Saturday, August 30, 2014

Atlet muda negara menyerlah‎

Atlet muda negara menyerlah


ZARIF (kiri) yang berpasangan dengan Freywald Cynthia dari Jerman memenangi pingat perak dalam acara memanah campuran antarabangsa.



NANJING - Kejayaan luar biasa kontinjen negara membawa pulang satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua merupakan cermin kejayaan yang bakal diraih atlet negara pada cabaran sebenar temasya Sukan Olimpik
Rio di Brazil 2016 dan Olimpik Tokyo, Jepun pada 2020.
Kontinjen negara bukan hanya berjaya mengatasi pencapaian pada edisi pertama sebelum ini, iaitu dua pingat perak yang disumbangkan oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng di Singapura, empat tahun lepas, tetapi turut membuktikan bahawa Malaysia kini setanding dengan kuasa sukan besar dunia.
Empat pingat negara pada YOG 2014 disumbangkan oleh pemain badminton pelapis negara, Cheam June Wei yang meraih pingat emas dalam acara beregu campuran antarabangsa, penerjun negara, Loh Zhiayi dalam acara 10 meter (m) platform individu (pingat perak) dan 3m papan anjal individu wanita (pingat gangsa) serta pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli, (pingat perak) acara recurve campuran antarabangsa.
Kejayaan itu dianggap luar biasa apabila sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat sebelum 20 atlet remaja negara berlepas ke Nanjing.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berharap pendedahan berguna itu akan dijadikan sebagai pendorong kepada atlet remaja negara untuk menyusun langkah bagi mengejar kejayaan pada masa hadapan tidak kira apa jua kejohanan.
"Mereka (atlet) adalah pelapis yang akan menggantikan atlet elit pada masa hadapan dan kita berharap hasil daripada usaha itu dapat dicapai pada Olimpik Rio 2016 ataupun Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Zolkples berkata, berdasarkan pencapaian di YOG 2014, beliau dapat lihat peluang cerah menanti atlet remaja negara sekiranya mereka terus berusaha gigih dan mengekalkan persembahan secara konsisten.
"Kejayaan ini adalah hasil program empat tahun yang dianjurkan MSN bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mempunyai kemampuan dan berkebolehan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa sejajar dengan misi negara untuk meraih pingat emas pertama negara di peringkat Sukan Olimpik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian keseluruhan atlet negara di YOG 2014, Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, semua atlet remaja berjaya memberi saingan hebat walaupun mereka terpaksa berdepan atlet handalan dunia dalam misi memburu pingat.
"Sekiranya mereka (atlet) diasuh dengan baik maka negara pasti akan mendapat hasil dalam jangka masa empat atau lima tahun lagi dan saya jangka satu atau dua orang atlet YOG 2014 mungkin terpilih untuk menggalas cabaran negara di Olimpik Rio pada 2016," katanya.
Beliau berkata, impian tersebut hanya dapat dicapai sekiranya persatuan sukan kebangsaan cepat bertindak menyusun program bagi atlet YOG 2014.
Mengulas mengenai sukan badminton, Jefri berkata, penyumbang pingat emas pertama negara, June Wei berjaya membuktikan bahawa beliau mampu pergi jauh dalam sukan itu.
"Walaupun June Wei gagal di saingan suku akhir acara perseorangan individu lelaki, namun dia mempunyai bakat besar jika segera diasah melalui kejurulatihan yang lebih baik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar mampu menyaingi pemain hebat dari negara China, Jepun, Indonesia mahupun negara Eropah," katanya.
Jefri berkata, kejayaan Zhiayi meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa membuktikan bahawa negara tidak ketandusan atlet terjun dan beliau dilihat mempunyai potensi untuk menyerlah di temasya sukan antarabangsa.
"Zhiayi mempunyai bakat besar dan dilihat mampu menggantikan tempat ratu terjun negara, Pandalela Rinong Pamng satu hari nanti," katanya.
Tambahnya, kejayaan Zarif memenangi pingat perak dalam acara berpasukan antarabansa juga harus diberi pujian apabila pemanah berasal dari Terengganu itu dilihat mempunyai bakat besar dan mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi selepas ini.
Katanya, walaupun acara olahraga gagal menyumbang pingat, kejayaan atlet lompat kijang wanita pelapis negara, R. Kirthana menempatkan dalam kelompok lapan terbaik dunia di saingan peringkat akhir harus diberi pujian kerana bukan mudah untuk layak ke final kategori A dalam sukan olahraga.
"Atlet gimnastik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok tujuh terbaik dunia dalam acara palang sejajar dan lapan terbaik dunia dalam acara kekuda berpelana membawa sinar baharu dalam sukan gimnastik artistik negara setelah lama Malaysia ketandusan atlet dalam acara tersebut," katanya.
Pada edisi kali ini, Malaysia menghantar 20 atlet mengambil bahagian dalam 10 daripada 28 jenis acara sukan yang dipertandingkan.
Acara sukan tersebut ialah akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistik dan gimrama), golf, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, taekwondo, dan juga ekuestrian. - Bernama


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz3Bq1F5Wbb 
Hakcipta terpelihara ‎

Thursday, August 28, 2014

Malaysia End YOG 2014 Campaign With One Gold, Two Silver And A Bronze


From Ahmad Muliady Abdul Majid

NANJING, Aug 27 (Bernama) -- The Malaysian contingent participating in the Youth Olympic Games (YOG 2014) here, ended their campaign with one gold, two silver and a bronze medal.

The medal haul which surpassed the two silver medals won by diver Pandelela Rinong at the first YOG in Singapore four years ago, came through badminton, diving and archery.

The country's first gold medal of the YOG came through shuttler Cheam June Wei from the mixed doubles while diver Loh Zhiayi accounted for a silver and bronze from the women's 10m platform individual and 3m Springboard individual respectively before Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli clinched a silver from the archery range through the mixed pairs.

Loh Zhiayi who had been in supreme form in the 10m Platform and 3m Springboard, failed to complete her hat-trick of medals after finishing seventh in the international team diving held at the Nanjing OSC Natatorium, today.

The Malaysian contingent led by former shuttler Wong Pei Tty, took part in 10 of the 28 sports contested, namely aquatics (swimming, diving), badminton, gymnastics, golf, archery, shooting, athletics, sailing, taekwondo and equestrian.

Host China emerged as the overall champion with 38 gold, 10 silver, 13 bronze, followed by Russia with 23 gold, 18 silver, 11 bronze while USA finished third with nine gold, two silver and six bronze medals.

-- BERNAMA

Malaysian Contingent's Achievement At YOG 2014 Draws Praise From NSC



NSC Director-general Datuk Seri Zolkples Embong
From Ahmad Muliady Abdul Majid

NANJING, Aug 26 (Bernama) -- The National Sports Council (NSC) feels the performance of young athletes at the Youth Olympic Games (YOG 2014) can be used as a yardstick to measure the junior development programmes.

NSC director-general Datuk Seri Zolkples Embong who was full of praise for the performance and achievement of junior athletes at the YOG 2014 said the achievement of young athletes showed how far our athletes can progress at the international stage.

The Malaysian contingent has thus far collected a gold, two silver and a bronze in the YOG 2014, although the NSC and the Olympic Council of Malaysia (OCM) had not set any specific target.

Zolkples said he was proud of the achievement of athletes who won medals because some of them were merely making their debut at the international stage, including the YOG 2014.

"The achievement can be used to measure the progress of our development programmes. It can also be used as a yardstick to measure the capability of our athletes to compete against the rest of the world," he told Bernama when contacted here, Tuesday.

Malaysia's gold medal was won by shuttler Cheam June Wei in the mixed doubles competition, diver Loh Zhiayi clinched a silver and bronze from the women's individual 10m platform and 3m Springboard respectively while Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli added a silver from the mixed pairs Recurve event at the archery range.

The achievement has also surpassed the two silver medal winning feat by diver Pandelela Rinong at the first YOG, hosted by Singapore, in 2010.

-- BERNAMA

Zolkples puji kesungguhan atlet pelapis

  • Zolkples Embong Zolkples Embong
 1 / 1 
KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua atlet pelapis yang beraksi pada Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua.
  
Pasukan negara sehingga hari ini berjaya mengumpul satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa.
  
MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum ini tidak meletakkan sabarang sasaran pingat kepada kontinjen negara kerana menyifatkan temasya sukan remaja terbesar dunia itu sebagai kejohanan yang bertaraf tinggi.
  
Mengikut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), YOG bukan mengenai keputusan dan persembahan tetapi lebih kepada menimba pengalaman, proses pembelajaran serta memahami karier masa depan seseorang atlet
  
Zolkples berkata, beliau bangga dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan atlet pelapis negara dalam temasya empat tahun sekali itu, walaupun ada antara mereka membuat penampilan kali pertama pada kejohanan bertaraf dunia.
  
"Kejayaan ini dapat dijadikan sebangai penanda aras bagi mengukur sejauh mana tahap pencapaian program pelapis negara yang dikendalikan oleh MSN bagi melahirkan lebih ramai atlet yang mampu berdaya saing serta mempunyai kemampuan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Sukan Olimpik," katanya ketika dihubungi wartawan Bernama dari Nanjing, China hari ini.

Beliau berkata, YOG 2014 adalah medan pendedahan terbaik untuk atlet pelapis negara agar mereka lebih bersedia untuk menggalas cabaran selepas ini.
  
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, penghantaran atlet pelapis negara ke Nanjing bukanlah satu pembaziran kerana atlet baharu perlu mendapat pendedahan dalam kejohanan peringkat antarabangsa terlebih dahulu sebelum bagi mencari kematangan sebelum layak untuk menggalas cabaran yang lebih besar apabila berpeluang beraksi dengan atlet handalan dunia," katanya.
  
Zolkples berkata, kontinjen negara pada YOG 2014 berjaya membuktikan kemampuan sebenar mereka hari ini dan beliau berharap ia dapat dijadikan contoh dan pembakar semangat atlet lain.
  
"Saya selalu berpesan kepada atlet agar tidak takut atau mudah putus asa apabila berhadapan dengan lawan yang lebih kuat sebaliknya berazam untuk mengatasi mereka sebelum tamat perlawanan," katanya.
  
Pingat emas pertama negara pada cabaran YOG 2014 disumbangkan oleh pemain badminton remaja negara, Cheam June Wei dalam acara beregu campuran antarabangsa.
    
Dua pingat perak Malaysia masing-masing diraih oleh penerjun pelapis wanita negara, Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu dan pemanah pelapis negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli menerusi acara recurve campuran antarabangsa.
  
Pingat gangsa negara pula disumbangkan oleh penerjun remaja Loh Zhiayi menerusi acara 3m papan anjal individu wanita semalam.
  
Kejayaan itu sekaligus mengatasi pencapaian kontinjen Malaysia pada YOG edisi pertama, 2010 yang berlangsung di Singapura apabila ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng membawa pulang dua pingat perak.  - Bernama

Wednesday, August 27, 2014

There’s more to come from swimmer Welson

BY TAN MING WAI

Welson Sim (pic) smashed senior team-mate Kevin Yeap’s national swimming record in the 800m freestyle at the Youth Olympics last week. - Filepic
Welson Sim (pic) smashed senior team-mate Kevin Yeap’s national swimming record in the 800m freestyle at the Youth Olympics last week. - Filepic
PETALING JAYA: Youngster Welson Sim is convinced that there is still plenty more to come from him after he impressed at last week’s Nanjing Youth Olympic Games (YOG) swimming competition.
Welson may have failed to make the finals in the three freestyle events – 200m, 400m and 800m – but, as far as his performance is concerned, the 17-year-old from Samarahan, Sarawak, has certainly showed lots of promise.
Welson smashed senior team-mate Kevin Yeap’s national record in the 800m freestyle by clocking 8:15.84. It wiped out Kevin’s previous mark of 8:18.79 set at the 2011 World Championships in Rome.
He also went on to improve on his personal best in both of the 200m and 400m freestyle events.
Welson dipped below 1:52 for the first time in 200m event by posting 1:51.99 and shaved almost three seconds off from his previous personal best to clock a brilliant 3:55.72 in the 400m distance. The time was not far away from the national record of 3:53.26 held by Kevin.
“I only thought about hitting my personal best times. It (the 800m freestyle record) was totally unexpected,” said Welson in a telephone interview from Nanjing.
“One national record and two personal bests ... I really couldn’t ask for more. I’m pleased with how things have gone in my YOG debut.
“But it’s the 1,500m distance, for which I have a personal best of 15:47, that really matters. Like Kevin, we are working really hard towards ending Jeffrey Ong’s long-standing national record of 15:23.61 (set in 1991).”
Welson, who was promoted to the national elite squad last year, has been touted as the next big thing in long distance swimming for Malaysia after Kevin.
Welson has also established himself as a regular member in the national quartet for relay events for the past one year, and was part of team who set a new national record in the 4x200m freestyle at the Glasgow Commonwealth Games early this month.
For now, all he is interested in is to do well in the Incheon Asian Games next month.

Eain Yow checks into second round with ease

BY KNG ZHENG GUAN

PETALING JAYA: Junior squash player Ng Eain Yow continued his good run of form as he marched into the second round of the Malaysian Tour Squash Circuit (SSJM) at the Kangar Squash Complex.
The 16-year-old Eain Yow showed no ill effects of the long trip back from the World Junior Championships in Namibia as he outclassed Pakistan’s Muhammad Mohsin Khan 11-6, 11-4, 11-6 in the seventh leg of the circuit in just 18 minutes on Tuesday.
The two-time British Junior Open winner, who only lost two matches at the world juniors as Malaysia exceeded expectations by finishing fourth, will meet second seed Ammar Altamimi of Kuwait in the second round.
Four other Malaysians – Mohd Addeen Idrakie, Valentino Bon Jovi Bong, Sanjay Singh Chal and Elvinn Keo – also progressed to the next round.

Zhiayi’s diving career looking bright

BY LIM TEIK HUAT

Malaysian diver Loh Zhiayi in action in the Youth Olympics in Nanjing. - BERNAMA
Malaysian diver Loh Zhiayi in action in the Youth Olympics in Nanjing. - BERNAMA
PETALING JAYA: Pandelela Rinong first made her name with two silver medals in the inaugural Youth Olympics in Singapore in 2010 before going on to bag a Commonwealth Games gold in India and an Olympic bronze in London two years later.
Young diver Loh Zhiayi is now trying to follow in Pandelela’s footsteps, having earned the right to join her illustrious team-mate as the two Malaysian representatives in the 10m platform individual at the Incheon Asian Games next month.
The 17-year-old from Taiping claimed a silver in the 10m platform individual at the Youth Olympics in Nanjing on Saturday to become a double medallist with her bronze in the 3m springboard individual on Monday.
That was enough for head coach Yang Zhuliang to put his faith in the youngster to see action at the Asian Games.
”Zhiayi raised her degree of difficulties before the Youth Olympics ... we expected her to get one medal. But two is a surprise considering that she was only accepted for the 3m springboard when another diver pulled out. She worked hard for the success.
”The Asian Games is a higher challenge but I see a good future for her if she uses the opportunity. She will be an asset for the country as she grows,” said Zhuliang, who added that Zhiayi will not head home but join the diving squad for training in Guangzhou leading to the Asiad.
The Incheon-bound team have been training in Guangzhou for three days and will remain there for the next two weeks.
Malaysia’s Cheam June Wei and Mohd Zarif Zolkepeli also won gold (badminton) and silver (recurve archery) in the mixed team events earlier but it does not count towards the country’s medal tally at the Youth Olympics.
Heading the diving squad for Incheon is Glasgow Commonwealth Games springboard champion Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar and Chew Yiwei for men while Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Cheong Jun Hoong, and Nur Dhabitah Sabri complete the women’s line-up.
At the last Games in Guangzhou, Malaysia bagged four silvers and five bronzes to finish second behind powerhouse China.

Tuesday, August 26, 2014

Kirthana telan kepahitan

KIRTHANA menamatkan saingan dalam acara lompat kijang di tempat kelima pada Sukan Olimpik Remaja di Nanjing semalam.


NANJING - Atlet lompat kijang pelapis wanita negara, R. Kirthana yang beraksi pada pusingan akhir kategori A acara itu pada Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) semalam meluahkan rasa kecewa kerana gagal menyumbang pingat untuk skuad olahraga negara.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Kirth' menamatkan saingan di tempat kelima selepas melakukan lompatan sejauh 12.64 meter (m) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Nanjing.
Pingat emas acara tersebut menjadi milik Yanis Esmeraida David dari Perancis dengan lompatan sejauh 13.33m.
Pingat perak dimenangi wakil Australia, Tay Leiha Clark (13.06m) dan pingat gangsa milik Eszter Bajnok (13.01m) dari Hungary.
"Saya rasa terkilan kerana gagal mempersembahkan aksi terbaik hari ini (semalam) apabila hilang fokus ketika membuat lompatan.
"Semua tidak menjadi apabila saya banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
"Saya ingin memohon maaf kepada jurulatih, keluarga, rakan-rakan dan semua rakyat Malaysia kerana gagal menambah koleksi pingat untuk Malaysia," katanya.
Beliau yang menjadi wakil tunggal negara Asia Tenggara yang layak ke final kategori A bagi acara tersebut, berkata sepatutnya sebutir pingat mampu diraihnya namun keadaan tidak menyebelahinya.
Kirthana sebelum ini dilihat mempunyai potensi besar untuk menyumbangkan pingat gangsa bagi acara penutup tirai skuad olahraga pelapis negara semalam.
Atlet itu yang masih menderita kesakitan akibat kecederaan pada bahagian kaki kiri, berkata beliau turut rasa terkilan kerana gagal membaiki catatan rekod terbaik peribadinya 13.06m pada Kejohanan Olahraga Asia di Thamssat, Thailand, Mei lepas.
Namun pelajar tingkatan lima Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) itu seharusnya mendapat pujian kerana bukan mudah untuk layak ke pusingan akhir kategori A, lebih-lebih lagi dalam acara olahraga.

Zhiayi raih pingat lagi

LOH Zhiayi


NANJING - Loh Zhiayi seakan tidak percaya apabila berjaya menyumbang sebutir lagi pingat buat kontinjen negara pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2014, semalam.

Penerjun cilik itu meraih pingat gangsa dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita selepas mengumpul 446.70 mata, hanya 12.4 mata dipisahkan di belakang pemenang pingat perak, Krasnoshlyk Ganna dari Ukraine yang mengumpul 459.10 mata.

Seperti diduga, emas menjadi milik penerjun China, Wu Shengping dengan catatan 492.05 mata untuk mengatasi 11 penerjun lain.

Pada Sabtu, Zhiayi menyumbang pingat perak dalam acara 10m platform individu wanita.
"Semua penerjun lain bermula dengan lebih baik, namun mereka mula melakukan kesilapan pada pusingan akhir dan membuka peluang untuk saya membaiki kedudukan.

"Saya rebut dan guna sebaik mungkin peluang tersebut sehingga berjaya meletakkan diri di tempat ketiga terbaik," katanya.

Zhiayi berkata, dia tidak pernah terfikir dapat meraih pingat kedua peribadiny, namun berasa gembira kerana dapat menyumbang sesuatu kepada negara.

Penerjun berusia 16 tahun itu berkata, dia tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat untuk acara berpasukan antarabangsa yang berlangsung esok.

"Saya tidak boleh cakap lagi...sebab tidak tahu akan berganding dengan penerjun dari negara mana, kalau digandingkan dengan penerjun dari negara hebat maka peluang untuk meraih pingat adalah lebih cerah," katanya.

Zhiayi berkata, dia sangat gembira dengan kejayaannya dan berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi pada YOG 2014 walaupun pada awalnya gagal melepasi kelayakan ke temasya sukan remaja terbesar dunia itu.
Dia layak ke YOG 2014 selepas memperoleh kedudukan ke-10 terbaik pada Kejohanan Kelayakan YOG di Mexico Mac lalu. - BERNAMA 

Diver Zhiayi delivers again in Youth Olympics

Updated: Monday August 25, 2014 MYT 10:35:28 PM

BY ASHREENA PILLAI

Loh Zhiayi in action en route to winning a bronze in the women's 3m springboard at the Youth Olympic Games in Nanjing. - Bernama
Loh Zhiayi in action en route to winning a bronze in the women's 3m springboard at the Youth Olympic Games in Nanjing. - Bernama
PETALING JAYA: With back to back podium finishes at the ongoing Youth Olympic Games has made diver Loh Zhiayi a bankable young star in the making.

Zhiayi scored 446.70 to bag the bronze in the women’s 3m springboard in Nanjing on Monday for her – and Malaysia’s – second medal.

The gold went to China’s Wu Shengping (492.05) with Ukraine’s Ganna Krasnoshlyk (459.10) taking silver.

On Saturday, Zhiayi delivered Malaysia’s first medal after clinching the silver in the women’s 10m platform.

The 17-year-old looked to be in control scoring 67.50, 54.60 and 63.00 in her first three dives to maintain her second spot.

However, in the final dive, Krasnoshlyk who was in third place pulled off a reverse 2½ somersault tuck to earn a massive 67.20 which was her biggest score of the day.

Zhiayi’s fourth dive – a back 1½ sommersault with 1½ twists – saw her earn 48.00 and fell to third.

In athletics, triple jumper Kirthana Ramasamy was forced to settle for fifth place after posting 12.64m – well below her personal and season’s best of 13.06m.

France’s Yanis Esmelda David (13.33) won gold. Australia’s Tay-Leiha Clark who matched Kirthana’s personal best of 13.06 took silver ahead of Hungary’s Eszter Bajnok (13.06).

Malaysian golfers Low Khai Jei and Kan Kah Yan had a forgettable day in the second round of the mixed team event.

After carding a three-under 69 to be tied 17th in the opening round, Khai Jei and Kah Yan only mustered a four-over 76 to occupy 23rd spot.

Monday, August 25, 2014

Kontinjen negara masih dahagakan pingat di YOG 2014


NANJING: Kontinjen negara di Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua meneruskan pemburuan pingat pada hari kesembilan temasya sukan remaja terbesar dunia itu.
Walaupun atlet pelapis negara berjaya mencapai sasaran tiga pingat tanpa mengira warna pingat seperti yang disasarkan Ketua kontinjen negara YOG 2014, Wong Pei Tty sebelum ini, pemburuan bagi memperoleh pingat bonus tetap diteruskan atlet negara yang beraksi, hari ini.
Wong melahirkan rasa puas hati di atas kesungguhan yang ditunjukkan semua atlet pelapis negara walaupun ada dalam kalangan mereka belum pernah mengikuti kejohanan bertaraf dunia.
"Saya kagum dengan semangat mereka dan semua atlet bekerja keras sepanjang berlangsungnya YOG 2014 sejak dari hari pertama kejohanan," katanya kepada BERNAMA, hari ini.
Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada kontinjen negara di YOG 2014 kerana beranggapan bahawa temasya empat tahun sekali itu adalah medan pendedahan awal buat atlet baharu pada pertandingan bertaraf antarabangsa sebelum mengalas cabaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pemanah pelapis negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli melengkapkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna di YOG 2014 selepas menghadiahkan sebutir pingat perak menerusi acara recurve campuran antarabangsa yang berlangsung di Lapangan Memanah Fangshan, semalam.
Pingat emas pertama negara sebelum ini disumbangkan pemain badminton pelapis negara, Cheam June Wei dalam acara beregu campuran antarabangsa manakala pingat perak oleh penerjun pelapis wanita negara, Loh Zhiayi dalam acara 10 meter platform individu.
Kejayaan itu sekali gus mengatasi pencapaian kontinjen negara pada edisi pertama YOG di Singapura empat tahun lalu, apabila ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng membawa pulang dua pingat perak. - BERNAMA

Malaysian Contingent Silence Critics By Winning Third Medal In YOG 2014


from Ahmad Muliady Abdul Majid

NANJING, Aug 24 (Bernama) -- The Malaysian contingent silenced the critics by winning a third medal, a silver, in the Youth Olympic Games (YOG 2014) through archer Muhamad Zarif Zolkifli.

Muhamad Zarif who competed in the Recurve mixed pairs, added a silver to Malaysia's previous tally of one gold and one silver when the eighth day of competition ended here Sunday.

The silver medal feat at the Fangshan Archery Range boosted chef-de-mission Wong Pei Tty's hopes of more medals from the young Malaysians who had earlier come under heavy criticism after failing to win any medals at the start of games, especially the first four days.

Malaysia's first gold medal was won by shuttler Cheam June Wei through the mixed doubles while diver Loh Zhiayi added a silver from the women's 10m platform individual competition.

The current achievement also surpassed the two silver medal feat by diver Pandelela Rinong at the inaugural YOG hosted by Singapore.

Hopes of another medal from equestrian evaporated when M. Praveen Nair astride his horse 'Arkansas' managed only fifth spot.

At the gymnastics arena, Jeremiah Loo Phay Xing could only manage seventh spot in the men's individual 'Parallel Bars' event after collecting 13.366 points.

Meanwhile, host China continued to dominate the medal standing with 21 gold, nine silver, 13 bronze followed by Russia with 19 gold, 15 silver, nine bronze while Italy are third with six gold, six silver and four bronze.

Tomorrow, Malaysians will see action in diving, athletics and gymnastics.

--BERNAMA

YOG 2014: Tiada kutipan rasmi pingat


  • YOG 2014YOG 2014
 1 / 1 
BERBEZA dengan temasya sukan lain, tiada kutipan pingat secara rasmi dikira bagi mengukur prestasi kontinjen negara yang mengambil bahagian pada temasya edisi kedua Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014).
  
Ketua kontinjen negara, Wong Pei Tty berkata penganjur tidak menyediakan carta kutipan pingat bagi negara yang bertanding sebaliknya hanya memberitahu pingat harian yang dimenangi oleh atlet mengikut jenis sukan.
  
"Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), YOG bukan mengenai keputusan dan persembahan tetapi lebih kepada menimba pengalaman, proses pembelajaran serta memahami karier masa depan atlet berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, malam ini.
  
Pei Tty berkata bagi dirinya pingat emas yang diraih oleh pemain badminton negara, Cheam June Wei menerusi acara beregu campuran antarabangsa tetap dikira sebagai pingat emas pertama Malaysia.
  
"Walaupun ia merupakan acara campuran, June Wei masih berjuang di gelanggang untuk merangkul pingat emas ini....ini adalah pencapaiannya," katanya.

Kejayaan June Wei itu menimbulkan tanda tanya media Malaysia apabila lagu Negaraku tidak berkemundang dan Jalur Gemilang tidak dinaikkan semasa acara penyampaian pingat hari ini.
  
June Wei yang berganding dengan pemain Hong Kong, Ng Tsz Yau mengalahkan gandingan Tsuneyama Kanta (Jepun)/Lee Chia Hsin (Taiwan) dalam straight set 21-14 dan 23-21 pada aksi final.

YOG: Malaysia win another silver in archery mixed team event

BY KNG ZHENG GUAN

Archer Mohd Zarif Syahiir partnered Germany’s Cynthia Freywald win silver in the mixed team event at the Youth Olympic Games in Nanjing on Sunday. - File pic
Archer Mohd Zarif Syahiir partnered Germany’s Cynthia Freywald win silver in the mixed team event at the Youth Olympic Games in Nanjing on Sunday. - File pic
PETALING JAYA: Malaysia won another mixed team medal at the Youth Olympics Games in Nanjing – this time through archery.
Archer Mohd Zarif Syahiir partnered Germany’s Cynthia Freywald to finish second on Sunday.
Zarif-Freywald who started off by beating Luis Tapia-Rosangel Sainz of Mexico-Cuba in the first round on Friday, stepped it up a notch by reaching the final in superb fashion.

The pair who competed in four matches yesterday, first eliminated Andreas Mayr-Lucy Tatafu (Germany-Tonga) 5-4 in the second round, before beating Bradley Denny-Miasa Koike of Britain-Japan by a similar score.
In the semi-finals, they outshot Rick Martens-Regina Romero of Belgium-Guatemala 6-2.

But they finally met their match in the final against the Philippines-China combination of Luis Gabriel Moreno-Li Jiaman who won 6-0.

The silver medal however will not be credited into Malaysia’s medal tally as they are competing under the mixed-NOCs (National Olympic Committees) flag.

This is the third medal a Malaysian athlete has won, after shuttler Cheam June Wei’s gold in mixed doubles, and diver Loh Zhiayi’s silver in the women’s 10m platform.

In artistic gymnastics, Jeremiah Loo finish seventh with a score of 13.366. Russia’s Nikita Nargonny took gold with 14.033.

Friday, August 22, 2014

Mohana kecewa gagal sumbang pingat pertama negara


  • Atlet pelapis taekwondo negara, Mariappen Mohana Priya melakukan serangan ke atas lawanya dari Colombia, Natalia Debbie Yopasa Gomez pada acara 63 kilogram wanita suku akhir pada Kejohanan Sukan Olimpik Remaja 2014 di Expo Center Hall di Nanjing hari ini.  - Foto BernamaAtlet pelapis taekwondo negara, Mariappen Mohana Priya melakukan serangan ke atas lawanya dari Colombia, Natalia Debbie Yopasa Gomez pada acara 63 kilogram wanita suku akhir pada Kejohanan Sukan Olimpik Remaja 2014 di Expo Center Hall di Nanjing hari ini. - Foto Bernama

M. MOHANA , wakil tunggal negara bagi acara taekwondo di temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kecewa apabila gagal menyumbang pingat pertama negara pada hari keempat temasya edisi kedua di sini hari ini.
 
Beliau yang beraksi dalam kategori wanita berat badan bawah 63kg tumpas dengan mata 1-15 kepada wakil dari Colombia, Yopasa Gmez Debbie pada aksi suku akhir di Dewan D, Pusat Ekpo Antarabangsa Nanjing dekat sini.
 
Mohana berkata beliau telah membuat persiapan rapi sebelum ini namun semuanya tidak menjadi apabila banyak melakukan kesilapan.
 
"Fizikal lawan yang mempunyai kelebihan dengan kaki yang panjang memudahkan beliau mencuri mata," katanya kepada Bernama.
 
Beliau bagaimanapun berazam untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada agar mampu beraksi dengan lebih baik pada kejohanan berikutnya selepas ini.
 
Sementara itu, jurulatih skuad pelapis taekwondo negara, S. Sarawanan berkata beliau berpuas hati dengan persembahan keseluruhan anak didiknya itu walaupun gagal menyumbang pingat untuk negara.
 
"Beliau (Mohana) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan memberi tentangan hebat kepada lawannya, namun nasib tidak menyebelahinya walaupun  kita telah melakukan perancangan rapi sebelum datang ke sini," katanya.
 
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Mohana mempunyai potensi untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh dan mempunyai bakat besar dalam sukan taekwondo.
 
"Kita ketandusan atlet berbakat dalam sukan teakwondo dan saya yakin bahawa Mohana mampu membawa sinar baharu bagi acara taekwondo dalam masa tiga atau empat tahun lagi," katanya. - Bernama

'Kami bukan datang untuk melancong'


  • YOG 2014
KONTIJEN negara masih gagal meraih sebarang pingat pada hari kelima kejohanan Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) namun perenang pelapis negara, Yap Siew Hui, menafikan para atlet tidak berusaha dan hanya datang melancong atau 'makan angin' di Nanjing.
  
Yap berkata beliau dan rakan-rakan sepasukan menyedari tugas dan misi besar menggalas cabaran negara dan mereka berusaha gigih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas sukan dunia ini walaupun banyak perenang bertaraf dunia daripada 205 buah negara turun beraksi di sini.
  
Negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Vietnam dan Singapura telah pun meraih sekurang-kurangnya satu pingat.
  
Majlis Sukan Negara (MSN) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada atlet pelapis yang beraksi di temasya sukan remaja terbesar dunia ini dengan alasan bahawa YOG 2014 merupakan kejohanan yang kompetitif dan bertaraf tinggi.
  
Yap yang beraksi dalam acara 100m kuak kupu-kupu wanita hari ini hanya berjaya berada di tempat kelima dengan catatan masa 1:02.96s dan gagal memperbaharui catatan rekod peribadi 1:01.71s yang dilakukannya pada kejohanan 50th MILO/PRAM Invitational Age Group, Kuala Lumpur pada April lepas.

Perenang berusia 16 tahun itu berkata mereka sudah berjuang habis-habisan, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
  
Yap berkata banyak pengalaman berguna yang dapat dipelajarinya sepanjang berada di Nanjing, dan beliau merasa bertuah kerana dapat memperoleh ilmu baharu setiap hari bagi memperbaiki mutu persembahannya pada masa akan datang.
  
Rakan senegara, Lim Ching Hwang yang beraksi dalam acara 100m gaya bebas lelaki, turut menduduki tangga kelima dengan catatan masa 51.64s. - Bernama

Thursday, August 21, 2014

YOG: June Wei closing on gold


YOG: June Wei closing on gold

   

PETALING JAYA: National top junior shuttler Cheam June Wei is just one step away from becoming the first Malaysian gold medallist at the Youth Olympic Games (YOG) when he and Ng Tsz Yau of Hong Kong smashed their way into the mixed doubles final in Nanjing. 

June Wei and Tsz Yau were in sizzling form as they needed just 22 minutes to brush aside Thailand's Mek Narongrit and China's Qin Jinjing 21-11, 21-7 in the semi-finals. 

June-Wei-Tsz Yau will take on either Japanese Kanta Tsuneyama and Taiwanese Lee Chia-hsin or the Sri Lanka-China combination of Sachin Premashan Dias Angodavidanalage-He Bingjiao for the gold medal today. 

At the Nanjing OSC Natatorium, swimmer Welson Sim successfully erased Kevin Yeap's national record in the boys' 800m freestyle. The 17-year-old Sarawakian clocked 8:15.84 to wipe out the previous mark of 8:18.79 set by Kevin at the 2011 World Championships in Rome. 

ADVERTISEMENT

The feat, however, was just good enough to place Welson 15th out of 25 swimmers. 

Lim Ching Hwang could only manage a poor 51.64 in the boys' 100m freestyle to be ranked 19th out of 37 competitors. 

Yap Siew Hui also failed to impress, clocking 1:02.96 to finish 19th from 30 swimmers in the girls' 100m butterfly.  

In golf, Low Khai Jei finished joint 18th in the boys' event while Kan Kah Yan was tied 22nd in the girls' event. Khai Jei carded a two-over 73 in the final round for a 218 total while Kah Yan ended with a 229 total. 

Italian Renato Paratore (205) claimed the gold with Sweden's Marcus Kinhult (207) taking the silver. Myanmar SEA Games double gold medallist Danthai Boonma of Thailand grabbed the bronze. 

Lee So-young of South Korea (202) bagged the girls' title by three strokes after overcoming challenges from Taiwan's Cheng Ssu-chia (205) and Supamas Sangchan (209). 

Khai Jei and Kah Yan will team up for the mixed team event from Aug 24-26th.

Wednesday, August 20, 2014

Olimpik Remaja: Badminton nyala harapan pingat individu, beregu campuran

NANJING: Skuad badminton negara cemerlang pada hari ketiga temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014), semalam selepas pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei layak ke saingan suku akhir selepas mengalahkan lawan dari Turki, Muhammed Ali Kurt 21-14 dan 21-6 pada perlawanan penutup tirai peringkat Kumpulan C.
June Wei juga layak ke suku akhir beregu campuran apabila bergandingan dengan pemain Hong Kong, Tsz Yau Ng dengan mengalahkan pasangan beregu campuran Lim Guipu (China) dan Kim Gaeun (Korea Selatan) 22-20 dan 21-19.
Lee Ying Ying yang gagal ke suku akhir perseorangan wanita pada aksi sebelah pagi, menebus kegagalan itu apabila mara ke pusingan suku akhir beregu campuran bersama pasangannya, Chia Hung Lu dari Taiwan selepas mengalahkan pasangan Garrido Esquvellr (Mexico) dan Kuuba Kristin (Estonia) 21-17 dan 21-18.
Sementara itu, kem renang negara terus gagal memenangi sebarang pingat apabila perenang pelapis negara Yap Siew Hui hanya menduduki tangga ketujuh pusingan awal bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita dengan catatan masa 28.50 di Pusat Olimpik Natatorium Nanjing.
Lim Ching Hwang yang beraksi dalam acara 50m gaya bebas lelaki pula hanya menduduki tempat kelapan selepas menamatkan saringan dengan catatan masa 24.26s manakala Angela Cheng Chui Pei yang beraksi dalam acara 800m bebas wanita menduduki tempat ketujuh dengan catatan 9:00.61s.
Atlet golf remaja lelaki negara, Low Khai Jie yang memulakan cabaran pusingan pertama hari ini, terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-15 manakala Kelly Kah Kah Yan yang beraksi dalam acara individu wanita mendapat keputusan tercorot.
Tumpuan kontinjen negara hari ini ialah kepada acara badminton apabila beregu campuran negara pertama, June Wei berdepan rakan senegara Ying Ying pada suku akhir. Acara taekwondo dan olahraga juga akan membuka tirainya, hari ini.
Sementara itu, kontinjen China terus mengungguli hari ketiga temasya selepas mengumpul lima pingat emas, satu pingat perak dan lima pingat gangsa, semalam.
Russia menjadi pencabar utama pasukan tuan rumah itu apabila menduduki tempat kedua dengan kutipan empat emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk mengatasi Hungary (4-0-2) manakala negara Asia Tenggara, Thailand masih bertahan di kelompok 10 terbaik selepas menduduki tangga kelapan, (2-1-0). - BERNAMA