Wednesday, November 9, 2011

Atlet sukan layar pindah-randah

9.11.11

KOS penginapan yang tinggi mungkin antara punca atlet sukan layar negara enggan menginap di tempat yang disediakan oleh pihak penganjur Sukan SEA 2011 di Jakarta.

Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Naim Mohammad yang dihubungi berkata, insiden tersebut menjadi masalah utama yang bukan sahaja melibatkan atlet negara, malah kebanyakan atlet dari negara lain apabila mereka tiba di negara tuan rumah sebelum 9 November.

"Pihak kami telah membantu mereka menyediakan tempat penginapan atas biayaan sendiri, namun mereka enggan tinggal di situ," jelas Naim.

Untuk itu, atlet terpaksa 'berpindah-randah' di beberapa hotel sebelum mendapat penginapan rasmi yang hanya disediakan selepas 9 November.

Menurut Naim, ia hanya bersifat sementara dan antara punca setiap pasukan berselerak di hotel sekitar di Jakarta kerana penganjur tidak menyediakan perkampungan sukan seperti kelaziman yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum ini.

No comments:

Post a Comment