Selasa Ogos 4, 2009
KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan Nurul Farhana Johari membuat kejutan hari ini apabila berjaya memperbaharui serentak dua rekod kebangsaan bagi keduadua acara angkat berat kategori 69kg wanita pada kejohanan Mini Olimpik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.
Beliau berjaya merangkul pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 81kg bagi acara Snatch dan 101kg dalam acara Clean & Jerk.
Nurul Farhana, 21, sebelum ini mencipta rekod kebangsaan bagi acara dan kategori yang sama ketika beraksi di Kejohanan Dunia Teluk Danga Bay di Johor Bharu pada 2008.
Katanya, beliau tidak menyangka akan neraih kejayaan hari ini kerana menurutnya beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
"Walaupun masih lagi cedera di bahagian pinggang dan lutut, saya kuatkan semangat untuk melakukan angkatan yang terbaik hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nurul Farhana berkata, selepas ini beliau akan memberikan tumpuan penuh kepada persiapan bagi menghadapi Temasya Sukan SEA di Loas pada awal Disember ini.
"Di Loas nanti saya tidak berani membuat sebarang sasaran warna pingat kerana ini adalah kali pertama saya diberi kepercayaan untuk menyertai temasya dwi tahunan itu," katanya.
Bagi kategori 58kg wanita pula, pingat emas bagi acara Snatch menjadi milik atlet pelapis, Fatin Atiqah Osman apabila beliau berjaya mengangkat beban 64kg, manakala pingat emas bagi acara clear & jerk menjadi milik Nurul Ismayanti Rizuan apabila berjaya membuat angkatan 84kg.
Manakala bagi kategori 63kg wanita, pingat emas acara Snatch menjadi milik atlet pelapis Nurkhasidah Abd Halim apabila beliau berjaya membuat angkatan 61kg dan pingat emas bagi acara Clear & Jerk pula menjadi milik Khairani Mohd Malek dengan angkatan 85kg.
Sementara itu Abdul Mubin Abdul Rahman berjaya menyapu bersih dua pingat emas dalam kedua-dua acara bagi kategori 85kg lelaki.
Abdul Mubin memperolehi dua pingat emas apabila berjaya mengangkat beban 130kg bagi acara Snatch dan 163kg bagi acara Clean & Jerk.
Pingat emas bagi keduadua acara kategori 77kg pula menjadi milik atlet elit Zulkifli Che Ros dengan angkatan beban 127kg bagi acara Snatch dan 155kg bagi acara Clean & Jerk.
KEPUTUSAN (ANGKAT BERAT)
KATEGORI 69KG WANITA
SNATCH
Emas : Nurul Farhana Johari
Perak : Yuslinda Md Isa Tia
Gangsa : Intan Ayuni Abdullah
Clean & Jerk
Emas : Nurul Farhana Johari
Perak : Intan Ayuni Abdullah
Gangsa : Yuslinda Md Isa Tia
KATEGORI 63KG WANITA
SNATCH
Emas : Nurkhasidah Abd Halim
Perak : Norhasliza Sabani
Gangsa : Khairani Mohd Malek
Clean & Jerk
Emas : Khairani Mohd Malek
Perak : Norhasliza Sabani
Gangsa : Nurkhasidah Abd Halim
KATEGORI 58KG WANITA
SNATCH
Emas : Fatin Atiqah Osman
Perak : Nurul Ismayanti
Gangsa : Elyonica Matin
Clean & Jerk
Emas : Nurul Ismayanti Rizuan
Perak : Elyonica Matin
Gangsa : Fatin Atiqah Osman
KATEGORI 85KG LELAKI
SNATCH
Emas : Abdul Mubin Abdul Rahman
Perak : Muhammad Hidayat Hamidon
Gangsa : Ben Belon
Clean & Jerk
Emas : Abdul Mubin Abdul Rahman
Perak : Muhammad Hidayat Hamidon
Gangsa : Ben Belon
KATEGORI 77KG LELAKI
SNATCH
Emas : Zulkifli Che Ros
Perak : Mohd Azaruddin Nordin
Gangsa : Jonathan Patrick
Clean & Jerk
Emas : Zulkifli Che Ros
Perak : Jonathan Patrick
Gangsa : Mohd Azaruddin Nordin
BERNAMA
No comments:
Post a Comment