KEJAYAAN luar biasa kontinjen negara membawa pulang satu pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa di Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) edisi kedua merupakan cermin kejayaan yang bakal diraih atlet negara pada cabaran sebenar temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil 2016 dan Olimpik Tokyo, Jepun pada 2020.
Kontinjen negara YOG 2014 bukan hanya berjaya mengatasi pencapaian pada edisi pertama sebelum ini, iaitu dua pingat perak yang disumbangkan oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng di Singapura, empat tahun lepas, tetapi turut membuktikan bahawa Malaysia kini setanding dengan kuasa sukan besar dunia.
Empat pingat negara pada YOG 2014 disumbangkan oleh pemain badminton pelapis negara, Cheam June Wei yang meraih pingat emas dalam acara beregu campuran antarabangsa, penerjun negara, Loh Zhiayi dalam acara 10m platform individu (pingat perak) dan 3m papan anjal individu wanita (pingat gangsa) serta pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli, (pingat perak) acara recurve campuran antarabangsa.
Kejayaan itu dianggap luar biasa apabila sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sendiri mahupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berani meletakkan sebarang sasaran pingat sebelum 20 atlet remaja negara berlepas ke Nanjing.
Ketua pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong berharap pendedahan berguna itu akan dijadikan sebagai pendorong kepada atlet remaja negara untuk menyusun langkah bagi mengejar kejayaan pada masa hadapan tidak kira apa jua kejohanan.
"Mereka (atlet) adalah pelapis yang akan menggantikan atlet elit pada masa hadapan dan kita di MSN berharap hasil daripada usaha itu dapat dicapai pada Olimpik Rio 2016 ataupun Olimpik Tokyo 2020," katanya ketika dihubungi wartawan Bernama dari Nanjing, China hari ini.
Zolkples berkata berdasarkan pencapaian di YOG 2014, beliau dapat lihat peluang cerah menanti atlet remaja negara sekiranya mereka terus berusaha gigih dan mengekalkan persembahan secara konsisten. - Bernama

No comments:
Post a Comment