Kejohanan Pelapis Antara Zon bermula di Kuantan esok
KUANTAN: Kejohanan Pelapis Antara Zon peringkat akhir yang membabitkan penyertaan lebih 1,400 atlet dan pegawai dari seluruh negara akan berlangsung selama empat hari, di sini bermula esok.
Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang, Syamsudin Sukemi berkata 158 acara dalam lapan jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya itu.
Lapan jenis sukan berkenaan adalah menembak yang akan diadakan di lapang sasar Kompleks Sukan Pahang, memanah di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Talam) dan angkat berat di Dewan Latihan Angkat Berat Sukpa).
Acara gimnastik pula akan diadakan di gimnasium Sukpa, tinju (gelanggang terbuka Sukpa), sepak takraw (Dewan Persatuan Badminton Indera Mahkota), olahraga (Stadium Darul Makmur) dan terjun (Kompleks Renang Majlis Perbandaran Kuantan).
Syamsudin berkata kejohanan itu dianjurkan kali pertama Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Majlis Sukan Pahang melalui Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pahang.
Beliau berkata lima kontinjen yang mewakili zon masing-masing menyertai kejohanan yang menawarkan keseluruhan 621 pingat itu, iaitu 250 atlet dari zon timur, tengah (235), utara (195), Borneo (179) dan selatan (177)
"Kejohanan ini menghimpunkan semua pemenang pingat emas dan perak yang bertanding di peringkat zon masing-masing yang berlangsung dua sirkit pada Macdan Jun lalu.
"Kejohanan ini amat berbeza dengan kejohanan lain di negara ini kerana ia hanya membabitkan atlet bawah 15 tahun yang pertama kali bertanding di peringkat tertinggi," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/node/17137
No comments:
Post a Comment