Monday, February 22, 2016

Selamat Hari Jadi MSN Ke- 45


45 TAHUN PENUBUHAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
21hb Februari 2016 genap 45 tahun penubuhan Majlis Sukan Negara.
MSN ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara pindaan 1978.
MSN secara rasminya dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, YAB Tun Abdul Razak.
Pada peringkat awal penubuhan MSN, program-program sukan berprestasi tinggi telah dilaksanakan dibawah kendalian bahagian sukan, Kementerian belia dan Sukan.
Matlamat penubuhan ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara, iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian cemerlang sukan dalam pertandingan peringkat tertinggi.

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil1/2016





Bukit Jalil : Semalam telah berlangsung Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bilangan 1 bagi tahun 2016 bertempat di Bilik Rajawali Casa 1, Majlis Sukan Negara. Mesyuarat ini merupakan antara aktiviti tahunan yang wajib di Cawangan Pelapis yang kini menjadi Bahagian Atlet. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Atlet iaitu Encik Jefri Ngadirin dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Unit Negeri USPTN (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri), Pengurus Sukan MSN, Pegawai Pembangunan Negeri USPTN serta pegawai dan anggota Bahagian Atlet MSN.

Tujuan mesyuarat yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu adalah bagi membentangkan pelaksanaan dan perancangan program di peringkat negeri masing-masing. Melalui mesyuarat ini juga diselitkan perjumpaan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Dato' Haji Ahmad Shapawi Bin Ismail bersama semua KUN USPTN pada 16 Februari 2016.


LAPORAN OLEH,
K.LINGAM
UNIT STATISTIK BAHAGIAN ATLET
MAJLIS SUKAN NEGARA

Monday, February 15, 2016

Pemantauan Pusat Latihan Karate (KATA) Kebangsaan Pulau Pinang


Pemantauan Pusat Latihan Karate (KATA) Kebangsaan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Atlet (PPBA) En. Jefri Ngadirin pada 11 - 13 Februari 2106 bertempat di Pulau Pinang.

Friday, February 5, 2016

Ucapan tahniah dari PM

Ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia Kepada Pelumba Basikal Negara Azizulhasni Awang melalui twitter.Terbaeeekkk

Road to Rio 2016


Welcome home Johnathan gold medalist air pistol and earned Malaysia a quota sport for the Rio Olympics.

Thursday, February 4, 2016

Selamat Hari jadi Datuk

Selamat Hari Lahir YB Datuk Saravanan Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia dari seluruh warga Atlet Malaysia.

Important notice Beware



Bidikan Sukan Olimpik buat Jonathan

Bidikan Sukan Olimpik buat Jonathan

Oleh Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penembak elit negara Jonathan Wong melakar kejutan dengan meraih pingat emas acara 10m Air Pistol individu lelaki di Kejohanan Menembak Kelayakan Olimpik di New Delhi, India hari ini.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan Jonathan meraih tiket beraksi di Sukan Olimpik Rio Ogos ini. Dalam aksi final acara itu, dia berjaya melakukan bidikan tepat 198.7 mata mengatasi pesaing terdekat dari Arab Saudi Atallah Alanazi dengan 198.3 mata. Tempat ketiga menjadi milik Kim Jong Su dari Korea Utara apabila mengumpul 176.9 mata.

Malaysia kini memiliki enam atlet layak ke Olimpik selepas Pandelela Rinong Pamg, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dari sukan terjun manakala seorang lagi pemanah Khairul Anuar Mohamad.

Wednesday, February 3, 2016

Program PODIUM


SERAMAI 97 atlet termasuk 27 atlet paralimpik serta 36 jurulatih daripada 21 jenis sukan disenaraikan dalam Program Podium Malaysia yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.
Senarai itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut mengingatkan atlet tidak boleh berasa terlalu selesa dengan pemilihan tersebut kerana mereka mungkin disingkir daripada program berkenaan sekiranya gagal menampilkan aksi yang diharapkan.
“Saya ingin tegaskan, keistimewaan ini bukanlah sesuatu yang kekal sehingga ke akhir karier mereka (atlet) kerana sekiranya mereka gagal tunjukkan prestasi terbaik, kita akan singkirkan mereka dan beri peluang kepada atlet yang lebih layak,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Program Podium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.
Antara atlet berprofil tinggi yang disenaraikan dalam program yang berada dalam rangka kerja Prestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Khairul Anuar Mohamad, Mohd. Azizulhasni Awang, Leong Mun Yee, Pandelela Rinong dan Shalin Zulkifli.
Kriteria untuk disenaraikan dalam program tersebut adalah atlet-atlet yang pernah memenangi pingat pada Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia sebelum ini selain berganding bersama atlet yang berada dalam program tersebut.


Tuesday, February 2, 2016

Johnathan clinch Olympic spot in New Delhi

Johnathan Wong Guanjie is over the moon after booking an Olympic ticket to Rio de Janeiro.
“I am floating on air right now. My Olympic dream has come true. I am glad that Malaysian shooting will have a representative in Rio,” said Johnathan.
The aerospace engineering student at Universiti Putra Malaysia (UPM) became the first Malaysian shooter to qualify for the multi-sport showcase from Aug 5-21 after winning the men’s 10m air pistol gold at the Asia Olympic Qualifying Championships in New Delhi on Monday.