Monday, February 22, 2016

Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil1/2016





Bukit Jalil : Semalam telah berlangsung Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bilangan 1 bagi tahun 2016 bertempat di Bilik Rajawali Casa 1, Majlis Sukan Negara. Mesyuarat ini merupakan antara aktiviti tahunan yang wajib di Cawangan Pelapis yang kini menjadi Bahagian Atlet. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Atlet iaitu Encik Jefri Ngadirin dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Unit Negeri USPTN (Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri), Pengurus Sukan MSN, Pegawai Pembangunan Negeri USPTN serta pegawai dan anggota Bahagian Atlet MSN.

Tujuan mesyuarat yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu adalah bagi membentangkan pelaksanaan dan perancangan program di peringkat negeri masing-masing. Melalui mesyuarat ini juga diselitkan perjumpaan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara iaitu Dato' Haji Ahmad Shapawi Bin Ismail bersama semua KUN USPTN pada 16 Februari 2016.


LAPORAN OLEH,
K.LINGAM
UNIT STATISTIK BAHAGIAN ATLET
MAJLIS SUKAN NEGARA

No comments:

Post a Comment