Thursday, November 24, 2011

CYCLING: Million ringgit failure

CYCLING: Million ringgit failure

By Arnaz M. Khairul
arnaz@nstp.com.my | 0 comments


MNCF president promises road programme review

The track cyclists won seven gold, two silver and one bronze while mountain biker Masziyaton Mohd Radzi contributed a silver.
1 / 1

An estimated total of RM10 million has been wasted on the national road cycling programme under the Malaysian National Cycling Federation (MNCF) since 2007, going by the results in road events in the 26th Sea Games in Indonesia.

The results in road events, where Malaysia were once the Sea Games powerhouse, reached all-time lows with embarrassing results, particularly in the men's team time trial where Malaysia's elite riders finished sixth, even behind the likes of Singapore and Vietnam.


Whatever the track squad did after that, while celebrated, failed to hide the fact that the road programme is going down the drain, no thanks to immense bickering within the MNCF, where certain parties prefer maintaining control over budgets drawn from the Sports Ministry.


There was no doubting the capabilities of the national track cycling programmes, with a mix of elite riders like Fatehah Mustapa and Edrus Yunos and some promising back-up riders under the Pelapis programme.


Fatehah delivered three gold medals -- women's 200m sprint, 500m time trial and the women's team sprint with Jupha Somnet.


Reject Harrif Salleh, recalled just two weeks prior to the Games, proved a point when he took gold in the men's scratch race and then combined with Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli and Akmal Amrun to keep the team pursuit gold medal in Malaysian hands for the third straight Games.


Aptly, all but one of Malaysia's seven gold, three silver and one bronze medal came from the Rawamangun Velodrome, with Masziyaton Mohd Radzi's women's cross-country mountain bike silver medal the odd one out.


The performance at the Rawamangun Velodrome, where Malaysia swept all but three gold medals on offer, just went to show even the Pelapis programme was on the rise, with Malaysia in a class of their own at Sea Games level.


The multi-million ringgit road programme, however, was an embarrassment even compared to the ill-funded BMX team who were making their Sea Games debut with Mohd Aim Mohd Fauzi and Masziyaton both coming within striking distance of medals in their respective finals.


The BMX team, aiming to make an impact in the hope of gaining support towards building a programme aimed at the Olympics, at least went home with their pride intact, showing promise of better things to come.


Not only did expected medals not come from the road events, the results were humiliating in certain events and MNCF president Abu Samah Wahab, charting the fortunes of the road programme personally, was visibly lost for words.


"I have to get a review from the coach (Graham Seers) and we will conduct a post mortem after this. In the road race, we knew we had to bring climbers and we were counting on the trio of Adiq Husainie Othman, Shahrul Mat Amin and Ng Yong Li to be up front, fighting for medals," said Abu Samah.


"On the day, only Yong Li performed and finished fourth. We don't know what happened. Adiq had suffered food poisoning and he wasn't able to perform, while Shahrul got dropped early.


"We know there needs to be change, but we'll review it first, whether we need to change the training regime or not. I personally had asked the team to train in Indonesia on the road race routes, they could have done that for three months, but there were people against it."


The road team conducted a reconnaissance mission at the road events venues in Subang three months before the Games, then spent time at a centralised training camp in Chiangmai, Thailand before moving to Ipoh when floods struck northern Thailand.


They were, arguably, the best prepared of the entire cycling squad, without any budget constraints. Abu Samah said national head coach John Beasley will also be consulted over a possible revamp.


Read more: CYCLING: Million ringgit failure - Racing - New Straits Times http://www.nst.com.my/sports/racing/cycling-million-ringgit-failure-1.10198#ixzz1eaVJI3Zk

Friday, November 11, 2011

KOM senarai kuartert 4x400m lelaki

11.11.11

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan untuk menyenaraikan kuartert 4x400m lelaki negara ke Sukan Sea Indonesia di saat akhir ketika majoriti atlet olahraga negara sudah tiba di Palembang, semalam.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan olahraga, Rajemah Sheikh Ahmad dengan urusan tiket kini diusahakan secepat mungkin bagi membolehkan kuartet P Yuvaraaj, S Kannathasan, Muhammad Yunus Lasaleh dan M Partiban terbang ke Palembang.


Acara 4x400m itu dijadual berlangsung 14 November dan Rajemah berkata, penyenaraian semula barisan pelari itu bermakna kuartet itu peluang memperbaiki pencapaian pingat perak yang dicapai dua tahun lalu di Laos.

"Keputusan menghantar atlet dalam acara itu diputuskan pada saat akhir dan ia disahkan Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim," katanya.


Rajemah berkata, biarpun majoriti pelari kuartet itu baru, peluang merangkul pingat bukan mustahil dan mereka dilihat mampu mengulangi pencapaian pingat emas pada 2007.


"Semua negara berpeluang merangkul emas. Atlet kita juga memilik peluang yang sama. Mereka sebelum ini sudah menjalani latihan bersama," katanya.

Sengaja diada-adakan’

2011/11/11

MASALAH sekatan terhadap peluru skuad menembak negara yang tidak dibenarkan 'terbang' bersama mereka ke Palembang, mungkin sengaja diada-adakan bagi menjejaskan tumpuan dan peluang penembak negara.

Ini berikutan kontingen negara lain tidak menghadapi masalah serupa membawa bersama peluru menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan mereka.
"Kontinjen menembak negara lain tidak hadapi masalah seperti kita, kerana mereka gunakan khidmat kargo syarikat penerbangan kebangsaan mereka, walaupun sebahagian turut menggunakan khidmat penerbangan rasmi, Garuda Indonesia dari Jakarta ke Palembang," kata pengurus pasukan, Muzli Mustakim ketika ditemui semasa sesi latihan skuad negara semalam.
Skuad menembak negara tidak dapat terbang ke Palembang bersama peluru berikutan kerenah pihak penerbangan Garuda Indonesia yang mahukan surat daripada kilang pembuat peluru bagi membolehkannya dibawa terbang bersama mereka.

Ekoran itu, semalam skuad menembak negara terpaksa mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM1,500 bagi membeli 600 butir peluru .32 dan .22 untuk latihan.

Muzli berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sudah cuba mendapatkan surat daripada kilang pengeluar peluru terbabit dan sekiranya usaha itu gagal, kontinjen menembak negara dijangka terpaksa membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk membeli peluru bagi kegunaan sepanjang temasya termasuk untuk pertandingan.

"Kita pernah berdepan masalah seperti ini ketika Sukan SEA Vietnam 2003. Waktu itu kita juga gunakan penerbangan rasmi Vietnam Airlines dan kemudian terpaksa membuat penghantaran senapang menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS)," katanya

Jenazah pegawai MSN selamat dikebumi di Alor Setar malam tadi

2011/11/11

ALOR SETAR: Jenazah Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Harun Osman, 51, yang meninggal dunia di Palembang, Indonesia dua hari lalu, selamat dikebumikan di sini, malam tadi.

Jenazah Harun tiba di rumah ibunya di Jalan Sultanah, di sini, kira-kira 7 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari kira-kira 45 minit selepas tiba.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Salim, 50, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berumur sembilan hingga 23 tahun.
Harun meninggal dunia selepas tiba-tiba pengsan dipercayai akibat serangan jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara ke Sukan SEA di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II di Palembang pada jam 5 petang (6 petang waktu Malaysia), Rabu lalu.

Ketika ditemui pemberita, Khadijah berkata keputusan untuk mengebumikan jenazah suaminya di sini bagi memudahkan dia dan anak-anaknya melawat kubur arwah nanti dan menurutnya mereka akan berpindah ke Perlis selepas ini.

Katanya, dia berasa tidak sedap hati apabila suaminya langsung tidak menelefonnya selepas berlepas ke Palembang Isnin lalu.

"Apabila berada di luar negara sebelum ini selalunya dia akan telefon atau sekurang-kurangnya SMS kepada saya tetapi kali ini tidak," katanya.
Dengan nada sayu, Khadijah berkata dia menerima panggilan telefon daripada pegawai MSN memaklumkan suaminya meninggal dunia pada waktu Maghrib. - BERNAMA

Thursday, November 10, 2011

Pegawai MSN meninggal dunia ketika bertugas di Palembang

2011/11/10

PALEMBANG: Kontinjen negara di Sukan SEA Indonesia, khususnya di Palembang, dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Allahyarham Harun Osman adalah pegawai Belia dan Sukan MSN.
Beliau meninggal dunia ketika menyambut ketibaan atlet di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badarudin II, di sini.

Allahyarham dikatakan sedang berbual dengan beberapa rakan semasa menunggu ketibaan atlet dan tiba-tiba pengsan kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Beliau kemudian diberikan bantuan awal oleh pasukan perubatan penganjur temasya itu.

Ketua Kontinjen Malaysia di Palembang, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali, berkata Harun kemudian dibawa ke Hospital R S Myria dan disahkan meninggal dunia pada 6 petang waktu tempatan.

"Harun dipercayai mengalami serangan jantung. Pada awalnya iaitu pada sebelah pagi, dia (Allahyarham) mengadu sakit di bahagian dada," katanya.

Jenazah Harun akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur sejurus selesai bedah siasat.

Di JAKARTA, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata sepanjang pengetahuannya, ini adalah kali pertama berlaku kematian yang membabitkan anggota sekretariat kontinjen Malaysia dalam temasya sukan.

"Kematian Allahyarham mendukacitakan bagi semua anggota kontinjen Malaysia yang berada di Palembang dan Jakarta. Namun, takdir menentukan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zolkples berkata, pegawai MSN yang berada di Palembang memaklumkan bahawa Allahyarham kelihatan sihat sebelum ke Indonesia.

"Cuma pagi tadi, Allahyarham mengadu sakit di bahagian dada tetapi berkeras mahu meneruskan tugasnya untuk menjemput atlet negara yang tiba ke Palembang petang tadi," katanya. - BERNAMA

NSC official Harun dies

NATIONAL Sports Council (NSC) official Harun Osman, serving as a liaison officer for the Malaysian contingent, died in Palembang yesterday.
Harun was arranging transportation for the national athletes at the Sultan Badaruddin II Airport despite having complained of chest pains earlier in the day. 

Malaysia's deputy Chef-de-Mission Datuk Syed Mustaffa Syed Ali said Harun decided to continue with his duties despite the discomfort.


Harun collapsed at about 5pm (Indonesian time) and was taken to the R.S. Myria Hospital but doctors pronounced him dead about 6pm. 

Harun's remains will be flown back today.

Wednesday, November 9, 2011

Atlet sukan layar pindah-randah

9.11.11

KOS penginapan yang tinggi mungkin antara punca atlet sukan layar negara enggan menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohammad yang dihubungi berkata, insiden tersebut menjadi masalah utama yang bukan sahaja melibatkan atlet negara, malah kebanyakan atlet dari negara lain apabila mereka tiba di negara tuan rumah sebelum 9 November.

"Pihak kami telah membantu mereka menyediakan tempat penginapan atas biayaan sendiri, namun mereka enggan tinggal di situ," jelas Naim.

Untuk itu, atlet terpaksa 'berpindah-randah' di beberapa hotel sebelum mendapat penginapan rasmi yang hanya disediakan selepas 9 November.

Menurut Naim, ia hanya bersifat sementara dan antara punca setiap pasukan berselerak di hotel sekitar di Jakarta kerana penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kelaziman yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum ini.