Saturday, February 11, 2012

Wushu uji muka baru di Macau

11/02/2012
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

JURULATIH wushu kebangsaan, Yoong Thong Foong menetapkan Kejohanan Remaja Dunia, di Macau sebagai medan ujian untuk muka baru membuktikan kemampuan.

Katanya, tanpa aksi di Olimpik dan hanya dua kejohanan utama tahun ini memberi ruang buatnya menumpukan lebih perhatian kepada muka baru dan pelapis bagi persediaan Kejohanan Dunia tahun depan.


"Kejohanan Remaja Dunia berlangsung September ini. Meskipun jurang waktu masih panjang, atlet baru perlu memulakan latihan intensif dari sekarang.

"Sememangnya, 2012 mungkin menjadikan nama sukan wushu agak kelam kerana kurang kejohanan tapi kami akan gunakan peluang itu untuk melahirkan seberapa ramai bakat baru yang boleh," katanya.


Sepanjang 2012, wushu hanya menyertai tiga saingan utama, Kejohanan Utama Wushu Dunia di Shanghai, Julai ini, Kejohanan Wushu Asia yang turut diadakan Shanghai pada Ogos sebelum ke Macau, September. "Meskipun kurang kejohanan, kita akan beraksi sepanjang 2012. Penting untuk kita menyerlah di tiga saingan ini kerana sekiranya atlet berjaya meraih gelaran, ranking Malaysia di peringkat dunia akan naik lagi," katanya sambil menambah atlet elit akan dihantar menjalani latihan dua fasa di Guangzhou dan Fuzhou, Chi na, bermula bulan depan.


Terkini, dua pelapis wushu negara, Tai Cheau Xuen (gambar) dan Kevan Cheah Peng Heng dinaikkan taraf ke skuad elit dan akan mengiringi ratu wushu negara, Chai Fong Ying, Diana Bong, Ng Shin Yii, Loh Jack Chang dan Lee Yang ke China.

No comments:

Post a Comment