Monday, July 22, 2013

Tujuh pelumba remaja pikul cabaran trek dunia


Muhammad Firdaus antara pelumba yang terpilih ke Kejohanan Trek Dunia 2013 di Glasgow.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghantar tujuh pelumba remaja ke Kejohanan Trek Dunia 2013 Glasgow dan dalam masa yang sama mahu menguji keupayaan pelumba endurance serta mengharapkan kejayaan dari pelumba pecut.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, ketujuh-tujuh pelumba itu akan menyertai kejohanan yang bermula dari 7 hingg 11 Ogos ini di Velodrom Chris Hoy gelanggang yang akan digunakan di Sukan Komanwel tahun depan.

"Mereka akan bersaing dalam pelbagai acara dan ini adalah gelanggang terbaik untuk mereka meraih kejayaan seterusnya menyarung jersi pelangi selaku juara remaja dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mereka ialah Muhammad Firdaus Mohd Zonis, Asyraf Naim Ying, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Afiq Huznie Othman, Muhammad Aele Shafri Rusli, Irwandie Lakasek dan Mohamad Farid Razali.
Firdaus bakal menggalas tugas berat apabila menyertai empat acara pecut, satu kilometer ujian masa, keirin dan pecut berpasukan, manakala Asyraf pula beraksi dalam acara satu kilometer ujian masa dan pecut berpasukan. Seorang lagi pelumba Shah Firdaus mengambil bahagian dalam acara pecut, keirin dan pecut berpasukan.

Sementara itu, bagi endurance pula, Afiq akan mengambil bahagian dalam acara kejar-mengejar berpasukan, perlumbaan mata, scratch dan omnium, diikuti Aele Shafri yang menyertai acara kejar-mengejar berpasukan, perlumbaan mata dan omnium.

Irwandie pula bakal beraksi dalam acara kejar-mengejar berpasukan, kejar-mengejar individu, scratch dan omnium sementara Farid pula beraksi dalam acara kejar-mengejar berpasukan dan kejar-mengejar individu.

"Pelumba pecut akan berlepas ke Glasgow pada Selasa minggu depan dan mereka akan menyertai pelumba endurance yang sekarang ini sedang mempersiapkan diri di Gent, Belgium.

"Mereka akan mendapat pendedahan terbaik di kejohanan ini bagi meneruskan kesinambungan pelumba senior negara seperti Josiah Ng dan Mohd. Azizulhasni Awang.

"Mereka juga telah beraksi cemerlang di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 New Delhi Mac lalu apabila meraih empat emas, satu perak dan dua gangsa," katanya.

Firdaus atau terkenal dengan nama timangan 'Toi' telah menghadiahkan tiga emas buat negara di kejohanan tersebut manakala Irwandie juga turut mencuri tumpuan dengan menjuarai acara scratch.

"Kejohanan ini juga akan menguji keupayaan pelumba endurance negara, kerana sebelum ini hanya pelumba pecut sahaja yang sering menonjol. Saya harap mereka mampu beraksi cemerlang dalam acara kejar-mengejar," katanya.

Skuad negara akan ditemani pegawai, Mohd. Izham Mohamad dan jurulatih Suod Hussain dan penolong jurulatih, Junaidi Mohamad Nasir. Mereka juga bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri di Glasgow.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130722/su_04/Tujuh-pelumba-remaja-pikul-cabaran-trek--dunia#ixzz2Zjdgd3BK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, July 19, 2013

YUSUF BAGS MAIDEN INTERNATIONAL YOUTH TITLE

18th July 2013

Yusuf bags maiden International Youth title

National Youth bowler Yusuf Abdul Raof stormed home to win his maiden International Youth title this morning at the 13th Chinese Taipei International Open Bowling Championships at Twin Woods Bowling Center, Taichung City.

Yusuf cruised to the lead after 6 games over Chinese Taipei duo of Cheng Xing Yeh and Zhang Zhi Ling. However, in the pen-ultimate game, Zhang shoots a 230 game against Yusuf's 212 game to lead by a mere 3 pins. Yusuf had to dig deep into his reserves to maintain his composure in the decider match and maintained his game with another 215 game. However, Zhang succumbed to the pressure as he only managed a weak 164 game in the decider which eventually dropped him to third spot. Cheng Xing Yeh overtook Zhang as well with a 223 last game to take second spot.

National Youth bowler Nora Lyana Nastasia Norkamal however was left in tears as she failed to make the podium finish by just 11 pins from Zhang. She showed good fighting spirit to claw her way back into contention when she started weakly in the first 3 games. However, for her efforts, she made the cut for the final slot for the Asian Youth Championship bound team.

7 National Youth bowlers managed to qualify for the finals and they finished accordingly in the Master Finals. 6th place is Chong Jun Foo, Joint 7th are Faten Najihah Ahmad Faik and Nadine Kong, 9th place is Jonathan Ding Sagan and 12th place is Christopher Tiong.

Tomorrow will be the finals for the Men and Women Open divisions, where Yusuf will be hoping to bag a double as he looks set to qualify for the finals later today. Other National Elite and Backup bowlers who will be competing in tomorrow's finals are Isaac Russell Paul, Syimir Abdul Razak, Ahmad Muaz Fishol, Aris Ardila Santosoh and Jonathan Chan in the Men Division. In the Women Division, Sharon Koh, Hee Kar Yen, Dayang Khairuniza, Victoria Chin and Siti Shazwani will be vying for the title.



THANK YOU

Maradona Chok
General Manager
Malaysian Tenpin Bowling Congress