Compilation for Pelapis news from various news agency for record purpose. We would like to extend our appreciation to all reporters who always support us. You guys 'Rock'.
Monday, October 8, 2012
Amira cipta rekod baru kebangsaan
Amira cipta rekod baru kebangsaan
KUALA LUMPUR - Atlet lompat kijang wanita, Noor Amira Mohamad Nafiah menjadi perhatian pada hari pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan Ke-88 di sini, semalam apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dengan lompatan 13.90 meter.
Kejayaan Noor Amira yang mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu mengatasi rekod lama 13.74m milik atlet kebangsaan, Ngew Sin Mei pada 2004.
Kata Noor Amira, rekod baru tersebut adalah sasarannya peribadinya yang berjaya direalisasikan sebelum berakhir musim 2012.
"Saya memang tak jangka mampu memperbaharui rekod baharu kebangsaan dan ini semua adalah hasil sokongan daripada semua pihak selama ini.
"Bagi saya catatan tersebut masih boleh diperbaharui lagi kerana pada saingan hari ini (semalam) saya tidak mempamerkan prestasi 100 peratus," katanya kepada pemberita pada kejohanan tersebut di MSN, Bukit Jalil, di sini, semalam.
Pada saingan lompat kijang wanita akhir semalam, Noor Amira berjaya mengetepikan cabaran atlet Sarawak, Kee Siew Lian yang meraih pingat perak dengan catatan 11.83m manakala Merry Gabali dari Sabah sekadar pulang dengan pingat gangsa (11.29m).
Malah, kemenangan Noor Amira itu juga membolehkan ATM menguasai kutipan pingat dengan 10 pingat emas daripada 23 acara yang dipertandingkan pada hari pertama kejohanan tersebut.
Sementara itu, turut menjadi perhatian semalam ialah dua atlet pecut ATM, Mohd. Noor Imran AA. Hadi dan S. Komalan Shally yang mengungguli acara 100m lelaki dan wanita.
Mohd. Noor Imran meraih emas pertama 100m lelaki pada musim ini melalui catatan masa 10.61 saat pada kejohanan semalam selepas berehat panjang sejak Sukan SEA di Indonesia tahun lalu.
Komalan terpaksa bekerja keras untuk memenangi acara 100m wanita dengan catatan masa 12.08s menewaskan pencabar dari Iran, Maryam Toosi yang meraih pingat perak.
Hari ini bakal berlangsung 18 lagi acara akhir termasuk 200m dan 4x400m kategori lelaki dan wanita pada kejohanan yang turut disertai Singapura, Taiwan, Kuwait, Thailand, Hong Kong, Iran dan Brunei Darussalam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121007/su_03/Amira-cipta-rekod-baru-kebangsaan#ixzz28feL7LOt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment