Friday, June 10, 2016

Beregu campuran tempah slot semifinal

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menundukkan pasangan China, Liu Yuchen-Tan Jinhua.

Peng Soon-Liu Ying diberi tentangan dalam tempoh 38 minit sebelum berjaya menyingkirkan beregu ke-54 dunia itu, 21-15, 21-15.

Cabaran lebih hebat menanti mereka esok apabila bakal berentap pasangan Lu Kai-Huang Yaqiong yang juga dari China.

Pertemuan ini juga akan menguji peningkatan prestasi Peng Soon-Liu Ying memandangkan mereka pernah ditewaskan lawan yang sama di Terbuka Perancis dan Korea, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment