Saturday, March 3, 2012

Tiga pelapis galas cabaran Remaja Dunia

Metro
3/3/2012

Pelapis galas cabaran Remaja Dunia


TIGA atlet pelapis berbasikal negara menggalas cabaran negara pada Kejohanan Trek Remaja Dunia di Invercargill, New Zealand, Ogos ini.

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, tiga atlet itu ialah Ummi Hamimah Mohamad, Muhamad Firdaus Suahrdi dan Malek Marcus McCrone.


Kejohanan remaja itu diadakan di Velodrom ILT, Invercargill dari 22 hingga 26 Ogos dan dijangka disertai 400 pelumba dari lebih 30 negara.

Sementara itu, Jefri berkata seramai 22 atlet pelapis kebangsaan di naik taraf sebagai atlet elit berikutan pencapaian cemerlang di beberapa kejohanan sepanjang tahun lalu.


"Mereka mula diserap ke kelompok elit mulai bulan lalu dan tempat mereka di unit pelapis akan diisi atlet pelapis negeri," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Daripada jumlah 22 atlet itu, tujuh adalah dari sukan angkat berat, tiga masing-masing dari acara berbasikal dan menembak, dua masing-masing dari acara wushu, boling, terjun, sukan layar dan satu dari acara karate (kata).

No comments:

Post a Comment