Thursday, April 10, 2014

Alyssa sambar tiket wildcard Terbuka Malaysia


Alyssa sambar tiket wildcard Terbuka Malaysia
Alyssa Boey (kanan) menunjukkan trofi Terbuka Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils pada sidang akhbar di Kelab Golf Di Raja Selangor, Kuala Lumpur semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR - Pemain remaja negara, Alysa Boey menjadi pilihan untuk beraksi atas tiket wildcard pada undian utama kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW yang akan berlangsung dari 14 hingga 20 April ini.

Alyssa, 17, yang merupakan anggota Piala Fed Malaysia dan pemain No. 1 negara, bukan saja bakal membuat penampilan sulung pada Terbuka Malaysia, malah akan beraksi buat kali pertama dalam kejohanan Jelajah WTA (Persatuan Tenis Wanita).
"Saya amat gembira diberi peluang beraksi buat kali pertama pada Terbuka Malaysia dan lebih penting dalam Jelajah WTA.

"Ini pendedahan terbaik yang saya boleh peroleh di peringkat ini. Saya sungguh teruja dapat berentap dengan pemain-pemain profesional handalan dunia, dan ini merupakan pentas untuk menguji sejauh manakah jurang di antara saya dengan mereka.
"Ia boleh dijadikan batu loncatan untuk perkembangan karier saya selepas ini. Walaupun peluang untuk menang tipis, setidak-tidaknya saya akan cuba memberi saingan sehebat mungkin kepada lawan," kata Alyssa pada sidang akhbar di sini, semalam.
Edisi kelima kejohanan yang akan berlangsung di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) turut menampilkan bintang veteran Jepun yang merupakan pemain tertua dalam Jelajah WTA, Kimiko Date-Kruum dan bintang Republik Czech, Kristina Plis­kova.

Kehadiran Kimiko, 43, pemenang pingat emas Sukan Asia 1994 dan juara Terbuka Korea 2009 serta Pliskova bakal memeriahkan lagi kejohanan bernilai AS$250,000 (RM819,874) itu selepas beberapa pemain ternama seperti bekas pemain No. 1 dunia, Venus Williams, naib juara Terbuka Australia, Dominika Cibulkova dan penyandang juara, Karolina Pliskova antara yang terawal mengesahkan keha­diran.

Ini bukan kali pertama Kimiko, pemain No. 98 dunia datang ke ibu kota. Penampilan sulungnya pada 2011 menyaksikan dia tersingkir seawal pusingan pertama.
Seperti Kimiko, Kristyna juga mempunyai matlamat yang sama. Diletakkan sebagai pilihan kelapan tahun lalu, juara remaja Wimbledon 2010 itu gagal menepati statusnya apabila tumpas di tangan pemain Kazakhstan, Zarina Diyas pada pusingan pertama.

Kristyna bagaimanapun tidak meninggalkan Malaysia tanpa kenangan manis. Bersama kakak kembarnya, Karolina, mereka me­langkah ke separuh akhir dalam saingan beregu. Pasangan adik-ber­adik itu tentunya menjadi antara pilihan untuk menjuarai pertan­dingan beregu selepas memenangi gelaran sulung mereka di Linz, Austria pada Oktober tahun lalu.
Cibulkova dan Williams masing-masing diletak sebagai pilihan pertama dan kedua, diikuti Zhang ­Shuai serta Karolina sebagai pilihan ketiga dan keempat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140409/su_07/Alyssa-sambar-tiket-wildcard-Terbuka-Malaysia#ixzz2yRvzM08l  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment