22/02/2012
71 gimnas ikuti kem pemilihan
BUAT julung kali, 71 gimnas lelaki mengikuti kem pemilihan dan penilaian sukan gimnastik di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN).
Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, ini kali pertama pihaknya menganjurkan program seumpama itu bagi mencungkil bakat baru gimnas lelaki dari Pusat Pelapis Negeri, Pelapis Serantau dan Pelapis Kebangsaan.
Beliau berkata, kem latihan yang berakhir esok mendapat sambutan menggalakkan dan berharap ia dijadikan program tahunan MSN. “Selain sesi penilaian, atlet juga mengikuti beberapa aktiviti lain termasuk program latihan dikendali bekas jurulatih kebangsaan China, Gao Jian yang juga panel penilai," katanya.
Jefri berkata, pihaknya turut mengadakan sesi pemilihan bagi gimnas elit dan pelapis kebangsaan.
“Saya harap usaha ini dapat mengatasi masalah kekurangan gimnas lelaki berusia antara 10 dan 12 tahun,” katanya.
Beliau berkata, kem itu antara program persiapan atlet negara bagi menghadapi Sukan Sea Myanmar 2013 dan Sukan Sea Singapura 2015. Gimnas lelaki negara, Mohd Irwan Miskob pernah merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2001 namun beliau gagal meraih sebarang pingat pada Sukan Sea Indonesia, November lalu.
No comments:
Post a Comment