Monday, April 25, 2011

KEJOHANAN MEMANAH KARNIVAL PELAPIS SIRI 2 2010

Kejohanan Memanah Karnival Pelapis Negeri Siri 02/2010 diadakan di Insititut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 28 hingga 31 Oktober 2010. Sejumlah 120 medal dipertandingkan di kejohanan ini. Pasukan Pelapis Kebangsaan menduduki tangga pertama pungutan pingat dengan sejumlah 61 medal diikuti oleh Terengganu dengan 17 medal dan ketiga oleh pasukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) dengan 15 medal. Walau bagaimanapun, 11 pasukan daripada 18 pasukan telha Berjaya memungut medal bagi pasukan masing-masing.

Penyertaan

Seramai 151 peserta terdiri daripada 51 peserta kategori 1; 27 lelaki dan 24 wanita, dan 100 peserta kategori 2; 70 lelaki dan 30 wanita tleha mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, Pahang, Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau Johor & Pulau Pinang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.


Kategori I Lelaki Recurve

Kategori 1 menyaksikan skuad Pelapis Kebangsaan yang dibimbing oleh Othman Abdul Wahab menggungguli kategori ini. Haziq Kamaruddin dari Pelapis Kebangsaan mengakhiri di tempat pertama dalam Pusingan Fita dengan catatan markah 1310 (rekod baru) dengan keputusan jarak 90m; 311, 70m; 318, 50m; 335 (rekod baru), 30m; 346. Tempat kedua dan ketiga juga dari Pelapis Kebangsaan iaitu Muhammad Fareez Rosli (1275) dan Khairul Anuar Mohamad (1269). Selain itiu, rekod jarak 70 meter juga dipecahkan oleh Khairul Anuar dari Pelapis Kebangsaan dengan catatan baru 324 mata.

Acara berpasukan lelaki kategori 1 dimenangi oleh Pasukan Pelapis Kebangsaan A dengan catatan 3854 mata (rekod baru) yang diwakili oleh Haziq Kamaruddin, Fareez Rosli & Khairul Anuar. Di tempat kedua iaitu pasukan Pelapis Kebangsaan B dengan catatan 3661 mata yang diwakili oleh Firdaus Ishak, Faris Haziq & Syafiq Izzuddin dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan MSSNS dengan catatan 3251 yang diwakili oleh Rahimi Rezaf, Ariff Saufi & Aiman Hashim.

Dalam Olympic rounds, Khairul Anuar Mohamad dari Pelapis Kebangsaan telah memenangi acara ini dengan menewaskan Muhammad Firdaus juga dari Pelapis Kebangsaan 6 – 0. Manakala Atiq Bazli pula menewaskan Haziq Kamaruddin bagi penentuan tempat ketiga. Keempat-empat mereka adalah dari Pasukan Pelapis Kebangsaan.

Kategori I Wanita Recurve

Bagi acara kategori 1 wanita, Nurul Sayfiqah Hashim yang dibimbing oleh Bae Jae Kyung telah menjadi juara setiap jarak dan kesuluruhan cara wanita recurve kategori 1 dengan catatan 1265 (70m;302,60m;309,50m;315,30m;339). Syafiqah juga memperbaharui rekod pertandingan pada jarak 50 meter, 30 meter dan keseluruhan Single FITA. Tempat kedua juga dimenangi oleh pemanah dari Pelapis Kebangsaan iaitu Jessly Yeoh Ai Chia dengan catatan 1219 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh Azuanis Abdullah dari Kelantan dengan catatan 1193 mata.

Acara berpasukan wanita kategori 1 dimenangi oleh Pasukan Pelapis Kebangsaan A dengan catatan 3506 mata yang diwakili oleh Syafiqah Hashim, Jessly Yeoh & Farah Wahida. Di tempat kedua iaitu pasukan Pelapis Serantau A dengan catatan 3279 mata yang diwakili oleh Siti Rashida, Nur Asyikin & Farah Amalina dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Pelapis Serantau B dengan catatan 3254 yang diwakili oleh Sarah Aminah, Fatin Sabrina & Siti Robeah.

Bagi acara individu wanita recurve Olympic round dimenangi oleh Jessly Yeoh Ai Chia dari Pelapis Kebangsaan menewaskan Nurul Syafiqah Hashim 6 – 0. Bagi penentuan tempat ketiga, Hanannie Jea Sung Han dari Pelapis Serantau Pulau Pinang menewaskan Nurul Syazirah Asmi dari Kelantan 6 – 4.

Kategori II Lelaki Recurve

Bagi Acara keseluruhan Recurve Lelaki kategori II dimenangi oleh Lutfi Hadi Mohd Yusof dari Terengganu dengan catatan 1275 (rekod baru) dengan keputusan jarak Double 50m 599 mata (rekod baru) dan Double 30m 676 mata. Tempat kedua jatuh kepada Muhamad Zarif Safik Zolkepeli dari Terengganu dengan catatan 1247 mata dan tempat ketiga pemanah dari Selangor, Muhammad Imran Shah Shaharuddin, dengan catatan 1234 mata.

Acara berpasukan lelaki kategori II dimenangi oleh pasukan Terengganu A dengan catatan 3694 mata yang diwakili oleh Lutfi Hadi Mohd Yusof, Muhammad Zarif Safik Zolkepeli & Rasyid Ropa. Di tempat kedua dimenangi oleh pasukan Selangor B, diwakili oleh 3 adik beradik iaitu Imran Shah, Idris Shah & Ihsan Shah dengan catatan 3427 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Labuan A dengan catatan 3282 mata yang diwakili Norhasdi, Shahdan Murni & Shah Reymi.

Kategori II Wanita Recurve

Kategori individu recurve wanita kategori II menyaksikan pemanah tuan rumah, MSSNS, menguasai acara ini. Nur Izzatul Syafiqah Mohd Noriza dari MSSNS menjuari acara individu recurve wanita kategori II dengan catatan 1170 mata, tempat kedua dimenangi oleh pemanah dari Kedah, Nur Mursyida Ramli dengan catatan 1141 mata dan tempat ketiga jatuh kepada pemanah dari MSSNS, Huda Nor Hakim dengan catatan 1111 mata.

Bagi acara berpasukan recurve wanita kategori II dimenangi oleh pasukan MSSNS A yang diwakili oleh Nur Izzatul, Huda Hukum & Nurul Huda dengan catatan 3363 mata. Tempat kedua jatuh kepada pasukan Pulau Pinang A, diwakili oleh Meerosha Balakrisnan, Naseha Rusli & Hurunnain Jailani dengan catatan 2855 manakaal tempat ketiga jatuh kepada pasukan Negeri Sembilan A dengan catatan 2762 mata yang diwakili oleh Siti Nurmahatun, Hafizah Irdina & Mas Diana.

http://masarchery.blogspot.com/2010/10/kejohanan-memanah-karnival-pelapis-siri.html

MSN panggil 138 atlit sertai program pelapis

Oleh Hasnira Hassan

PROGRAM pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) yang akan dimulakan secara berperingkat pada 1 Januari tahun depan, membuktikan langkah serius dan drastik badan induk sukan itu mengumpulkan kelompok atlit berkenaan.

Selain menjadi laluan kedua buat kumpulan atlit yang sebelum ini terlindung di bawah bayangan dan pencapaian atlit elit, program yang pertama seumpama itu juga dilaksanakan sebagai cabaran kepada kumpulan utama itu.

Pengarah Bahagian Latihan Atlit MSN, Ahmad Shapawi Ismail, berkata sehingga kini, seramai 138 atlit pelapis daripada tujuh sukan utama sudah dikenal pasti membabitkan badminton, bowling, skuasy, berbasikal, angkat berat, tinju dan olahraga.


Melalui pelan rancangan jangka panjang yang diluluskan Lembaga Pengurus MSN, tumpuan akan diberi kepada 19 jenis sukan termasuk akuatik, menembak, memanah, pelayaran, gimnastik, bola sepak, hoki, taekwondo, lawn bowl, karate, wushu dan sepak takraw.

Statistik Cawangan Pelapis MSN sebelum ini menunjukkan seramai 207 atlit pelapis termasuk 103 atlit wanita dikenal pasti daripada 13 persatuan membabitkan 25 jurulatih.

“Ini peluang kedua kepada mereka yang tidak terpilih sebelum ini. Saya tidak nampak banyak kumpulan (atlit pelapis), tapi jumlah yang ada mencukupi bagi menampung persatuan (keperluan). Kita menjangka jumlah atlit akan meningkat selepas Sukan Malaysia (Sukma).

“Apapun sehingga November nanti baru kami boleh kenal pasti usaha semua 19 persatuan sukan, namun tidak semua 19 persatuan dapat berikan (jumlah atlit pelapis dan jurulatih),” kata Ahmad Shapawi pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Cawangan Pelapis, Jefri Ngadirin, semalam.

Selain keutamaan kepada pelapis program elit, program itu juga akan disertai atlit terbaik dipilih daripada pertandingan peringkat negeri lain seperti kategori bawah 15 tahun dan 16 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), kejohanan dan sirkit remaja serta Sukan Malaysia (Sukma).

MSN mengenal pasti Kompleks Sukan Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai akademi serantau zon utara dan Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunus, Johor Bharu - zon selatan agar program mensasarkan atlit berusia 17 tahun hingga 23 tahun itu dilaksanakan menyeluruh di pelbagai peringkat.

Difahamkan, kem pemilihan ke akademi terbabit akan diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk sukan angkat berat, memanah, berbasikal, skuasy dan olahraga bagi Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak pada 2 hingga 4 November depan.

Sementara itu, pemilihan bagi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang untuk sukan angkat berat, memanah, olahraga dan tinju akan diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunus pada 7 hingga 9 November ini.

“Atlit terpilih akan ditawarkan ke akademi zon masing-masing pada Januari dan MSN akan menyediakan pakej latihan seperti elaun, peralatan dan pertandingan serta peluang pendedahan pertandingan dalam dan luar negara, kejurulatihan, pengurusan sepenuh masa, pendidikan serta kebajikan,” kata Ahmad Shapawi.

Read more: http://martialarts.com.my/community/modules/news/article.php?storyid=496#ixzz1KWpVwNcf

Jupha tebus kecewa

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/05/09

PELUMBA pelapis wanita kebangsaan, Jupha Somnet menebus kekecewaan acara ujian masa individu (20 kilometer) sebelah pagi di Kejohanan Lumba Basikal Remaja yang bermula di Melaka, semalam dengan menjuarai acara kriterium (25.5 kilometer) pada sebelah petang.

Pemenang empat pingat Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2010 di Dubai itu, mencatat 52 minit 38.66 saat - hanya 0.02 saat lebih pantas ke atas pesaing terdekat, Nor Azimah Abdul Rashid. Siti Nurshahirah Zainol di tempat ketiga dengan 52:38.72s.

Sebelum itu, Jupha sekadar di tempat kedua acara ujian masa dengan Nor Azimah muncul juara, manakala Siti Nurshahirah di tempat ketiga.
Dalam acara ujian masa individu bawah 18 tahun lelaki, pelumba Pelapis Serantau Ipoh, Mohd Syariwan Shaari muncul juara apabila mencatat 32:34.30 saat pada perlumbaan sejauh 20 km. Rakan sepasukan, Mohd Al-Ghazali dan Mohd Naimi Ngah muncul pelumba kedua dan ketiga terpantas.

Acara kriterium kategori berkenaan pula menobatkan Mohd Ekbar Damanhuri, juga dari skuad Pelapis Serantau, yang mencatat 47:19.99 saat, diikuti Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuat dari Pahang dan Abdul Rashid Ibrahim yang mewakili ASZU.

43 Daripada 370 Atlet Ke Laos Adalah Atlet Pelapis

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama)

Skuad olahraga menampilkan paling ramai atlet pelapis selepas menyenaraikan 14 pelapis daripada keseluruhan 45 atlet olahraga ke Sukan SEA di Laos pada Disember ini.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata daripada 14 pelapis tersebut, dua daripadanya akan ke temasya itu di bawah kategori A sementara 12 lagi di bawah kategori B.

"Keseluruhannya, kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos menampilkan 43 atlet pelapis, 18 di bawah Kategori A sementara 25 lagi di bawah kategori B," katanya kepada Bernama, di sini Selasa.

Seramai 370 atlet menganggotai kontinjen Malaysia ke Laos, menjadikan jumlah tersebut antara yang terkecil dalam sejarah penyertaan negara pada temasya dua tahun sekali itu.

Bagi atlet kategori A yang layak secara merit, kesemua perbelanjaan mereka akan ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sementara atlet kategori B perlu menanggung sendiri perbelanjaannya tetapi MOM akan membayar kembali jika atlet tersebut mendapat sekurang-kurangnya pingat perak.

Jefri berkata skuad karate menampilkan tujuh atlet pelapis dan kesemuanya layak di bawah kategori A.

Acara lain yang menampilkan atlet pelapis ialah angkat berat (dua atlet di bawah kategori B), badminton (2-A), berbasikal (3-B), judo (2-B), ping-pong (2-B), menembak (3-A), silat (1-A), tinju (2-B), wushu (4-A), taekwondo (1-B).

Beliau berkata daripada jumlah 43 pelapis tersebut, 37 daripadanya ialah pelapis kebangsaan, tiga daripada pelapis serantau dan tiga lagi pelapis negeri.

Cawangan Pelapis juga, katanya menghantar tujuh jurulatih pelapis ke Laos yang terdiri daripada olahraga (empat orang), dan seorang bagi judo, menembak dan taekwondo.

Beliau berkata pada Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007, seramai 42 atlet daripada program pelapis menyertainya dan 19 daripadanya menyumbangkan pingat kepada negara.

Daripada 19 pingat itu, empat daripadanya emas yang dipungut menerusi Zatil Iman Abd Ghani (tiga emas) dan Mohd Syafiq Ridhuan (satu emas), kedua-dua atlet tenpin boling, satu perak disumbangkan oleh Mohd Farkhan Mohd Harun dalam acara tinju sementara baki pingat tersebut ialah gangsa.

BERNAMA

Atlit pelapis perlu serlah di Sukma

Oleh NOR HAIRULNIZAM WAHID
hairulnizam@hmetro.com.my

JIKA anda tidak menunjukkan sebarang peningkatan prestasi, bersedialah untuk digugurkan daripada program pelapis.

Amaran itu mungkin agak keras tetapi itulah cabaran awal yang harus disahut atlit remaja yang bergelar atlit pelapis, ketika tumpuan negara kini lebih terarah kepada buruan emas sulung Olimpik serta siapa bakal mewakili negara ke kejohanan itu.

Ketika atlit senior kini bertungkus lumus untuk menempah tiket ke Beijing, ujian awal atlit pelapis hadir menerusi Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 di Terengganu, 31 Mei hingga 9 Jun ini, yang akan menjadi kayu ukurnya.

Justeru, kejohanan dwitahunan itu kini tidak seharusnya dilihat sebagai medan persaingan antara sesama atlit negara, tetapi bagi atlit pelapis ia peluang untuk memperbaiki pencapaian sendiri.



Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata atlit berkenaan bukan sekadar mengisi penyertaan di Sukma semata-mata, sebaliknya sebagai persiapan untuk ke Sukan Sea Laos tahun depan.






“Justeru kita hanya mahu yang terbaik untuk kelayakan ke Sukan Sea tahun depan. Jika mereka gagal menunjukkan prestasi cemerlang di Sukma, mereka mungkin digugurkan.

“Mereka adalah atlit terbaik yang dipilih daripada negeri masing-masing dan seharusnya menunjukkan kualiti sebenar,” katanya.

Program pelapis yang diselaraskan secara sistematik bermula tahun lalu kini mempunyai lebih 200 atlit membabitkan 19 jenis sukan iaitu badminton, bowling, skuasy, akuatik, berbasikal, angkat berat, menembak, memanah, pelayaran, tinju, gimnastik, bola sepak, hoki, olahraga, taekwando, boling padang, karate-do, wushu dan sepak takraw.

Program itu turut membabitkan kewujudan akademi zon serantau dengan dua daripada sudah ditubuhkan iaitu di Kompleks Sukan Sebarang Perai, Pulau Pinang sebagai bagi zon utara dan Stadium Tan Sri Hassan Yunus bagi zon selatan.

Jelasnya, ketika ini pihaknya masih menanti penyertaan atlit pelapis untuk diserapkan ke dalam program itu dalam beberapa jenis sukan antaranya pelayaran, gimnastik, renang dan terjun.

“Pada masa sama juga kita akan berbincang dengan persatuan sukan bagi menentukan kejohanan yang bakal disertai mereka,” katanya.

Read more: http://martialarts.com.my/community/modules/news/article.php?storyid=705#ixzz1KVN4bUcQ

43 atlet pelapis akan ke Laos

ARKIB : 27/11/2009



KUALA LUMPUR - Skuad olahraga menampilkan paling ramai atlet pelapis selepas menyenaraikan 14 pelapis daripada keseluruhan 45 atlet olahraga ke Sukan SEA di Laos Disember ini.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, daripada 14 pelapis tersebut, dua daripadanya akan ke temasya itu di bawah kategori A sementara 12 lagi di bawah kategori B.

"Keseluruhannya, kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Laos menampilkan 43 atlet pelapis, 18 di bawah Kategori A sementara 25 lagi di bawah kategori B," katanya di sini.

Seramai 370 atlet menganggotai kontinjen Malaysia ke Laos, menjadikan jumlah tersebut antara yang terkecil dalam sejarah penyertaan negara pada temasya dua tahun sekali itu.

Bagi atlet kategori A yang layak secara merit, kesemua perbelanjaan mereka akan ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sementara atlet kategori B perlu menanggung sendiri perbelanjaannya tetapi MOM akan membayar kembali jika atlet tersebut mendapat sekurang-kurangnya pingat perak.

Jefri berkata, skuad karate menampilkan tujuh atlet pelapis dan kesemuanya layak di bawah kategori A.

Acara lain yang menampilkan atlet pelapis ialah angkat berat (dua atlet di bawah kategori B), badminton (2-A), berbasikal (3-B), judo (2-B), ping-pong (2-B), menembak (3-A), silat (1-A), tinju (2-B), wushu (4-A), taekwondo (1-B).

Beliau berkata, daripada jumlah 43 pelapis tersebut, 37 daripadanya ialah pelapis kebangsaan, tiga daripada pelapis serantau dan tiga lagi pelapis negeri.

Cawangan Pelapis juga katanya, menghantar tujuh jurulatih pelapis ke Laos yang terdiri daripada olahraga (empat orang) dan seorang bagi judo, menembak dan taekwondo.

Beliau berkata, pada Sukan SEA di Korat, Thailand pada 2007, seramai 42 atlet daripada program pelapis menyertainya dan 19 daripadanya menyumbangkan pingat kepada negara.

Daripada 19 pingat itu, empat daripadanya emas yang dipungut menerusi Zatil Iman Abdul Ghani (tiga emas) dan Mohd. Syafiq Ridhuan (satu emas), kedua-duanya atlet tenpin boling, satu perak disumbangkan oleh Mohd. Farkhan Mohd. Harun dalam acara tinju sementara baki pingat tersebut ialah gangsa. - BERNAMA

KOAM teruskan ‘misi Ranau’

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

ATLET olahraga negara tetap akan berlatih di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) sehingga kini tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan perancangan mengadakan kem latihan pusat buat atlet-atlet olahraga negara di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim berkata, rancangan tersebut tetap akan diteruskan biarpun pihak Majlis Sukan Negara (MSN) tidak membantu dari segi peruntukan.

Menurut beliau, Ranau merupakan tempat latihan yang paling ideal buat atlet- atlet olahraga negara sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta/Palembang, Indonesia, November depan.

“Banyak pihak sebenarnya salah faham dengan rancangan untuk mengadakan latihan di Ranau. Ia akan dijalankan sebanyak empat fasa dan bukannya atlet-atlet akan duduk di sana sepenuh masa.

“Selepas satu fasa, mereka (atlet-atlet) mungkin dihantar untuk menyertai kejohanan-kejohanan di luar negara dan selepas itu mereka akan pulang semula menjalani latihan untuk fasa yang berikutnya.

“Kami faham, ada segelin- tir atlet olahraga negara masih meneruskan pengajian mereka di sini (Kuala Lumpur) dan mereka pastinya akan diberi kelonggaran,” kata Karim.

Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Seminar Periodisasi bersama jurulatih-jurulatih olahraga tempatan dari semua peringkat di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil semalam.

Sebelum ini, KOAM mene- rima kritikan daripada banyak pihak mengenai ranca- ngan tersebut termasuklah barisan atlet olahraga negara sehingga mereka mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan keputusan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perancangan mengadakan kem latihan pusat di Ranau itu, Karim menjelaskan, antara faktor utama mengapa lokasi tersebut dipilih adalah disebabkan kawasan tersebut beraltitud tinggi dan cuacanya yang sejuk.

“Ia sebuah lokasi yang sangat menarik dan memang sesuai untuk dijadikan tempat latihan buat atlet-atlet olahraga negara.

“Mengenai kemudahan- kemudahan yang ada di sana, saya merasakan ia bukanlah satu isu yang besar kerana kami telah pun berbincang dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah berkenaan dengan hal tersebut.

“Ia pasti akan lengkap. Cuma atlet-atlet perlu berkorban dan menyatakan persetujuan sahaja bagi menyertai program yang telah kami rancangkan itu,” jelasnya.

Bagaimanapun Karim memberitahu, keputusan penuh terhadap perancangan itu hanya akan diketa- hui Ahad ini selepas KOAM mengadakan mesyuarat tergempar bersama presiden, Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis bagi membincangkan hal tersebut.

Dalam pada itu, Seminar Periodisasi yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih olahraga tempatan tentang perancangan yang mereka perlu lakukan bagi memastikan atlet-atlet dibawah kendalian mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

Seramai 47 orang jurulatih olahraga tempatan dari peringkat elit, pelapis, serantau, universiti dan sekolah menyertai seminar tersebut yang diadakan selama dua hari bermula dari semalam sehingga hari ini.

Lebih 150 sahut cabaran Lumba Basikal Remaja

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2010/03/25


AZIZULHASNI (kanan) antara bakat lahir daripada Kejohanan Lumba Basikal Remaja.
LEBIH 150 pelumba mewakili 15 pasukan dari seluruh negara disah bakal memeriahkan Kejohanan Lumba Basikal Remaja (Lebuhraya Sirkit 2-2010) SportExel-MSN-Milo-PKBM/PBMPs) di Kangar dari esok sehingga Ahad ini.

Kejohanan itu adalah anjuran Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExel) bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negara (MSN), Nestle Product Sdn Bhd dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis (PBNPs).

Sirkit pertama kejohanan remaja berkenaan berlangsung di Alor Setar dari 18 sehingga 20 Februari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Maniam Manikkam berkata, antara pasukan mengesahkan penyertaan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan tuan rumah, Perlis.

Katanya, selain itu turut mengambil bahagian ialah pasukan mewakili Melaka, Johor, Pahang, Kelantan, Akademi Serantau Zon Utara, Pelapis Serantau dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP).

“Apa yang menariknya atau istimewanya kejohanan ini bakal dijadikan medan khususnya bagi pasukan atau persatuan negeri untuk menguji keupayaan dan kehebatan pelumba masing-masing menjelang Kejohanan Sukan Malaysia ke-13 (Sukma XIII) di Melaka 2010.

Sementara itu, Maniam yang juga Setiausaha PBNPs, menjelaskan kejohanan berkenaan disifatkan antara terpenting khususnya kepada pembangunan sukan berbasikal di Malaysia.
Katanya, ini terbukti apabila turut berjaya melahirkan ramai bakat baru dalam sukan berkenaan termasuk jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang bakal beraksi di Kejohanan Dunia di Copenhagen, bermula hari ini.

180 Pelumba Basikal Bakal Beraksi Pada Terbuka Perlis

KANGAR, 17 Julai (Bernama) -- Sebanyak 180 pelumba akan beraksi pada Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis yang akan berlangsung selama tiga hari di sini bermula 28 Julai ini.

Setiausaha Persatuan Berbasikal Perlis (PBPs), Maniam Manikam berkata, selain pelumba tempatan, kejohanan itu akan turut menyaksikan aksi hebat para pelumba Laos, Vietnam, Indonesia, Australia, New Zealand, Bahrain, Iran, Amerika Syarikat dan Thailand.

"Kesemua para pelumba ini telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang statusnya setaraf dengan Le Tour de Langkawi," kata Maniam yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), kepada Bernama.

Kejohanan kali ke-19 ini yang dianjurkan bersama kerajaan negeri, PBPs dan PKBM turut mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI), katanya kepada Bernama pada hari Jumaat.

Namun Maniam berkata, kejohanan kali ini dikhususkan untuk pelumba lelaki sahaja berumur 19 tahun ke atas kerana Perlis baru sahaja menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Terbuka Perlis sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang ke-66, dari 18 hingga 20 Jun lalu.

Menurut beliau, selaras dengan kehendak UCI, perlumbaan akan diadakan sebanyak tiga peringkat iaitu peringkat pertama sejauh 195 kilometer (km), peringkat kedua 210 km dan peringkat ketiga 196 km bagi acara perseorangan lelaki dan berkumpulan lelaki.

"Setiap pelumba perlu menghabiskan peringkat pertama untuk melayakkan diri ke peringkat kedua dan mereka yang menamatkan peringkat kedua pula layak meneruskan cabaran ke peringkat ketiga," katanya.

Maniam berkata, penganjur tidak dapat mengundang pasukan dari semua negeri atau pasukan tempatan lain seperti tahun-tahun sebelum ini, kecuali Malaysia hanya layak diwakili oleh tiga kumpulan pasukan kebangsaan dan satu kumpulan pasukan Perlis berikutan UCI telah meletakkan status 2.2 bagi kejohanan itu.

Perlis meletakkan harapan kepada beberapa pelumba berpengalaman, antaranya dua pelumba pelapis kebangsaan yang kini sedang menjalani latihan di Bukit Jalil, iaitu Mahazir Baharom dan Apirat a/l Sompong, dua pelumba pelapis serantau yang kini menjalani latihan di Pulau Pinang iaitu Anas Osman dan Mohd Azri Jusoh serta seorang pelumba senior Zulfifi Mamat.

-- BERNAMA

Skuad basikal remaja boleh diharap

BUKIT JALIL, (Stadiumastro) - Skuad berbasikal Malaysia mempunyai masa depan cerah meskipun sekadar memungut dua pingat emas dan enam gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Perkara itu disuarakan jurulatih velodrom remaja, Suod Hussin.

Memanglah jika hendak dibanding dengan pencapaian di Kalimantan, pencapaian itu dikira lebih baik.

Sama sekali bukannya mahu memperkecilkan pencapaian keringat skuad pelapis, namun sekiranya diimbas kembali pada tahun 2006 di pentas yang sama, Azizulhasni Awang secara peribadi menggondol tiga pingat emas menerusi acara keirin, pecut dan percubaan masa individu.

Hakikat itu diakui Suod berikutan kurang pelumba berkaliber sepertinya untuk diketengahkan selepas itu namun beliau pantas meredakan kebimbangan yang timbul atas beberapa faktor.

"Bakat Azizulhasni telah digilap selama tiga tahun di Majlis Sukan Negara (MSN). Sebab itu persediaannya dalam kejohanan remaja sebelum ini lebih mantap.

"Para pelumba sekarang ini dipilih daripada pusat pelapis serantau di Ipoh dan juga di Butterworth selepas kejohanan Sportsexcel. Seramai 12 pelumba telah dipilih dan dibentuk dalam tempoh tiga bulan bagi menghadapi ACC.

"Malah, kami tidak mempunyai penilaian terhadap pasukan yang bertanding kerana tidak tahu prestasi pelumba pelapis luar negara sebagai persediaan.

Skuad berbasikal negara setakat ini mempunyai taruhan terbaik daripada Muhd Fattah Amri Zaid dan Mohd Affy Qhairant yang mampu menjejaki langkah Azizulhasni Awang.

Namun menurut Suod lagi, "Saya mengenal pasti dua atau tiga pelumba lagi di pusat pelapis serantau mempunyai potensi besar namun mereka masih belum layak bertanding lagi kerana faktor umur."

Keyakinan jurulatih itu lahir daripada pemerhatiannya di pusat pelapis serantau yang terletak di Ipoh yang menumpukan pembangunan pelumba trek.

"Saya yakin skuad pelapis yang sedia ada ini dapat bersaing di peringkat dunia dalam tempoh dua tahun lagi. Saya berpendapat pencapaian mereka akan bertambah
baik selain Malaysia tidak mempunyai masalah untuk memilih pelumba," katanya bagi menjelaskan program yang baru dimulakan pada 2008 itu.

Sungguhpun begitu, beliau akur memang terdapat beberapa pelumba berbakat yang digilap tetapi kelibat mereka tidak bertahan lama dan menyepi begitu sahaja.

Menurut Suod lagi, Malaysia kini dalam proses melahirkan lebih ramai pelumba berbakat lagi. Tapi beliau tidak tahu apa puncanya masalah untuk membawa masuk mereka ke Bukit Jalil sambil berharap lebih ramai pelumba junior yang dapat diserapkan ke skuad elit.

"Semua itu bergantung kepada skuad elit, tugas kami setakat membentuk pelumba pelapis sahaja.

Jurulatih itu turut mendedahkan mereka kini sedang giat menjalankan usaha mencari pelumba wanita velodrom memandangkan pembabitan golongan itu dalam acara lebuhraya lebih ramai.

"Kami baru sahaja mengadakan klinik dan kem basikal velodrom di Ipoh minggu ini. Program ini mendapat sambutan baik di peringkat negeri di mana kami memberi pendedahan yang lebih terperinci di velodrom. Selama ini kami banyak bertumpu kepada lebuhraya," jelasnya.

72 atlit olahraga berlatih di Ranau

2011/01/13

KUALA LUMPUR: Seramai 72 atlit olahraga dikenalpasti untuk menjalani latihan sebanyak empat fasa yang akan diadakan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah bermula bulan depan.

Namun begitu, Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim berkata, tumpuan utama latihan di kawasan beraltitud tinggi itu ialah kepada 50 atlit elit dan pelapis kebangsaan yang akan menggalas cabaran negara di Sukan SEA Indonesia November ini.

"Sesi latihan di Ranau terbahagi kepada empat fasa dan setiap fasa dicadangkan selama dua atau tiga bulan, bergantung kepada keperluan. Ia akan diikuti dengan kejohanan, sama ada di dalam atau luar negara bagi mengukur prestasi atlit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian pada bengkel 'Periodisasi' anjuran badan induk olahraga itu di Majlis Sukan Negara (MSN) yang disertai 72 jurulatih olahraga dari pasukan elit, pelapis kebangsaan dan pelapis serantau.

Karim berkata, bagi sesi pertama latihan di Ranau, tumpuan diberikan kepada atlit dari acara larian jarak jauh dan jalan kaki.

Beliau berkata, latihan di Ranau itu sebahagian daripada program `periodisasi'' KOAM dalam usaha merangkul lebih banyak pingat emas dari Sukan SEA.

Katanya, program periodisasi itu bertujuan untuk merangka latihan intensif dan kejohanan yang perlu disertai atlit sebelum prestasi kemuncak mereka diuji di temasya dwi-tahunan di Indonesia.
"Program periodisasi akan dikendalikan barisan jurulatih yang terdiri daripada Ithnin Mahadi, Istiaq Mubarak, Mohd Man Sahar dan Harun Rasheed," katanya.

Mengenai rungutan beberapa atlit yang perlu menangguhkan pengajian di universiti di Lembah Klang jika terpaksa ke Ranau, Karim berkata, jurulatih terbabit akan mencari waktu yang sesuai tanpa mengorbankan pembelajaran atlit.

"Tetapi jangan beri alasan tidak mahu ke Ranau sebab pelajaran tetapi bila dihantar ke luar negara, sanggup pula menangguhkan pengajian," katanya.

Karim berkata, segala perancangan untuk membawa atlit berlatih di Ranau bergantung kepada kelulusan kewangan dari MSN dan KOAM menganggarkan kos berlatih di Sabah itu hampir RM3 juta.

"Koam belum menerima jawapan dari MSN. Permohonan dihantar pada 10 Disember lalu.

"Jika MSN tidak meluluskannya, KOAM akan cuba mencari jalan sendiri untuk membiayai program itu tetapi MSN jangan salahkan KOAM jika atlit olahraga gagal menyerlah di Sukan SEA Indonesia," katanya.

Beliau berkata, walaupun KOAM baru bercadang untuk berlatih di Sabah, beberapa negara seperti Arab Saudi dan Qatar menyatakan hasrat untuk menghantar atlit mereka berlatih di Ranau.

"Jika sebelum ini, kita pernah menghantar atlit berlatih di tempat beraltitud tinggi di luar negara seperti di Kunming, China, mengapa kita tidak menggunakan kemudahan di tanah air sendiri untuk berlatih dengan kos yang lebih kecil?," katanya. - BERNAMA

Sunday, April 24, 2011

Gilap bakat muda bowling

Laporan dan FOTO AZLAN HAFEEDZ
metahad@hmetro.com.my

"SAYA pernah digelar 'juara longkang' oleh rakan disebabkan bola balingan saya selalu masuk longkang," kata Mohamad Syazwan Hafiz Mohd Shuhaimi, 19, mengimbau kembali detik pertama kali bermain boling ketika berusia 15 tahun.

Namun kini Mohamad Syazwan bukan lagi 'juara longkang,' sebaliknya beliau antara 25 pemain muda yang kini digilap Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPT) Negeri Kelantan 2010 kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) ke arah memartabatkan persada sukan boling di Malaysia.
"Abang saya yang juga bekas pemain boling Kelantan, Mohammad Syafiq Effendy, 21, banyak memberi dorongan kepada saya supaya tidak berputus asa ketika bermain boling.

"Saya seronok melihat cara dan teknik pemain kebangsaan, Zulmazran Zulkifli bermain kerana beliau ada 'gaya' tersendiri, menyebabkan saya bercita-cita menjadi jurulatih boling sepenuh masa kelak," katanya.


Sebelum ini ramai tidak berani menceburi boling selepas mengklasifikasikannya sebagai sukan elit walaupun pada hakikatnya ia mampu disertai semua orang tanpa mengira bangsa dan darjat.



Kini, sukan boling semakin mendapat tempat di kalangan penduduk negara ini apabila semakin banyak pusat boling didirikan di seluruh Malaysia, terutama di Lembah Klang.

Sukan itu tidak sukar dipelajari jika ada rakan atau jurulatih sudi mengajar teknik betul bermain boling.

Jika belajar secara bersendirian tanpa bantuan rakan lebih mahir, dikhuatiri pemain baru mudah jemu sebaik mendapati markah diperoleh rendah, selain bola dibaling sering memasuki longkang.

Sebab itu pemain baru perlu mengikut langkah bermain boling dengan cara betul sebelum berusaha menjatuhkan semua 10 pin yang terletak di hujung lorong di sepanjang 18.3 meter itu.

Setiap mereka mempunyai dua peluang menjatuhkan semua pin terbabit yang dipanggil 'frame' manakala kiraan markah pula bergantung kepada jumlah jatuhan berdasarkan tiga kategori iaitu 'strike', 'spare' atau 'open'.

Semua bola boling mempunyai ukur lilit 29.6 sentimeter. Ada pelbagai jenis jenama bola boling di pasaran dan kebanyakannya dibuat di Amerika Syarikat. Antara bola terkemuka di Malaysia ialah jenis Storm, Columbia, Brunswick, Ebonite, Track, AMF, Dyno Thane dan Morich.

Jenis bola pula biasanya diklasifikasikan mengikut material yang digunakan dalam pembuatan bola, antaranya plastik atau poliester yang mula diperkenalkan sejak 1960-an.

Jurulatih Tahap Dua, Mohd Zahimi Zainuddin, 53, berkata walaupun dianggap mahir, pelapis USPT sering diingatkan supaya sentiasa menguasai asas bermain boling kerana sedikit kesilapan langkah boleh mengakibatkan permainan merosot.

Menurutnya, sebelum latihan, dia bersama pembantu, Mohd Norzri Ab Wahab, 35, akan memberi kata-kata semangat kepada 25 pelapis USPT berusia 11 hingga 21 tahun bagi mengingatkan mereka supaya sentiasa berdisiplin dan mematuhi garis panduan MSN.

Katanya, berdasarkan garis panduan atau Latihan Dalam Kelas (LDK) itu, setiap pelatih diajar banyak perkara, antaranya sudut, kadar putaran bola, kelajuan serta jenis bola digunakan.

"Namun, empat elemen penting yang perlu dikuasai pelapis dikenali sebagai posisi sebelum membuat balingan, iaitu posisi melutut, imbangan, ambil satu langkah dan kemudian membuat lima langkah berturutan.

"Pelapis yang membuat balingan 'hook' turut diajar mengenai kedudukan ibu jari yang betul, selain mengenali jenis lorong sama ada kering, berminyak atau separuh berminyak," katanya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan pemain pelapis itu, dia berkata, pihaknya mengadakan sesi pemilihan melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) setiap Disember.

Menurutnya, panel pemilihan pelapis USPT itu adalah dari MSN dan juga Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) seramai empat hingga lima orang.

"Latihan diadakan selama 10 bulan di Mutiara Bowl di sini sebanyak tiga kali seminggu sebelum menyertai pertandingan anjuran SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit membabitkan tujuh negeri.

"Jika mendapat jumlah mata tertinggi seperti ditetapkan MSN, mereka layak bertanding di Grand Prix Finals," katanya.

Pemain pelapis, Adam Rahimi, 13, berkata dia dan adiknya, Alif Muqri banyak mendapat galakan serta sokongan daripada ibu bapa, Hazmi Abd Hamid, 46, dan Normawati Mohd Din, 35, menyebabkan mereka berdua bersemangat menjadi pemain boling bertaraf profesional.

"Pertama kali bermain permainan ini saya jadi gugup kerana bola asyik terlepas, menyebabkan ayah menghadiahkan sebiji bola, menyebabkan saya semakin semangat untuk bermain.

"Minat saya turut dikongsi Alif Muqri apabila dia turut bermain dan berlatih bersama saya hinggalah kami berdua terpilih menyertai USPT," katanya yang juga anak kedua daripada empat beradik.

Mohd Syafiq Aiman, 15, pula berkata walaupun sibuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR), ayahnya, Saharudin Hussein banyak membantunya menyediakan jadual waktu pembelajaran dan kelas tambahan supaya dia tidak terlepas menyertai latihan itu.

Katanya, pada peringkat awal, dia lebih meminati futsal tetapi terpaksa melupakan hasrat itu kerana kurang stamina selain mudah letih.

"Hasil dorongan keluarga, saya cuba bermain boling pula dan ternyata ia membuahkan hasil apabila berjaya memenangi beberapa pingat walaupun baru empat tahun menceburi sukan itu.

"Tidak dinafikan, ketika bertanding, peserta dari negeri lain ternyata hebat, namun hasil kekuatan semangat dan sokongan berterusan jurulatih, saya mampu mengatasinya," katanya yang meminati pemain boling Thailand, Yannaphon Larpapharat.

Nur Najwa Syuhada, 15, pula mengakui berbangga kerana berjaya memperoleh pingat gangsa kategori wanita bawah 15 tahun ketika menyertai SportExcel-NSC-MILO-MTBC-Malaysian Junior Circuit di Kuala Lumpur, beberapa bulan lalu.

"Shazlin Zulkifli adalah idola saya dan menjadi harapan saya supaya mengikut jejak langkahnya hingga ke tahap profesional.

"Selain boling, saya mewakili sekolah dalam permainan hoki dan bola jaring kerana saya meminati kedua-dua sukan itu," katanya anak bongsu daripada dua beradik itu.


>Profil
NAMA: Adam Rahimi Hazmi
UMUR: 13 tahun
ASAL: Kelantan
PENDIDIKAN: Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan
HOBI: Membaca buku
CITA-CITA: Doktor
PENCAPAIAN: Pingat emas dan perak SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit (Kategori Lelaki Bawah 15 tahun) 2010, gangsa (Kejohanan Boling Tenpin MSSK 2010) dan perak berpasukan (Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2010 di Melaka)

>Profil
NAMA: Alif Muqri Hazmi
UMUR: 11 tahun
ASAL: Kelantan
PENDIDIKAN: Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Kota Bharu, Kelantan
HOBI: Bermain Playstation
CITA-CITA: Pensyarah
PENCAPAIAN: Pingat emas, perak dan gangsa SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit (Kategori Lelaki Bawah 12 tahun) 2010, perak (Kejohanan Boling Tenpin MSSK 2010) dan gangsa beregu (Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2010 di Melaka)

>Profil
NAMA: Mohd Syafiq Aiman Saharudin
UMUR: 15 tahun
ASAL: Kelantan
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Kota Bharu, Kelantan
HOBI: Bermain futsal
CITA-CITA: Arkitek
PENCAPAIAN: Pingat gangsa GP Finals SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit (Kategori Lelaki Bawah 15 tahun) 2010, perak (Kejohanan Boling Tenpin MSSK 2010) dan perak berpasukan (Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2010 di Melaka)

>Profil
NAMA: Mohamad Syazwan Hafiz Mohd Shuhaimi
UMUR: 19 tahun
ASAL: Kelantan
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
HOBI: Bermain futsal
CITA-CITA: Jurulatih profesional boling
PENCAPAIAN: Pingat gangsa SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit (Kategori Lelaki Terbuka) 2010 dan mewakili SUKMA XIII Melaka 2010

>Profil
NAMA: Nur Najwa Syuhada Muhamad Rusli
UMUR: 15 tahun
ASAL: Kelantan
PENDIDIKAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Salor, Kota Bharu, Kelantan
HOBI: Bermain hoki dan melayari Internet
CITA-CITA: Doktor pakar
PENCAPAIAN: Pingat gangsa SportExcel-NSC-MILO-MTBC Malaysian Junior Circuit (Kategori Wanita Bawah 15 tahun) 2010, gangsa (Kejohanan Boling Tenpin MSSK 2010) dan mewakili SUKMA XIII Melaka 2010

Silat: Program pelapis negeri atasi kemarau pesilat berbakat

Sabtu September 19, 2009

KUALA LUMPUR: Program pelapis sukan silat di peringkat negeri mula melahirkan atlet muda berbakat yang mampu menyerlah pada pertandingan antarabangsa, kata Persekutuan Silat Malaysia (Pesaka).

Penyelaras Pesaka Osman Nok berkata tiga pesilat muda dari program tersebut berjaya membantu Malaysia mengutip tujuh pingat emas pada Kejohanan Terbuka Dunia di Perancis pada Mac tahun lepas.

Tiga pesilat muda yang mengutip pingat emas ialah Ahmad Iqram Rahim, Norfarhana Ismail dan Mohammad Faizul manakala empat lagi pingat emas dipungut oleh pesilat dari skuad elit iaitu Ahmad Shahril Zailudin, Emi Latip, Fauzi Khalid dan Faizal Abdullah.

"Perkembangan ini merupakan petanda awal bahawa kita mampu untuk kembali menjadi kuasa besar dalam sukan silat pada satu hari nanti," katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 14 cawangan program pelapis negeri beroperasi di seluruh negara dan ianya disertai oleh lebih 1,000 pesilat berusia antara 11 dan 17 tahun.

Osman berkata bagi memastikan bahawa program tersebut berjalan lancar, Majlis Sukan Negara (MSN) telah bersetuju membayar elaun mengajar kepada jurulatih di peringkat negeri.

Beliau berkata di samping itu, bagi menarik minat golongan remaja meminati sukan silat, PESAKA turut mengeluarkan garis panduan mengajar agar jurulatih lebih memberi tumpuan kepada gerakan berbanding dengan tarian seni dalam pembelajaraan silat.

"Dulu remaja anggap silat sebagai sukan yang membosankan kerana lebih banyak 'bunga' (tarian) dari 'buah'(gerakan) berbanding dengan seni mempertahankan diri lain," katanya. BERNAMA

18 atlet wakili Johor ke Karnival Pelapis Negeri

JOHOR BAHRU - Seramai 30 orang atlet menyertai kem latihan di bawah Program Pelapis Sukan Tinju Johor dengan 18 daripadanya akan dipilih mewakili Johor ke Karnival Pelapis Negeri.

Pegawai Pembangunan Sukan Tinju Zahari Zahar Yusof berkata, tujuan utama kem latihan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan tinju di Johor dan kebanyakan yang telah menyertai kem latihan ini adalah dalam kalangan mereka yang baru dalam menceburi sukan ini.

Menurutnya, kem latihan ini juga adalah pemilihan atlet sukan tinju fasa pertama dalam melayakkan diri ke fasa kedua untuk ke Karnival Pelapis Negeri anjuran Majlis Sukan Negeri yang akan diadakan di Kota Bahru, Kelantan pada Mei ini.

“Walaupun Johor sebelum ini dikenali sebagai salah sebuah negeri yang melahirkan ramai atlet terbaik negara, kini Johor seperti ketandusan atlet yang benar-benar berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam sukan tinju ini.

“Hal ini berkemungkinan sukan tinju kurang menarik minat remaja kerana sukan ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana ia sukan yang lasak," katanya.

Menurutnya, dua orang jurulatih yang dilantik secara sambilan bagi mengendalikan latihan iaitu Azmee Abdul Rahman dan Mohd Farid Abdul Rahman, kedua-dua mereka ini adalah bekas peninju yang pernah mengharumkan nama negeri Johor.

Zahari berkata, atlet yang terpilih akan menjalani latihan pusat yang akan diadakan pada 9 Mei hingga 11 Mei 2011 di Pusat Latihan Tinju Kebangsaan Stadium Larkin.

Katanya, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan pada karnival tersebut iaitu kategori 14 hingga 16 tahun dan kategori 17 hingga 20 tahun.

18 atlet wakili Johor ke Karnival Pelapis Negeri

JOHOR BAHRU - Seramai 30 orang atlet menyertai kem latihan di bawah Program Pelapis Sukan Tinju Johor dengan 18 daripadanya akan dipilih mewakili Johor ke Karnival Pelapis Negeri.

Pegawai Pembangunan Sukan Tinju Zahari Zahar Yusof berkata, tujuan utama kem latihan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam sukan tinju di Johor dan kebanyakan yang telah menyertai kem latihan ini adalah dalam kalangan mereka yang baru dalam menceburi sukan ini.

Menurutnya, kem latihan ini juga adalah pemilihan atlet sukan tinju fasa pertama dalam melayakkan diri ke fasa kedua untuk ke Karnival Pelapis Negeri anjuran Majlis Sukan Negeri yang akan diadakan di Kota Bahru, Kelantan pada Mei ini.

“Walaupun Johor sebelum ini dikenali sebagai salah sebuah negeri yang melahirkan ramai atlet terbaik negara, kini Johor seperti ketandusan atlet yang benar-benar berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam sukan tinju ini.

“Hal ini berkemungkinan sukan tinju kurang menarik minat remaja kerana sukan ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana ia sukan yang lasak," katanya.

Menurutnya, dua orang jurulatih yang dilantik secara sambilan bagi mengendalikan latihan iaitu Azmee Abdul Rahman dan Mohd Farid Abdul Rahman, kedua-dua mereka ini adalah bekas peninju yang pernah mengharumkan nama negeri Johor.

Zahari berkata, atlet yang terpilih akan menjalani latihan pusat yang akan diadakan pada 9 Mei hingga 11 Mei 2011 di Pusat Latihan Tinju Kebangsaan Stadium Larkin.

Katanya, sebanyak dua kategori akan dipertandingkan pada karnival tersebut iaitu kategori 14 hingga 16 tahun dan kategori 17 hingga 20 tahun.

IRAN RIDERS CLAIM TOP THREE SPOTS IN MELAKA CHIEF MINISTER'S CUP CYCLING RACE

Bernama

MELAKA, April 24 (Bernama)

Iranian riders from Suren Cycling Team swept the top three places in the Melaka Chief Minister''s Cup cycling race which ended here today to mark the country''s prowess in the region.

Hasan Maleki Mizan crowned himself as the winner of the 156km race which saw 76 other riders competing, with a time of 3 hours 50 minutes 51.292 seconds, ahead of team-mate Hamid Shirisisan who clocked 3''50:51.522s for second place. Their team-mate Ramin Mehrabi Azar came in third after crossing the line in 3''50:51.762s

Hasan when met by Bernama said the success of the trio was due to a coordinated team effort which saw them break away from the pack as early as the second and third rounds. He said their tactical application worked well throughout the race as all three were able to set an average speed of 40.545kph and cross the line in a tight finish.

Meanwhile, national rider Fallanie Ali Ahmad clocked 3''53:31.053s to finish fourth and become the best placed Malaysian rider, even beating seasoned campaigner Anuar Manan from the Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) who finished in eighth spot with a time of 4''00:23.588s. Mohd Shahrul Mat Amin also from TSG and winner of the National Grand Prix third circuit yesterday, failed to repeat his feat after finishing 10th with a

time of 4''01:10.046s.

-- BERNAMA

Mohd. Shahrul julang GP Melaka

JUARA kategori wanita, Somnet (tengah) diapit oleh pemenang tempat kedua dan ketiga, Mariana (kiri) dan Masyizaton.

24 April 2011

PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) membuktikan betapa mereka harus dihormati apabila pelumbanya, Mohd. Shahrul Mat Amin melakukan kejutan mengetepikan beberapa pelumba pilihan selepas muncul juara acara elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan 2011 Sirkit Melaka (GP Melaka) di Bukit Katil sejauh 156 kilometer semalam.

Mohd. Shahrul bertindak berani melakukan pemecahan secara bersendirian ketika perlumbaan bersisa 40 kilometer sebelum saling bekerjasama dengan pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zamri Salleh pada 5km terakhir untuk menang dengan rakaman masa 4 jam 00 minit 55.281 saat dengan purata kelajuan 38.851kmj.

"Saya terpaksa gunakan kudrat yang ada untuk melakukan henjutan ke garisan penamat. Saya tahu Mohd. Zamri adalah seorang pemecut yang handal. Jadi saya terpaksa melakukannya lebih awal. Saya memang mahu menang.

"Saya demam ketika berkayuh pada GP Kuala Lumpur bulan lalu. Saya datang ke Melaka dalam keadaan yang cukup bersedia. Saya gembira kerana impian untuk menang tercapai juga akhirnya," katanya.

Mohd. Shahrul mengenepikan Mohd. Zamri dengan kelebihan 2.389s manakala pelumba serba boleh, Mohamad Aim Mohamad Fauzi menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:04:25.516s.

GP Melaka turut menyaksikan penampilan semula jaguh kebangsaan, Mohd. Fauzan Ahmad Lufti tetapi dia sekadar menduduki tempat ke-8 di belakang Akmal Amrun, Ng Yong Li dan Anuar Manan.

Kategori elit wanita menyaksikan berlaku sedikit kejutan apabila Jupha Somnet pemenang enam pingat pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2011 (ACC 2011) di Korat, Nakhon Ratchasima menewaskan tiga pelumba berpengalaman untuk muncul juara.

Dengan catatan masa serupa 3:18:58s, Somnet berjaya menangkis asakan Mariana Mohamad yang menduduki tempat kedua diekori Masyizaton Mohd. Radzi (ke-3) dan Nurul Ahmar Badeuzzaman.

"Saya baru pertama kali menyertai kategori elit wanita. Sebelum ini saya berkayuh dalam kategori remaja. Jadi saya berasa sangat gembira kerana menang pada penampilan pertama dalam kategori elit wanita.

"Strategi saya cukup mudah. Saya tahu perlumbaan akan habis pada selekoh yang agak tajam. Jadi saya lebih awal mengambil selekoh dan terus melakukan henjutan ke garisan penamat. Percaturan saya berbaloi," katanya.

Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri terus membuktikan kehebatan apabila muncul juara kategori remaja lelaki untuk kali ketiga berturut-turut dengan catatan masa 2:42:54.005s.

Pelumba pelapis kebangsaan itu sebelum ini menduduki tempat pertama pada GP Kelantan dan GP Kuala Lumpur.

MYA Senaraikan 18 Pelayar Untuk Sukan Asia

September 19, 2010 12:30 PM

LANGKAWI, 19 Sept (Bernama) -- Seramai 18 pelayar dipilih untuk menggalas cabaran Malaysia pada Sukan Asia 2010 di Guangdong Ocean Sports Training Centre (GOSTC) Shanwei, China, mulai 12 hingga 22 Nov ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata skuad pelayaran Malaysia kali ini adalah yang terbesar pernah dihantar pada temasya sukan itu dengan penyertaan dalam kelas Windsurfing dan Keelboat buat pertama kali.

" Pemilihan pelayar itu dibuat oleh panel jurulatih yang telah dikemukakan kepada Jawatankuasa pemilihan MYA untuk pengesahan," katanya di sini Ahad.

Menurutnya mereka dipilih berdasarkan prestasi yang ditunjukkan pada beberapa kejohanan dalam dan luar negeri.

Katanya Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah meluluskan kuota penyertaan bagi skuad pelayaran pada temasya sukan itu.

Beliau berkata kesemua pelayar itu sedang menjalani latihan fasa akhir di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Mohd Afendy berkata atlet pelayar negara Mohd Romzi Mohamad akan mengetuai skuad pelayaran Malaysia ke temasya sukan itu.

Seorang lagi pelayar elit, Khairulnizam Mohd Afendy menepati ramalan setelah mengesahkan tempat untuk menggalas cabaran negara bagi kategori Laser Standard.

Khairulnizam, 17, mengenepikan rakan sepasukannya Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan yang turut memburu tempat ke Sukan Asia 2010.

Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, Malaysia meraih satu pingat emas menerusi Rufina Tan dalam kelas Optimist.

Mohd Afendy berkata Malaysia mensasarkan meraih lima pingat tapi tidak mempastikan warnanya.

SENARAI PELAYAR:

Mohd Romzi Mohamad (Laser Radial)

Razman Mat Ali, Ahmad Hakhimi Ahmad Shukri (International 470)

Khairunnisa Mohd Afendy, Norashikin Mohamad Sayed (InternaTional 420 wanita)

Ku Anas Ku Zamil, Mohamad Hafzuddin Mazelan (International 420 lelaki)

Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Optimist lelaki)

Nurul Izzatul Akmar Muhamad (Optimist wanita)

Geh Cheow Lim (Windsurfing RS-X wanita)

Koe Sin Yee (Windsurfing MOD wanita)

Hadri Zainal Abidin (Windsurfing RSX lelaki),

Khairulnizam Mohd Afendy (Laser Standard),

Mohd Masyuri Rahmat, Mohamad Farizol Md Rejab, Ahmad Fakhrizan Deraman, Mohd Adib Mohd Ariff dan Mohd Karimi Bakar (Keel Boat).

SENARAI PEGAWAI:

Mohd Afendy Abdullah (pengurus pasukan)

Abdul Rani Idris (ketua jurulatih/penolong pengurus)

Muhammad Sahir A. Rahim (jurulatih Optimist)

Andrew Nathaniel Brown (jurulatih International 420 dan 470)

Javier Borojovich (jurulatih Laser).

-- BERNAMA

Malaysia Sasar Kedudukan Lima Terbaik Regatta Di Pattaya

April 28, 2010 17:30 PM


LANGKAWI, 28 April (Bernama) -- Malaysia menyasarkan berada dalam kedudukan kelompok lima terbaik pada kejohanan Top of The Gulf Regatta 2010 di Royal Varuna Yacht Club, Pattaya, Thailand selama lima hari mulai Jumaat ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah, yang juga pengurus pasukan Malaysia, berkata 20 pelayar elit dan pelapis kebangsaan mewakili Malaysia dalam kejohanan itu.

Bercakap kepada Bernama sebelum berlepas ke Thailand pada Rabu, beliau berkata, antara pelayar yang mempunyai peluang cerah meraih kejuaraan adalah gandingan Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohamad Sayed bagi kategori International 420.

Pasangan itu memenangi pingat emas pada Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Guangdong, China, Mac lepas.

Dua pelayar negara, Muhamad Amirul Syafiq Md Jais dan Khairunneeta Mohd Afendy bagi kategori Byte yang layak mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Remaja di Singapura Ogos ini, turut disenarai menggalas cabaran negara pada kejohanan di Pattaya itu.

Peserta lain termasuk Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan (Laser Standard), Harrithammry Nassution Hairudin (Laser Standard), Khairulnizam Mohd Afendy (Laser Radial), Nur Amirah Hamid (Laser Radial), Mohamad Faizal Norizan (Optimist), Muhammad Farhan Hamid (optimist) dan Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Optimist).

-- BERNAMA

Perahu Layar: Malaysia Raih Satu Emas, Dua Perak, Satu Gangsa Di Pattaya

March 12, 2010 19:43 PM


LANGKAWI, 12 Mac (Bernama) -- Malaysia meraih satu emas, dua perak dan satu gangsa pada hari terakhir Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik yang berlangsung di Pattaya, Thailand.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia, Mohd Afendy Abdullah berkata pingat emas disumbang oleh pelayar kebangsaan Mohd Romzi Muhammad dalam kelas Laser Radial terbuka.

"Mohd Romzi mengekalkan kedudukannya menjadi pendahulu sejak diawal perlumbaan dengan mengutip sembilan mata, pencapaian yang sukar dicabar pelayar lain," katanya.

Mohd Afendy berkata pelayar wanita negara, Nur Amirah Hamid turut cemerlang untuk meraih pingat perak dalam acara Laser Radial.

Harithammry Nassation menyumbang pingat perak kedua apabila menduduki tempat kedua kelas Laser Standard.

Khairulnizam Mohd Afendy pula berpuashati memenangi pingat gangsa manakala rakannya Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan menduduki tangga kelima.

Mohd Afendy berkata kejayaan itu menjadi perangsang kepada Malaysia dalam menghadapi Kejohanan Layar Asia di China mulai 18 Mac ini.

"Tiupan angin kencang dan ombak besar di perairan Pattaya membolehkan pelayar negara mendapat pendedahan luas menghadapi kejohanan ini," katanya.

Sebelum ini pelayar negara menduduki tempat kedua keseluruhan pada kejohanan Qatar International Regatta 2010 di Doha baru-baru ini.

Juara dunia, Kee Rai Bualong dari Thailand mengungguli kelas Laser Standard pada kejohanan di Pattaya itu yang disertai 74 pelayar dari 12 negara.

-- BERNAMA

Pelapis Negeri Tewaskan Penembak Elit Untuk Rangkul Emas

04 Ogos, 2009 18:39 PM

PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Penembak pelapis negeri Pahang, Mohd Norahimin Abdul Halim, mengetepikan cabaran penembak elit dan pelapis kebangsaan untuk mengungguli acara 50m Rifel 3 Posisi Lelaki pada hari terakhir acara menembak kejohanan Mini Olimpik di Lapang Sasar Subang pada Selasa.

Pelajar Sekolah Sungai Isap, Kuantan, itu bagaimanapun gagal menempah tiket ke Sukan SEA selepas membidik 1,147 mata, kurang tiga mata daripada had kelayakan.

Penembak pelapis kebangsaan, Mohd Zubair Muhamad pula meraih perak selepas mengumpul 1,139 mata manakala penembak elit Mohd Hadafi Jaafar mendapat gangsa dengan 1,135 mata.

Rekod kebangsaan bagi acara itu dipegang oleh Mohd Emran Zakaria yang mencatat 1,154 mata pada satu kejohanan di lapangan sasar yang sama pada 2002.

Mohd Norahimin, 16, yang mula menceburi sukan menembak tiga tahun lepas berkata emas hari ini merupakan kejayaan pertamanya bersaing di peringkat kebangsaan.

"Saya hanya penembak pelapis di peringkat negeri Pahang sementara saingan daripada penembak elit dan pelapis kebangsaan amat sengit.

Cuma kecewa kerana tertinggal tiga mata untuk layak ke Sukan SEA di Laos Disember ini," katanya.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) Mejar Jasni Shaari berkata penembak yang gagal melepasi had kelayakan ke Sukan SEA masih mempunyai peluang berbuat demikian pada Kejohanan Menembak Trofi Tun Haniff yang akan diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Okt ini.

"Ada satu lagi kejohanan iaitu Kejohanan Menembak Kebangsaan yang akan diadakan di sini (Lapang Sasar Subang) dari 11 hingga 22 Nov depan tetapi tarikh itu terlalu hampir dengan Sukan SEA yang berlangsung dari 9-18 Dis.

"Mungkin sebelum Kejohanan Menembak Kebangsaan bermula, senarai terakhir penembak yang layak telah diserahkan kepada Laos," katanya.

-- BERNAMA

Persatuan Pelayaran Malaysia Cadang Tambah 10 Pelayar Pelapis Kebangsaan

LANGKAWI, 23 Ogos -- Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) bercadang menambah 10 pelayar baru untuk menganggotai skuad pelapis kebangsaan tidak lama lagi, kata Pengurus Besarnya Mohd Afendy Abdullah.

Beliau berkata MYA akan membincangkan perkara berkenaan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan.

"Pada masa ini terdapat 19 pelayar pelapis kebangsaan dan sembilan elit menjalani latihan di Kompleks perahu layar kebangsaan di Langkawi dalam persiapan pada Sukan Asia Guangzhou, China, November ini," katanya di sini.

Pemilihan pelayar pelapis akan dibuat berdasarkan prestasi sepanjang penyertaan kejohanan perahu layar, manakala elit dilihat daripada persembahan cemerlang pada Sukan Asia.

Mengenai sasaran pingat pada Sukan Asia Guangzhou, China, beliau berharap sandaran negara untuk mengumpul separuh daripada sasaran 10 pingat menerusi acara pelayaran pada sukan itu menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya menyasarkan satu emas pada temasya sukan tersebut namum pungutan melebihi sasaran itu merupakan bonus besar.

Katanya sasaran sukan itu adalah munasabah memandangkan kehadiran gergasi Asia dalam sukan itu peringkat Olimpik seperti pasukan China serta kehebatan pasukan Jepun, Korea Selatan, India, Thailand dan Vietnam. --Bernama

Sobry, Nurjeha juarai basikal trek pelapis

2010/07/20

MOHD Sobry Abdullah dan Nurjeha Iwani Roslan muncul pelumba lelaki dan perempuan terbaik Kejohanan Lumba Basikal Trek Pelapis Kebangsaan Sirkit ke-2 di Velodrom Rakyat, kelmarin.

Sobry, pelumba Pelapis Kebangsaan dinobatkan pelumba terbaik selepas meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa manakala pelumba Kedah, Nurjeha membuktikan kehebatannya dengan merangkul lima emas. Pingat emas pertama Sobry yang berasal dari Terengganu diraih dalam acara 4 kilometer kejar mengejar individu kategori 19-23 tahun apabila mengatasi rakan sepasukan, Mohd Faiz Abd Kadir. Pelumba Selangor, Mohd Rauf Nur Misbah meraih gangsa. Sobry kemudian meraih emas keduanya dalam acara perlumbaan `scratch' apabila sekali lagi menghampakan Faiz dan Rauf.

Begitupun impian mengutip emas seterusnya tidak kesampaian apabila Faiz mengatasinya dalam acara 1km ujian masa (ITT). Faiz merakam seminit 12.080s berbanding Sobry 1:13.350s. Pelumba Selangor, Mohd Elmi Jumari mengutip gangsa.

Sementara itu Nurjeha yang bertanding dalam kategori wanita Bawah 15 tahun, mengutip emas acara `scratch', perlumbaan penyisihan, 500m ujian masa, 200 meter pecut dan 2 km kejar mengejar individu.

Pelatih kebangsaan membuktikan kehebatan apabila menguasai sebahagian besar acara dalam kejohanan tiga hari yang disertai kira-kira 180 pelumba dari semua pusat latihan negara itu.

MNCF mungkin hanya hantar pelumba pelapis sertai ACC

smriduan@nstp.com.my
2010/08/17

PUSINGAN ketiga, Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia ACC 2010 di Thailand yang jatuh pada Aidilfitri, bulan depan mungkin akan berlangsung tanpa kehadiran kontinjen negara sekiranya pelumba enggan mengorbankan sambutan perayaan mereka.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Naim Mohamad berkata, perbincangan sedang dijalankan oleh ketua jurulatih, John Beasley dengan pasukan pelapis kebangsaan mendapatkan wakil ke kejohanan pada 11 sehingga 13 September itu. “Rugi sekiranya kita tidak menghantar wakil ke kejohanan itu kerana ia membuka peluang kepada negara untuk menambah mata selepas dua pusingan berakhir,” kata Naim. “Sehari dua lagi, saya akan mengesahkan dengan pihak pelapis jika ada pelumba yang ingin pergi. Menurut Naim, pihak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) sudah merayu kepada penganjur, Thailand untuk mengubah tarikh kejohanan, tetapi tidak berjaya memandangkan segala persiapan membabitkan penajaan dan lokasi sudah ditetapkan.

“Beasley juga sedang melihat kemungkinan menghantar pelumba elit yang tidak tersenarai ke Sukan Komanwel beraksi di Piala Asia ACC,” kata Naim.

Sementara itu, dua pelumba pelapis yang sedang meningkat naik, Mohd Fattah Amri Zaid dan Mohd Arfy Qhairant yang baru menamatkan saingan di Kejohanan Remaja Dunia di Montichiari, Itali diharap dapat menerajui cabaran pelapis di Thailand nanti.

“Fattah dan Arfy sebelum ini begitu menyerlah di Piala Asia pusingan kedua di Kuala Lumpur, dan saya harap mereka akan bersemangat untuk terus mengemudi cabaran pelumba remaja di pusingan terakhir nanti,” kata Naim.

Jurulatih 'dihukum' jika anak didik gagal menyerlah

4 Apr 2009

SUKAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Jurulatih atletik sepenuh masa yang menerima gaji dari Majlis Sukan Negara (MSN) akan dikenakan tindakan, termasuk kontrak tidak disambung, jika anak buah mereka gagal menyerlah semasa beraksi di Sukan SEA Laos pada Disember nanti.

Timbalan Presiden Kesatuan Atletik Amatur Malaysia (MAAU), Karim Ibrahim, berkata ada di antara jurulatih itu telah berkhidmat selama 13 tahun tetapi tidak mampu melahirkan seorang pun atlit yang dapat meraih emas Sukan SEA.

'Sukan SEA merupakan temasya peringkat rendah. Jika sebutir emas pun tidak mampu dicapai oleh atlit bimbingannya, itu bermakna jurulatih itu tidak cekap,' katanya.

Beliau berkata penekanan terhadap taraf Sukan SEA juga dibuktikan apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sendiri mencadangkan hanya atlit pelapis dihantar ke temasya dwitahunan itu.

Karim berkata ketika ini terdapat 10 jurulatih atletik sepenuh masa yang berkhidmat di bawah MSN.

Mereka ialah Hanafiah Nasir (lari berhalangan), Harun Rasheed (pecut), K. Jayabalan (400 meter), Alforo (lompat tinggi), Vladimir Hristiv Simenov (400 meter, 4x400 meter), S. Muthiah (jarak jauh), Lou Cwee Peng (lompat jauh), Mohd Nazar Abdul Rahim (lontaran), Frantisek Petrovic (lontaran) dan Mohd Mansahar Abd Jalil (lompat bergalah).

Sebahagian besar daripada jurulatih itu menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya melahirkan atlit yang berpotensi meraih pingat di peringkat Sukan Komanwel, Asia dan Olimpik, katanya.

Sementara itu, Karim berkata Program Pasti Menang 2009-2019 yang bertujuan melahirkan atlit bertaraf Olimpik akan memberi lebih tumpuan kepada acara lompat jauh dan lompat tinggi.

Beliau, yang juga pengerusi kejurulatihan dan pembangunan MAAU, berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya dalam tiga temasya Olimpik, atlit Malaysia berpeluang cerah meraih pingat dalam dua acara itu berbanding acara-acara lain.

'Secara purata, atlit yang memenangi pingat gangsa di Olimpik melakukan lompatan antara 8.0 meter dengan 8.4 meter dalam acara lompat jauh dan 2.30 meter hingga 2.35 meter dalam lompat tinggi.

'Rekod kebangsaan bagi acara lompat jauh kini dipegang oleh Josbert Tinus dengan catatan 7.88 meter, sementara rekod lompat tinggi oleh Lee Hup Wei dengan ketinggian 2.27 meter.

'Ini menunjukkan jurang lompatan atlit kita tidaklah terlalu jauh berbanding pemenang pingat Olimpik. Kita berada di peringkat itu tetapi perlukan usaha serta teknik yang betul,' jelas Karim.

Sehubungan itu, beliau berkata MAAU turut menyediakan pelan tindakan bagi Program Pasti Menang 2009-2019 untuk mencari atlit pelapis yang berpotensi serta mengadakan bengkel pada awal Mei ini untuk mendapatkan pandangan demi menjayakan program itu. -- Bernama.

Pelumba Pelapis MSN Ungguli Acara 110km Lepas Beramai-Ramai

KANGAR, 17 Ogos (Bernama)

Pelumba pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Fakhrullah Alias mengungguli acara 110 kilometer lepas beramai-ramai pada sirkit ketiga Kejohanan Lumba Basikal Remaja di sini hari ini.

Pelumba berusia 18 tahun itu membuat catatan masa dua jam 53 minit dan 46 saat untuk menyingkirkan pencabar terdekatnya yang juga pelumba pelapis MSN Yusrizal Yusof yang turut mencatat masa yang sama.

Bagaimanapun, kemenangan berpihak kepada Ahmad Fakhrullah apabila foto penamat menunjukkan tayar basikalnya terlebih dahulu mencecah garisan.

Pelumba Kuala Lumpur, Mohd Hafiz Mohd Zawawi menduduki tempat ketiga dengan masa 2:55.13s saat diikuti Marvin George (MSN) dan Mohd Fakhruddin Daud dari Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP).

Dalam acara 63.6 kilometer lepas beramai-ramai lelaki bawah 16 tahun, pelumba SSBP Mohd Arfy Qhairant Amran muncul juara dengan catatan masa 1:37.10s selepas mengatasi Terengganu Mohd Khairul Aziz Abdullah yang turut melakukan catatan masa yang sama.

Pelumba pelapis MSN Mohd Fattah Amri Zaid Mohd Zar menduduki tempat ketiga diikuti pelumba Putrajaya dan Terengganu Mohd Firdaus Suardi dan Nur Amirul Fakhruddin Marzuki masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Sementara itu, bagi acara 63.6 kilometer lepas beramai-ramai perempuan bawah 16 tahun, pelumba Selangor, Nurul Shafinaz Mokhlas mucul juara selepas melakukan catatan 1:51.51s.

Tempat kedua disandang oleh pelumba pelapis MSN, Narrisa Sampong diikuti tempat ketiga oleh pelumba SSBP, Jupha Som Nek.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan bersama oleh SportsExcel, MSN, Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis.

-- BERNAMA

Pelapis Boling Padang Galas Cabaran Negara

Ahad November 21, 2010


KUALA LUMPUR: Seramai 10 pemain pelapis negara akan menggalas cabaran di Kejohanan Boling Padang Sime Darby Asia Pasifik Merdeka di Stadium Tertutup Bayuemas Boling Padang, Klang, Selangor bermula Isnin hingga 26 November.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (MLBF) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemain baru negara diharap dapat memberikan tentangan sengit kepada beberapa pasukan ternama luar negara dalam arena boling padang seperti Australia dan Filipina.

"Kita tidak menurunkan pemain elit negara pada kali ini kerana mereka telahpun beraksi dalam temasya Sukan Komanwel di New Delhi bulan lepas. Kita ingin memberi laluan kepada pemain baru menimba ilmu dan memberi pendedahan beraksi bersama pemain luar negara," katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Boling Padang di Bukit Kiara, Ahad.

Pasukan lelaki dibarisi Mohd Hizlee Rais, Mohd Azwan Suhaimi, Zulhilmie Ridzuan, Salahuddun Razali dan Mohd Syahmil Syazwan manakala wanita terdiri daripada Nor Shafeeqah Yahya, Emma Firyana Saroji, Maisarah Aminludin, Nor Zafirah Md Nor dan Norehawati Daud.

Ahmad Sarji berkata kejohanan itu akan dijalankan mengikut format Pusingan Robin, dengan dua pasukan teratas bertemu pada perlawanan akhir.

Pada kejohanan itu, seramai 30 peserta dari 11 negara iaitu Malaysia, Australia, Brunei, China, Fiji, Hong Kong, India, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian.

Ahmad Sarji berkata penyertaan bagi setiap kejohanan itu, yang diasaskan sejak 2006, tidak menghampakan kerana sering mendapat penyertaan lebih 10 pasukan dari luar negara walaupun ketika ini Sukan Asia di Guangzhou, China sedang berlangsung.

Yayasan Sime Darby merupakan penaja utama Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik Merdeka untuk empat edisi lepas.

Bagi tahun ini, Ahmad Sarji berkata hadiah wang tunai bernilai US$32,000 (RM99,680) akan diberikan kepada pemenang tiga kategori berlainan iaitu kategori individu lelaki, wanita dan beregu campuran.

"Setiap pemenang tempat pertama dalam kategori individu lelaki dan wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai US$5,000 (RM15,575) manakala tempat kedua sebanyak US$2,500 (RM7,787) dan dua pemenang dipilih dalam tempat ketiga akan mendapat US$1,000 (RM3,115)," katanya.

Bagi kategori beregu campuran, juara akan membawa pulang US$7,000 (RM21,805)manakala naib juara akan pulang dengan US$3,000 (RM9,345) dan dua pemenang di tempat ketiga akan mendapat US$1,500 (RM4,672).

Juara bertahan individu lelaki, Anthony Kiepe dari Australia dijangka mengambil bahagian pada kejohanan itu.-BERNAMA

KOAM minta ihsan MSN

30 Apr 2010

KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) memberi lebih ruang kepada atlet pelapis untuk berlatih di luar negara.

Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, badan induk itu telah menyenaraikan tujuh atlet pelapis yang menyerlah pada Sukan SEA 2009 di Laos serta beberapa kejohanan sejak awal tahun ini, untuk menjalani latihan di Eropah.

"Selama ini, atlet elit olahraga berpeluang untuk berlatih di luar negara dan KOAM kini bercadang memberi ruang kepada atlet pelapis pula untuk turut serta menjalani latihan di luar negara, bagi memberi pendedahan di peringkat antarabangsa kepada mereka," katanya semalam.

Beliau berkata, tujuh atlet pelapis yang dicadangkan meneruskan latihan di luar negara ialah Adi Alifuddin Hussain (lontar peluru), Mohd. Jironi Riduan (800m), S. Mathialagan (800m), S.Yuvaraj (800m), Norjanah Hafizah Jamaludin (200m), Nurul Sarah Abdul Kadir (200m) dan Siti Zubaidah Abadi (100m).

Shahidan berkata, penempatan atlet pelapis tersebut di luar negara bukan sekadar berlatih tetapi juga menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata, atlet jaguh 400m berpagar negara, Noraseela Khalid yang tercedera sejak dua minggu lepas ketika berlatih di Afrika Selatan, mungkin tidak perlu kembali ke negara ini bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal daripada jurulatih Noraseela, atlet terbabit hanya perlu menjalani rawatan lanjut di negara tersebut.

"Bagaimanapun, laporan kecederaan Noraseela yang dihantar oleh jurulatihnya, telah dihantar kepada MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk tindakan lanjut," katanya.

Shahidan juga berkata, Kejohanan Olahraga Remaja SEA yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 hingga 27 Mei depan, terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum diputuskan. - Bernama

4 rekod kejohanan olahraga MSSM diperbaharui

ARKIB : 23/05/2009

KUALA LUMPUR - Edisi ke-51 Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang masuk hari ketiga semalam menyaksikan empat rekod kejohanan diperbaharui.

Rekod pertama dicipta pelari jarak pertengahan dari Kedah, Tan Wei Heng yang mencatat rekod baru dalam acara 800m lelaki kategori bawah 15 tahun.

Beliau mencatatkan masa dua minit 00.68 saat bagi memadam rekod lama 2:01.08s yang dipegang James Rames dari Selangor dicatatkan pada kejohanan sama di Negeri Sembilan pada 2004.

"Saya berasa bangga dengan pencapaian yang saya catat hari ini. Sebelum ini saya memang mensasarkan untuk menang acara ini tetapi tidak sangka saya dapat memperbaharui rekod.

"Catatan terbaik saya dalam acara ini ialah 2:03.00s semasa mewakili daerah Sungai Petani pada Kejohanan Olahraga MSS Kedah pada April lepas," kata pelajar Tingkatan Tiga SMK Aman Jaya, Sungai Petani, yang pertama kali mewakili Kedah dalam kejohanan ini.

Melalui acara 800m lelaki bawah 18 tahun pula, Nik Hafiz Nik Mohamad dari SMK Bukit Mertajam, Pulau Pinang memperbaharui rekod kejohanan apabila mencatat masa 1:53.66s, mengatasi rekod 1:56.22s catatan J.Thinagaren dari Pulau Pinang tahun lepas.

"Saya memang sasarkan untuk melakukan catatan masa 1:53.00s, saya bersyukur dapat melakukannya di sini. Catatan terbaik saya ialah 1:57.00 yang saya catat di Sukma (Sukan Malaysia) Terengganu tahun lepas," kata Nik Hafiz, yang juga atlet program pelapis Majlis Sukan Negara (MSN).

Selain acara balapan, acara padang turut mencipta dua rekod baru iaitu acara lompat bergalah lelaki terbuka yang diperbaharui oleh Mohd. Fahme Zamzam Mehamad, sekali gus menyumbang pingat emas pertama kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Labuan.

Mohd. Fahme melakukan lompatan setinggi 4.56m mengatasi rekod Mohd. Hafizzuddin Shaadan dari Pahang pada kejohanan sama 2006 di Pulau Pinang.

Jacky Wong Siew Cheer dari Sarawak pula berjaya memperbaharui rekod acara baling tukul besi terbuka lelaki yang dipegangnya sendiri semasa kejohanan sama di Stadium Majlis Bandaraya Kelana Jaya tahun lepas.

Jacky melakukan lontaran sejauh 54.82m mengatasi catatan 49.29m sebelum ini.

Pada hari terakhir kejohanan hari ini, 22 pingat emas menjadi taruhan dan turut dipertandingkan lapan acara untuk pelajar sekolah pendidikan khas. - BERNAMA

Empat rekod lebur Fahme mencatat rekod baru MSSM dalam acara lompat bergalah lelaki semalam. EDISI ke-51 Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sek

23 Mei 2009
Empat rekod lebur

Fahme mencatat rekod baru MSSM dalam acara lompat bergalah lelaki semalam.

EDISI ke-51 Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang masuk hari ketiga semalam menyaksikan empat rekod kejohanan diperbaharui.

Rekod pertama dicipta pelari jarak pertengahan dari Kedah, Tan Wei Heng yang mencatat rekod baru dalam acara 800m lelaki kategori bawah 15 tahun.

Dia mencatatkan masa dua minit 00.68 saat bagi memadam rekod lama 2:01.08s milik atlet Selangor, James Rames yang dicatat pada edisi 2004 di Negeri Sembilan.

"Saya berasa bangga dengan pencapaian yang saya catat hari ini. Sebelum ini saya memang menyasarkan untuk menang acara ini tetapi tidak sangka saya dapat memperbaharui rekod.

"Catatan terbaik saya dalam acara ini ialah 2:03.00s semasa mewakili daerah Sungai Petani pada Kejohanan Olahraga MSS Kedah pada April lepas," kata pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aman Jaya, Sungai Petani itu.

Dalam acara 800m lelaki bawah 18 tahun, Nik Hafiz Nik Mohamad dari SMK Bukit Mertajam, Pulau Pinang memperbaharui rekod kejohanan apabila mencatat masa 1:53.66s, mengatasi rekod 1:56.22s catatan J. Thinagaren dari Pulau Pinang tahun lepas.

"Saya memang sasarkan untuk melakukan catatan masa 1:53.00s, saya bersyukur dapat melakukannya di sini. Catatan terbaik saya ialah 1:57.00s yang saya catat di Sukma (Sukan Malaysia) Terengganu tahun lepas," kata Nik Hafiz yang juga atlet program pelapis Majlis Sukan Negara (MSN).

Selain acara balapan, acara padang turut mencipta dua rekod baru iaitu acara lompat bergalah lelaki terbuka yang diperbaharui oleh Mohd. Fahme Zamzam Mehamad, sekali gus menyumbang pingat emas pertama kontinjen Majlis Sukan Sekolah-sekolah Labuan.

Fahme melakukan lompatan setinggi 4.56 meter mengatasi rekod Mohd. Hafizzuddin Shaadan dari Pahang pada edisi 2006 di Pulau Pinang.

Jacky Wong Siew Cheer dari Sarawak pula berjaya memperbaharui rekod acara baling tukul besi terbuka lelaki yang dipegangnya sendiri semasa kejohanan yang sama di Stadium Majlis Bandaraya Kelana Jaya tahun lepas.

Jacky melakukan lontaran sejauh 54.82m mengatasi catatan 49.29m sebelum ini.

Pada hari terakhir kejohanan hari ini, 22 pingat emas menjadi taruhan dan turut dipertandingkan lapan acara untuk pelajar sekolah pendidikan khas.

Saturday, April 23, 2011

Pesaka pilih 14 pesilat persiap diri hadapi Sukan Sea

HANYA 14 daripada 24 pesilat yang dipilih menyertai skuad elit sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Indonesia, November ini.

Keputusan itu diumum kan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) selepas Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan 10 pesilat lain diserapkan ke skuad pelapis bagi melengkapkan senarai 24 atlet ke sukan dwi-tahunan itu.

Penyelaras Pesaka, Osman Nok berkata, seramai 14 pesilat elit melaporkan diri ke MSN, Bukit Jalil, semalam manakala 10 atlet akan menjalani latihan mengikut fasa yang ditetapkan Pesaka.

Menurutnya, latihan pesilat negara bukan saja tertumpu terhadap mental dan fizikal, malah soal kepantasan turut diberi keutamaan.
“Dari segi kepantasan dan ketangkasan, silat memerlukan tumpuan lebih bagi seorang pesilat untuk menewaskan lawan.

“Pada masa sama, latihan intensif itu bagi memperkasakan skuad negara terutama bersaing dengan tuan rumah yang dikatakan bakal memberi tentangan sengit selain pesilat Vietnam,” katanya semalam.

Biarpun Pesaka belum menentukan sasaran pingat emas di Indonesia, Osman berkata, semua pesilat harus memberi komitmen 100 peratus jika mahu melakar kejayaan.
“Ketepikan soal kekuatan lawan, sebaliknya tumpuan utama semua pesilat ialah menguatkan fizikal dan mental,” katanya.

Pada Sukan Sea Laos 2009, skuad negara berjaya meraih lapan pingat, empat emas dan gangsa. Sehubungan itu, Pesaka mengharapkan pencapaian lebih baik kerana tuan rumah menambah enam kategori iaitu 18 berbanding 12 kategori di Laos.
Penambahan kategori terutama dalam acara silat seni iaitu enam daripada dua kategori di Laos diharap membantu menambah pungutan pingat.

http://www.malaysmart.com/sukan/pesaka-pilih-14-pesilat-persiap-diri-hadapi-sukan-sea.html

Usah pingir atlit senior: Kok Chi

Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2011/03/03

MOM harap penghantaran pelapis ke Sukan SEA tak babit semua sukan

JANGAN nafikan hak atlit senior bertanding! Itulah reaksi balas Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi di sebalik rancangan Majlis Sukan Negara (MSN) menghantar atlit pelapis dan pembangunan bertanding di Sukan Sea XXVI, November ini.
“Saya menyambut baik rancangan MSN menghantar barisan pelapis dan pembangunan, tetapi saya harap ia tidak membabitkan semua jenis sukan, sebaliknya hanya sukan tertentu, terutama yang terbabit dalam program ‘Road To London 2012’.
“Ini kerana terdapat beberapa acara sukan di mana kita mempunyai atlit senior berpotensi untuk menang dan seharusnya mereka wajar diberi peluang bertanding, apa lagi, tahun ini tiada sukan temasya, selain Sukan SEA,” katanya.

Kok Chi berkata, langkah menghantar atlit pelapis dan pembangunan memang dialu-alukan sebagai medan pendedahan dan motivasi kepada mereka kerana banyak contoh kejayaan boleh dijadikan panduan.

“Contoh terbaik ialah kejayaan ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah yang kita hantar bertanding di Sukan SEA Singapura 1983.

“Dia gagal membawa pulang sebarang pingat tetapi kegagalan itu dijadikan motivasi meningkatkan prestasi sebelum akhirnya dia merangkul tujuh emas di Sukan SEA Bangkok dua tahun kemudian,” katanya.
Kok Chi berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dalam tempoh terdekat bagi menentukan dasar untuk pemilihan atlit dan sukan yang layak bertanding pada temasya dari 11 hingga 22 November itu.

Penstrukturan program merugikan bakat-bakat baru

Jumaat, 25 Mac 2011
Source: D5 Sports

Meskipun baru dinobatkan sebagai juara kebangsaan, Kang Bo Long terpaksa digugurkan kerana MSN tidak lagi memberi dana kepada program pelapis kebangsaan.
KUALA LUMPUR, (D5) - Penstrukturan baru program boling kebangsaan dilihat sebagai sesuatu yang merugikan.

Ekoran daripada dana yang terpaksa dikurangkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pasukan pelapis kebangsaan telah pun dimansuhkan dah pemain-pemain dalam pasukan tersebut terpaksa ditentukan nasib mereka dalam saingan 'roll off' baru-baru ini.
Ketika ini, hanya dua pasukan sahaja yang diberikan dana oleh MSN iaitu pasukan Elit dan juga remaja kebangsaan.

Pasukan elit kini menjadi ramai dengan kehadiran pemain-pemain seperti Hee Kar Yen, Jacqueling Sijore, Dayang Khairuniza, Sin Li Jane dan Siti Shazwani yang kesemuanya adalah daripada pasukan pelapis.Mereka diberi peluang oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) kerana pencapaian yang baik sepanjang tahun.

Tetapi nasib malang menimpa pemain-pemain lelaki seperti Zaid Izlan, Robson Tong, Kelvin Keong dan pemain yang baru dinobatkan sebagai juara kebangsaan, Kang Bo Long.
Kesemua mereka digugurkan terus dari skuad kebangsaan dan tidak layak untuk kembali ke pasukan remaja kerana melepasi had umur.

Finalis kejohanan kebangsaan, Yusuf Abdul Raub dan rakan sepasukan, Aris Ardila bagaimanapun terselamat kerana umur mereka membolehkan mereka kembali ke program remaja kebangsaan.

Kita dapat lihat di sini ianya sesuatu yang merugikan kerana pemain sepeti Bo Long, yang baru dinobatkan sebagai juara kebangsaan perlu diberi peluang dan pendedahan sewajarnya kerana mampu beraksi cemerlang dan menjadi juara baru-baru ini.

Khuwaled hadiahkan emas buat Malaysia

KILAUAN emas baru saja dibawa pulang oleh atlet pelapis taekwondo negara, Muhammad Khuwaled Bin A Rahim , 20 pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Perubatan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (PSA) sekali gus telah melonjakkan nama beliau dalam dunia sukan taekwondo Malaysia.

Khuwaled yang baru sahaja pulang dari perlawanan 1st World Taekwondo Federation (WTF) World A-class Fiestival International Taekwondo Championship yang diadakan pada 4-6 Februari 2011 bertempat di Instanbul, Turkey sebelum ini menjalani latihan pusat serentak bersama-sama atlet-atlet taekwondo dari negara lain di Seoul, Korea. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, bahkan akan meneruskan perjuangan dalam memburu emas seterusnya pada pertandingan yang bakal berlangsung di Seoul, Korea untuk kejohanan WTF Taekwondo Championship Korea.


Atlet muda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mula menunjukkan bakatnya dalam sukan taekwondo semenjak usia awal 10 tahun lagi. Berbekalkan azam dan semangat yang tinggi, Khuwaled diserap dalam Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai pelapis muda taekwondo dan melakarkan aksi cemerlang dalam hampir semua kejohanan yang disertai.

Antara pencapaian beliau yang beraksi dalam kategori Light Middle adalah 1st International Taekwondo Zurich di Switzerland, 2nd International Taekwondo ASEAN Games Tokyo di Jepun, 5th Europe Taekwondo Fiestival Championship Sweden, 3rd World Teenagers Taekwondo Championship Melbourne di Australia, dan banyak lagi. Sepanjang kejohanan yang berlangsung, beliau telah mempamerkan aksi cemerlang yang berterusan dengan meraih banyak pingat emas untuk Malaysia. Malah, baru-baru ini Khuwaled telah dianugerahkan gelaran Best Fighter.

Justeru, dengan harapan untuk melangkah maju dalam arena taekwondo dunia, beliau akan terus mempamerkan kecemerlangan supaya impiannya menyertai skuad elit kebangsaan akan tercapai.

http://politeknik.gov.my/webjpp2/index.php?pg=pelajar&sub=beritapenuh&id=321

Tak bermakna tanpa emas

Utusan Feb 11, 2011 at 03:08 PM

KORAT - Masa depan berbasikal trek negara untuk kekal sebagai kuasa antara besar di Asia dilihat sangat cemerlang, ekoran persembahan bertenaga skuad pelapis pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, yang sedang berlangsung.

Walaupun belum meraih sebarang pingat emas setakat ini, pencapaian pingat perak dalam acara pecut berpasukan kelmarin memperbaiki pencapaian di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), yang membayangkan perseteruan di antara Malaysia, China dan Jepun akan berterusan pada masa depan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab lega dengan persembahan pelumba trek seperti Jupha Somnet, Muhd Arfy Qhairan Amran, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, Muhammad Syahriwan Mohd Shari, Hamdan Hamidun, Muhammad Fauzan Nor Azman dan Muhammad Firdaus Suardi.




"Jupha meraih dua pingat perak setakat ini. Saya harap dia boleh dapat pingat emas kerana dia dijangka ambil enam acara. Dalam acara pecut berpasukan, pasukan remaja Malaysia telah meningkat dengan cepat.

"Mereka sekadar dapat tempat keempat di Sharjah. Bagaimanapun, mereka berjaya merangkul pingat perak di Korat. Perlu diingat bahawa acara pecut berpasukan dipertandingkan pada Sukan Olimpik. Persembahan Muhd Arfy Qhairant dalam acara 1 kilometer ujian masa juga sangat membanggakan.

"Begitu pencapaian Muhammad Firdaus yang hanya tewas menerusi photo finish pada ketika bersaing dengan pelumba Korea Selatan.

"Secara keseluruhan, saya bangga dengan persembahan pasukan pelapis Malaysia. Ia bermakna Malaysia berpotensi untuk meneruskan kesinambungan sebagai antara kuasa besar acara trek sebagaimana yang berlaku sekarang.

"Saya percaya mereka akan mengambil alih peranan (Mohd) Azizulhasni (Awang), Rizal (Tisin), Muhammad Edrus (Md Yunos), Josiah (Ng) dan Fatehah (Mustafa).

"Bagaimanapun saya tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mendapat pingat emas,' katanya.

Bagaimanapun, Abu Samah percaya Muhd Afry Qhairant dan Somnet berpotensi untuk meraih pingat emas menerusi acara keirin, jika mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada acara tersebut.

Skuad remaja Malaysia meraih lapan pingat pada ACC 2010 di Sharjah, UAE dan berdasarkan persembahan semasa, anak buah jurulatih pelapis, Soud Hussin dan Eddie Norshamsidi Abd Rashid dilihat bakal meneruskan pencapaian cemerlang di ACC 2011

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia (ACC) percaya skuad remaja akan mendapat pengalaman berlatih dan bertanding di kejohanan besar seperti ACC 2011 bersama pelumba trek bertaraf dunia seperti Mohd Azizulhasni, Rizal, Josiah, Muhammad Edrus dan Fatehah.

"Ini situasi yang sangat bagus untuk mereka kerana pelumba senior akan sentiasa menjadi role model dan idola kepada pelumba junior.

"Mereka tidak perlu mencari-cari idola pelumba negara asing kerana Malaysia telah pun mencapai status dunia.

"Malah jurulatih pelapis seperti Soud dan Eddie Norshamsidi juga boleh menerima bimbingan terus daripada John Beasley selaku ketua jurulatih kebangsaan. Saya rasa Beasley sememangnya sentiasa mahu berkongsi pengalaman dengan jurulatih tempatan," katanya

Tey cipta rekod baru angkat berat dalam demam

Sabtu, 26 Mac 2011

BANGI, (Bernama) - Keadaan demam tidak menyukarkan atlet Tey Shan Feng dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta rekod baru kebangsaan pada acara angkat berat wanita melebihi 75kg pada Kejohanan Kebangsaan 2011 Sirkit 1 di Kompleks Sukan Bangi di sini hari ini.

Tey, 21, dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berjaya mengangkat berat beban 107kg bagi acara clean & jerk dan 82kg bagi acara snatch untuk jumlah angkatan 189kg, sekaligus merangkul tiga pingat emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.

Rekod kebangsaan 106kg dalam acara clean & jerk sebelum ini dicipta oleh beliau sendiri pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka tahun lepas.

Alet, yang berasal dari Sabah itu, berkata, beliau sendiri tidak menyangka mampu melakukan angkatan tersebut kerana mengetahui tahap kesihatannya yang masih belum pulih daripada demam yang berlarutan selama seminggu.

"Saya tidak meletakkan apa-apa sasaran pada kejohanan ini selain sekadar mencuba untuk memecahkan rekod tahun lalu di Sukma Melaka.

"Kesihatan pun tak berapa memuaskan lagi namun saya cuba gagahkan diri untuk membuat angkatan tersebut walaupun ada rasa seperti mahu pitam tadi dan ia berbaloi dengan keputusan diperolehi," katanya kepada pemberita di akhir saingan itu.

Dalam pada itu, ATM terus mendominasi dua lagi kategori wanita yang dipertandingkan iaitu kategori 69kg dan 75kg.

Bagi kategori 75kg, Arisha Farra Erwin berjaya mengutip emas dalam kategorinya apabila tidak memberi peluang pesaingnya sebelum menang dalam acara snatch dan clean & jerk.

Arisha Farra, salah seorang dari skuad pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), berjaya mengangkat beban acara snatch dan clean & jerk masing-masing 72kg dan 92kg untuk memungut jumlah angkatan keseluruhan 164kg.

Bagi kategori 69kg pula, Nurul Farhana Johari mengungguli kedua-dua acara snatch dan clean & jerk apabila membuat angkatan masing-masing 76kg dan 97kg untuk mengumpul jumlah angkatan keseluruhan 173kg.

Esok, empat kategori lelaki iaitu 85kg, 94kg, 105kg dan 105kg ke atas akan dipertandingkan.

Bekas ‘manusia terpantas Asia’ berlatih di Bukit Jalil

2011/03/31

BEKAS jaguh pecut Indonesia, Mardi Lestari akan mengiringi lima atlit olahraga dari Medan ke Malaysia untuk menjalani latihan persiapan menyertai dua kejohanan di negara republik itu.

Atlit acara larian jarak sederhana dan jauh itu menjalani latihan bersama atlit pelapis Malaysia di fasiliti Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin memberitahu program penempatan atlit dari Medan itu adalah hasil kerjasama antara MSN dan Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI).

Mardi pada zaman gemilang pernah bergelar ‘'manusia terpantas Asia’' selepas mara ke peringkat separuh akhir acara 100 meter Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan.

Beliau juga meraih pingat emas dalam acara sama di tiga edisi Sukan SEA, bermula dari temasya di Kuala Lumpur (1989), Manila (1991) dan Singapura (1993).

Jefri berkata atlit berkenaan akan menyertai kejohanan olahraga Wilayah Sumatera Jun ini dan Pekan Olahraga Nasional, tahun depan.

“Mungkin sebelum hujung tahun ini, Cawangan Pelapis berharap dapat berkongsi pengalaman dengan Mardi untuk melatih pelapis atlit olahraga Malaysia,” katanya.

Program Pelapis Negeri Johor

JOHOR BAHRU - Sejajar dengan hasrat meningkatkan prestasi jurulatih Program Pelapis Negeri Johor, pelbagai seminar kejurulatihan dianjurkan melibatkan Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), dan Pusat Satelit Johor.

Selain itu, seminar berkenaan turut mendapat kerjasama dari pihak luar seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) terutamanya dari segi penyertaan dan modul yang dijalankan sepanjang program.

Ketua Unit Sukan Berprestasi Tinggi (USPTN) Negeri Johor, Hafiszal Tukemin berkata, antara seminar yang dijalankan sepanjang tahun ini, ialah Seminar Sains Sukan dan Program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan (CCE).

“Seminar Sains Sukan yang berlangsung pada Julai lepas, merupakan program anjuran bersama MSNJ, ISN dan UTM, manakala program Pendidikan Kejurulatihan Berterusan pada Jun lepas merupakan program anjuran MSN,” katanya.

Beliau berkata, seminar berkenaan merupakan program yang dijalankan pada setiap tahun bertujuan memberikan pendedahan mengenai perkembangan terbaru dalam dunia sukan bagi memantapkan lagi latihan yang diberikan kepada atlet pelapis.

“Program ini bertujuan memberi peluang kepada semua jurulatih dan semua penggiat sukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai bidang kejurulatihan”, katanya.

Beliau memberitahu, bagi program pelapis negeri, seramai 40 orang jurulatih bertanggungjawab melatih atlet dalam 16 acara sukan dan kebanyakannya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan.

“Di bawah USPTN, kita mempunyai jurulatih secara sambilan, sepenuh masa dan dari luar negara seperti Indonesia dan Bulgaria bagi acara sukan lawan pedang dan angkat berat,” katanya.

Secara keseluruhannya, seminar yang diadakan ini lebih menekankan kepada pendidikan dalam sukan seperti pemakanan, diet, fisioterapi dan latihan-latihan asas dalam sukan.

Sambutan yang diterima daripada program berkenaan sangat baik serta terbukti dengan jumlah penyertaan yang diterima mencatatkan angka yang tinggi ditambah lagi dengan penyertaan dari pelajar UTHM.

“Program anjuran bersama di antara Pusat Satelit Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor serta UTM telah diadakan di Dewan Gemilang MSN Johor pada 29 Julai 2010 yang lalu telah dihadiri oleh peserta yang terdiri dari jurulatih MSN, MSNJ dan UTHM,” katanya.

Beliau berkata, program yang dikendalikan di bawah unit kejurulatihan MSN ini, amat berguna bagi meningkatkan lagi prestasi jurulatih terutamanya dalam mendedahkan perkembangan terbaru dunia sukan.

http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8191385.asp

Sekolah sukan fokus lahir atlet berwibawa

Oleh DRAHMAN BAHARUN
drahman@kosmo.com.my

MISI melahirkan atlet berwibawa adalah fokus utama penubuhan sekolah sukan di negara ini.
Dalam erti kata lainnya, ia boleh dianggap 'kilang' untuk melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Pada masa yang sama pencapaian cemerlang dalam bidang akademik tetap menjadi keutamaan.

Kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan perlu seiring agar atlet yang dilahirkan itu mempunyai pakej serba lengkap iaitu berilmu.

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Bandar Penawar (SSBP) adalah projek perintis untuk tujuan itu.

SSBJ pada awalnya hanya memfokuskan kepada 12 jenis sukan iaitu akuatik, memanah, olahraga, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki, skuasy, gimnastik berirama, gimnastik artistik dan sepak takraw.

Namun kini terdapat 26 jenis sukan ditawarkan dengan kemasukan acara seperti wusyu, kriket, lawan pedang, lumba basikal, menembak, golf, taekwondo, ekuestrian, perahu layar, badminton, tenis, pool/snooker, angkat berat dan tenpin boling.


"BRYAN dua kali beraksi pada temasya Olimpik. "

Begitu juga dengan SSBP yang pada asalnya hanya menawarkan beberapa jenis sukan, namun kini semakin berkembang seperti mana perubahan di SSBJ.

Perubahan ini membuktikan bahawa peranan dua sekolah sukan itu mempunyai kesan dalam melahirkan atlet berdaya saing.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin mengakui bahawa fungsi sekolah sukan amat luas.

Selain bertindak melahirkan atlet pelapis negara ia juga memainkan peranan melahirkan ahli sukan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Menurutnya, SSBJ dan SSBP berjaya melahirkan atlet pelapis yang berkualiti untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi pada masa akan datang.

"Sekolah sukan ibarat lubuk untuk melahirkan jaguh sukan negara.

"Di sini, pelajar diajar ilmu dalam bidang sukan dan ia adalah subjek wajib sebaik tamat waktu persekolahan mereka setiap hari.

"Pelajar ini akan dibimbing oleh jurulatih bertauliah yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. Sesi motivasi untuk mengukuhkan kekuatan mental turut diadakan ke arah membentuk keyakinan diri atlet," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jefri menegaskan, sekolah sukan yang ada sekarang tidak cukup untuk menampung pelajar yang semakin ramai dan ia perlu ditambah.

"Kita perlu menambah sekolah sukan kerana sebahagian daripada pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik tidak mendapat tempat apabila kouta sudah penuh.

"Saya rasa perlu diwujudkan sekolah sukan di beberapa negeri seperti di Sabah, Pahang dan Perlis," katanya.

Menurutnya, MSN pula akan memainkan peranan dengan menyediakan program latihan dan pendedahan kepada pelajar yang menuntut di sekolah sukan.

Sehingga kini, sebahagian besar atlet pelapis negara masa kini terdiri daripada pelajar di dua sekolah sukan berkenaan.


"ROBANI cipta nama dalam acara 110m lari berpagar. "

Jumlah itu akan semakin meningkat jika ada di kalangan pelajar berjaya mempamerkan prestasi cemerlang pada kejohanan-kejohanan tertentu.

Setakat ini, 12,718 bakat baru mengikuti latihan di beberapa pusat kecemerlangan di seluruh negara dan jika ada di kalangan mereka mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan sukan, peluang mereka untuk diserapkan ke sekolah sukan adalah cerah.

Menurut Jefri, asas kemasukan adalah mudah iaitu cemerlang dalam dua bidang iaitu akademik dan sukan.

Sejak beberapa tahun, ramai pelajar sekolah sukan ini sudah mendapat tempat dalam skuad elit negara dan antara mereka ialah S. Mathialagan (olahraga), Aricco Jumith (angkat berat), Mohd. Faiz Musa (angkat berat), Kelvin Ong (tenpin boling) dan juga Mohd. Zulkifli Tahir (memanah).

Nama besar yang lahir daripada SSBJ dan SSBP sudah pastinya atlet terjun, Farah Begum Abdullah, Yeoh Ken Nee, Leong Mun Yee, Bryan Nickson Lomas, Elizabeth Jimie diikuti atlet renang, Daniel Bego, Durratun Nasihin Rosli (gimnastik) Roslinda Samsu (lompat bergalah wanita), Mohd. Robani Hassan (110m lari berpagar), Ngew Sin Mei (lompat kijang wanita), Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong (tenpin boling) dan ramai lagi.

Kejayaan dua sekolah sukan ini melahirkan atlet yang berdaya saing di pentas antarabangsa turut mendapat pujian Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Menurut Kok Chi, sekolah sukan memiliki peranan yang cukup besar dalam melahirkan atlet yang berjaya dan cemerlang.

"Pelajar dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) adalah penyumbang utama dan penampilan mereka pada Sukan SEA misalnya, tidak pernah menghampakan.

"Sebagai contoh perenang negara, Daniel Bego dan penerjun cilik, Bryan Nickson adalah antara pelajar yang dilihat paling menyerlah lahir daripada sekolah sukan.

"Bakat mereka dicungkil serta digilap di sekolah sukan. Mereka ini masih muda dan memiliki peluang untuk berjaya dalam karier masing-masing," katanya.

Kok Chi juga bersetuju agar sekolah sukan perlu ditambah pada masa akan datang untuk melahirkan lebih ramai atlet yang berjaya.

Menurutnya, MOM menyokong penuh penubuhan sekolah sukan bagi menempatkan lebih ramai pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang sukan.



Naib presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Penajaan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Nur Ekmal Buhary berkata, sekolah sukan perlu dipertingkatkan dari segi penambahbaikan program untuk pelajar.

Menurutnya, program pelajar sekolah sukan harus berbeza dengan sekolah biasa bagi melahirkan pelajar yang berkualiti bukan sahaja dalam sukan, malah akademik.

"Sekolah sukan perlu memberi fokus kepada pelajar yang cemerlang dalam sukan dan akademik. Jika ditekankan kedua-duanya, ibu bapa sudah pasti tidak berasa takut menghantar anak mereka ke sekolah sukan.

"Dalam hal ini perlu ada penambahbaikan serta bersedia menerima pandangan daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan kualiti sekolah sukan," katanya.

Dia juga mengakui bahawa sekolah sukan sekarang sudah berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sukan serta akademik.

Kumpulan pertama atlit negara tiba

Oleh Jumiati Rosly
jumiati@bharian.com.my
2010/09/26


KUMPULAN atlit pertama Malaysia terdiri daripada 12 atlit lawn bowl dan empat pegawai selamat tiba di New Delhi, pagi semalam.
KUMPULAN atlit pertama negara ke Sukan Komanwel New Delhi selamat tiba di bandaraya itu semalam tetapi terpaksa mencari tempat bermalam di salah sebuah hotel berikutan perkampungan sukan masih belum siap untuk diduduki kontinjen negara.

Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin yang juga Pengurus Besar Sukan Komanwel negara berkata, tempat penginapan kontinjen negara tidak dapat disiapkan sepenuhnya dengan setakat ini hanya tiga blok apartmen saja siap untuk diduduki.

“Pasukan lawn bowl ditempatkan sementara di Hotel Ashok kerana penginapan di perkampungan sukan masih belum dibersihkan dan banyak kemudahan di bilik-bilik yang ditetapkan sedang disusun.
“Pasukan ini dijangka akan mendaftar masuk ke perkampungan sukan esok (hari ini) jam 10 pagi dan memulakan sesi latihan pada sebelah petang,” kata Jefri.

Kumpulan atlit pertama terdiri daripada 12 atlit lawn bowl dan empat pegawai tiba di New Delhi pada jam 9.30 pagi (12 tengahari waktu Malaysia), semalam.

Jefri berkata, kontinjen negara mengalami masalah pengesahan kad akreditasi di lapangan terbang dengan alasan tiada maklumat di dalam sistem.

“Masih banyak maklumat tidak jelas tentang prosedur ketibaan dan ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat ketua kontinjen esok,” katanya.