MESKIPUN Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada kontinjen Sukan Olimpik Remaja 2014 namun atlet diharap sekurang-kurangnya melakukan catatan terbaik peribadi pada kejohanan itu.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata kejohanan yang akan berlangsung di Nanjing, China itu merupakan platform dan pendedahan kepada atlet pelapis kebangsaan.
"Tiada sebarang sasaran ditetapkan untuk kontinjen negara kali ini kerana tahap pertandingan adalah tinggi...bagaimanapun, saya lihat dan percaya ada beberapa atlet yang mempunyai potensi untuk menaiki podium merangkul pingat kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara di Institut Sukan Negara (ISN), di sini hari ini.
Perenang pelapis kebangsaan Lim Ching Hwang dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada kejohanan yang dijadualkan dari 16 hingga 28 Ogos ini.
Malaysia akan menyertai 10 daripada 28 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistik dan gimrama), golf, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, taekwondo dan ekuestrian. - Bernama
Compilation for Pelapis news from various news agency for record purpose. We would like to extend our appreciation to all reporters who always support us. You guys 'Rock'.
Tuesday, August 12, 2014
Atlet perlu capai sasaran terbaik peribadi
Atlet perlu capai sasaran terbaik peribadi
August 12, 2014
Khairy Jamaluddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment