Monday, September 22, 2014

Zulhelmi sekadar ke-11 angkat berat

SUKAN ASIA 2014 INCHEON

INCHEON - Pemenang pingat perak angkat berat Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Mohd. Zulhelmi Md. Pisol tidak berupaya mengulangi pencapaian sama di pentas Sukan Asia yang lebih kompetitif apabila sekadar meraih tempat ke-11 acara 56 kilogram lelaki, semalam.

Pertandingan yang berlangsung di Moonlight Festival Garden menyaksikan Mohd. Zulhelmi bukan tandingan jaguh-jaguh dunia yang bertanding di Incheon terutama dari China dan Korea Utara.
Mohd. Zulhelmi hanya mampu membuat angkatan keseluruhan 248kg, jauh ketinggalan kepada atlet dari Korea Utara, Om Yunchol yang memenangi pingat emas dengan jumlah angkatan 298kg untuk turut memperbaharui rekod Asia.

Dalam acara snatch, Mohd. Zulhelmi hanya dapat membuat angkatan 108kg pada angkatan ketiga selepas gagal memanfaatkan dengan baik pada angkatan pertama.
Sementara itu, bagi acara clean & jerk atlet yang berasal dari Pulau Pinang itu dapat membuat angkatan 140kg untuk mengatasi pencapaiannya pada Sukan Komanwel, 137kg. - MINGGUAN

No comments:

Post a Comment