

Juara bertahan individu lelaki, Anthony Kiepe dari Australia dijangka mengambil bahagian pada kejohanan itu.-BERNAMA

Sukma Pentas Terbaik Atlet Pelapis Cari Tapak Wakili Negara

Khamis Jun 10, 2010

MELAKA: Bandaraya Bersejarah Melaka, destinasi pelancongan terkemuka negara, kini mula bertukar wajah sebagai medan pertarungan bagi atlet-atlet muda sepanjang berlangsungnya edisi ke-13 Sukan Malaysia (Sukma) di sini.

Walaupun Sukma ke-13 akan bermula secara rasminya Sabtu ini, para atlet telah memulakan kempen masing-masing sejak Isnin lepas.

Medan pertarungan Sukma menjadi pentas terbaik bagi atlet pelapis mencari peluang bergelar atlet kebangsaan dan mampu menaikkan nama negara suatu masa nanti.

Kehadiran sejumlah lebih 6,000 atlet dari semua negeri di Malaysia termasuk kontinjen jemputan Brunei pastinya memberi lebih ruang kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencari bakat baru sukan negara.

Cawangan Pelapis MSN menghantar 50 orang pegawai dan jurulatihnya ke Melaka sepanjang Sukma kali ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh diserapkan sebagai atlet pelapis.

Sementara itu, temasya dwitahunan kali ini juga melibatkan lebih 1,500 atlet daripada Cawangan Pelapis MSN yang akan mewakili negeri masing-masing.

Selaku tuan rumah, Melaka menawarkan sebanyak 382 pingat emas daripada 33 jenis sukan yang dipertandingkan.

Tumpuan pada Sukma kali ini adalah kepada kontinjen Selangor yang berharap dapat mengulangi kecemerlangannya selaku juara keseluruhan sebanyak tujuh kali pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004 dan 2006.

Selangor dalam misi untuk muncul semula sebagai juara bertahan selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara pada temasya Sukma ke-12 di Terengganu dua tahun lepas, telah memulakan kempen mereka dengan meraih pingat emas pertama Sukma Melaka melalui acara gimnastik berpasukan lelaki semalam.

Selain Selangor, turut menjadi tumpuan pada temasya kali ini ialah kontinjen Sarawak yang pernah muncul sebagai juara temasya pada 1990, 1992 dan 1994.

Bagaimanapun, hasrat dan kesunggguhan atlet-atlet kontinjen tuan rumah untuk muncul selaku juara keseluruhan pada edisi kali ini tidak harus dipandang remeh.

Tuan rumah Melaka sudah meletakkan sasaran 60 pingat emas sekali gus untuk muncul sebagai juara keseluruhan dan penganjur temasya Sukma terbaik.

Kerajaan negeri telah menjanjikan imbuhan wang tunai kepada para atlet yang memenangi pingat iaitu emas (RM3,000), perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000) pada temasya kali ini.

Sementara itu kontinjen Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) menghantar kontinjen terbesar seramai 586 orang atlet serta 114 pengurus dan jurulatih.

Melihat kepada peningkatan jumlah atlet yang bertanding, temasya Sukma masih merupakan pusat sehenti terbaik bagi mencari bakal atlet negara yang berpotensi.

Sudah pasti akan ada bakat-bakat baru yang bakal menyerlah dan mungkin di akhir temasya ini pada 19 Jun nanti, nama-nama atlet muda yang tidak pernah beraksi di peringkat nasional akan mampu membawa kejutan dan mampu mencipta rekod baru temasya mahupun rekod kebangsaan. - BERNAMA

Beri Peluang Kepada Atlet Pelapis Berlatih Di Luar Negara, Kata KOAM

Khamis April 29, 2010

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) memberi lebih ruang kepada atlet pelapis untuk berlatih di luar negara, kata Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata KOAM telahpun menyenaraikan seramai tujuh atlet pelapis yang menyerlah pada Sukan SEA di Laos pada Disember lepas serta beberapa kejohanan sejak awal tahun ini, untuk menjalani latihan di Eropah.

"Selama ini, atlet elit olahraga berpeluang untuk berlatih di luar negara dan KOAM kini bercadang memberi ruang kepada atlet pelapis pula untuk turut serta menjalani latihan di luar negara, bagi memberi pendedahan di peringkat antarabangsa kepada mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata tujuh atlet pelapis yang dicadangkan meneruskan latihan di luar negara ialah Adi Alifuddin Hussain (lontar peluru), Mohd Jironi Riduan (800m), S. Mathialagan (800m), S.Yuvaraj (800m), Norjanah Hafizah Jamaludin (200m), Nurul Sarah Abdul Kadir (200m) dan Siti Zubaidah Abadi (100m).

Shahidan berkata penempatan atlet pelapis tersebut di luar negara bukan sekadar berlatih tetapi juga menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata atlet jaguh 400m berpagar negara, Noraseela Khalid yang tercedera sejak dua minggu lepas ketika berlatih di Afrika Selatan, mungkin tidak perlu kembali ke negara ini bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal daripada jurulatih Noraseela, atlet tersebut hanya perlu menjalani rawatan lanjut di negara tersebut.

"Bagaimanapun, laporan kecederaan Noraseela yang dihantar oleh jurulatihnya, telah dihantar kepada MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk tindakan lanjut," katanya.

Shahidan juga berkata Kejohanan Olahraga Remaja SEA yang kelima, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 hingga 27 Mei depan, terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum diputuskan.

Beliau berkata kekurangan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi penganjuran kejohanan tersebut menyebabkan KOAM terpaksa menangguhkannya.

"Sebelum ini, KOAM meminta wang tersebut daripada MSN tetapi agensi itu tidak mempunyai peruntukan. KOAM akan mencari sumber lain," katanya. - BERNAMA

Skuad Menembak Pelapis Belum Mantap

Selasa Jun 29, 2010

KUALA LUMPUR: Penembak pelapis kebangsaan masih memerlukan pendedahan dan pengalaman sebelum dapat diserapkan ke pasukan elit bagi beraksi di kejohanan besar seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Jurulatih menembak kebangsaan Mohd Sabki Mohd Din berkata, walaupun terdapat beberapa individu yang menyerlah di Sukan Sea di Laos tahun lepas dan di Sukan Malaysia di Melaka yang berakhir dua minggu lepas, secara keseluruhannya pencapaian mereka masih tidak konsisten.

"Pengalaman yang diraih sepanjang berada dalam pasukan pelapis masih belum mencukupi untuk mereka berada di dalam skuad elit. Proses ini mengambil masa yang panjang dan memerlukan perbincangan yang mendalam dengan pihak Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM)," katanya kepada Bernama semalam.

Mohd Sabki berkata pihaknya akan menghantar beberapa penembak pelapis sebagai back-up kepada penembak elit untuk beberapa siri kejohanan antarabangsa yang akan berlangsung kelak.

Pendedahan terhadap kejohanan berprestij seperti Sukan Sea adalah satu langkah awal untuk penembak pelapis menentukan matlamat dan sasaran masing-masing, katanya.

Katanya, barisan penembak pelapis seperti Mohd Norahimi Abdul Halim (raifal)Jonathan Wong Guanjie (pistol) dan Siti Nur Izzati Mohd Sabki (raifal) dilihat mempunyai potensi yang besar untuk diserapkan di dalam skuad elit.

"Mohd Nurahimi contohnya, meskipun masih baru dalam skuad pelapis telah menujukkan prestasi yang membanggakan dalam beberapa siri kejohanan yang disertainya sepanjang tahun ini," kata Mohd Sabki.

NSAM juga menyenaraikan Wong dan Siti Nur Izzati untuk beraksi di Sukan Olimpik Remaja di Singapura yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Ogos ini.

Seramai 16 orang penembak pelapis kini sedang menjalani latihan secara berkala di Lapangan Sasar Kebangsaan di Subang.

Sumatera Utara Mahu Hantar Atlet Jalani Latihan Di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR: Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Sumatera Utara akan menghantar atlet pelapis mereka untuk menjalani latihan dan pertandingan di negara ini dalam persiapan menghadapi Sukan SEA ke-26 di Indonesia pada November ini.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata permintaan daripada KONI Sumatera Utara itu disampaikan oleh Ketua Olahraga Sumatera Utara, Ristanto yang berada Malaysia selama empat hari sejak Sabtu lepas.

"Mereka kagum dengan kemudahan di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil serta program cawangan pelapis. Mereka mahu menjalin kerjasama daripada segi latihan dan pertandingan dengan Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Jefri berkata menurut Ristanto, enam atlet pelapis dari wilayah Sumatera Utara telah dikenal pasti untuk menyertai kontinjen Indonesia ke Sukan SEA yang akan diadakan di Jakarta dan Palembang dari 11-25 Nov ini.

Atlet dari Wilayah Sumatera Utara terkenal dengan kehebatan dalam acara karate, tinju dan olahraga dan Malaysia harus mengambil kesempatan tersebut untuk berlatih dan bertanding dengan mereka, katanya.

Beliau berkata faktor jarak yang dekat antara Malaysia dan Sumatera Utara juga akan mengurangkan kos latihan atlet pelapis Malaysia untuk latihan luar negara. - BERNAMA

Penembak pelapis tewaskan penembak kebangsaan dalam acara 10m Air Pistol

PETALING JAYA: Penembak pelapis Johnathan Wong menewaskan penembak handalan negara Hasli Izwan Amir Hasan untuk memenangi pingat emas acara 10 Air Pistol individu lelaki dalam saingan Mini Olimpik di Lapang Sasar Subang di sini hari ini.

Johnathan, 17, mencatatkan 672.10 mata untuk menewaskan Hasli Izwan, yang pernah layak ke suku akhir Sukan Olimpik Beijing, yang hanya mengumpulkan 656.90 mata untuk pingat perak manakala Ahmad Zhafri 651.70 mata mengutip gangsa.

"Dengan namanama besar seperti Hasli beraksi berhampiran saya, saya gementar tetapi saya cuba bertenang dan berjaya memberikan persembahan yang terbaik," katanya Johnathan kepada Bernama di sini hari ini.

Walaupun catatan yang dilakukan melayakkannya ke Sukan SEA Laos, mengatasi mata kelayakan 575 mata, Johnathan gagal mengatasi rekod kebangsaan 681 mata yang dilakukan oleh penembak kebangsaan Mohd Hashim Desa pada 1996.

" Saya mungkin layak ke Sukan SEA Laos tetapi saya akan mempertimbangkannya kerana saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (akhir tahun ini). Pelajaran merupakan keutamaan saya," kata pelajar Tingkatan Lima Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.

Sementara itu, dalam acara 50m Sports Rifle 3 Posisi wanita, pemegang rekod kebangsaan acara itu Nur Suryani Mohd Taibi menyerlahkan kehebatannya apabila mengumpulkan 674.30 mata untuk menang pingat emas.

"Saya sentiasa memastikan menang sekurangkurangnya satu pingat emas dalam setiap pertandingan peringkat tempatan dan saya gembira dapat terus melakukannya. Mata saya agak baik kerana ini bukan pertandingan yang kami sasarkan," katanya Nur Suryani yang melakukan rekod kebangsaan 689.9 mata pada Oktober 2005.

Beliau juga berjaya mengatasi mata kelayakan 575 mata untuk ke Sukan SEA Laos.

Dua penembak kebangsaan Shahera Rahim Raja (668.20) memenangi pingat perak acara itu manakala Muslifah Zulkifli (665.60) mengutip gangsa.

KEPUTUSAN:

10m Air Pistol Individu Lelaki:

Emas: Johnathan Wong 672.1 mata

Perak: Hasli Izwan Amir Hasan 656.9

Gangsa: Ahmad Zhafri Zamil 651.7

50m Rifle 3 Posisi Individu Wanita:

Emas: Nur Suryani Mohd Taibi 674.3

Perak: Norerffani Abdul Malick 668.2

Gangsa: Sarifah Zalina Syed Zirazila 665.6

BERNAMA

Friday, May 20, 2011

Ju Pha tidak sabar mahu gegar Isle of Man

Utusan 20 Mei 2011

Ju Pha tidak sabar mahu gegar Isle of Man


Ju Pha Som Net (kiri) beraksi pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Februari lalu tersenarai dalam 26 anggota kontinjen negara ke Sukan Komanwel Remaja IV di Isle of Man, September ini.


KUALA LUMPUR - Pelumba basikal wanita negara yang sedang meningkat naik, Ju Pha Som Net sudah tidak sabar untuk membuat penampilan sulung pada Sukan Komanwel Remaja IV di Isle of Man pada September ini.

Menurut pelumba kelahiran Perlis itu, dia sekarang ini sedang menjalani latihan bagi acara lebuh raya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang di sana kelak.

"Sekarang saya sedang memantapkan kayuhan bagi persiapan Sukan Komanwel Remaja. Saya berlatih enam hari dalam tempoh seminggu dan sehari enam jam mengikut program elit di bawah kendalian jurulatih lebuh raya, Graham Seers dan Soud Hussin," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia melalui laman web sosial Facebook, baru-baru ini.

Ju Pha yang memenangi empat pingat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Februari lalu tersenarai dalam 26 anggota kontinjen negara bersama seorang lagi pelumba wanita, Nurazimah Rashid.

"Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan tersebut tetapi saya berjanji akan memberi persembahan terbaik walaupun sedar ia bukan mudah untuk bersaing dengan pelumba dari negara Komanwel yang lain.

"Selain mencari pengalaman ia juga medan terbaik untuk membuktikan kemampuan saya dan di mana tahap saya sekarang baik dalam acara lebuh raya mahupun trek, peluang ini akan digunakan sebaik mungkin di sana nanti," katanya.

Selain Ju Pha dan Nurazimah, skuad basikal negara akan disertai oleh dua pelumba lelaki, Arfy Qhairant Amran dan Hamdan Hamidun di bawah kendalian jurulatih, Junaidi Nasir yang juga bekas pelumba trek negara.

Tuesday, May 17, 2011

Catat sejarah tersendiri

Sinar Harian
17 Mei 2011

SENAI – Pasukan pelapis Sepak Takraw Johor mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa pada Karnival Sukan Pelapis Sirkit 1/2011 yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Karnival yang berlangsung di Kelantan itu menyaksikan kontinjen Johor menghantar empat pasukan pelapisnya untuk memberi cabaran sengit kepada kontinjen negeri lain.

Pegawai Pembangunan Negeri, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Johor, Edzamry Ambia berkata, kejohanan kali ini adalah pencapaiang terbaik pernah dilakarkan skuad pelapis negeri Johor.

Menurutnya, kerjasama dan bantuan yang diberikan Persatuan Sepak Takraw Johor dan Majlis Sukan ngeri Johor nyata membuahkan hasil.

"Kita menghantar empat pasukan iaitu, Johor Pelapis, Johor SSTMI A, Johor SSTMI B dan Johor Segamat, keempat-empat pasukan ini menyertai kejohanan sebagai satu kontinjen walaupun bukan datang dari pusat latihan yang sama," katanya.

Katanya, dua emas itu diperoleh hasil daripada dua pasukannya yang berjaya menjuarai pertandingan berkenaan dalam dua kategori berbeza iaitu kategori bawah 18 tahun yang diwakili regu Johor Pelapis dan kategori bawah 21 tahun yang diwakili Johor SSTMI A.

"Regu bawah 18 tahun kita mempamerkan aksi terbaik untuk mengetepikan pasukan Melaka yang memberi cabaran sengit buat buat pasukan kita, namun hasil dari komitmen setiap pemain kita berjaya merangkul emas.

"Pasukan Johor SSTMI A yang bertanding dalam kategori bawah 21 mempunyai pemain berpengalaman yang sudah bermain bersama pusat latihan itu selama lima tahun, jadi tiada masalah buat pasukan itu untuk membawa pulang pingat emas," katanya.

Katanya, berbanding tahun lalu, pencapaian kali ini amat membanggakan kerana pasukan Sepak Takraw tidak pulang dengan tangan kosong berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Saya berharap pasukan Sepak Takraw Pelapis Johor akan mengekalkan kejuaraan dan prestasi ini pada tahun akan datang," katanya.

Pencapaian Kartik, Nur Farah diiktiraf

Oleh Nazri Abu Bakar

PEMENANG tiga pingat emas Sukan Malaysia (Sukma XIII), J Kartik dan penembak ranking keenam Kejohanan Dunia tahun lalu, Nur Farah Afiqah Mohd Taufekh dinobat Olahragawan dan Olahragawati Melaka 2010, semalam.

Kejayaan itu membolehkan mereka meraih wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob.


Atlet berbasikal negara, Muhd Arfy Qhairant Amran pula meraih gelaran Olahragawan Harapan selepas cemerlang meraih dua emas dan satu perak di Kejohanan Trek Asia di Kuala Lumpur, Jun tahun lalu.

Olahragawati Harapan pula diraih atlet gimnastik artistik negara, Tracie Ang berikutan kecemerlangannya meraih lima emas dan satu perak di Kejohanan Gimnastik Asean 2010 dengan masing-masing menerima RM1,000 piala iringan dan sijil.


Calon lain yang bersaing termasuk Mohd Taufek Ab Razak (silat) Loh Shee Fai dan Kawan Young Jing (bola keranjang), Ho Mun Hua dan Ong Shi Chuan (wushu), Ow Yao Han (badminton) Jonathan Wong (menembak) dan Ong Kun Xiong (judo).


Calon Olahragawati yang mencabar diketuai atlet wusyu negara, Chai Fong Ying, Rozira Abu (karate do), Norlizah Isthnin (silat), Fan Xiao Jun (ping pong), Goh Liu Ying (badminton), Nurul Sarah Kadir (olahraga) dan Sahron Wee Ee Lin (skuasy).

Nur Farah Afiqah tidak menyangka diumum pemenang berikutan saingan sengit calon tersenarai, namun yakin kejayaannya di Kejohanan Dunia di Jerman selain meraih emas Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Jakarta menjadi ukuran pemilihan terbabit.


Di majlis sama, Pengurus Persatuan Bola Keranjang, Datuk Tan Kang Yong dan Pengurus Persatuan Gimnastik Amatur Melaka, Chu Ah Moy diumum Pengurus Terbaik manakala kategori Jurulatih Terbaik dimenangi jurulatih Persatuan Skuasy negeri, Mohd Roslan Hisam dan jurulatih Persatuan Renang Amatur Melaka, Fan Kow Jan.

Karnival Pelapis gilap gimnas muda

17 Mei 2011
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

MESKIPUN gimnastik artistik lelaki disifatkan sedang berada di ambang kejatuhan, namun kini ia dilihat cuba bangkit dengan melahirkan lebih ramai pelapis berwibawa untuk menggalas cabaran mewakili negara suatu hari nanti.

Jurulatih skuad pelapis negara, Ahmad Akramin Othman, berkata pihaknya ketika ini sedang giat meninjau bakat baru untuk digilap ke dalam skuad pelapis kebangsaan secara berterusan.


"Dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN), minggu lalu, kami memanggil lapan bakat baru dari beberapa negeri yang dipilih dan daripada jumlah itu, saya memilih empat gimnas yang dilihat mampu diketengahkan.

"Dengan cara ini, sukan gimnastik tempatan khususnya dalam kategori lelaki tidak terus lesu, selari dengan jaminan saya yang mengatakan skuad lelaki akan pulih dalam tempoh dua tahun lagi," katanya.


Arena sukan gimnastik artistik lelaki kehilangan atlet berwibawa selepas pengunduran gimnas secara berterusan bermula dengan Ng Shu Wai yang mencetuskan kontroversi pada 2007.


"Kami hilang ramai gimnas berwibawa selepas pengunduran hampir semua gimnas senior tapi masalah itu dapat diatasi dengan langkah mencari bakat baru dari setiap negeri.

"Kewujudan pelapis kebangsaan penting bagi meneruskan kesinambungan perjuangan atlet senior. Pemilihan seumpama ini memastikan sukan gimnastik tidak ketandusan bakat baru. Namun, ia perlu diteruskan dan sentiasa mendapat kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan hasrat itu berjaya," katanya.


Mengulas program kejohanan anak buahnya ketika ini, Akramin berkata, mereka sudah beraksi di saingan Karnival Pelapis di Kota Bharu, Kelantan pada 10 hingga 16 Mei (semalam).

"Seramai lima pelapis lelaki dan empat perempuan, semuanya berusia bawah 15 tahun beraksi buat kali pertama. Saya optimis skuad lelaki mampu membawa pulang dua pingat dengan satu antaranya kilauan pingat emas.


"Skuad pelapis dijangka menyertai lebih banyak kejohanan untuk pendedahan secara intensif," katanya.


Ditanya adakah kekurangan peralatan di gimnasium yang masih terbantut ketika ini merencatkan persediaan, Akramin berkata, buat masa ini mereka berlatih sementara di gimnasium Shah Alam.


"Atlet pelapis dibawa ke gimnasium Shah Alam tiga kali seminggu untuk menjalani latihan intensif kerana agak bahaya untuk mereka melakukan rutin sukar di gimnasium MSN. Setakat ini, prestasi mereka agak baik.


"Saya akan pastikan skuad pelapis digilap menjadi atlet elit terbaik suatu hari nanti sekali gus membuktikan jurulatih tempatan mampu membimbing pelapis hingga menjadi gimnas yang unggul," katanya.

Monday, May 16, 2011

Sasaran dua emas tercapai

Sinar Harian
16 Mei 2011

JOHOR BAHRU - Misi pasukan tinju sukan pelapis Johor akhirnya tercapai apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas, dua pingat perak dan empat gangsa dalam Karnival Sukan Pelapis Negeri Siri 1/2011 yang akan berakhir beberapa hari lagi.

Peserta yang berjaya merangkul pingat emas dalam sukan tinju ini adalah Mohd Zaidi Zulkifli bagi kategori bawah 16 tahun, 60 kilogram dan Mohd Izzat Ismat bagi 54 kilogram.

Pegawai Pembangunan Unit Prestasi Tinggi Negeri Johor, Zahari Zahar Yusof berkata, para peserta menunjukkan prestasi yang mantap dan para peserta juga telah menunjukkan usaha yang kuat dalam mencapai misi yang telah disasarkan bagi sukan itu.

Menurutnya, dua pingat emas diperoleh dalam perlawanan antara Pelapis Johor menentang atlet Pelapis Kelantan dan Pelapis Perak.

"Apa yang saya lihat, para peserta semakin matang dan serius untuk menjadi atlet peninju yang berjaya yang kerana mereka sentiasa memberikan komitmen yang baik dalam pertandingan yang dijalani.

"Seramai empat orang atlet yang layak, akan dipilih bagi menyertai Sukma Johor yang akan diadakan pada tahun depan dan beberapa perancangan telah diatur bagi mereka menyertai sukan tersebut," katanya.

Katanya, pihak pelapis Johor akan mencari lebih ramai atlet bagi mengembalikan era kegemilangannya di negeri Johor memandangkan sukan tinju ini amat berpotensi untuk diketengahkan.

"Tahniah saya ucapkan kepada para peserta yang berjaya menempah nama pada sukan tinju ini dan bagi peserta yang kurang bernasib baik, diharap tidak akan berputus asa dan meneruskan usaha bagi menjadi seorang atlet yang berjaya," katanya.

Perlawanan awal dijalankan pada 12 Mei 2011 hingga semalam bagi sukan tinju ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kota Bharu.

Sunday, May 15, 2011

Perkemas aksi

Harian Metro
Ahad 15 Mei 2011

JIKA misi mengulangi pencapaian di Sukan Sea Laos mahu dilakar di Indonesia, nampaknya dua peninju emas, Mohd Farkhan Mohd Haron dan Mohd Fairus Azwan Abdullah perlu memperkemaskan langkah mulai sekarang.

Kedua-dua peninju terkulai seawal pusingan pertama di Sukan Arafura, berbanding Mohd Fuad Mohd Redzuan dan Mohd Subrie Khamis yang berjaya membawa pulang dua pingat emas, kelmarin, menumpaskan lawan masing-masing dari Papua New Guinea.


Mohd Farkhan tewas kepada peninju kebangsaan New Zealand, Black Burn Joseph manakala Mohd Fairus tumbang kepada pemenang pingat emas Sukan Remaja Olimpik, Damian Hooper dari Australia.

Begitupun, ketua kontinjen negara Mohd Safrushahar Yusoff mengaku saingan kompetitif yang ditawar Sukan Arafura menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) sanggup menghantar atlet tinju ketika saingan acara lain dianggap kurang mencabar.


"Kejohanan ini diiktiraf Persatuan Tinju Antarabangsa (AIBA) dan disertai ramai peninju handalan dunia.


"Peninju Indonesia turut menyertai kejohanan untuk proses pendedahan dan pemilihan ke Sukan Sea, November ini. Ia juga turut disertai peninju kebangsaan dan negeri Australia.

"Pemenang pingat gangsa Olimpik dari India, Vijender Singh turut mengambil bahagian. Tahap saingan sukan tinju kali ini lebih tinggi dan sesuai sebagai pendedahan buat atlet negara," katanya. Mengenai kekalahan Mohd Farkhan, beliau berkata, atlet berusia 22 tahun itu hanya mula menjalani latihan minggu lalu, justeru tidak banyak yang boleh dilakukannya meskipun latihan atlet elit bermula Mac lalu.


Begitupun, beliau yang juga Pengarah Cawangan Paralimpik MSN boleh tersenyum bangga dengan pencapaian anak buahnya apabila skuad ping pong paralimpik berjaya membawa pulang dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Mohd Azwa Bakar memenangi pingat emas acara individu kategori T9 dan T10 dan berpasukan bersama gandingannya, Koh Zhi Liang juga dalam kategori T9 dan T10.


"Lebih penting ialah pungutan mata keseluruhan daripada kejohanan ini menentukan ranking dunia untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik London.


"Tarikh akhir kelayakan ialah 31 Disember ini dan kedudukan 16 terbaik untuk kelas T9 dan T10 dan ranking ke 18 untuk kelas T7 akan layak secara merit," katanya.


Skuad powerlifting bagaimanapun pulang tangan kosong namun angkatan mereka masih dikira untuk mengutip mata untuk ranking dunia bagi melayakkan diri ke London.

Monday, May 9, 2011

Pahang cemerlang



Pahang cemerlang
Oleh Mohd Rafi Mamat
9 Mei 2011

KONTINJEN Pahang yang memungut lapan pingat emas, dua perak dan tiga gangsa muncul juara keseluruhan Pertandingan Angkat Berat Antara Pusat Latihan Zon Timur 2011 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Kuantan, baru-baru ini.

Tempat kedua dimenangi Kelantan yang meraih empat emas, lapan perak dan empat gangsa manakala Terengganu yang masih di peringkat pendedahan gagal meraih sebarang pingat.


Pertandingan dua hari di bawah program pembangunan Majlis Sukan Negara (MSN) itu disertai 56 atlet lelaki dan wanita di bawah umur 17 tahun yang bersaing dalam 12 kategori. Jurulatih Pahang, Sabri Ab Latif, berkata seramai 25 atlet remaja membawa cabaran tuan rumah pada pertandingan sulung tahun ini. Menurutnya, lima pingat emas Pahang dihasilkan oleh Mohd Zubairi Che Ros dalam kategori 77kg; Mohd Fazrul Azrie Mohdao (77kg kebawah); Khairul Anuar Mohamad (69kg), Mohd Safwan Sainiey Khodry (62kg) dan Mohd Azroy Hazal Wafi Azroy Ramli (50kg).

Menurutnya, baki tiga pingat emas lagi disumbang atlet wanita menerusi Nor Fateha Shahputri Mohd Hafiz dalam kategori 63kg, Fatin Amira Mohd Nasir (58kg) dan Siti Izhar Yusof (44kg).


“Kejayaan merangkul lapan pingat emas pada saingan sulung tahun ini memberi petanda awal Tok Gajah memiliki barisan pelapis yang bakal menyerlah.


“Pembangunan sukan angkat berat dilakukan secara berterusan menjadi faktor utama kita mampu melahirkan ramai atlet pelapis yang mampu menyerlah untuk mewakili negeri seterusnya negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, pusat pembangunan sukan angkat berat Pahang yang terletak di Rompin kini mempunyai lebih 50 atlet lelaki dan wanita sambil dipantau oleh MSN.


Sabri berkata, pertandingan yang diadakan ini antara lain bertujuan sebagai pendedahan kepada atlet selain menilai prestasi pusat latihan di tiga negeri pantai Timur. Bagi Mohd Zubairi, kejayaan merangkul pingat emas dalam kategori 77kg keatas dengan angkatan keseluruhan 227kg membakar semangatnya untuk terus mencipta nama dalam sukan angkat berat.

“Keyakinan saya kini semakin menebal untuk terus berusaha melakukan angkatan yang lebih baik dalam usaha mengintai peluang mewakili Pahang pada kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia (Sukma).

Tuesday, May 3, 2011

14 records shattered at Perak meet

14 records shattered at Perak meet

2011/05/02
By P. Chandra Sagaran
Share|

FOURTEEN records fell in the Perak Open and Junior athletics meet at the Perak Stadium over the weekend, the first competition this year for athletes to gauge their performances.
In the women's 100m, four national athletes competing under the MAAU banner shattered the 10-year-old mark of 12.00s set by Carol Lucia Alfred.

The event was won by Norjannah Hafiszah Jamaluddin with a time of 11.89s, followed by Yee Yi Ling (11.96s) and third placed Siti Zubaidah Adabi (11.97s).


Siti Fatimah Mohd also recorded a time better than the previous record with 11.98s.

The women's 200 metres, set by Carol in 1999, was won in record time, 25.04s, by national sprinter Nurul Sarah Abd Kadir.



The men's and junior 200m also saw new times with MAAU's Md Ikhwan Nor clocking 21.57s to erase the old time of 21.63s set by Azmi Ibrahim in 2001.

Md Putera Md Amin from Sabah clocked 22.7s to rewrite the junior record set by Mohd Al-Amin Radzi from Larut, Matang and Selama in 2003.

New times were also registered in three of the four hurdles events. Nursheena Raja of MAAU took the 100m hurdles gold in 14.15s, which cracked the record of 14.7s set by Moh Siew Wei in 1999.


In the men's 110m hurdles, national athlete Reyzamshah stopped the clock at 14.32s to better the previous time of 14.35s set by Muhd Faiz Mohamad in 2002.

Bukit Jalil Sports School's Alif Asyraf set a new mark in the junior category when he clocked 14.42s against the previous record of 15.51s.

A 22-year-old record was also bettered when Aseny Asik of Armed Forces heaved the shot putt to a distance of 12.52m to erase the mark of 12.18m set by Ng Puay Shun in 1989.

Triple jumper Noor Amirah Mohd Nafiah leapt 13.14m to break the record of 12.81m set by Siti Zubaidah Adabi in 2007.

Other records improved were by Y.R. Jeevinthiran (junior 800m, 2:00.47s), Medan's Nyai Prima Agita (women's 3,000m, 10:26.17s), MSSPK's Goh Wei Kiang (junior shot putt, 12.55m), Bukit Jalil Sports School's Mohd Azly Ghazali (junior high jump, 1.95m), MSS Perak's Chai Chee Fong (junior hammer, 31.77m).